Laporan Biro Dokumentasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN BIRO DOKUMENTASI BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 4 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

Bagi program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 /2013 ini, biro dokumentasi telah berperanan merakam dan mendokumentasikan segala aktiviti dan perjalanan bermula daripada proses sebelum sehinggalah kepada proses selepas selesainya BIG. Laporan ini dibahagikan kepada 3 fasa utama yang merangkumi tugas biro kami bagi proses sebelum, semasa dan selepas BIG. Bagi fasa sebelum program BIG, beberapa siri mesyuarat antara ahli jawatankuasa biro telah diadakan bagi membincangkan pembahagian skop tugas dan gerak kerja sepanjang program BIG. Setelah selesai pembahagian skop tugas, masingmasing mula menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan. Bagi fasa sebelum ini juga, kami telah mengambil beberapa keping gambar di samping merakam video semasa beberapa sesi mesyuarat dan aktiviti yang diadakan bagi tujuan

pendokumentasian. Di samping itu, kami juga turut membantu tugas-tugas biro lain serta membantu rakan-rakan lain dalam menyiapkan aktiviti mereka. Bagimemastikan kelancaran gerak kerja sepanjang program, kami juga telah menyediakan segala alatan dan kelengkapan yang diperlukan seperti kamera digital,perakam video, laptop, pembesar suara dan lain-lain. Seterusnya, bagi fasa semasa pula, biro kami telah memainkan peranan sepenuhnya dalam mengambil gambar dan merakam video sepanjang pelaksanaan pelbagai aktiviti melibatkan penduduk Kampung Hilir, Merbok, Kedah. Tambahan, kami juga turut mengambil gambar dan merakam video semasa aktiviti-aktiviti seperti Majlis Perasmian Program Anak Angkat, gotong-royong, melukis mural, sukaneka, malam kebudayaan dan Majlis Perasmian Penutupan Program Anak Angkat. Bagi memastikan kelancaran perjalanan gerak kerja biro, kami telah membahagikan tugas antara kami. Saya bertanggungjawab untuk mengambil gambar manakala rakan saya pula bertanggungjawab untuk merakam video sepanjang pelaksanaan program BIG. Di

samping itu juga, kami telah memainkan sepanjang pelaksanaan aktiviti bagi mewujudkan suasana yang ceria dan menarik. Akhir sekali, bagi fasa selepas program pula, biro kami bertanggungjawab untuk mengumpulkan segala koleksi gambar dan video sepanjang pelaksanaan program bagi tujuan pendokumentasian. Kami juga telah menghasilkan sebuah video bagi merakam detik-detik dan kenangan manis sepanjang program sebagai bukti dan untuk tujuan pendokumentasian. Segala gambar dan video kemudian dimasukkan ke dalam cakera padat untuk dimasukkan dalam portfolio BIG serta diserahkan kepada mentor. Kami juga telah menghantar koleksi gambar dan video sepanjang program kepada pihakpihak lain yang terlibat untuk tujuan simpanan dan pendokumentasian. Laporan disediakan oleh, .......................................... (SHAMALA A/P MANIAM) Biro Dokumentasi, Bina Insan Guru Fasa 4 /2013, IPG Kampus Perlis.

You might also like