Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 64

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SEMESTER 1

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3101

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

NAMA : HAZANI BIN MD. ZAIN NO. KAD PENGENALAN : 680519-02-5899 NOMBOR MATRIK : 0611 / 2251 KUMPULAN : BMM ( KUMPULAN C ) TARIKH SERAHAN : 13 SEPTEMBER 2011 PENSYARAH : EN. MAT NASIR BIN HJ. CHE ALI

AKUAN PELAJAR

ADALAH DENGAN INI, SAYA HAZANI BIN MD. ZAIN, PEMEGANG KAD PENGENALAN BERNOMBOR 680519-02-5899, MENGAKU BAHAWA HASIL TUGASAN INI ADALAH ASLI DAN TIDAK DITIRU ATAU DIPLAGIAT DARIPADA MANA-MANA SUMBER.

NAMA PELAJAR KAD PENGENALAN TARIKH

: HAZANI BIN MD. ZAIN : 680519-02-5899 : 11 SEPTEMBER 2011

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

TARIKH

PELAKSANAAN TUGASAN

30 JULAI 2011

MENERIMA SOALAN TUGASAN

1 OGOS 2011

MENCARI BAHAN TUGASAN

MULA MENGHASILKAN TUGASAN

20 OGOS 2011

PERJUMPAAN DENGAN PENSYARAH BERBINCANG TENTANG TUGASAN

UNTUK

MENYAMBUNG TUGASAN / PERBINCANGAN DENGAN RAKAN / MENCARI BAHAN RUJUKAN

13 SEPTEMBER 2011

MENYERAHKAN TUGASAN KEPADA PENSYARAH

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang telah mengajar manusia apa-apa yang belum dan tidak diketahui. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s. a. w. rasul junjungan pembawa rahmat kepada sekalian alam.

Syukur kehadrat Allah s.w.t. dengan izin dan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dalam tempoh yang ditetapkan.

Oleh itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya rakan-rakan seperjuangan dalam memberikan idea dan bimbingan melalui perbincangan dari semasa ke semasa.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Encik Mohd.Roslan bin Ghazali yang telah banyak memberikan panduan untuk menyiapkan tugasan ini.

SALBIAH BT DIN PPG KOHORT 1

KANDUNGAN Soalan tugasan Akuan pelajar Jadual pelaksanaan tugasan Penghargaan Senarai kandungan a. Pengenalan b. Sukatan Pelajaran c. Huraian Sukatan Pelajaran d. Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu e. Objektif Pembelajaran Bahasa Melayu f. Objektif Pengajaran-Pembelajaran BM Tahun 4 g. Organisasi Kandungan HSP h. Kemahiran Bahasa i. Hasil Pembelajaran j. Sistem Bahasa k. Pengisian Kurikulum l. Cadangan Aktiviti m. Rancangan Pengajaran Harian Rujukan 1 - 4 5 - 7 8 - 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Mata pelajaran Tema / Tajuk Hasil Pembelajaran Fokus utama 3.3 Aras 3 i)

: 8 Ogos 2011 : 11.15 pagi 12.15 tengah hari : 4 Mawar : 26 orang : Bahasa Melayu : Pantun : : Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang

Menyatakan pendapat tentang sesuatu persoalan dengan bahasa yang bertatasusila :

Fokus Sampingan 5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca

Aras 2 i) Membaca lancar bahan sastera dengan gaya penyampaian yang menarik

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :i) ii ) Membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 nilai yang boleh didapati daripada pantun yang dibaca dengan betul iii ) Menyatakan maksud 4 rangkap pantun dengan betul kesemuanya

Sistem Bahasa Tatabahasa Kosa Kata

: : Sintaksis Sinonim : Tegahan, sejahtera, mengumpat, amalan, menimpa, kelak girang

Pengisian Kurikulum Ilmu Nilai

: : Sivik : Rendah diri, berjimat cermat, kepatuhan, kebijaksanaan, Rasional, keinsafan

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir : Menghurai, menjana idea, merumus Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal Bahan Bantu Mengajar :

Kertas mahjung, pen marker, lembaran,komputer, lcd

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar orang berpantun Murid pernah didedahkan dengan ciri pantun dan teknik mencari pengajaran atau nilai daripada pantun

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi ( 3 minit )

Permainan menyusun membentuk perkataan Contoh :

huruf

1) Murid dirangsang dengan soalan yang KBT mengaitkan dengan tema yang akan Menghubung diajar kait (KB) 2) Murid menjawab Teknik berdasarkan pengetahuan umum Perbincangan mereka 3) Guru membimbing murid membentuk perkataan bermakna

Kuhang - angkuh Sorob boros Patum umpat ( Nilai negatif )

Langkah 1 ( 10 minit )

Pantun nasihat ( Lihat lampiran )

1) Guru memperdengar dan memperlihatkan rakaman aksi pertandingan pantun untuk tontonan murid.

