Ibadat T4

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 1

-------------------------------------------------------------------------
IBADAT TINGKATAN 4

FALSAFAH HAJI DAN UMRAH

1 HIKMAT DAN FAEDAH HAJI


1.1 Terangkan hikmat ibadat haji pada individu
- Dapat menghapuskan dosa kecil
- Membersihkan jiwa daripada maksiat
- Dapat meningkatkan iman
- Dapat membaharui ikrar keimanan kepada Allah
- Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan
- Mengingati kecemerlangan tamadun Islam.

1.2 Terangkan hikmat ibadat haji pada masyarakat


- Dapat berkenalan sesama umat Islam
- Dapat membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam
- Dapat mengadakan perbincangan mengenai permuslihatan umat
- Dapat membentuk pakatan bersama menghadapai musuh Islam
- Dapat meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam
- Dapat menyatupadukan umat Islam seluruh dunia

1.3 Terangkan hikmat ibadat haji pada segi ekonomi


- Di saamping mengerjakan haji, kita dapat berpeluang berniaga barang-barang dari
negara masing-masing, ini akan dapat menambahkan pendapatan umat Islam
- Pergi menunaikan ibadat haji dapat berpeluang mengadakan perbincangan untuk
mencari jalan bagi membantu tingkatkan taraf hidup negara miskin
- Dapat tingkatkan ekonomi negara Islam

1.3 Jelaskan hujah-hujah membuktikan bahawa ibadat haji dapat menguji kesabaran seseorang
- Sabar mengumpul wang untuk perbelanjaan pergi menunaikan ibadat haji
- Sabar meninggalkan keluarga tersayang untuk pergi menunaikan ibadat haji
- Sabar kesusahan ketika mengerjakan wukuf di Padang Arafah
- Sabar kesusahan ketika mengerjakan tawaf sebanyak 7 kali mengelilingi kaabah
- Sabar menghadapi kepayahan ketika di Mina

1.5 Terangkan bukti bahawa ibadat haji lambang perpaduan umat Islam
- Semasa mengerjakan ibadat haji kita dapat berkenalan dan berhubung mesra dengan
jemaah haji yang datang dari negara negara la
- Semasa mengerjakan haji kita dapat bekerja sama dan tolong menolong antara satu
sama lain
- Pemimpin negara ambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan bagi
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam dunia
- Melalui pakaian ihram, pengucapan dan perbuatan yang samaakan menjalinkan
kemesraan di kalangan jemaah haji.

2 KONSEP HAJI DAN UMRAH SERTA DALILNYA

2.1 Terangkan pengertian Haji


Pada bahasa ialah kunjung
Pada istilah syarak ialah
Mengunjung Baitulllah al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat tertentu, masa tertentu
mengikut syarat tertentu
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 2
-------------------------------------------------------------------------
2.2 Terangkan pengertian Umrah
Pada bahasa ialah ziarah
Pada syarak ialah
- Menziarahi Baitullah Al-Haram untuk mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa
mengikut syarat tertentu

2,3 Nyatakan hukum haji dan umrah


- Wajib ditunaikan sekali seumur hidup
- Kewajiban ke atas umat Islam yang
-
2.4 Berikan dalil wajib haji
َّ ‫علَى الن‬ َّ
‫سبِيل‬ ِ ْ ‫ع إِلَي‬
َ ‫ه‬ َ ‫ستَطَا‬
ْ ‫نا‬
ْ ‫م‬ ِ ْ ‫ج الْبَي‬
َ ‫ت‬ ُّ ‫ح‬
ِ ‫س‬
ِ ‫ا‬ َ ‫ه‬
ِ ‫ولِل‬
َ
Maksudnya
Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu
sesiapa yang mampu sampai kepadanya..

2.5 Berikan dalil wajib umrah


َ ُّ ِ ‫وأَت‬
ِ ّ ‫مَرةَ لِل‬
‫ه‬ ُ ْ ‫وال‬
ْ ‫ع‬ َ ‫ج‬ َ ْ ‫موا ال‬
َّ ‫ح‬ َ
Maksudnya
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah;

2.6 Terangkan persiapan mengerjakan haji


- Berazam dari usia muda untuk pergi menunaikan haji
- Berkerja keras untuk tingkatkan pendapatan
- Berjimat cermat dan menyimpan wang

3. CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

3.1 Nyatakan syarat wajib Haji dan Umrah


- Islam tidak wajib orang kafir tunai haji
- Berakal tidak wajib orang gila tunai haji
- Baligh tidak wajib kanak-kanak tunai haji
- Merdeka tidak wajib hamba tunai haji
- Berkuasa (Istataah) tidak wajib jika tidak mencukupi belanja atau tidak sihat tubuh badan

3.2 Jelaskan maksud berkuasa atau Istataah atau kemampuan


- Sihat tubuh badan
- Mampu menyediakan perbelanjaan untuk tambang pergi dan balik serta saraan diri dan
keluarga ditinggalkan
- Mempunyai kenderaan yang selamat pergi dan balik
- Selamat perjalanan pergi dan balik
- Ada kesempatan masa untuk mengerjakan haji
- Bagi wanita hendaklah diiringi oleh suami atau muhramnya atau dua orang perempuan
yang dipercayai.

3.3 Terangkan sebab-ebab wanita hendaklah diiringi oleh suami atau muhramnya
- Hendak elak fitnah
- Hendak jaga keselamatan diri
- Hendak memelihara maruah
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 3
-------------------------------------------------------------------------
4 PERKARA RUKUN HAJI

4.1 Nyatakan rukun haji


- Nat Ihram mengerjakan haji
- Wukuf di Arafah
- Tawaf di Baitullah
- Saie iaitu berulang alik di antara bukit Sofa dan Marwah
- Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya sebahagian dari tiga helaian
rambut.
- Tertib

4.2 Nyatakan rukun umrah


niat mengerjakan umrah
Tawaf
Saie
Bercukur
Tertib

5. RUKUN HAJI
5,1 Terangkan kepentingan rukun haji dan kesan jika tidak melakukan rukun haji
- Rukun haji adalah amalan yang wajib dilakukan jika tertinggal semuanya atau salah satu
daripada rukunnya hajinya tidak sah. Wajib mengqadha pada tahun hadapannya.
-
5.2 Nyatakan niiat haji

