Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PEMARKAHAN 1 2 3 ESEI ILMIAH (a) (b) FORUM KUIZ/UJIAN JUMLAH

BML 3113: SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TUGASAN 2
Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contohcontoh kata, ayat, bahan sastera, objek budaya atau apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan Kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu

KUMPULAN UPSI05 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA ROZIAH BT HAMID NO ID D20111049600 NO TELEFON 012- 4487138

NAMA TUTOR E-LEARNING:

Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Ali

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TARIKH SERAH : 18 Nov 2012

ISI KANDUNGAN Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contohcontoh kata, ayat, bahan sastera, objek budaya atau apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan Kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu

HALAMAN

2 1.0 Pengenalan 2.0 Bahasa Melayu Patani( Bahasa Yawi) 2.1 Bentuk tulisan Bahasa Yawi 3.0 Contoh-contoh perkataan bahasa Melayu Hulu Kedah (Bahasa Melayu Jawi) 3.1 Contoh-contoh ayat yang dituturkan mengikut dialek Hulu Kedah 4.0 Bahan sastera 4.1 Mak Yong 4.2 Menora 4.3 Hikayat Patani 4.4 Hikayat Merong Mahawangsa 4.5 Wayang Kulit 5.0 Objek budaya 5.1 Seni bina melayu 5.2 Tarian Asyik 5.3 Adat Resam 5.4 Permainan Rakyat 5.5 Kepercayaan 5.6 Perubatan 5.7 Pakaian 3 4 6 7 8 10 11 12 13 14 15 15 16 17 20 21 22

2
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

5.8 Makanan Tradisional 6.0 Penutup Rujukan

22 23 24 25

1.0 Pengenalan Kerajaan Pattani adalah sebuah kerajaan awal di Tanah Melayu Pada mulanya ianya adalah merupakan sebahagian daripada tanah Tanah Melayu. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19, Pattani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam.Pada tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Pattani telah diakui oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Pattani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban. Dengan itu, sistem pemerintahan kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Pattani. Mengikut Hikayat Pattani , pemerintahan Kerajaan Pattani diperintah oleh 3 dinasti iaitu: Dinasti Sri Wangsa, dikenali juga sebagai Dinasti Ulu. Raja Perempuan Pattani, Raja Ungu Binti Sultan Bahadur Shah telah berkahwin dengan Sultan Pahang, Sultan Abdul Ghafur mengukuhkan hubungan Patani dengan Pahang serta Empayar Johor amnya, dan beberapa kali serangan Siam berjaya dipatahkan dengan bantuan Johor. Setelah Raja Ungu mangkat, Raja Kuning iaitu puterinya hasil perkahwinan dengan Sultan Abdul Ghafur Pahang menaiki takhta Patani. Dinasti Kelantan pertama yang diasaskan pada tahun 1650 oleh Raja Sakti yang memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Mahligai ke Patani. Dinasti Kelantan kedua yang diasaskan pada tahun 1838 oleh Raja Kampung Laut Long Muhammad bin Raja Muda Kelant anLong Ismail, dikenali juga sebagai Tuan Besar/Paduka Seri Sultan Phaya Long Muhammad (Al-Marhum Tanjung)

3
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Sejarah lama Pattani merujuk kepada kerajaan Melayu tua . Pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University, di Patani, Seni Madakakul, bahwa Langkasuka itu terletak di Pattani. Pendapat beliau ini didukung oleh ahli sejarawan lainnya seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly. Sir John Braddle menegaskan bahwa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, mulai dari Senggora, Pattani, Kelantan sampai ke Trengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979). Dalam buku sejarah negeri Kedah, (Hikayat Merong Mahawangsa), ada menyebutt bahwa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua iaitu sebahagian terletak di negeri Kedah (terletak di kawasan tebing sungai Merbok) dan sebahagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, yaitu di pantai Laut China Selatan. 2.0 Bahasa Melayu Pattani( Bahasa Yawi) Dialek Melayu Pattani, Kelantan dan Terengganu, setakat ini belum ada subklasifikasi yang jelas tentang hubungan kekerabatan antara ketiga-tiga dialek ini dengan menggunakan kaedah kualitatif yang didasarkan kepada ciri inovasi bersama. Ismail Hussein ( 1973), berpendapat klasifikasinya yang didasarkan kepada kebersamaan ciri fonologi dan leksikal, telah meletakkan ketiga-tiga dialek ini sebagai bersaudara yang diturunkan dari satu induk yang dikatakan berasal dari wilayah Pattani di Selatan Thailand sekarangPendapat yang sama juga diutarakan oleh Paitoon Chaiyanara (2005:54). Beliau menyatakan bahawa ada kemungkinan besar dialek Pattani dan dialek Melayu Kelantan pada masa dahulu adalah subdialek kepada dialek yang sama. Namun begitu, Paitoon (2005) kurang jelas akan hal ini apabila menyatakan agak sukar untuk menentukan bahawa antara dialek Kelantan dengan dialek Patani, yang mana satu merupakan dialek induk dan yang mana pula merupakan subdialek daripadanya, atau kedua-duanya merupakan subdialek daripada dialek yang sementara ini dinamakan sebagai dialek Patani-Kelantan atau dialek Kelantan-Patani. Namun begitu, kedua-dua dialek ini jelas menunjukkan asalnya adalah dari Bahasa Melayu. Dialek Melayu Pattani dikenali sebagai Bahasa Yawi (sebenarnya adalah Jawi -sebutan Yawi adalah kerana masyarakat berbahasa Thai membunyikan huruf J sebagai bunyi huruf Y). Bahasa Melayu Pattani ini dituturkan secara meluas di wilayah-wilayah

