Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

APA ITU PERKARA 20

Perjanjian 20 perkara seperti yang hangat diperkatakan oleh pembangkang sebenarnya bukanlah satu perjanjian. Tetapi cuma 20 perkara yang tersenarai dalam satu draf sebagai basic utk kemasukan sabah dalam malaya.. APAKAH ITU 20 PERKARA SABAH? 20 Perkara Sabah mengandungi perkara-perkara seperti berikut: PERKARA 1 AGAMA Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara. PERKARA 2 BAHASA Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa. PERKARA 3 PERLEMBAGAAN Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan. PERKARA 4 KETUA PERSEKUTUAN Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan. PERKARA 5 NAMA PERSEKUTUAN Malaysia bukan Melayu Raya. PERKARA 6 IMIGRASI Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara. PERKARA 7 HAK MEMISAH /MENARIK DIRI Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud. PERKARA 8 JAWATAN KERAJAAN AWAM Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

PERKARA 9 PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orangorang tempatan yang berkelayakan. PERKARA 10 KEWARGANEGARAAN Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan : Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun. Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan tujuh daripada sepuluh tahun dan bukan lapan daripada dua belas tahun. Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara Persekutuan. PERKARA 11 CUKAI DAN KEWANGAN Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri. PERKARA 12 KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada Bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara. PERKARA 13 KERAJAAN NEGERI Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap. PERKARA 14 JANGKA MASA PERALIHAN Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan. PERKARA 15 PELAJARAN Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri. PERKARA 16 PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini. PERKARA 17 PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura. PERKARA 18 NAMA KETUA NEGERI Yang Di Pertua Negara.

PERKARA 19 NAMA NEGERI Sabah. PERKARA 20 TANAH, HUTAN KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara. Selepas kita mengetahui isi kandungan 20 perkara, sekarang mari kita faham dan baca sejarah 20 perkara Sabah.Dengan penjelasan mengenai sejarah 20 perkara ini kita akn lebih faham apa sebenarnya perkara 20 yang sering ditimbulkan oleh pembangkang itu adalah tidak tepat.

SEJARAH 20 PERKARA SABAH 1. Selepas Tunku Abdul Rahman mengumumkan Pembentukan Malaysia,Tun Donald Stephens adalah orang yang pertama membantah Pembentukan Gagasan Malaysia ini. Pada masa itu beliau merupakan Pemimpin United National Kadazan Organization (UNKO). 2. Tun Donald ataupun Tun Fuad Stephens bekerjasama dengan Brunei dan Sarawak untuk menghantar memorandum kepada Secetary General United Nation di New York untuk membantah Pemubuhan Gagasan Malaysia. 3. Tun Fuad juga pada ketika itu telah mengeluarkan kenyataan akhbar di surat-surat khabar tempatan di Sabah bahawa pembentukan Malaysia hanyalah satu konspirasi di antara British dan Malaya untuk menjajah Sabah ataupun Borneo secara amnya. 4. Namun begitu, Tun Fuad telah menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel di Singapura. Di mana ketika itu, Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura telah menerangkan kebaikan-kebaikan yang diperolehi sekiranya menyertai Pembentukan Malaysia pada ketika itu.

5. Sekembalinya Tun Fuad ke Sabah beliau melihat semula Pembentukan Malaysia kerana beliau sedar banyak kebaikan jika Sabah menyertai pembentukan tersebut. Selepas itu, Tun Fuad telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu Tunku Abdul Rahman. 6. Sekembalinya beliau ke Sabah, beliau telah membentuk The Malaysian Solidarity Consultative Committee (MSCC).MSCC ini dipengerusikan oleh Tun Fuad yang berfungsi untuk meneliti kebaikankebaikan Sabah menyertai Pembentukan Malaysia. 7. Selepas banyak pertemuan dilakukan MSCC mendapati bahawa Pembentukan Malaysia adalah sesuatu perkara yang realistik dan akan membawa kebaikan kepada rakyat Sabah 8. Selepas MSCC, Suruhanjaya Cobbolt ditubuhkan yang terdiri daripada Lord Cobbolt yang mewakili British, Tun Ghazali Shafie dan seorang bekas Ketua Menteri Penang. Mereka telah bergerak ke seluruh pelusuk Sabah dan mendapati 1/3 daripada rakyat Sabah menyokong Penubuhan Malaysia, 1/3 tidak menyokong, dan 1/3 lagi tidak mengetahui mengenai Penubuhan Malaysia tersebut. 9. Walau bagaimanapun, menurut laporan Lord Cobbolt, hasil daripada tinjauan mereka di seluruh kawasan Sabah dan Sarawak belum bersedia dan sepatutnya diberikan kemerdekaan terlebih dahulu