َ ‫ه تَـعاَل‬
‫ى‬ ِ ‫ه للـ‬
ِ ِ‫ت ب‬
ُ ‫م‬ ْ َ ‫ج وا‬
ْ ‫حر‬ َّ ‫ت الح‬
ُ ‫ويْـ‬
َ ‫نَـ‬
ٍSahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah

5.3 Nyatakan niat umrah

َ ‫ه تَـعاَل‬
‫ى‬ َ ِ‫ت ب‬
ِ ‫هـا للـ‬ ُ ‫م‬ ْ َ ‫مـَرةَ وا‬
ْ ‫حر‬ ْ ‫ت الـعـ‬
ُ ‫نَـوَيْـ‬
ٍSahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah

6, WUKUF DI ARAFAH
6.1 Jelaskan pengertuan wukuf
ialah berada di sana walaupun sekejap dalam masa gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit
fajar 10 Zulhijjah

6.2 Nyatakan sunat di amal ketika wukuf


- Membanyakkan zikir, tahmid, tasbih, talbiah
- Membaca al-Quran
- Berdoa

6.3 Nyatakan hikmat-hikmat Wukuf


- Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi Adam as dengan Hawa setelah mereka
berpisah.
- Menimbul keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia sama di sisi Allah.
- Supaya manusia lebih bersabar menghadapi keadaan cuaca yang panas di suatu
kawasan
yang tandus dengan hanya berlindung dibawah khemah
- Supaya manusia dapat merasa seolah-olah berada di Padang Mahsyar
- Menghilangkan sifat sombong, dengki, riak dan merasa dirinya sebagai hamba Allah
yang
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 4
-------------------------------------------------------------------------
lemah

7. TAWAF
7.1 Terangkan pengertian
ialah mengeliling kaabah sebanyak tujuk kali dengan syarat-syaratnya sekali

7.2 Jelaskan jenis-Jenis Tawaf


- Tawaf Qudum iaitu tawaf selamat datang hukumnya sunat
- Tawaf Sunat iaitu tawaf ketika menziarahi masjidil Haram hukumnya sunat
- Tawaf rukun atau ifadah iaitu tawaf yang dilakukan dalam ibadat haji atau Umrah
hukumnya wajib
- Tawaf widak -iaitu tawaf selamat tinggal bagi jemaah haji atau umrah yang hendak
meninggalkan kota Mekah hukumnya wajib
- Tawaf nazar iaitu tawaf yang ditunaikan kerana sesuatu nazar hukumnya wajib

7.3 Terangkan syarat Tawaf


- Hendaklah suci daripada najis, hadas pada badan dan pakaian
- Menutup aurat
- Bermula pada garisan yang bersetentang dengan hajaral Aswad
- Bermula dengan niat kecuali tawaf rukun
- Berjalan ke arah hadapan dan bahu kiri sentiasa menghadap Kaabah
- Mencukupi tujuh kali pusingan
- Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di Luar Kaabah

7.4 Jelaskan sunat-sunat Tawaf


- Beristilam atau berjabat ke Hajar Aswad kemudian mengucup tapak tangan apabila
sampai bertentangannya
- Melakukan berturut-turut tujuh pusingan tanpa berhenti
- Melakukan solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan berdoa

7.5 Terangkan hikmat-hikmat Tawaf


- Supaya manusia menyedari akan keagungan dan kekuasaan Allah swt
- Supaya mereka dapat mengingati kembali usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi
Ibrahim as bersama anaknya Nabi Ismail as ketika membina Kaabah
- Dapat memperkukuh keimanan kepada Allah
- Dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah di dalam diri manusia

8. SAIE
8.1 Terangkan pengertian
ialah berulang alik di antara bukit Sofa dan Bukit Maruah sebanyak tujuh kali dengan syarat-
syarat tertentu.

8.2 Nyatakan syarat-syarat Saie


- Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun atau selepas tawaf qudum
- Bermula dari Bukit Sofa dan berakhir di Bukit Marwah
- Mencukupi tujuh kali
- Hendaklah sampai ke kedua-dua bukit tersebut
- Dikerjakan di Batnul Wadi iaitu ditempat yang telah ditentukan
Hendaklah niat saie kerana Allah di bukit Sofa
8.3 Nyatakan sunat-sunat Saie
- Mendaki pada kedua-dua bukit tersebut apabila setiap kali sampai ke sana
- Berlari-lari anak di antara kedua-dua bukit
- Keluar mengikut pintu Bukit Sofa apabila sudah selesai saei
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 5
-------------------------------------------------------------------------
8.4 Jelaskan hikmat-hikmat Saie
- Mengingati kembali kisah Siti Hajar yang telah berlari ke sana ke mari untuk mendapatkan
air minuman untuk anaknya Nabi Ismail as yang masih kecil
- Mengukuh keimanan seseorang kepada Allah kerana menjalankan perintah Allah
- Mengerjakan Ibadat saei melambangkan syiar agama Islam
- Mendidik umat Islam supaya sabar dan tabah dalam melakukan pekerjaan.

9. BERCUKUR
9.1 Terangkan pengertian bercukur
ialah menghilangkan rambut (membotakkan kepala) sekurang-kurangnya sebahagian dari
tiga helai rambut.

9.2 Nyatakan syarat bercukur


- Ditunaikan selepas melontar pada hari ke 10 Zulhijjah
- Bercukur untuk diri sendiri dahulu kemudian barulah bercukur untuk orang lain

9.3 Jelaskan sunat- sunat bercukur


- Bercukur semua bahagian kepada bagi lelaki
- Membaca doa selepas bercukur kepada

9.4 Terangkan hikmat-hikmat


- Sebagai simbul membuang sifat keji yang terdapat pada diri sendiri
- Supaya berada dalam keadaan yang bersih zahir dan batin
- Supaya dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik

10 TERTIB
10.1 Terangkan maksud tertib
Rukun haji hendaklah disempurnakan mengikut susunan dengan mendahulukan niat ihram
daripada rukun-rukun yang lain.