4
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

selatan Thailand, iaitu Narathiwat,Yala, Pattani, dan sesetengah kawasan di Songkhla serta Satun.Ia juga dituturkan di beberapa kawasan utara semenanjung Malaysia terutama sekali Kelantan dan di Daerah Baling , Padang Terap dan Sik di Kedah. Dianggarkan bahawa terdapat 3 juta orang penutur Bahasa Yawi di selatan Thai. Bahasa Melayu Pattani merupakan sebuah loghat Bahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi. Bahasa Melayu dan kemungkinan juga Bahasa Melayu Pattani pernah berpengaruh ke arah utara hingga Segenting Kra, Phuket (berasal daripada perkataan Bahasa Melayu "bukit") dan Surat Thani semasa zaman Srivijaya. Lagipun, banyak nama tempat di selatan Thailand berasal daripada Bahasa Melayu. Loghat Bahasa Melayu Pattani ini adalah mirip dengan loghat bahasa Melayu Kelantan. 2.1 Bentuk tulisan Bahasa Yawi Bahasa Melayu Patani merupakan bahasa Melayu dan menggunakan tulisan jawi. Bahasa Yawi adalah bahasa Melayu yang ditulis dengan bahasa Arab Melayu bermula dari huruf Alif hingga Ya dan beberapa tambahan huruf lain. Jadual di bawah menunjukkan huruf-huruf jawi yang diguna pakai. Nama alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal ra zai sin syin sad dad ta Bentuk huruf Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata Padanan Rumi a b t s, (th) j h, () c kh d z, (dh) r z s sy s, () d, () t, ()

5
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

za ain ghain nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya ye nya hamzah

z, () awal: a, i, u; akhir: k, () gh ng f p k, q, (q) k g l m n w, u, o v h y, i, e taling e pepet hujung ny awal: gugur; akhir: k, () t, h, ()

ta marbutah

* huruf di dalam warna merah jambu adalah huruf tambahan Dialek Bahasa Melayu Pattani adalah hampir sama dengan dialek bahasa melayu Kelantan. Terdapat sedikit perbezaan melalui pengaruh bahasa yang diterima iaitu, bahasa Melayu Pattani menerima pengaruh bahasa Thai, dan bahasa Melayu Kelantan menerima pengaruh bahasa Inggeris. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti di daerah Sik, Baling, dan Padang Terap serta daerah yang berhampiran dengan daerah-daerah tersebut juga bertutur di dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan. Loghat yang digunakan disebut atau dikenali sebagai dialek Hulu Kedah. Ini adalah kerana dialek ini terbentuk mungkin kerana pertembungan atau percampuran antara dialek Kedah, Pattani , Perak dan Terengganu. Namun begitu, ianya kadang kala tidak dapat difahami oleh penutur bahasa Melayu Standard walaupun ianya mempunyai banyak persamaan dan pada asalnya ialah Bahasa Melayu Yawi (Jawi) iaitu merujuk kepada tulisan arab yang diguna pakai.

6
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Dibawah disenaraikan beberapa perkataan di dalam dialek hulu yang masih digunakan di beberapa kampung di Daerah Padang Terap, Baling dan Sik di Kedah..

3.0 Contoh-contoh perkataan bahasa Melayu Patani (Bahasa Melayu Jawi) Bahasa Hulu Kedah 1. a 2. hanying 3. gi 4. hakut 5. hakit 6. thu 7. moh 8. Mugheh 9. Be (e taling) 10. Kalu 11. huduh 12. sokmo 13. haba 14. Deme 15. bokak 16. tak bohi 17. tina 18. butir 19. berut 20. beri Bahasa Melayu Pattani air hanying gi hakut akat tahu nak mugheh biar Kalu menangis sokmo ghoyat demo bokak Tak berahi Pue butir babe bui Bahasa Melayu Standard air Anjing pergi Angkut Angkat tahu mahu marah biar kalau buruk selalu beritahu mereka bongkak Tak mahu perempuan biji bebel beri

3.1 Contoh-contoh ayat yang dituturkan mengikut dialek Melayu Hulu Kedah 1. Aku lapar a Saya dahaga air

2. Kemaren hangin kuat Kelmarin angin bertiup kuat

3. Hanying hambat pecuri Anjing mengejar pencuri

7
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

4. Hatap rumah habih di wak lari leh hangin Atap rumah habis dilarikan oleh angin.

5.Mu nama apa? . 6. Muha mari nek apa? Kamu semua datang menaiki apa? Siapa nama kamu?

