Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tutorial Minggu 4 Pembentangan forum

Pengerusi Forum : Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada pensyarah dan rakanrakan sekalian. Pada pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang untuk mengkongsikan beberapa cerita mengenaiguru yang melanggar etika keguruan dan sebab-sebab berlakunya ketidakpatuhan etika keguruan tersebut. Pengerusi: Tanpamelengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu di sebelah kiri saya ialah ahli panel pertama-saudaraWong Kiong Loong. Apa khabar saudari? Panel 1: Khabar baik, Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Pengerusi : Baik juga.Seterusnya ialah ahli panel kedua, saudariChen Xin Yi. Selamat pagi saudari. Panel 2: Selamat pagi... Pengerusi: Sebelumsayamenyimpangdenganlebihjauh,sayainginmempersilakan ahli maksud etika guru.soalansayapada panel pertama, apakahsebenarnyayang dimaksudkanetika guru? Panel 1: Terima kasih saudara pengerusi. Selamat pagi kepada pensyarah dan rakan-rakan sekalian. Pada pandangan saya, etika guru bermaksud suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik. Selain itu, etika perguruan jugamerupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Lantaran itu, kod etika perguruan ini dipaparkan di halaman depan buku persediaan mengajar dan kod etika ini adalah disediakan dalam bentuk ikrar agar semua guru akan mematuhi dan menjaga imej profesion keguruan. Pengerusi: Terima kasih kepada panel pertama.Berdasarkan penjelasan saudara Wong, maka guru adalah perlu mematuhi kod etika guru bagi menjaga imej profesion keguruan. Namun 1

Tutorial Minggu 4 begitu, kadangkala kita boleh melihat terdapat kes-kes guru yang melanggar etika keguruan dipaparkan dalam surat khabar. Jadi, apakah pandangan saudariChen terhadap isu-isu ini? Panel 2 : Terima kasih saudara pengerusi. Pada masa kini, kita boleh lihat bukannya semua guru mematuhi kod etika perguruan sejak kebelakangan ini. Inilah sebabnya kita dapat membaca pelbagai isu-isuguru yang melakukan kesalahan daripada surat khabar. Antara isu yang saya ingin kongsikan adalah mengenai guru berniaga di sekolah. Terdapat satu kes di manaseorang guru sekolah menengah berusia 37tahun ditahan kerana menjual ubatbatuk yang mengandungi kodein kepada pelajar di sekolah.Kejadian berlaku di Kuala Lumpur. Guru tersebut difahamkan sudah berkeluarga dan mengajar pendidikan jasmani. Kes disiasat mengikut seksyen 39BAkta Dadah Berbahaya 1952 yangmana jika disabitkan kesalahan bolehdijatuhi hukuman gantung sampai mati. Harga penjualan ubat batuk (4 liter)tersebut ialah RM350-RM440. Pengerusi: Terima kasih kepada saudariChen. SaudaraWong, pada pandangan anda, apakah sebab-sebab yang menyebabkan kejadian ini berlaku? Panel 1: Pada pandangan saya, guru tersebut mungkin tidak berpuas hati dengan gaji dapatannya sebagai seorang guru. Beliau mungkin menganggap bahawa hanya gajinya cukup untuk kegunaan dalam sekeluarganya sahaja.Tetapitindakan beliau telah menjejaskan imej profesion sebagai seorang guru.

Pengerusi: Terima kasih saudara Wong. Cerita tadi adalah membabitkan isu berniaga di sekolah iaitu menjual ubat batuk kepada pelajar. Adakah saudara Wong ingin mengkongsikan isu-isu yang lain? 2

Tutorial Minggu 4 Panel 1: Baik, pengerusi. Di sini saya ingin menceritakan satu kes lagi iaitu seorang guru dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta tujuh sebatan rotankerana guru tersebut telah merogol dan mencabul anak murid sendiri yang berusia 12 tahun. Guru tersebut telah melakukan kesalahan tersebut di makmal sekolah berkenaan. Pengerusi: Ini pula merupakan isu cabul dan gangguan seksual. Jadi, apakah pandangan saudari Chen mengenai sebab-sebab guru yang melanggar etika perguruan ini? Panel 2: Pada pandangan saya, punca utama guru yang melanggar etika perguruan ini ialah pegangan terhadap agama dan moral adalah tidak kuat dan kekurangan iman dalam dirinya. Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang yang bermoral tinggi dan beragama kuat akan mempunyai sikap peribadi serta pemikiran yang positif dan baik. Maka, seseorang yang bermoral tinggiakan bertingkah laku secara positif dan menggelakkan dirinya melakukan sesuatu perkara yang akan merosakkan kepentingan orang lain. Pengerusi: Terima kasih. Saudari Chen, selain daripada isu ini, adakah isu lain yang ingin dibincangkan? Panel 2: Ya, saudari pengerusi. Isu lain yang saya ingin ceritakan adalah guru mengambil kerja sambilan iaitu mengadakan kelas tuisyen di kawasan rumah ataupun di luar. Isu ini pernah hangat diperkatakan sebelum ini tetapi kejadian ini masih giat berlaku pada masa kini. Perkara ini menjadi serius kerana ada di kalangan guru yang menganggap kerjaya mereka sebagai sambilan dan mereka lebih mengutamakan kelas tuisyen berbanding dengan tanggungjawab mereka di sekolah. Guru sebenarnya tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang perkhidmatan awam. Maka, guru perlu memohon kelulusan untuk melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan. Pengerusi: 3

Tutorial Minggu 4 Terima kasih, saudari Chen. Jadi, ini merupakan isu mengadakan kelas tuisyen sebagai kerja sambilan. Apakah pandangan pula saudara Wong? Panel 1: Biasanya, guru-guru yang mengadakan tuisyen ini tidak memohon kebenaran daripada Pejabat Pendidikan. Tindakan ini sebenarnya telah melangar etika keguruan. Pada pendapat saya, punca yang menyebabkan guru-guru mengadakan tuisyen sebagai kerja sambilan ini adalah bagi menambah pendapatan. Guru-guru ini mungkin rasa gaji dapatan mereka ini tidak mencukupi untuk penggunaan dalam kehidupannya. Pengerusi : Terima kasih saudara Wong.Kami telah pun sampai ke hujung perbincangan. Perbincangan kami hari ini telah menyentuh tiga isu iaitu isu berniaga di sekolah, isu cabul dan gangguan seksual serta isu kerja sambilan yang dilakukan oleh guru. Sebenarnya, isu-isu guru melanggar etika keguruan termasuk juga tidak hadir bertugas, rasuah, membocorkan soalan peperiksaan, ingkar perintah, pakaian, pilih kasih dan sebagainya. Terdapat pelbagai sebab-sebab berlaku ketidakpatuhan etika keguruan termasuklah sikap pembentukan peribadi, pengaruh rakan, pengaruh budaya asing, pengaruh media massa dan lain-lain lagi.Akhirnya, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih yangsetinggi-tinggi kepada ahli-ahli panel, saudari Chen dan saudara Wong. Namun, apakan daya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.

You might also like