10.1 Jelaskan hikmat tertib


- Melatih umat Islam supaya berdisiplin dalam segala pekerjaan.

11 SUNAT HAJI
11.1 Perkara sunat haji
- Mandi sunat sebelum memakai pakaian ihram
- Suci daripada hadas
- Membanyakkan membaca al-Quran dan
- berzikir
- Menyentuh Hajar Aswad dengan tapak tangan dan mengucupnya
- Membanyakkan bacaan talbiah
- Mengerjakan tawaf qudum
- Berdoa ketika bercukur
- Membotakkan kepada bagi lelaki
- Mengerjakan haji ifrad
- Melakukan solat sunat
- Berturut-turut 7 pusingan melakukan tawaf
-
11.2 Terangkan kesan melakukan sunat haji
- Menambahkan pahala’
- Menampung kekurangan dalam ibadat haji
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 6
-------------------------------------------------------------------------
12 PERKARA WAJIB HAJI DAN UMRAH
12.1 Jelaskan Wajib Haji
- Niat Ihram mengerjakan haji di miqat
- Bermalam di Muzdalifah
- Melontar di Jamrah Aqbah pada 10 Zulhijjah
- Bermalam di Mina pada 10, 11, 12 Zulhijjah
- Melontar ke tiga-tiga Jamrah pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah
- Meninggalkan perkara perkara yang di larang ketika ihram

12.2 Terangkan kepentingan mengerjakan wajib haji dan kesan jika tidak mengerjakan wajib haji
Wajib haji adalah amalan yang wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji, jika tertinggal
semuanya atau salah satu daripadanya hajinya sah tetapi dikenakan dam .

12.3 Jelaskan wajib umrah


- Niat mengerjakan umrah di miqat
- Meninggalkan segala larangan semasa ihram

13 MIQAT
13.1 Terangkan pengertian
- Pada bahasa ialah sempadan
- Pada istilah ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan niat haji dan umrah

13.2 Nyatakan jenis-jenis


- Miqat zamani
sempadan masa bagi mengerjakan haji
atau umrah
iaitu masa haji dari 1
syawal hingga 10 Zulhijjah (70 hari)

Bagi Umrah ialah bila-bila sahaja iaitu


sepanjang tahun .

-Miqat makani
iaitu sempadan tempat bagi mengerjakan haji atau umrah contohnya Zulhulaifah bagi
jemaah haji dari Madinah

13.3 Nyatakan nama tempat - Miqat Makani


- Zulhulaifah / Bir Ali - Jemaah Haji yang datang dari arah Madinah (Haji Malaysia yang
pergi ke Madinah dahulu)
- Yalamlam - Jemaah Haji yang datang dari arah Asia dengan kapal laut Juhfah - Jemaah
haji datang dari arah Syam, Mesir dan Maghribi
- Qarnul Manazil - Jemaah haji datang dari arah Kuwait, Najd, Yaman dan Jamaah haji
Malaysia menaiki kapal terbang
- Zatul irqin - Jemaah haji dari arah Iraq
- Kediaman sendiri - penduduk Mekah - jemaah haji Malaysia yang telah ada di tanah
Mekah.
- Tanaim, Jaaranah dan Hudaibiah - miqat umrah bagi penduduk Mekah
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 7
-------------------------------------------------------------------------
13.4 Jelaskan hikmat-hikmat di adakan miqat
- Supaya manusia mudah memulakan ibadat Haji atau Umrah kerana setiap pekerjaan itu
ada tempat permulaannya
- Memudahkan jemaah Haji menyusun jadual untuk memulakan ibadat Haji
- Supaya jemaah Haji tidak terkeliru ketika memulakan niat Haji atau Umrah dan dapat
melakukan ibadat Haji dengan tertib

14 BERMALAM DI MUZDALIFAH
14.1 Nyatakan maksud bermalam di Muzdalifah
ialah berada di sana memadai lalu sahaja walaupun sekejap dalam masa selepas tengah
malam 10 Zulhijjah sehingga terbit fajar selepas wukuf.

14.2 Nyatakan amalan-amalan sunat ketika bermalam di Muzdalifah


- Mengutip anak batu sebanyak 70 biji untuk ibadat melontar
- Berada di sana sehingga naik fajar.

15 MELONTAR DI JAMRAH AQABAH

15.1 Nyatakan masa melontar di Jamrah Aqabah


Masa melontar di Jamrah Aqabah ialah selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah sehingga
berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Waktu afdal melontar di jamrah Aqabah ialah pada pagi 10 Zulhijjah.

16 BERMALAM DI MINA
16.1 Nyatakan masa bermalam di Mina
Ialah berada di sana sekurang-kurangnya separuh pada malam-malam 11, 12, 13 Zulhijjah

16.2 Amalan sunat ketika bermalam di Mina


- Berzikir
- Berdoa,
- Membaca Al-Quran

17 MELONTAR DI KETIGA-TIGA JAMRAH

17.1 Nyatakan masa


Ialah melontar ketiga-tiga jamrah iaitu di Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah
Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah selepas gelincir matahari hari tersebut sehingga terbit fajar

17.2 Jelaskan cara-cara Melontar dijamrah


- Melontar di Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah
- Dengan anak batu 7 biji pada tiap-tiap jamrah
- Dengan cara tertentu
- Niat kerana Allah
- Pada masa tertentu 11,12, dan 13 Zulhijjah
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 8
-------------------------------------------------------------------------
17.3 Terangkan hikmat-hiikmat
- Mengingat kembali sejarah Nabi Ibrahim as yang melakukan ibadat ini yang bertujuan
mengusir syaitan yang mengganggu ibadat Haji
- Memperkuatkan dan memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan di dalam diri manusia
- Untuk memupuk sifat sabar dan jihad .
- Menghindar musuh-musuh Allah swt daripada mengganggu umat Islam ketika
mengerjakan ibadat Haji