BBB Komputer lcd Teks

Teknik 2) Guru memilih murid secara rawak untuk Latih tubi membacakan pantun Kaedah Kaedah Terus 3) Guru membetulkan kesalahan bacaan murid ( sekiranya ada) 4) Murid membacakan pantun secara kelas

Langkah 2

Menyatakan maksud Rangkap Rangkap 1

1) Murid dipecahkan kepada 5 kumpulan

BBM

( 15 minit ) Sikap meninggi diri akan membuatkan kita dibenci orang Rangkap 2 Amalan berjimat cermat akan mengelakkan kita mengalami kesusahan di kemudian hari Rangkap 3 Kita akan mendapat keberkatan hidup apabila mematuhi tegahan agama

2) Guru mengedarkan Lembaran lembaran kerja kepada semua Kertas mahjung murid Pen marker 3) Guru mengarahkan murid mencari maksud setiap rangkap pantun melalui perbincangan dalam kumpulan 4) Murid membentangkan hasilan

KBT Kecerdasan pelbagai Verbal linguistik Interpersonal Teknik Perbincangan

Rangkap 4 Amalan mengumpat hendaklah kita jauhi

Kemahiran Berfikir Menjana idea Menghurai Merumus

Langkah 3 ( 15 minit )

Menyatakan nilai Menyatakan sebab Menyatakan kesan/akibat

1) Guru mengarahkan murid mencari 5 nilai yang berkaitan, menyatakan sebab dan menyatakan kesan atau akibat melalui perbincangan dalam kumpulan

Teknik Perbincangan Kemahiran Berfikir Menjana idea

2) Guru membimbing Merumus murid menjawab latihan melalui penyoalan Contoh soalan: 3) Seorang wakil Nilai daripada setiap kumpulan diarahkan Rendah diri untuk membentangkan Berjimat cermat hasilan Kepatuhan Kebijaksanaan Rasional

Apakah nilai yang sesuai untuk pernyataan ini? Mengapakah kita mesti mengamalkan sikap ini?

Apakah kebaikannya apabila kita mengamalkannya di dalam kehidupan? 1) Guru mengarahkan murid mencari Teknik perkataan sinonim secara individu Perbincangan 2) Guru membincangkan jawapan bersama murid-murid

Langkah 4

Sinonim Girang gembira

( 10 minit ) Kelak nanti Tegahan larangan Dipatuhi ditaati Sejahtera aman Menimpa - melanda Amalan tabiat 3) Guru memberikan token kepada murid yang dapat menjawab kesemua jawapan dengan betul

Penutup ( 5 minit )

Rumusan Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada pantun?

Kognitif Teknik 1) Guru bertanyakan kembali tentang Sumbang saran pembelajaran hari ini Nilai 2) Guru merumuskan Keinsafan isi pelajaran Rasional

Mengapakah kita patut mengamalkan nilai positif dalam kehidupan?

Apakah yang akan berlaku sekiranya masyarakat tidak lagi mengamalkan nilai-nilai positif?

KBT Kajian depan masa

REFLEKSI Kekuatan : __________________________________________________________ __________________________________________________________ ___________________________________________________________

Kelemahan : __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

PANTUN NASIHAT

Makan gulai si ikan tenggiri, Satu keluarga ketawa girang; Jangan suka meninggi diri, Kelak dirimu dibenci orang.

Duduk bersembang bersama rakan, Rakan lama datang ke mari; Sikap boros jangan diamalkan, Kelak susah menimpa diri.

Merindui bonda setiap hari, Semalaman duduk menulis surat; Tegahan agama hendaklah dipatuhi, Sejahtera hidup dunia dan akhirat.

Buah delima beli di pekan, Dijual gadis berwajah seri; Amalan mengumpat jangan diamalkan, Kelak memakan diri sendiri.

A. PENGENALAN Perkataan falsafah merujuk kepada pemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan bernas yang dihasilkan daripada kajian oleh pakar-pakar secara saintifik, sistematik dan logikal untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberikan arah tuju atau pedoman dalam kehidupan. Berdasarkan definisi tersebut, jelaslah bahawa falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Dalam konteks Malaysia, falsafah pendidikan digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi Negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam laporan dan dasar pendidikan termasuklah Rukunegara. Falsafah pendidikan ini akan memberikan panduan dan pedoman kepada segala usaha dan hala tuju bidang pendidikan Negara memandangkan ianya telah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambilkira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat, serta tidak terkecuali mengikut dasar dan aspirasi Negara. Hasrat dan matlamat pendidikan Negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Sehubungan dengan itu, Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ), kini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) telah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di Negara kita.

B. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan

di

Malaysia

ialah suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis darimsegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara

C. HURAIAN UNSUR-UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1. Pendidikan secara berterusan Pendidikan secara berterusan merangkumi :a. Pendidikan asas di sekolah dan tadika b. Pendidikan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah c. Pendidikan selepas sekolah iaitu di maktab atau institut pendidikan tinggi

2. Memperkembang potensi individu Memperkembang potensi individu dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani secara menyeluruh dan bersepadu a. Unsur intelek kritis dan kreatif b. Unsur jasmani : berupaya memberi tumpuan kepada perkembangan anggota-anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat c. Unsur emosi : mempunyai jiwa yang sihat serta berupaya : berupaya memberi tumpuan kepada daya berfikir secara

memperkembang kecerdasan emosi ke tahap yang matang d. Unsur rohani : mengandungi sifat kejiwaan dan kebatinan yang baik serta

berupaya berdisiplin kendiri dan membentuk akhlak mulia

3. Insan yang seimbang dan harmonis Insan yang seimbang dan harmonis ialah : a. Insan yang menghayati dan memiliki ilmu dan berakhlak mulia

b. Mempunyai kepercayaan yang teguh kepada Tuhan c. Mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram serta bersikap positif d. Mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas e. Sentiasa riang gembira dan mempunyai sahabat yang suka bergaul f. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi g. Memiliki semangat juang dan berani menghadapi segala masalah dan rintangan

4. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan a. Mengakui wujudnya Pencipta b. Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta c. Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta d. Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam e. Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya f. Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama g. Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama h. Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan

5. Rakyat Malaysia yang berilmu Ciri-ciri rakyat yang berilmu : a. Suka membaca b. Sentiasa berusaha menembahkan ilmu pengetahuan c. Berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu ppengetahuan d. Berfikiran luas, jauh dan terbuka e. Memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain f. Mencintai ilmu pengetahuan

6. Rakyat Malaysia yang berketrampilan a. Mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang sesuai dalam pelaksanaan tugas b. Melaksanakan tugas dengan dedikasi, cekap dan sempurna

7. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Ciri-ciri rakyat yang berakhlak mulia ialah : a. Yakin dan utuh terhadap nilai murni b. Mengamalkan perlakuan baik dan menjauhi perbuatan buruk c. Menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan d. Memahami nilai baik dan buruk e. Menyedari kesan perbuatan baik dan buruk

8. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Rakyat yang bertanggungjawab ialah : a. Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah b. Menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan sempurna c. Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah d. Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran e. Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara f. Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara

9. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri a. Memiliki fikiran dan sikap yang waras, jiwa yang tenang serta tubuh badan yang sihat b. Mempunyai daya ketahanan dan kesabaran kendiri yang kuat untuk menghadapi cabaran, masalah dan rintangan hidup c. Berupaya mewujudkan hubungan baik dengan orang lain

10. Rakyat Malaysia yang berupaya memberi sumbangan untuk keluarga, masyarakat dan Negara a. Berupaya memupuk keharmonian keluarga b. Berusaha memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati

c. Berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan Negara dengan menggunakan sains dan teknologi serta ICT d. Mengekalkan kestabilan Negara dengan toleransi dan semangat kerjasama e. Mematuhi, mengekal dan mempertahankan Perlembagaan dan undangundang Negara f. Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara g. Bersemangat patriotik dan cintakan Negara

A. PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu elemen yang penting di dalam kehidupan. Untuk mewujudkan satu generasi yang unggul dan bertamadun, satu perancangan pendidikan yang terkini mengikuti perkembangan semasa harus digubal untuk mencapai hasrat ini. Satu generasi yang mampu bersaing dan berdaya tahan untuk mengharungi cabaran dunia hanya mampu dibentuk melalui kemantapan sistem pendidikan. Menyedari akan hakikat itu, matlamat pendidikan Negara yang telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet menjelaskan :

Untuk kepentingan pembangunan Negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada puncapunca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan Negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan

Secara ringkasnya, Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pendidikan 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan prinsip-prinsip Rukun Negara menjadi tunjang dan asas untuk menjelmakan Falsafah Pendidikan Negara yang digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 ataupun dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekarang ini. Sehubungan dengan reformasi bidang pendidikan serantau, maka pada tahun 1982/83, KBSR telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan diikuti dengan pelaksanaan KBSM pada tahun 1988/89. Selepas tahun 1988, KBSR dikaji semula untuk mengesan kebaikan dan kelemahannya. Selepas kajian kelemahannya selesai, Jawatankuasa Kurikulum memutuskan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan cita dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Pendidikan 2020. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) yang dirangka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( 1988 ) bermatlamat untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Satu elemen yang penting yang tidak boleh dinafikan dari segi sejarah dan perkembangan Negara Malaysia ialah perpaduan. Oleh itu, setiap perancangan dan reformasi pendidikan yang telah dilakukan selama ini menitikberatkan aspek ini. Salah satu cara untuk mencapai aspirasi ini ialah dengan cara memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi yang

tunggal sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan ( Ordinan Pelajaran ) 1967. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu akan berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat majmuk di Malaysia. Di samping itu, pendidikan Bahasa Melayu juga dihasratkan supaya dapat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi juga untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah di dalam KBSR bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid-murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid juga akan mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Untuk melihat secara lebih dekat mengenai Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah yang terdapat di dalam KBSR, dua sumber yang penting yang harus dijadikan rujukan ialah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

B. SUKATAN PELAJARAN

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan

( mendengar dan bertutur ), membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan mrid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan

murid.Sukatan Pelajaran juga memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sejumlah lima belas prinsip perlu dipatuhi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu.Berdasarkan kesemua prinsip tersebut, penekanan terhadap pengajaran kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur diberikan keutamaan seperti berikut : Pengajaran lisan haruslah didahulukan, kemudian baharu diikuti dengan pengajaran bacaan dan tulisan. Ini bersesuaian dengan proses pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang; di samping bersesuaian juga dengan pendapat golongan behavioris yang menganggap bahawa bahasa itu adalah lisan. Lisan juga menjadi asas kepada kemahiran membaca dan menulis kerana di dalam lisan terangkum semua aspek bahasa seperti bunyi, perkataan, rangkai kata, ayat, makna, intonasi dan sebagainya yang terdapat juga dalam kemahiran

bacaan dan penulisan. Jadi, sekiranya seseorang itu sudah menguasai kemahiran lisan, maka dia akan boleh memindahkan kemahiran itu bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis.( Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam ( 1987: 38-39 ) Dalam aspek tatabahasa pula, merangkumi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996 )

OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN Menurut kandungan Sukatan Pelajaran , setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah, murid-murid akan dapat : o Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari o Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila o Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan o Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan o Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul o Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul o Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi

o Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu o Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan o Member makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai o Menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan

C. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ( HSP ) Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ) ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. HSP berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. HSP menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Kreativiti guru amat diperlukan untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran secara berkesan. Sebagai panduan guru, HSP amat mengharapkan guru dapat

memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual dan pembelajaran secara konstruktivisme di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan. HSP juga menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid yang diperingkatkan kepada tiga aras, iaitu Aras 1 ( aras asas ), Aras 2 ( aras sederhana ), dan Aras 3 ( aras cemerlang ).

HSP Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran berbahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Kemahiran kemahiran yang diberikan tumpuan di dalam HSP ini akan membolehkan murid-murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.

D. MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.

E. OBJEKTIF PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat : o Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal o Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi o Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara o Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis o Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan o Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis

o Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul o Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis o Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu o Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme dan perasaan cinta akan Negara

F. OBJEKTIF

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU

TAHUN EMPAT Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahun empat, murid dapat melakukan perkara berikut : o Mendengar pengucapan dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi tertentu o Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila o Berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara o Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu o Menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan proses penulisan yang sesuai o Menulis teks dengan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik o Menghasilkan karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan o Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul o Mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian o Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotisme

G. ORGANISASI KANDUNGAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus pada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis.Hasil Pembelajaran juga

menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh Pengisian Kurikulum.

H. KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklumbalas. Kemahiran Mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama ketika murid berada di sekolah rendah. Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan. Sehubungan itu, dianggarkan lebih 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah untuk mendengar. Oleh itu, murid-murid di sekolah rendah perlu memiliki kemahiran mendengar yang berkesan supaya

mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik. ( Yahya Othman, 2005 : 26 ) Proses dan bentuk mendengar meliputi dua cara, iaitu Mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi sesuatu bahasa Memahami maksud bunyi itu dan bertindak balas ( Fatimah Abd. Rahman, Zainon Zainalabidin dan Zuariah Yusoff, 1992: 9- 12 ) Proses mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi sesuatu bahasa melatih murid mengenal pasti dengan betul bunyi-bunyi yang berbeza, kombinasi bunyi dan intonasi, nada, tekanan serta jeda ayat.Proses mendengar untuk

memahami maksud bunyi dan bertindak balas pula boleh menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas dengan cara menjawab soalan pemahaman, membuat ulasan, mencatat isi penting, dan sebagainya. Objektif Empat kemahiran mendengar yang terdapat di dalam HSP Tahun

dan juga di dalam Sukatan Pelajaran ialah mendengar pengucapan

dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi tertentu.