sebelum membentuk Malaysia. Namun setelah rundingan dibuat Lord Cobbolt setuju menandatangani penyata hasil dapatan mereka menjelajah ke seluruh pelusuk Sabah pada masa itu. 10. Selepas itu, Load Lawnsdowne Committee yang dipengerusikan oleh Lord Lawnsdowne dan Tunku Abdul Rahman sebagai timbalan pengerusi pada ketika itu, ahli-ahlinya terdiri daripada UNKO, ECA, dan USNO. Pada masa itu Tun Fuad telah dipilih sebagai jurucakap untuk menyuarakan suarasuara pemimpin tempatan Sabah. Pada ketika itu juga semua pemimpin tempatan telah bersetuju bahawa mereka akan membawa 20 Perkara Sabah ke IGC. 11. 20 Perkara merupakan persetujuan bersama ke semua pemimpin parti politik Sabah yang diketuai oleh Tun Fuad Stephens (Kadazan Dusun) Tun Mustapah (Bumiputera Islam) dan Datuk Goh Sia Chu (Cina). 12. Selepas rundingan demi rundingan dibuat di IGC, dan selepas 20 Perkara Sabah diteliti satu persatu, hasilnya 20 Perkara Sabah tersebut diserap ke Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 yang ditandatangani di London oleh British, Malaya, Sarawak,Sabah dan Singapura. 13. Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani dokumennya di London oleh Wakil dari United Kingdom, wakil Malaya Tunku Abdul Rahman, wakil Sabah Tun Mustapah, Wakil Sarawak dan juga Wakil Singapore pada tahun 1963. 14. Buku hasil tulisan Tun Ghazali Shafie mengenai 20 Perkara Sabah dan kaitannya dengan Brunei adalah satu bahan rujukan yang terbaik sekiranya ingin mengetahui lebih terperinci mengenai kewujudan 20 Perkara Sabah ini.

1. RAMAI RAKYAT SABAH BERANGGAPAN BAHAWA 20 PERKARA INI ADALAH SEBUAH DOKUMEN PERJANJIAN YANG SAH DAN TELAH DITANDATANGANI . JAWAPAN : 20 PERKARA merupakan syarat-syarat yang telah dikemukakan oleh North Borneo yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin atau wakil North Borneo semasa merundingkan penyertaan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia pada tahun 1962 hingga 1963. 20 Perkara adalah satu dokumentasi yang tidak ditandatangani. Ia merupakan satu dokumen yang mendrafkan senarai 20 tuntutan untuk menjadi syarat penyertaan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia. 2. 5 PERKARA DIKATAKAN TIDAK RELEVEN DAN PERLU DIKAJI SEMULA :1. PERKARA 1 AGAMA Walaupun Tiada Bantahan Terhadap Agama Islam Sebagai Agama Kebangsaan Malaysia Akan Tetapi Agama Rasmi Sepatutnya Tidak Diadakan Di Borneo Utara, Dan Segala Perundangan Mengenai Agama Islam Yang Terkandung Di Dalam Perlembagaan Malaya Tidak Harus Digunakan Di Borneo Utara. Dakwaan Datuk Patrick Sindu:Jelas Kerajaan Persekutuan telah mencabuli hak-hak istimewa rakyat Sabah khususnya dalam Perkara 1, buktinya sahaja setiap program kerajaan Persekutuan & Negeri akan dimulakan dengan bacaan doa sedangkan penduduk Sabah mempunyai kepercayaan agama masing-masing dan tidak wajar dikatakan agama Islam adalah agama rasmi di negeri ini.