18 PERKARA LARANGAN MASA HAJI DAN UMRAH


18.1 Nyatakan perkara-perkara larangan masa haji
- Menutup kepala bagi lelaki
- Menutup muka dan bersarung tangan bagi wanita
- Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki
- Menggunakan bau-bauan pada badan dan pakaian
- Memakai minyak pada rambut dan janggut
- Menanggalkan bulu pada badan,
- memotong kuku
- Memburu binatang yang halal di makan
- bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat
- Melakukan persetubuhan
- Berakad nikah walaupun sebagai wakil nikah
- Menebang pokok di tanah Haram

18.2 Jelaskan hikmat-hikmat diadakan perkara larangan


- Menunjukkan manusia itu sama sahaja di sisi Allah
- Untuk menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah
- Supaya seseorang itu lupa kepada perkara keduniaan ketika beribadat kepada Allah
- Supaya jemaah Haji dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat haji
- Memberi perhatian kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain
- Melatih umat Islam supaya berdisiplin

19 DAM
19..1 Terangkan pengertian dam
Pada bahasa ialah darah
Pada istilah - Ialah denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana melakukan kesalahan
semasa mengerjakan haji dan umrah seperti meninggalkan salah satu daripada perkara
wajib haji

19.2 Nyatakan jenis-jenis dam dan konsepnya


Dam Tertib
-iaitu dam yang dibayar mengikut susunan
Dam Takdil
- iaitu dam yang dibolehkan membayar mengikut nilaian harga dam
Dam Takdir
- iaitu dam yang dibayar mengikut qadar yang ditentukan mengikut kemampuan
Dam Takhyir
- Iaitu dam yang dibolehkan memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh
syarak
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 9
-------------------------------------------------------------------------

20 DAM TERTIB DAN TAKDIR


20.1 Nyatakan kesalahan dab jesalahan yang dikenakan dam ini ialah
- Mengerjakan haji Tamattuk atau haji Qiran
- Meninggalkan perkara wajib haji
- Tidak mengerjakan tawaf Widak
- Meninggalkan Wukuf di Padang Arafah
- Meninggalkan perkara sunat yang dinazarkan

20.2 Dam yang diwajib ke atas kesalahan di atas ialah


- Menyembelih seekor kambing
- Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa selama sepuluh hari, tiga hari semasa mengerjakan
haji dan tujuh hari di tempat sendiri

21 DAM TERTIB DAN TAKDIL


21.1 Nyatakan kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam jenis ini
Melakukan persetubuhan sebelum melakukan tahalul awal

21.2 Nyatakan dam yang diwajib ke atas kesalahan tersebut


- Menyembelih seekor unta, jika tidak mampu
- Menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu
- Menyembelih tujuh ekor kambing, jika tidak mampu
- Bersedekah makanan mengikut nilai seekor unta, jika tidak mampu
- Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta

22 DAM TAKHYIR DAN TAKDIL


22.1 Nyatakan kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam jenis ini
- Berburu binatang buruan
- Menebang, mengerat, mencabut atau memusnahkan pokok di tanah Haram Makkah

22.2 Nyatakan dam yang diwajib ke atas kesalahan tersebut


- Menyembelih binatang yang boleh di buat korban seperti kambing
- Bersedekah makanan mengikut nilai harga seekor kambing
- Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan
harga kambing tersebut

23 DAM TAKHYIR DAN TAKDIR


23.1 Nyatakan kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam jenis ini
- Menggugurkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut
- Memotong kuku
- Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
- Memakai minyak rambut
- Memakai bau-bauan
- bercumbu-cumbuan
- Bersetubuh selepas tahalul awal sebelum tahalul thani
Bersetubuh untuk kali yang kedua selepas jimak yang merosakkan haji
23.2 Nyatakan dam yang diwajib ke atas kesalahan tersebut
- Menyembelih seekor kambing atau
- Bersedekah kepada enam fakir miskin
dengan setiap seorang dua cupak atau
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 10
-------------------------------------------------------------------------
- Berpuasa selama tiga hari
23.3 Jelaskan hikmat-hikmat diadakan dam
- Supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap segbala kekurangan dalam ibadat
- Supaya jemaah haji menjaga disiplin semasa menunaikan ibadat haji
- Supaya jemaah haji mereka sentiasa berwaspada daripada melakukan perkara-perkara
yang dilarang semasa berihram haji atau umrah
- Supaya jemaah haji dapat menumpukan perhatian sepenuh terhadap amalan-amalan yang
dilakukan
- Supaya jemaah haji dapat menunaikan haji dengan teratur.
- Untuk menguji kesabaran dan ketabahan jemaah haji
- Supaya orang Islam memahami bahawa setiap kesalahan ada hukumnya

24 JENIS-JENIS HAJI
24.1 Jelaskan jenis-jenis haji
- Haji Ifrad
- Haji Tamattuk
- Haji Qiran

25 HAJI IFRAD
25.1 Terangkan pengertian haji Ifrad
ialah mengerjakan ibadat haji dan umrah ecara berasingan samada mengerjakan haji dahulu
dan kemudian mengerjakan umrah atau mengerjakan umrah sebelum tiba bulan haji
kemudian barulah mengerjakan ibadat bila tiba bulan haji

25.2 Terangkan kelebihan-kelebihan dan masalah


− Lebih afdal dari cara-cara lain
− Tidak dikenakan bayaran dam
− Lebih besar pahala
− Mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan ibadat tersebut
− Memerlukan kesabaran yang lebih

26 HAJI TAMATTUK
26.1 Jelaskan pengertian Tamattuk
Mengerjakan umrah dan haji berasingan tetapi kedua-duanya dikerjakan dalam bulan haji
iaitu mengerjakan umrah terlebih dahulu kemudian barulah mengerjakan haji dalam bulan
haji

26.2 Terangkan kelebihan-kelebihan dan masalah haji tamattuk


- Pendek masa memberi kemudahan kepada jemaah haji yang uzur
- Dikenakan bayaran dam
- Kurang fadhilat

27 HAJI QIRAN
27.1 Terangkan pengertian haji Qiran
ialah berniat mengerjakan haji dan
umrah serentak dalam bulan haji

27.2 Nyatakan kelebihan dan masalah


- Masa ibadat ini pendek
- Dikenakan bayaran dam
- Kurang fadhilat dari cara-cara lain
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 11
-------------------------------------------------------------------------

28 SEMBELIHAN
28.1 Terangkan pengertian sembelihan
Ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memotong urat halkum
dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

28.2 Nyatakan dalil wajib sembelihan

Dan makanan orang ahli Kitab halal bagi kamu dan makan kamu halal bagi mereka.

