Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Murid di Tendang Oleh Guru Besar

Berdasarkan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian, seorang murid tahun empat yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya, telah hantar ke hospital Tengku Anis (HTA). Daripada sumber yang diperolehi, murid ini telah disepak oleh seorang guru besar di sekoloah sekitar Pasir Puteh.

Murid tersebut bernama Muhammad Irfan Mohd Zakee Zakaria telah mendakwa dia telah ditendang oleh guru besar selepas menulis jawapan mata pelajaran sains pada kertas jawapan, dan bukannya pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh guru terbabit. Bapa kepada Muhammad Ifran, Mohd Zakee Zakaria, 39, berkata belaiu mengetahui kejaidian yang berlaku apabila beliau pulang dari kerja pada petang berkenaan. Daripada laporan yang dikemukan oleh bapanya, muhammad irfan mengalami bengkak dan lembam di bahagian belakang badannya. Beliau pada awalnya tidak menyangka keadaan tidak begitu serius dan tidak membawanya mendapatkan rawatan.

Pada sebelah malamnya, Muhammad Irfan mengadu mengalami kesakitan dan sesak nafa sehingga mukanya pucat dan kebiruan. Lantas, beliau bergegas ke HTA untuk mendapatkan rawatan dan beliau diberi ubat penahan sakit. Pegawau perubatan HTA yang merawat murid terbabit telah menasihati bapanya untuk membuat laporan polis kerana bimbang kecederaan yang dialami oleh Muhammad Irfan mempunyai kesan jangka panjang.

Selepas kejadian ini berlaku, terdapat individu yang mewakili guru besar ke rumahnya bagi memohon maaf dan tidak memanjangkan kejadian ini kepada pihak media. Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Ismail Ghazaki yang dihubungi, berkata beliau sudah mengarahkan guru besar sekolah terbabit bagi menyediakan laporan bertulis berhubung kejadian ini.

You might also like