TALKING POINT:Pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah kepada perlembagaan 5a iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negeri Sabah yang di sokong oleh Kabinet Negeri di bawah Kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu. Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal Agama Islam di Negeri Sabah.

2. PERKARA 7 HAK MEMISAH ATAUPUN MENARIK DIRI Hak Untuk Memisah Atau Menarik Diri Dari Persekutuan Seharusnya Tidak Wujud. Dakwaan Datuk Patrick Sindu:Perjanjian ini dikatakan tidak sah bila Berunai tidak menandatangani perjanjian dan Singapura telah menarik diri sedangkan perjanjian ini jelas bahawa mana-mana negeri yang menarik diri akan terbatal dan tidak lagi sah. TALKING POINT:Perkara 7 di dalam 20 Perkara Sabah bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah oleh Kabinet Negeri mahupun Persekutuan kerana di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui syarat bahawa apabila Sabah telah memasuki Malaysia, Sabah mensyaratkan agar tidak dikeluarkan daripada Kerajaan Malaysia. Ini kerana semasa rundingan ini dilakukan oleh Ketua-Ketua Pemimpin Negeri Sabah ketika itu, berasa khuatir sekiranya Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana pada masa tersebut Negeri Sabah juga dituntut oleh Kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya kacau bilau kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka. APAKAH BENAR DAKWAAN DATUK PATRICK SINDU, BAHAWA PERJANJIAN MALAYSIA ADALAH BATAL DAN TIDAK SAH APABILA BRUNEI TIDAK MENANDATANGANI DOKUMEN TERSEBUT SELEPAS 11 JAM? Jawapan : Tidak Benar. Ramai orang berpendapat bahawa Brunei juga sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Namun hakikatnya Brunei hanya bertindak sebagai Pemerhati dalam pembentukan tersebut. Brunei juga tidak terlibat di dalam Inter-Governmental Meeting (IGC). Isu Perjanjian Malaysia tidak sah adalah tidak relevan. Brunei tidak menandatangani Perjanjian Malaysia bukanlah satu isu kerana Brunei tidak pernah berniat untuk memasuki Penubuhan Malaysia. Brunei juga tidak pernah dijemput untuk menganggotai Malaysia. Ini adalah kerana Brunei mempunyai satu Sistem Kerajaan yang berbeza dengan Malaysia iaitu Sistem Monarki yang tidak menjalankan demokrasi berparlimen mahupun pilihan raya.

BENARKAH PERJANJIAN PENUBUHAN MALAYSIA TERBATAL SELEPAS SINGAPURA MENARIK DIRI PADA TAHUN 1965? JAWAPAN : TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Penarikan diri oleh Singapura daripada Malaysia adalah atas persetujuan bersama antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Ini disebabkan oleh desakan People Action Party (PAP) Singapura yang ingin menunjukkan kuasanya di seluruh pelosok Malaysia dan ingin mendominasi pengundi Cina seterusnya mengambil alih peranan MCA. Dan perkara ini telah melahirkan rasa tidak puas hati MCA

yang berada di dalam Parti Perikatan pada masa itu. Oleh kerana ada perselisihan dalam perkara tersebut, Parlimen Malaysia pada masa itu secara majoriti bersetuju untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Pada masa yang sama Parlimen Singapura juga telah bermesyuarat dan memutuskan keluar daripada Penubuhan Malaysia pada tahun 1965. Maka dengan itu, penarikan diri Singapura adalah Sah dari sisi undang-undang atas persetujuan bersama antara Malaysia dan Singapura.

3. PERKARA 9 PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH Segala Usaha Harus Dibuat Untuk Menggalakkan Pegawai-Pegawai British Meneruskan Perkhidmatan Awam Sehingga Tempat Mereka Boleh Diganti Oleh Orang-Orang Tempatan Yang Berkelayakan. Dakwaan Datuk Patrick Sindu:Sehingga kini dikatakan jawatan-jawatan penting di peringkat Persekutuan yang ada di negeri Sabah masih dimonopoli oleh Pegawai Semenanjung sedangkan pada masa kini semakin ramai anak tempatan Sabah mempunyai kelulusan tinggi dan adalah wajar mereka menyandang jawatanjawatan tersebut. TALKING POINT:orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun di dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah. tempatan Sabah telah memegang jawatan Persekutuan sebanyak 41% daripada jumlah tersebut. yang dimiliki oleh anak watan Sabah, malahan pertambahan ini berlaku dari semasa ke semasa.