28.3 Nyatakan hukum sembelihan


Wajib

2 8.4 Nyatakan rukun sembelihan


- Penyembelih
- Binatang sembelihan
- Alat sembelih -

28.5 Nyatakan syarat sah sembelihan


- Penyembelih
- orang Islam atau ahli Kitab
- Tidak dilakukan semasa dalam
ihram haji atau umrah

- Binatang sembelihan
- Halal dimakan
- Binatang itu masih hidup
- Putuskan urat halkum (makan)
dan urat merih (pernafasan)
- Mati dengan sekali sembelihan

- Alat sembelihan
- Benda yang tajam selain kuku,
gigi, tulang, rambut dan tali.

- Niat sembelih kerana Allah

28.6 Terangkan sunat- sunat sembelihan


- Membaca bismillah dan bertakbir
- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw
- Menggunakan alat sembelih yang paling tajam
- Binatang yang hendak disembelih hendaklah dihadapkan ke arah kiblat
- Putus urat merih dikiri dan kanan supaya cepat mati
- Sembelih disiang hari
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 12
-------------------------------------------------------------------------
28.8 Nyatakan makruh sembelihan
- Menggunakan alat sembelih yabg tumpul
- Menampakkan alat semelihan kepada binatang yang hendak disembelihan.
- Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
- Tidak membaca bismillah
- Menghadapkan binatang yang disembelih ke arah selain dari kiblat
- Menyembelih dihadapan binatang lain yang hendak disembelih
28..9 Jelaskan hikmat-hikmat
- Untuk mematikan dengan cara yang cepat dan selamat
- Memastikan daging yang dimakan itu halal dan bersih
- Untuk mengeluarkan darah binatang yang mempunyai kuman-kuman penyakit yang
membawa penyakit
- Sembelihan adalah sebagai tanda penghormatan terhadap makhluk -makhluk Allah swt
- Untuk menjaga akidah orang-orang Islam
- Mermbezakan antara makanan yang halal dengan yang haram
- Daging yang tidak disebelih mudah reput dan busuk

29 KORBAN
29.1 Jelaskan pengertian korban
Menyembelih ternakan tertentu (al-Anam) pada hari raya haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari
Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) kerana beribadat kepada Allah

29.2 Nyatakan dalil

- Oleh itu kerjakan solat kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihlah kurban (sebagai
tanda bersyukur)
-
29.3 Nyatakan hukum korban
- Sunnat muakkad bagi yang mampu
- Fardu kifayah bagi sesebuah keluarga
- Wajib dilakukan jika bernazar

29.4 Terangkan syarat-syarat


- Hendaklah binatang ternakan tertentu
- Tidak kecacatan
- Binatang itu cukup umur
- Niat korban kerana Allah
- Sembelih dalam waktunya
- Penyembelih orang Islam
29.5 Nyatakan binatang-binatang ternakan tertentu untuk korban
- Kambing, Kibas dan biri-biri
- Lembu , kerbau
Unta
29.6 Nyatakan maksud cukup Umur bagi binatang korban
- Biri/kibas berumur satu tahun lebih
- kambing berumur dua tahun lebih
- Lembu dan kerbau berumur dua tahun
- Unta berumur lima tahun
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 13
-------------------------------------------------------------------------
29.7 Nyatakan waktu untuk melakukan ibadat korban
Selepas naik mata hari atau solat hari raya korban hingga jatuh matahari hari tasyrik ketiga
(13 Zulhijjah)

29.8 Nyatakan hukum membahagi daging sembelih korban


- wajib disedekahkan kepada fakir miskin
- harus dibuat jamuan untuk orang ramai termasuk orang kaya
- haram diberi kepada orang kafir
- Daging korban nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar

29.9 Terangkan pembahagian daging korban


Cara membahagikan daging korban
1/3 bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
1/3 bahagian dimasak untuk jamuan
1/3 bahagian dimakan oleh orang berkorban

29.10 Nyatakan sunat-sunat sembelihan korban


- Membaca bismillah
- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw
- Menggunakan alat sembelih yg paling tajam
- Hendaklah berniat berkorban kerana Allah
- Binatang yang hendak disembelih hendaklah dihadapkan ke kiblat
- Bertakbir selepas melakukan sembelihan
- Memilih binatang yang sihat

29.11 Jelaskan hikmat-hikmat sembelihan korban


- Untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt.
- Untuk mengingati peristiwa Nabi Ibrahim as. dan anaknya Nabi Ismail as yg sanggup
berkorban kerana menjalankan perintah Allah swt
- Untuk mengeratkan persaudaraan dikalangan orang ramai dengan memberi sedekah dan
memberi makan.
- Untuk melatihkan diri bersifat sanggup berkorban pada jalan kebaikan
- Untuk mendidik individu Islam supaya berkorban harta dan nyawa demi menegakkan syiar
Islam

30 AKIKAH
30.1 Terangkan pengertian akikah
Menyembelih ternakan tertentu (al-anam) kerana menyambut kelahiran bayi sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah swt

30.2 Nyatakan hukum akikah


Sunnat Muakkad ke atas ibu bapa
Wajib jika akikah bernazar

30.4 Nyatakan waktu melakukan ibadat akikah


Lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi
Harus pada bila-bila sahaja sehingga kanak itu baligh

30.5 Nyatakan kadar yang afdal bagi sembelihan akikah


- Bagi kanak-kanak lelaki 2 ekor kembing atau dua bahagian daripada seekor lembu, atau
kerbau atau unta
- bagi kanak-kanak perempuan 1 ekor kambing atau sebahagian daripada seekor lembu,
atau kerbau atau unta
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 14
-------------------------------------------------------------------------
30.6 Nyatakan syarat-syarat sah akikah
- Binatang ternakan tertentu sahaja iaitu lembu dan kerbau, kambing biri-biri dan kibas serta
unta
- Ternakan tersebut tidak cacat
- Terrnakan tersebut cukup umur
- Hendaklah lafaz niat akikah kerana Allah swt
30.7 Nyatakan hukum pembahagian daging sembelihan akikah
- Tidak wajib disedekahkan
- Sunat dimasak masakan manis
- Sunat Ibuat jamuan
- Sunat tidak mematah-matahkan tulang daging.

