Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

PROJEK:
MELUKIS MURAL DAN MENCERIAKAN MAKMAL SAINS

TEMPAT

: SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL CONVENT SEREMBAN

TEMPOH

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

OBJEKTIF

i)

Untuk menjadikan laluan utama ke makmal sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

ii)

Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

iii)

Menyumbang

tenaga

dan

buah fikiran dalam

sebagai

sumbangan

terhadap sekolah. iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di sekolah ini. v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 8 Julai 2013 12 Julai 2013 Tempat : Makmal Sains

4.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha AJK Keceriaan AJK Mural AJK Info Sains

: Puan : Pn. S. Elavani : Pn. R.Jeyantee : Cik Shalini : Cik Kogilavaani :Cik Reanuga Cik Saritha

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. 1 2 3 4 Berus Cat pelaka Cat Dinding

Perkara

Harga/Kos RM 10.00 RM 40.00 RM 30.00 RM 50.00 RM 130.00

Alat perhiasan Jumlah

6.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Convent Seremban 2

7.0 PERANCANGAN PROJEK Bil. 1 2 mural Pembinaan kertas kerja Perbincangan dan pemilihan 2 bersama pihak pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Guru Besar. 3 Pemilihan Kata-kata Hikmah yang bersesuaian di makmal sains Projek dimulakan Dokumentasi Tema Sains Bahan dan alatan melukis mural Kertas Dokumentasi - Semua guru pelatih - Semua guru pelatih - Setiausaha projek Kertas Cadangan -AJK -Guru Besar Aktiviti Perbincangan mengenai idea Bahan Kertas kerja Tindakan - Semua guru pelatih -Setiausaha

4 5

8.0 PENUTUP Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Raja Melewar. Kami berharap projek melukis mural dan kata-kata hikmah ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di makmal sains di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Jenis Kebangsaan Convent . Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini

dapat menceriakan lagi persekitaran makmal Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Convent.

Disediakan oleh:

....................................... (CIK SHALINI) Setiausaha Projek.

Disemak oleh:

........................................ (PUAN SATIAVANI) Guru Mentor, Sekolah Jenis Kebangsaan Convent Seremban 2, Negeri Sembilan.

Disahkan oleh:

......................................... (PUAN .S.ELAVANI) Guru Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan Convent Seremban 2, Kuala Lumpur.

You might also like