Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

APLIKASI KAEDAH CSL PMR KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Menghargai masa Tugasan Tema Kata kunci : : :

Tekun

Berbudi bahasa

ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang pelajar yang cemerlang ciri-ciri

PENDAHULUAN Ayat 1: Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.............................................................( sebutkan TEMA tema) saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Ayat 2 : Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan TUGASAN berakhir dengan tanda soal (?) Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang? ISI PERTAMA (ISI) Ayat 1 (HURAIAN + CONTOH Ayat 2 ISI KEDUA (ISI + CONTOH) Ayat 1 (HURAIAN) Ayat 2 ISI KETIGA (ISI + HURAIAN) Ayat 1 (CONTOH) Ayat 2

Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1 Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun. Hal ini dikatakan demikian kerana + Contoh + Impak Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang rajin dan sentiasa mengulangkaji pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik.

PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga merupakan ciri pelajar yang cemerlang. Dengan ini + HURAIAN Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan.

KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang akan diisi dengan aktiviti yang mendatangkan faedah. Sebagai contoh, + CONTOH Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan.

KESIMPULAN Rumus Saranan + Harapan Ayat 1 Kesimpulannya, + sasaran + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + agar + Harapan + Peribahasa Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang agar mereka berjaya dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Karangan Lengkap: Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang? Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang rajin dan sentiasa mengulangkaji pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik. Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga merupakan ciri pelajar yang cemerlang. Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan. Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang akan diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan. Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang agar mereka berjaya dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

You might also like