30.8 Terangkan sunat- sunat akikah


- Membaca doa ketika hendak menyembelih
- Melakukan penyembelihan ketika matahari sedang naik
- Memasak daging akikah dengan masakan yang manis
- Mencukur rambut bayi selepas upacara penyembelihan
- Melakukan akikah pada hari yang ketujuh selepas kelahiran bayi

30.9 Jelaskan hikmat-hikmat akikah


- Sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat cahaya mata
- Mengeratkan persaudaraan
- Mendekatkan kanak-kanak yang baru lahir dengan perkara-perkara kebajikan
- Menggalakkan orang-orang Islam melakukan amal kebaikan dan kebajikan

31 JUAL BELI (AL-BAI)


31.1 Terangkan pengertian
Menukar barang dengan barang mengikut cara tertentu

31.2 Hukum
Harus

31.3 Dalil

31.4 Maksud ayat


Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

31.5 Rukun
- Penjual dan pembeli
- Barang - Harga
- Ijab dan kabul ialah persetujuan antara kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual
(akad)
31.6 Syarat penjual dan pembeli
- Islam (kafir tidak sah)
- Mukallaf iaitu berakal dan baligh (orang mabuk dan kanak-kanak tidak sah)
- Hendaklah kemahuan sendiri(dipaksa tidak sah)
- Merdeka (hamba abdi tidak sah)
Tidak bengkrap atau yang ditahan hartanya
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 15
-------------------------------------------------------------------------
31.7 Nyatakan syarat barang
- Bersih dan suci (barang najis tidak sah)
- Berfaedah (tidak sah menjual sebiji padi)
- Kepunyaan penjual atau wakilnya (harta orang waris / harta curi tidak sah)
- Mengetahui jenis, kadar atau sifat barang jualan (tidak sah jual burung diudara)
-
31.8 Nyatakan syarat-syarat harga
- Bersih (barang tidak bernilai segi syarak seperti arak tidak sah)
- Kepunyaan penbeli ( wang bukan kepunyaan pembeli tidak sah)
- Harga itu mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual
- Mengetahui jenis matawang yang digunakan)

31.9 Terangkan syarat-syarat akad Ijab kabul dalam jual beli


- Tidak diselangi oleh perkataan yang lain
- Bersamaan ijab dan kabul walupun berlainan lafaz
- Tidak boleh ditaklik seperti aku jual rumah ini jika aku lulus peperiksaan STPM
- Tidak boleh dihadkan masanya

31.10 Nyatakan jual beli yang dilarang dan tidak sah


- Jual beli barang maksiat atau hasilnya yang mendatangkan keburukan ( salib, berhala,
minuman arak)
- Jual beli barang yang tidak dimiliki dengan sempurna ( burung di udara, ikan di laut) –
tujuan tipu.
- Jual beli buah-buahan yang ada di pokok kecuali nyata telah masak (buah putik atau
masih muda) – buah itu akan gugur/busuk.
- Jual beli barangan yang sama jenis ( daging dengan daging
- Jual beli bersyarat (aku jual kereta dengan harga RM 5,000.00 dengan syarat jualkan
kereta tuan kepada saya dengan haraga 25,000.00
-
31.11 Nyatakan jual beli dilarang tapi sah
- Jual beli monopoli – tujuan untuk menyekat orang lain daripada membeli barang tersebut
- Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh
pilihannya
- Jual beli secara manipulasi barang baik di atas barang tetapi dibahagian bawah adalah
baruk.
- Jual beli barang halal tujuan untuk maksiat
- Jual beli mengurangkan sukatan dan timbangan

31.12 Hikmat diharuskan jual beli

- Memenuhi keperluan harian manusia


- Melahirkan sifat tolong menolong
- Memberi kemudahan kepada manusia mendapat sesuatu keperluan hidup
- Mengelakkan daripada kejadian yang tidak baik untuk mendapat sesuatu seperti curi,
samun
- Dapat memilik sesuatu barang secara halal dan diredai Allah
- Dapat meningkatkan ekonomi hidup
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 16
-------------------------------------------------------------------------
31.13 Hikmat dilarang jual beli secara haram
- Untuk mengelakkan sebarang penipuan, penindasan
- Supaya barang itu dapat diguna dan dimanfaatkan
- Supaya penjual dan pembeli berpuas hati
- Untuk mendapat keberkatan Allah
- Untuk hapuskan sifat pentingkan diri sendiri

31.14 Akibat / kesan jika melaksanakan jual beli tidak berlandaskan syariat Islam
- Berlaku penipuan, penindasan dan pergaduhan
- Lahir individu yang amalberakhlak buruk
- Akan berlaku inflasi akibat sorok barang

32 SEWA (AL-IJARAH
32.1 Jelaskan pengertian sewa
Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada
orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.

32.2 Nyatakan hukum


Harus

32.4 Nyataka rukun


- Penyewa dan pemberi sewa
- Bayaran sewa
- Manfaat
32.5 Jelaskan syarat-syarat sah Penyewa dan pemberi sewa
- Berakal dan baligh
- Kemahuan sendiri
- Keadaan kedua-duanya tidak bersifat membazir
-
32.6 Nyatakan syarat-syarat sah Bayaran
- Bayaran dengan wang
- Wang bayaran diketahui
- Kedua-dua pihak mengetahuk kadar, jenis dan sifat keadaan bayaran tertentu.

