Sampel Penulisan Ucapan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penulisan

Pasukan bola sepak kamu muncul sebagai juara peringkat daerah.Sebagai


ketua pasukan ,kamu diminta untuk menyampaikan ucapan.tuliskan ucapan
kamu itu.

Rangka Karangan

Pendahuluan
Format – kata alu aluan- ucap terima kasih- peluang bercakap

Idea –idea
1. perasaan bangga- juara- ucap terima kasih – guru dan rakan.
2. faktor kejayaan- kerjasama- semangat berpasukan.
3. kenangan manis – harumkan nama sekolah,jadi pembakar semangat.
4. harapan – peringkat negeri – doakan kejayaan, nasihat kepada
murid lain

Penutup
-pesanan - Sanggup berkorban,jangan putus asa – ucap terima kasih.
Yang dihormati Guru Besar,Encik Wan Ruslan Bin Wan Bakar,guru-guru
dan rakan-rakan sekalian.Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih
kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ucapan sempena kejayaan
pasukan bola sepak sekolah ini.
Saya sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah ini ,sudah semestinya
berasa bangga atas kejayaan yang dicapai .Dalam kesempatan ini .saya
mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada jurulatih bola
sepak iaitu cikgu Saiful dan Cikgu Malik .Tidak ketinggalan kepada rakan-
rakan sepasukan yang telah berhempas pulas sehingga berjaya.
Hadiri yang dihormati,
Kejayaan pasukan bola sepak ini adalah kerana semangat pasukan yang
tidak pernah kendur untuk berusaha agar berjaya.Semangat berpasukan yang
ditunjukkan amat dihargai.
Kejuaraan ini akan menjadi kenangan manis kepada kami sebagai pemain
bola sepak sekolah.Adalah diharapkan ,kejayaan ini menjadi pembakar
semangat kepada wakil sekolah yang lain untuk melakar kejayaan.Sekaligus
dapat mengharumkan nama sekolah yang kita sayangi ini.
Hadirin yang dihormati,
Saya berharap,pasukan bola sepak akan terus mara pada kejohanan
peringkat negeri kelak.Selain itu,doakan kami agar lebih berjaya.Nasihat saya
kepada rakan sepasukan ,mainlah dengan bersungguh-sungguh.
Sebelum saya mengundur diri,saya berpesan pada rakan –rakan bahawa
kita mesti sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan.Jangan kita berputus
asa. Sekian ,terima kasih.

You might also like