Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KONSERTO TERAKHIR

KARYA ABDULLAH HUSSAIN

JENIS-JENIS WATAK
Watak protagonis dalam novel Konserto Terakhir ialah Hilmi. Hilmi berkonflik dengan Datin Salmah yang terlalu mementingkan darjat hingga sanggup menyingkirkan Hilmi dari rumahnya.

Watak antagonis pula ialah Datin Salmah yang sombong dan mementingkan darjat sebagai orang ternama. Datin Salmah benci akan orang kampung yang miskin dan tidak berpelajaran. Hilmi berasa terhina dan berlakulah konflik dengan Datin Salmah. Pada akhir cerita, Datin Salmah sebagai watak antagonis kalah setelah insaf akan perbuatannya yang kejam terhadap Hilmi.

Watak dinamik ialah Datuk Johari yang banyak mengalami perubahan. Kejayaan menjawat jawatan tinggi merupakan suatu perubahan. Begitu jugalah halnya dengan perubahan sifat daripada seorang yang tidak suka akan Hilmi kepada seorang yang penyayang dan insaf.

Watak statik ialah Encik Bakar yang tidak berubah sifatnya. Encik Bakar sayang akan Hilmi. Perasaan sayangnya itu tidak berubah walaupun anaknya, Azizah membenci Hilmi, suaminya.

Watak Utama
HILMI
(Watak putih)

Rajin bekerja = Walaupun Hilmi terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari dan Datin Salmah,Hilmi tetap rajin bekerja memelihara tumbuh-tumbuhan di halaman rumah Datuk Johari dan Datin Salmah.

Berbakat besar dalam bidang muzik = Hilmi seorang yang berbakat besar dalam bidang muzik.Dia dapat bermain piano dengan hanya mendengar piano yang dimainkan oleh Hayati. Penyabar = Hilmi seorang yang penyabar.Walaupun dia sering dipandang rendah oleh Datin Salmah,dia tetap bersabar dengan hanya berdiam diri. Gigih berusaha =Hilmi tetap gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang muzik walaupun menghadapi tekanan yang berlaku dalam rumah tangganya bersama isterinya.

Watak sampingan
1.

HAYATI
(Watak putih)

Taat kepada ibu bapa = Hayati seorang yang taat kepada ibu bapa.Dia tetap menerima segala keputusan ibunya yang ingin mengahwinkan dia dengan Mohsin iaitu sepupunya.

Penyayang = Hayati seorang yang penyayang dalam memelihara kucing kesayangannya. Suka membantu = Hayati telah membantu Hilmi dalam mengendalikan persembahan konsert perdana di Dewan Tuanku Caunselor setelah mendapati bahawa Hilmi tidak muncul walaupun persembahan hampir dimulakan.

2.

Datin salmah
(Watak hitam)

Mementingkan diri sendiri = Datin Salmah seorang yang mementing diri sendiri.Hal ini demikian kerana dia tidak ingin orang lain mengetahui bahawa Hilmi itu merupakan anak saudara suaminya,Datuk Johari.

Mementingkan harta dan darjat =Datin Salmah seorang yang mementingkan harta dan darjat.Dia menghina Helmi kerana Helmi seorang yang miskin.Dia juga hanya bergaul dengan golongan atasan. Lemah pegangan agama=Datin Salmah sering mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah.Dia juga tidak mengendahkan amanah sebagai seorang ibu untuk mendidik anaknya, Hayati tentang soal agama.

Datuk Johari (Watak hitam watak putih)

Tidak bertanggungjawab=Datuk Johari seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan ibu Helmi setelah menempuhi detik malam pertama mereka.

Disediakan oleh

You might also like