KEMAHIRAN BERTUTUR Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Kemahiran Bertutur dalam Sukatan Pelajaran dan HSP Tahun 4

mementingkan kemahiran komunikasi dan keupayaan murid melahirkan idea melalui pengucapan dan penulisan. Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Bertutur amat penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohd Hilmy Haji Ismail ( 1982 : 68-69 ) Pertuturan adalah menjadi asas kepada hamper semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis..Gerak kerja lisan memang ada dilakukan oleh pada setiap pelajaran bahasa. Namun demikian, ada juga guru yang melangkau aspek penting ini. Kemahiran bertutur ialah kemahiran berkomunikasi , oleh itu murid murid perlu didedahkan dengan fungsi bahasa untuk menghuraikan proses dan bentuk kemahiran bertutur yang perlu dikuasai.Terdapat tujuh fungsi bahasa yang perlu diberi penekanan untuk mengajar kemahiran bertutur, iaitu : Fungsi peribadi Fungsi perhubungan

Fungsi memberi arahan Fungsi menyoal Fungsi merujuk Fungsi imaginasi Fungsi menyampai maklumat ( Maimunah Samat dan Radiah Nordin, 1992: 33-35 )

Antara objektif kemahiran bertutur yang terdapat di dalam HSP Tahun 4 ialah : 1. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila 2. Berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara 3. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan,kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul

KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul.Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Pemahaman dan penaakulan harus diutamakan kerana membaca boleh diertikan dengan mengajarkan murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.Ini bermakna,

sekiranya murid tidak memahami apa yang dibaca mereka tidak boleh dianggap sebagai pandai membaca. Konsep membaca berdasarkan pendapat beberapa tokoh pendidikan dalam dan luar Negara dapatlaha dirumuskan seperti berikut : o Melibatkan kebolehan mengenal lambing-lambang dan menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi yang disampaikan kepada tulisan ( Atan Long ) o Menyuarakan tulisan, kemudian mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungan bahan ( Kamarudin Husin ) o Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea-idea yang disimbolkan melalui penulisan atau simbol tertulis ( Dallman ) o Reading is a purposeful reconstruction of an authors printed message for recreational aesthetic or functional purpose ( Duffy and Roehler, 1993 ) o Satu proses psikologi yang berlaku apabila pembaca membentuk semula dalam fikirannya erti yang diterapkan oleh penulis dalam bentuk tulisan yang kemudiannya ibaca oleh pembaca ( Goodman 1975, Smith 1978 ) o Memerlukan kombinasi mesej atau makna dan sedutan makna,iaitu makna yang wujud pada beberapa peringkat, daripada pemahaman yang paling rendah kepada interpretasi yang tinggi, daripada yang nyata atau

konkrit kepada yang abstrak, daripada penilaian yang senang kepada penilaian yang lebih kompleks ( Juriah Long ) Terdapat dua kaedah bacaan yang sering dilaksanakan di dalam bilik darjah iaitu bacaan mekanis ( bersuara ) dan bacaan mentalis ( senyap ).Apabila murid telah memperoleh asas kemahiran membaca yang kukuh, barulah murid dilatih untuk membaca secara lebih luas dan mendalam. Untuk merealisasikan apa yang dimaksudkan bacaan intensif dan bacaan ekstensif dilaksanakan. Bacaan Ekstensif bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir dengan tepat apa sahaja yang dibaca. Bacaan ini juga memberikan penekanan kepada kajian-kajian terhadap cirri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta pemakaian bahasa dalam konteks situasi yang berlainan. Bacaan ini memerlukan bimbingan dan bantuan guru sepenuhnya.Konsep Bacaan Ekstensif dapat dirumuskan seperti berikut : o Merupakan kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa murid o Asas untuk guru memberikan penjelasan atau keterangan mengenai struktur ayat yang sukar dan asas untuk memperkembang

perbendaharaan kata murid o Dikaitkan dengan aktiviti mengkaji cirri-ciri tatabahasa, susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh murid dalam pembacaannya