32.7 Nyatakan syarat-syarat sah Manfaat


- Berharga
- Dapat diberikan oleh yang mengambil sewa
- Diketahui kadar dan jangka masa

32.8 Bagaimanakah menamatkan kontrek jual beli


- Barang yang disewa hilang atau musnah
- Batal kontrak
- Kontrek sewa tamat
- Tidak menepati syarat-syarat kontrak
- Barang yang disewa rosak
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 17
-------------------------------------------------------------------------
33 GADAIAN (AR-RAHNU)
33.1 Terangkan pengertian gadaian
- Pada bahasaialah menahan sesuatu
- Pada istilah syarak ialah sesuatu barang bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya
untuk mendapatkan pinjaman.
-

33.2 Nyatakan rukun gadaian


- Penggadai
- Barang yang digadaikan
- Barang yang diberikan kepada penggadai
- Pemegang gadai
- Ijab dan Kabul

33.3 Jelaskan syarat-syarat gadaian


- Harta yang digadai sah untuk dijual beli
- Orang yang menggadai dan yang menerima itu berakal dan baligh
- Gadaian dibuat dengan kerelaan hati
- Barang kepunyaan sendiri
- Tidak boleh merugikan orang yang menggadai – barang gadai boleh dipakai
- Tidak merugikan orang yang menerima gadai – tidak boleh menjual barang yang digadai
sedangkan tempuhnya telah sampai

33.4 Jelaskan perkara-perkara pembatal gadaian


- Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai
- Penggadai telah membayar semua hutangnya
- Pemegang gadai membatalkan dadaian walaupu tanpa pengetahuan penggadai
- Penggadai meninggal dunia
- Barang yang digadai rosak
- Barang yang digadai telah disewa, dihebah atau disedekahkan kepada orang lain
-
33.5 Terangkan hikmat gadaian
- Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan
- Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
- Memudakan seseorang mendapakan hutang modal bagi memulakan perniagaan
- Memberi peluang kepda umat Islam mengembangkan ekonomi
- Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara satu sama lain

34 SYARIKAT (AS-SYARIKAH)
34.1 Terangkan pengertian syarikat
Pada bahasa ialah bercampur atau berkongsi
Pada istilah syarak ialah perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan
antara dua pihak atau lebih.

34.2 Nyatakan hukum syarikat


Harus

34.3 Nyatakan rukun syarikat


- Ahli syarikat
- Modal
- Lafaz akad
-
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 18
-------------------------------------------------------------------------
34.7 Nyatakan syarat ahli dalam syarikat
- Berakal
- Baligh
- Merdeka
- Kemahuan sendiri
-

34.8 Jelaskan syarat-syarat modal syarikat


- Meliputi harta dan kepakaran

34.9 Nyatakan syarat-syarat lafaz akad syarikat


- Perkataan dalam akad hendaklah mengandungi erti izin untuk membelanjakan harta
syarikit

34.10 Jelaskan perkara-perkara pembatal syarikat


- Syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi
- Kematiansalah seorang daripada ahli yang berkongsi
- Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad
- Hilang kelayakan seperti gila yang berterusan

34.11 Jelaskan hikmat-hikmat


- Salah satu cara memajukan ekonomi sesuatu bangsa dan negara
- Dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar yang tidak tertdaya dilakukan oleh orang
persaorangan
- Dapat membimbing masyarakat untuk hidup berkerjasama diantara satu sama lin.
- Mengeratkan hubungan sillaturrahim antara ahli-ahli syarikat
- Memimpin masyarakat supaya sentiasa bersifat amanah dan jujur

34.12 Jelaskan perbezaan antara amalan gadaian Islam dengan amalan bukan Islam
Amalan gadaian Islam Amalan bukan Islam
Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik Barang gadaian akan lupus sekirannya tidak
asal ditebus dalam tempoh gadaian
Cara pembayaran termasuk kepada nilai Cara pembayaran nilai barang termasuk
barang dan upah faedah
Kesannya meringankan kesusahan Kesannya membebankan keranan membayar
faedah dan terdapat unsur riba atau gharar

35 HUTANG
35.1 Jelaskan pengertian hutang
Memberi sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang dan barang atau manfaat itu
perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau
mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama

35.2 Nyatakan rukun berhutang


- Penerima dan pemberi hutang
- Barang yang diberi hutang
- Sighah iaitu akad pemberian hutang
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 19
-------------------------------------------------------------------------

35.3 Jelaskan syarat-syarat berhutang


- Penerima dan pemberi hutang
Hendaklah mengadakan saksi atau perjanjian bertulis sebagai satu bukti hutang
- Barang yang diberi hutang
Hendaklah milik penuh pemberi hutang
- Sighah iaitu akad pemberian hutang
Hutang tidak perlu lafaz penerimaan hutang
Jika tidak mampu membayar bila tiba tempoh maka hendaklah berunding dengan orang
yang memberi hutang.
35.4 Terangkan perbezaan antara hutang dengan riba
Hutang Riba
Pengertian Memberi sesuatu barang atau manfaat Bayaran bunga atau pertambangan
: kepada seseorang, barang dan dalam urusan ual beli, hutang atau
manfaat itu perlu dipulangkan apabila pinjaman
orang yang berhutang membayar
hutang tersebu
Hukum Harus Haram
Kesan: Ujud silaturarrahim Ujud penindasan
Tujuan Membantu orang susah Mengambil faidah dari kesusahan
orang lain
Cara bayar Nilai tetap Nilai bertambah

35.5 Nyatakan hikmat-hikmat


- Membantu golongan susah
- Mengelak daripada sifat malas dan suka meminta-minta
- Menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak
- Memberi peluang golongan miskin membaiki taraf ekonomi mereka
- Mengelak penindasanan pihak yang kaya kepada yang miskin

36 INSURAN (AT-TAKAFUL)
36.1 Terangkan pengertian insuran
Satu faedah iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan menggambling usaha
serta sumber bai mengadakan pakatan untuk saling berkerjasama dan tolong menolong
apabila ditimpa musibah.