4. PERKARA 14 JANGKAMASA PERALIHAN Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan. Dakwaan Datuk Patrick Sindu:Sehingga kini kerajaan negeri tidak dapat mengurus dan mentadbir mengikut acuan sendiri serta banyak keputusan penting dalam membangunkan negeri Sabah perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan. TALKING POINT:ditandatangani dokumennya di London, perlu melaksanakan Akta Malaysia untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia ketika itu. -negeri yang terlibat dalam Persekutuan Malaya, Singapura,Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di dalam Malaysia. -negeri di dalam Persekutuan Malaya dan Singapura adalah satu kompenan negeri di dalam Malaysia. Kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan Sabah adalah sama taraf dengan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali dan menyalahi perlembagaan dalam Akta Penubuhan Malaysia. -undang perlembagaan Negara Malaysia sekarang. Namun perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika kita mengkaji perundangan perlembagaan Malaysia sekarang, 20 Perkara Sabah memang telah dilaksanakan didalam perundangan Negeri Sabah mahupun Kerajaan Persekutuan.

gagasan Malaysia . Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi antara rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia. tur secara berperingkat-peringkat dan ini adalah usaha bersama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

5. PERKARA 15 PELAJARAN Sistem Pelajaran Yang Wujud Sekarang Harus Diteruskan Dengan Itu Ia Harus Diletakkan Di Bawah Kawalan Kerajaan Negeri. Dakwaan Datuk Patrick Sindu:Kerajaan negeri berhak untuk menentukan sistem pelajaran sendiri demi melahirkan graduan yang berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu dapat menarik pelajar-pelajar luar negara sebagaimana pendekatan yang digunakan oleh Singapura. TALKING POINT:ditadbir urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan agar Sistem Pembelajaran yang bersepadu dan diselaraskan diseluruh Malaysia. Sabah tidak akan wujud beberapa intitutusi pengajian tinggi yang diiktiraf seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej-kolej swasta yang kini dapat melahirkan ramai graduan yang mampu berdaya saing. Buktinya sahaja pelantikan Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kedua-duanya adalah anak watan negeri Sabah sendiri, justeru merekalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan bidang pembelajaran negeri Sabah pada hari ini. Kesimpulan Pointers 20 Perkara Sabah 1. 20 Perkara adalah draf tuntutan yang di bawa ke IGC untuk diserapkan ke Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 di London. Anggapan bahawa 20 Perkara adalah sebuah perjanjian yang sah dan telah ditandatangani oleh pemimpin terdahulu adalah tidak benar sama sekali. 2. Pointers mengenai bertuahnya Negeri Sabah mendapat kemerdekaan di dalam Malaysia serta kebijaksanaan pemimpin terdahulu menyertai Gagasan Malaysia harus diwar-warkan agar memberi kefahaman dan kesedaran kepada rakyat Sabah itu sendiri. 3. Sebagai contoh, sekiranya pada hari ini kita sebagai negeri di bawah Naungan Negara Indonesia.Apakah nasib kita pada hari ini? Tidak perlu pergi jauh, kita lihat sahaja nasib orang-orang Tarakan dan Nunukan berbanding kita di Sabah, perbezaan amat ketara sekali. Sedangkan kedudukan tanah mereka dan kita hanya bersempadan sahaja. 4. Sekiranya pada hari ini kita merdeka di bawah Naungan Kerajaan Filipina, terbelakah nasib kita? Sedangkan rakyatnya juga lari ke Sabah untuk mendapatkan perlindungan dan peluang pekerjaan.Persoalan-persoalan dan infomasi sebegini harus dimainkan dipemikiran generasi hari ini agar membuka mata mereka agar tidak mudah terpesong dengan dakyah-dakyah pembangkang.

You might also like