o Meningkatkan usaha mengawal penggunaan bahasa dalam komunikasi lisan dan tulisan Bacaan Ekstensif ialah bacaan meluas di luar kelas yang menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, meningkatkan kemahiran memaham dan menaakul hasil bacaan. Bacaan ini juga menekankan aspek peningkatan kepantasan membaca, membina dan mengukuhkan minat membaca serta kebolehan memetik isi-isi penting. Murid-murid akan mencapai kepuasan, keseronokan di samping berpeluang untuk menimba ilmu. Konsep Bacaan Ekstensif adalah seperti berikut : o Satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh murid-murid di luar kelas secara bersendirian dan sukarela tanpa bimbingan guru o Bacaan ini mengandaikan bahawa murid-murid tidak menghadapi masalah dan kesukaran bahasa dan dapat membaca dengan perasaan seronok,puas dan terhibur o Bahan bacaan mesti meluas, bukan sahaja sesuai dari segi

perbendaharaan kata, tetapi minat, umur, jantina, pengalaman, sikap, persekitaran, latar belakang dan cita-cita murid o Bacaan mestilah pelbagai termasuklah bahan elektronik seperti televisyen. Internet dan sebagainya

Kesimpulannya, kemahiran-kemahiran bacaan ini akan mencapai objektif dan matlamat sukatan dan huraian sukatan pelajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam HSP Tahun 4 iaitu: o Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu o Mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian; dan o Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotisme KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang garamatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan yang berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif. Menurut pendapat Don Bryne ( 1979 ), menulis ialah simbol-simbol grafik yang menggunakan huruf-huruf atau gabungan hurf-huruf yang berkaitan

dengan lambang-lambang bunyi semasa bercakap. Menulis juga merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan. Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang rapat dengan kemahiran-kemahiran lain. Justeru itu, kemahiran

ini

perlu

digabungjalinkan

dengan

kemahiran

lain

supaya

murid

dapatmenyampaikan idea dengan tepat, jelas dan berkesan. Berdasarkan sukatan pelajaran terdapat 16 kemahiran menulis iaitu : 8.0 Menggunakanpelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan ( 8.1 8.6 ) 9.0 Mencatat dan menyusun maklumat ( 9.1 9.6 ) 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif ( 10.1 10.3 ) 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton,dan dibaca ( 11.1 11.4 ) Kemahiran menulis terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pramenulis, menulis mekanis dan menulis mentalis. Walau bagaimanapun, pada peringkat Tahun 4, peringkat yang diberikan tumpuan ialah peringkat mentalis. Antara objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang terdapat di dalam HSP Bahasa Melayu Tahun 4 ialah : o Menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan proses penulisan yang sesuai o Menulis teks dengan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik o Menghasilkan karangan tidak kurang 80 patah perkataan

I. HASIL PEMBELAJARAN Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat di dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, Hasil Pembelajarran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa ,sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Berikut merupakan senarai Hasil Pembelajaran yang telah dipecahkan kepada Kemhiran Bahasa iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis yang terdapat di dalam HSP Bahasa Melayu Tahun 4.

KEMAHIRAN BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN

Kemahiran Mendengar Dan Kemahiran Bertutur

1.0 ( 1.1 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 1.2 )

Aras 1 ( i , ii, iii ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 1.3 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i , ii ) Aras 3 ( i )

( 1.4 )

Aras 1 ( i , ii , iii ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 1.5 )

Aras 1 ( i , ii , iii ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 1.6 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

2.0 ( 2.1 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i , ii ) Aras 3 ( i , ii )

( 2.2 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

3.0 ( 3.1 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i , ii ) Aras 3 ( i ,ii )

( 3.2 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 3.3 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

4.0 ( 4.1 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 4.2 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 4.3 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 4.4 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i , ii )

Kemahiran Membaca

5.0 ( 5.1 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i , ii )

( 5.2 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i , ii ) Aras 3 ( i , ii )

6.0 ( 6.1 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 6.2 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 6.3 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 6.4 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 6.5 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 6.6 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

7.0 ( 7.1 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 7.2 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

Kemahiran Menulis

8.0 ( 8.1 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i )

Aras 3 ( i ) ( 8.2 ) Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i ) ( 8.3 ) Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i ) ( 8.4 ) Aras 1 ( i ,ii ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i ) ( 8.5 ) Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i ) ( 8.6 ) Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i ) 9.0 ( 9.1 ) Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i ) ( 9.2 ) Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 9.3 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

10.0 ( 10.1 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i , ii ) Aras 3 ( i )

( 10.2 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 10. 3 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

11.0 ( 11. 1 )

Aras 1 ( i ) Aras 2 ( i ) Aras 3 ( i )

( 11. 2 )

Aras 1 ( i , ii ) Aras 2 ( i , ii ) Aras 3 ( i )

( 11. 3 )

Aras1 ( i , ii ,iii ) Aras 2 ( i , ii , iii ) Aras 3 ( i , ii , iii )

J. SISTEM BAHASA Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan, dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

TATABAHASA Tatabahasa merupakan satu bidang yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bidang tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang. Bidang tatabahasa terdiri daripada bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji : Struktur kata Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna Bentuk kata Rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan Penggolongan kata Proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama

Aspek morfologi yang diberikan tumpuan dalam HSP Bahasa Melayu Tahun 4 ialah Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi Kata asli Bahasa Melayu Kata pinjaman Bahasa Melayu

Bentuk kata Kata tunggal Kata tebitan Kata majmuk Kata ganda

Proses pembentukan kata Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan ( penekanan kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna )

Golongan kata Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas

SINTAKSIS Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.Bidang sintaksis ialah bidang kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan

penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan di dalam HSP Tahun 4 ialah : Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat Jenis ayat o Ayat penyata o Ayat Tanya o Ayat perintah o Ayat seruan Ragam ayat o Ayat aktif o Ayat pasif Susunan ayat o Susunan biasa o Susunan songsang Binaan dan proses penerbitan ayat o Ayat dasar o Ayat tunggal

o Ayat terbitan atau ayat majmuk Tanda bacaan

SISTEM EJAAN Penekanan kepada Pola keselarasan huruf vocal Ejaan kata pinjaman Ejaan kata dasar dan kata terbitan

SEBUTAN DAN INTONASI Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat yang betul serta memahami intonasi dan jeda.Apabila murid dapat dipupuk dengan kebolehan mengenal pasti dan membezakan

pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi, mereka akan dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat dalam bentuk bahasa Melayu baku. Sebutan Diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu dengan betul dan bermakna mengikut sebutan bahasa Melayu baku Intonasi Diajarkan mengikut pola o Jenis ayat ( Ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah )

o Susunan ayat ( ayat biasa / ayat songsang ) o Ragam ayat ( ayat aktif / ayat pasif ) KOSA KATA Kosa kata daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kota kata perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran Tahun 4. Penguasaan kota kata perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan dan kebolehan murid PERIBAHASA Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat dan bahasa hikmat kiasan dan perlu bahasa diajarkan. kiasan Pemilihan hendaklah

peribahasa,

kata-kata

mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia. HSP Tahun 4 ada menyenaraikan senarai peribahasa yang harus dikuasai oleh murid Tahun 4. Walau bagaimanapun, sekiranya murid mempunyai kebolehan dan kemampuan yang tinggi, ianya boleh dipertingkatkan lagi untuk menambahkan penguasaan murid dalam sapek ini.

K. PENGISIAN KURIKULUM Elemen dalam pengisian kurikulum ialah : o Pengetahuan Merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sains, geografi dan sebagainya serta perkara semasa yang dapat digunakan untuk memperkembangkan bahasa. o Nilai murni Bertujuan untuk melahirkan insane yang baik serta memiliki akhlak mulia.Penghayatan nilai muni juga bertujuan untuk membentuk generasi yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia serta prihatin dan memahami bahawa Malaysia ialah Negara pelbagai budaya. Terdapat 17 nilai murni yang harus diterapkan dalam KBSR selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu : Baik hati berdikari hemah tinggi kasih sayang keberanian kejujuran kesederhanaan

Hormat-menghormati Keadilan kebebasan

Kebersihan mental dan fizikal Kerajinan Kesyukuran kerjasama rasional

Semangat bermasyarakat

patriotisme

Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan ini juga

bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap agama, bangsa dan Negara sebagaiman yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Peraturan sosiobudaya Merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

Kemahiran bernilai tambah Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta perubahan dunia. Kemahiran bernilai tambah yang yang dimaksudkan ialah : Kemahiran Berfikir Diajar melalui pelbagai kaedah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan supaya murid dapat

mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan di dalam kehidupan seharian nanti. Kemahiran berfikir secara kritis o Penggunaan cara berfikir untuk menganalisis,

mentafsir dan menilai sesuatu perkara atau masalah secara rasional dan logikal

o Komponen kemahiran berfikir secara kritis Mengumpul, menciri dan mengelaskan Menyusun mengikut jenis dan keutamaan Menganalisis Mengenal atau mengenal pasti cirri khusus Menilai kemunasabahan Membuat kesimpulan

Kemahiran berfikir secara kreatif o Penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, memodifikasikan atau mereka cipta sesuatu yang baru o Merangkumi dua kompenen utama iaitu : Kemahiran menjana mencipta idea baru Kemahiran mencantum atau memodifikasikan idea yang sedia ada o Kompenen kemahiaran berfikir secara kreatif : Mengembangkan idea Memodifikasikan idea Menginovasikan idea Menjanakan idea Menghubungkait atau mensitesis idea Membuat inferens Meramal

Menganalogi Mengitlak Mereka cipta

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bertujuan supaya murid dapat menggunakan computer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet

Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup melalui kepekaan kepada teknik pembelajaran yang berkesan.

