Sejarah PJK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1

PENGENALAN

Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar: 1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat. 2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah

menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.

Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi.

Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.

Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guruguru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana

telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby.

Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolahsekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam

tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

2.

SEJARAH, KONSEP DAN DEFINISI KEMAHIRAN

2.1

Melantun

Perkembangan kemahiran manipulatif seorang kanak kanak bermula sejak mereka lahir seiring dengan perkembangan motor kasar dan halus. Pelbagai pergerakan yang berkaitan dengan pergerakan manipulatif antaranya melantun. Kebiasaannya melantun menggunakan bola. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dengan pergerakan melantun. Menurut Thomas (1998) mengatakan manipulasi melibatkan tiga aspek antaranya ialah mengawal objek. Mengawal objek seperti menggelecek bola dan memantul bola. 2.2 Menggelecek

Menurut pakar dalam pendidikan jasmani (Gallahue,D.L., 1996; Gabbard, C. LeBlanc, B. & Lowy.1994; Burton, 1977), membahagikan pergerakan asas kepada 3 iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif. Pergerakan manipulatif terdapat banyak pergerakan salah satu pergerakan manipulatif ialah menggelecek. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam pergerakan menggelecek antaranya aktiviti menggelecek bola sambil berlari. Kanak kanak yang berumur 5 tahun ke atas boleh melakukan aktiviti dengan bimbingan daripada guru.

3.

ANSUR MAJU PERLAKUAN KEMAHIRAN/TAJUK

3.1

Melantun

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk pergerakan melantun ialah melantun bola sambil berjalan. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam lingkungan umur empat tahun ke atas.

Kebiasaannya sebelum memulakan aktiviti guru perlu menerangkan cara aktiviti dilakukan. Selain itu, guru pelu menyediakan bahan untuk aktiviti tersebut iaitu bola. Pada permulaan aktiviti, badan kanak kanak hendaklah berada dalam keadaan lurus. Mata memandang kehadapan.Tangan memegang bola kemudian, angkat kaki kanan dan melangkah kehadapan dan kaki kiri berada dibelakang. Seterusnya angkat kaki kiri dan melangkah kehadapan dan kaki kanan berada dibelakang. Bola dilantunkan semasa berjalan. Perkembangan motor yang terlibat pada aktiviti ini ialah motor kasar. Koordinasi tangan dan kaki digunakan untuk aktiviti ini. Kanak kanak akan meggunakan tangan untuk memengang bola dan kaki untuk berjalan untuk melangkah semasa melantunkan bola tersebut.

3.2

Menggelecek

Sebelum memulakan aktiviti guru hendaklah menerangkan cara permainan kepada kanak kanak dan menyediakan bahan seperti bola dan kon. Selepas itu, guru hendaklah menyusun kon dengan jarak yang sama. Badan kanak kanak perlu berada dalam keadaan tegak dan berdiri lurus di hadapan kon yang telah disusun. Kemudian, bola digelecek dengan menggunakan kedua dua belah kaki dan melalui kon kon yang disusun mengikut arah zig zag. Bola digelecek sambil berlari atau berjalan. Perkembangan motor yang terlibat melalui aktiviti adalah motor kasar dan halus. Koordinasi mata untuk melihat bola tersebut dan koordinasi kaki untuk menggelecek bola tersebut. Selain itu aktiviti sebegini menguji tahap kecekapan kanak kanak dalam menggelek bola tersebut. Pada permulaan kanak kanak akan sukar melakukan aktiviti ini tetapi dengan banyak pengulangan kanak kanak akan cepat mempelajarinya.

Langkah melakukan kemahiran / tajuk

Langkah keselamatan yang perlu diambil kira

Kekuatan dan kelemahan

Rumusan Rujukan
http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/kemahiran-menggelecek/

lampiran

You might also like