Download as ehtml, pdf, or txt
Download as ehtml, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Watak dan Perwatakan

Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil.Watak sampingan terdiri daripada Ah Seng,Ramasamy,Tuk Ngah,Khairil Anuar,Dolah,Sarjan Mokhtar,Encik Leong,Pak Senik,Encik Karim dan Encik Shanti. Fadhil Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah.Dia berusia 15 tahun.Dia suka akan subjek sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah.Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh.Dia berfikir panjang dalam membuat sebarang sebarang keputusan.Dia bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung Datuk.Fadhil juga seorang yang menghormati orang tua.Contohnya:dia meminta izin daripada kedua-dua orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk. Ah Seng Ah Seng ialah kawan baik Fadhil.Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong dan Puan Lily.Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas laku dan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang mendaki bukit,dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari.Suka makan,dia tetap berselera makan meskipun dalam kesusahan.Contohnya:ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam bilik,dia tetap berselera untuk makan. Ramasamy Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng.Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu.Dia merupakan anak Encik Shanti dan Puan Mary.Dia berani.Contohnya:ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng,Ramasamy dan kawan-kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki.Dia mahu melawan orang-orang jahat itu tetapi dihalang oleh Khairil Anuar. Tuk Ngah Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi,Rembau.Usianya hampir 80 tahun.Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.Beliau banyak pengalaman.Beliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman darurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis.Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan bertenaga.Buktinya,beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy. Khairil Anuar Dia seorang penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam lingkungan 30 tahun.Tubuhnya gempal.Berani.Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama itu.Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan,terserempak dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dari terowong.Khairil Anuar bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau.Dia prihatin,bertanggungjawab dan mengambil berat.Meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy,dia amat mengambil berat kan keselamatan mereka. Dolah Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil.Dia pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketau pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya(PKM).Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh pengampunan daripada Kerajaan Malaysia.

You might also like