36.2 Nyatakan hukum insuran


Harus

36.3 Nyatakan jenis-jenis insuran


- Insuran nyawa – memberi perlindungan risiko ke atas kematian atau hilang upaya
- Insuran am – memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian
pendapatan atau harta
-
36.4 Nyatakan prinsip-prinsip insuran
- Pemegang polisi berkerjasama antara satu sama lain bagi mengadakan manfaat bersama
- Insuran adalah satu perjanjian bantu membantu di kalangan pemegang polisi
- Insuran adalah satu bentuk perjanjian berkerjasama memberi sumbangan yang bertujuan
meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli
- Tiada unsur ketidak pastian pada bayaran sumbangan dan menfaat
- Bertujun untuk meberi keuntungan yang saksama dikalangan ahli
- Menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada kehilangan atau kerugian akibat
ditimpa musibah ata bencana
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 20
-------------------------------------------------------------------------

36.5 Nyatakan tujuan-tujuan


- Untuk membantu pihak yang ditimpa musibah yang memerlukan sejumlah manfaat
keuntungan sebagai pampasan bagi meringankan kerugian atau penderitaan yang
ditanggug
- Untuk mendapat segala kemudahan perlindungan berupa manfaan pampasan atau ganti
rugi jika ditakdirkan sesuatu musibah menimpa diri atau harta benda yang mengakibatkan
kerugian atau kehilangan
- Supaya pemilik kenderaan berasa terjamin dengan sumber kewangan yang dapat
membiayai kos membaiki kenderaan yang rosak apabila terlibat dengan kemalangan.

36.6 Nyatakan perkara-perkara perlu dielakkan dalam insuran


- Unsur gharar – tidak jelas - perjanjian dan kontrak yang dipersetujuan oleh kedua-dua
pihak itu jelas dan nyata tentang perkara yang diakadkan
- Unsur judi – asal usul pampasan k hendaklah jelas – dari perniagaan judi – tuntutan
berdasarkan nasib untung atau rugi
- Unsur riba - akibat perniagaan bertangguh

37 SAHAM (AS-SAHMU)
37.1 Terangkan pengertian saham
- Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan

37.2 Nyatakan sumber modal


- Pemegang saham
- Peminjam
- Kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

37.3 Terangkan syarat pelaburan saham menurut Islam


- Saham mestilah bebas daripada unsur riba.
- Elakkan diri daripada saham yang mempunyai pelaburan dalan industri perjudian atau
perkara haram
- Saham yang dibeli mestilah tiada unsur spekulasi
- Pelaburan saham bukanlah didalam syarikat koperat atau perdagangan yang b erurus
niaga dalam perkara haram
- Saham mestilah bukan dari jenis yang dilaburkan dalam akaun simpanan tetap atau
simpanan biasa dalam bank konvesional
- Tidak mempunyai dividen yang yang tetap
-
Kepentingan saham
- Dapat menambahkan pendapatan individu
- Dapat mempertingkatkan ekonomi negara
- Satu pihak dapat berkongsi untung daripada pembelian saham
- Dapat memperkukuhkan kewangan syarikat
- Untuk memajukan dan membangunkan sesebuah syarikat

Perbezaan saham diharus dengan saham yang dilarang


- Berlandaskan syariat Islam - Tidak berlandaskan Islam
- Pelaburan dalam perusahan yang halal - Tidak mementingkan perkara halal dan
haram
- Tidak mengandungi unsur penipuan - Terdapat unsur penipuan
- Jenis pelaburan jelas - Jenis pelaburan tidak jelas
- Tidak bercampur dengan perniagaan - Bercampur dengan perniagaan haram
haram
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 21
-------------------------------------------------------------------------

Nyatakan perbezaan antara saham (yang diharuskan) dengan simpanan


Saham (yang diharuskan) Simpanan
- Berisiko tinggi - Berisiko rendah
- Diurusniagakan di Bursa Saham - Disimpan di bank-bank perdagangan
- Pulangan dalam bentuk dividen - Pulangan dalam bentuk faedah

20 TAHALLUL

20.1 Pengertian:
ialah keluar daripada ihram haji atau Umrah setelah mengerjakan ibadat tertentu dan boleh melakukan
perkara-perkara yang dilarang semasa ihram

20.2 Jenis
- Tahallul awal iaitu keluar daripada ihram haji setelah selesai menunaikan dua daripada tiga ibadat
tersebut iaitu melontar di Jamrah Aqabah,Tawaf Rukun dan bercukur

- Tahallul Thani iaitu keluar daripada ihram Haji setelah selesai menunaikan ketiga-tiga ibadat
tersebut iaitu melontar di Jamrah Aqabah, Tawaf Rukun dan bercukur

20.3 Perkara yang haram setelah tahallul awal


- Percumbuan sebelum
persetubuhan
- Melakukan persetubuhan dan
- Akad nikah

20.4 Halal Selepas tahallul Thani


Semua perkara yang haram semasa ihram menjadi halal dilakukan

20.5 Hikmat Tahallul


- Memberi kelonggaran kepada jemaah haji supaya tidak menunggu masa yang lama untuk
meninggalkan perkara yang dilarang
- Supaya jemaah haji dapat menumpukan amalan haji dengan sepenuh nya
- Mendisiplinkan diri semasa beribadat kepada Allah swt

21 NAFAR

21.1 Pengertian:
Meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi

21.2 Jenis Nafar


Nafar awal
- Ialah meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah dengan niat tidak akan kembali
ke Mina lagi

Nafar thani
- Ialah meninggalkan Mina selepas selesai melontar Jamrah pada 13 Zullhijjah

Syarat nafar awal


- Keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah
- Selepas melontar ke ketiga-tiga jamrah pada 12 Zullhijjah
- Niat tidak akan kembali lagi ke Mina
- telah bermalam pada 11 Zulhijjah dan 12 Zullhijjah.

- Menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji dengan cepat
- Memberi kelonggaran kepada para jemaah haji yang mempunyai urusan lain
Hikmat - Memberi peluang kepada para jemaah haji memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab
yang tertentu.
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Ibadat (sukatan baru) 22
-------------------------------------------------------------------------

UPAH HAJI

Maksud
- Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
Hukum
Harus
dilakukan sekiranya seseorang itu memenuhi syarat-syarat wajib haji tetapi tidak dapat
melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu.

Orang yang boleh menerima upah


- warisnya
- Orang lain

Sebab yang mengharus haji diwakilkan kepada orang lain


-Telah meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji sedangkan berkemampuan
sebelumnya
-Tidak berkeupayaan fizikal untuk mengerjakan haji seperti terlalu tua
atau berpenyakit yang tiada harapan sembuh

Hikmah mengupah haji


- Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat
mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
- Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi
pihaknya
- Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau
keluarga yang telah meninggal dunia

You might also like