Kajian Masa Depan Pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan supaya murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yang maksimum.

Kecerdasan Pelbagai Merangkumi lapan kecerdasan pelbagai sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Edward Gardner ( 1983 ), seorang ahli psikologi dari Universiti Harvard dalam buku beliau Frames of Mind. Beliau berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya yang boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Kecerdasan-kecerdasan pembelajaran adalah : Visual-ruang Melibatkan keupayaan untuk menggambarkan atau melihat sesuatu serta membuat pertimbangan ruang untuk tersebut serta kaitannya dengan

menyusun idea-idea dan menyelesaikan masalah. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kekuatan ingatan dalam bentuk gambaran dan lazimnya cenderung kea rah penghasilan seni tamapak dan seni halus. Pembelajaran akan lebih berkesan menggunakan gambargambar atau lukisan grafik seperti pelan , peta, carta dan sebagainya. Verbal-linguistik Melibatkan pembelajarn melalui penggunaan bahasa lisan dan penulisan. Individu berkecerdasan ini mempunyai kekuatan untuk membaca, menulis, bercerita, membuat nota,

mencari makna perkataan serta lebih sesuai belajar melalui kaedah kuliah, perbincangan, koloborasi dan perbahasan. Logik-matematik Individu berkecerdasan jenis ini belajar melalui hujah-hujah serta alasan logik, nombor-nombor, penyelesaian masalah dan eksperimen. Mereka lebih mudah belajar menggunakan arahan mengikut langkah-langkah yang disusun dengan teratur. Kinestetik / Tubuh Badan Pembelajaran berlaku melalui interksi dengan persekitaran melibatkan pergerakan badan, ekspresi fizikal dan isyarat, sentuhan serta rasa. Kaedah seperti lakonan, tarian, pergerakan badan seperti membina struktur bangunan dan objek sangat sesuai. Pemahaman akan terbina melalui pengalaman yang konkrit. Muzik Bunyi, intonasi, irama, rentak dan lagu memudahkan pemahaman pembelajaran. Pembelajaran bukan hanya melalui pendengaran tetapi juga pengenalpastian corak tinggi-rendah intonasi melalui deria rasa seperti graf bunyi. Kumpulan ini lebih selesa belajar dengan

berlatarbelakangkan lagu atau muzik.

Intrapersonal Pembelajaran berkesan berlaku melalui perasaan, nilai dan sikap individu itu sendiri terhadap pelajaran. Kumpulan ini mempunyai motivasi dalaman yang tinggi dan dapat maju atas kesedaran terhadap nilai dan kepentingan penguasaan pelajaran, pembelajaran, kajian, topic-topik dan sebagainya. Mereka akan lebih baik jika dibiarkan belajar sendiri menggunakan kaedah pembelajaran berfikrah. Tugasan individu yang diberikan akan diselesaikan dengan baik.

Interpersonal Mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi dan

berpersonaliti ekstrovert. Keupayaannya untuk membaca perasaan orang lain, memberi motivasi di samping

keupayaan bekerjasama yang tinggi membolehkannya menjadi ahli kumpulan yang baik. Pembelajaran menjadi lebih berkesan sekiranya dia dilantik sebagai ketua

kumpulan tugasan, kumpulan perbincangan koloboratif dan koperatif atau kumpulan perbahasan. Naturalis Merupakan kebolehan mengenal pasti dan mengelas pola, corak dan bentuk yang terdapat di alam sekitar serta peka terhadap perubahan alam sekeliling. Pembelajaran menjadi lebih baik sekiranya melibatkan pengumpulan serta analisis

sesuatu yang menonjol dalam alam sekitar seperti bentukbentuk unik permukaan bumi. Pembelajaran Konstruktivisme Meruupakan satu falsafah mengenai pendidikan yang berpegang kepada fahaman bahawa dengan berpandukan kepada

pengalaman-pengalaman, murid secara aktif akan membina pengetahuan mereka sendiri tentang dunia kehidupan. Antara tokoh-tokoh fahaman konstruktivisme ialah Jean Piaget, Bruner dan Vygotsky. Guru merupakan pembimbing, pemudahcara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah inkuiri penemuan, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. Pembelajaran Kontekstual Merupakan aktiviti pembelajaran yang menggabungjalinkan isi pelajaran berasaskan KBSR dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Isi pelajaran yang dirancang haruslah berasaskan kepada kurikulum dan objektif pelajaran yang ditentukan. Pembelajaran secara konkrit secara kerja praktik melibatkan pelbagai bahan. Pembelajaran melibatkan potensi intelek, emosi,

sosial dan fizikal murid serta budayanya. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

You might also like