7. Molek sungguh keng tu Cantik sungguh kain itu.

8. Ku tak thu dey Aku tidak tahu la..

9. Ku tak moh gi Aku / Saya tidak mahu pergi

10. bewak besa Biawak besar

Demikianlah uniknya bahasa Melayu dialek Kedah Hulu yang terhasil dari pertembungan pengaruh bahasa Melayu Kedah dengan bahasa Melayu Pattani, Perak, dan Kelantan serta Terengganu. Ketika ini dialek Kedah Hulu ini sedang diperkenalkan oleh Radio Kedah melalui rancangan Jom ke Kampong Yoi (satu perkampungan yang terletak di Daerah Pokok Sena) pada setiap hari Khamis jam 9.30 pagi. Tindakan memperkenalkan dialek Hulu Kedah ini dilihat sebagai satu cara yang baik untuk memberi pengetahuan kepada generasi muda . 4.0 Bahan sastera

8
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Sastera Rakyat Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Jenis-jenis Sastera Rakyat Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagi kepada 2 kategori yang besar, iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif. Sastera rakyat naratif Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

Mitos Mitos merupakan cerita yang bersifat dogeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia binatang dan penempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian. Cerita Rakyat Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman Lagenda Lagenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa zaman zilam. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh, keramat

9
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

dan sebagainya. Setiap penempatan yang bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah. Sastera rakyat bukan naratif Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya. Peribahasa Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan di kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan Teka-teki Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan dan kiasan. Puisi rakyat Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan mantera.

Rajah 1: Persembahan makyong

10
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

4.1 Makyong Makyong merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Makyong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia. Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan di kalangan kampung, Usia sebenar Makyongtidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruhpengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Pattani, Makyong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain. Cerita lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makhluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Makyong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, bertujuan untuk berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.

Rajah 2. Persembahan menora

11
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

4.2 Menora Menora adalah berasal daripada Narathiwat yang suatu ketika dahulu merupakan sebahagian Kelantan. Apabila kerajaan Siam menguasai kawasan tersebut, Narathiwat telah terpisah dari Kelantan. Akan tetapi, menora masih lagi wujud dan ianya tidak terpisah walaupun berlainan jajahan. Ada pendapat yang mengatakan menora adalah hak milik Melayu, warisan budaya Melayu yang harus dipertahankan kewujudannya dan dipelihara dari hilang ditelan zaman. Menurut sumber lain, menora adalah berasal daripada Thailand. Permainan ini begitu popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Mengikut keterangan Su Choon, seorang guru menora, asal menora adalah daripada kerajaan Legor yang merangkumi kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Legor telah berada sejak tahun TM400 dan hilang apabila orang-orang Utara menguasainya dalam tahun 1250, tetapi menora masih bernafas hingga kini.

Menora boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud dramatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu. Menora adalah sejenis drama tari. Sama seperti Makyung, Mekmulung, Jikey dan lain-lain. Drama tari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan tarian. Selain itu, menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen buddha. Ini adalah kerana menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil buddha. Persembahan menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Ianya bukan sahaja untuk keagaamaan , malah kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan menora ini, kisah yang diceritakan adalah terdiri dari kisah terdiri dari 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya dinamakan peran 4.3 Hikayat Patani .

12
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Rajah 3: Hikayat Patani dalam tulisan Jawi Hikayat Pattani merupakan sebuah manuskrip Melayu silam. Ia mengisahkan sejarah Pattani mengenai lagenda dan Kesultanan Pattani, sebuah kerajaan Melayu yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Cerita ini bertarikh seawal akhir abad ke lima belas, tetapi kemungkinannya direkodkan pada pelbagai masa antara 1690 dan 1730 oleh enam pengarang yang berlainan (seksyen digaris di bawah pada mulanya ditetapkan oleh pakar bahasa Andries Teeuw dan sejarahwan David K. Wyatt) dan ditulis dalam tulisan Jawi. Cerita ini terselamat dalam beberapa manuskrip asal lain, terawal disalin oleh Abdullah Munshi pada 1839, dan berada di Perpustakaan Kongres 4.4 Hikayat Merong Mahawangsa

Rajah 4: Kulit buku hikayat merong Mahawangsa dalam bahasa rumi

13
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Pattani.

4.5 Wayang Kulit

Suatu ketika dahulu, kesenian Wayang Kulit Siam pernah mendapat sambutan hangat di kalangan orang-orang Melayu sehingga pengaruhnya telah tersebar dari Kelantan ke negeri-negeri jiran seperti Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak. Selain itu, kesenian ini juga pernah bertapak kukuh di empat buah wilayah di kawasan Selatan Thailand iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla, yang dahulunya merupakan bekas wilayah Kesultanan Melayu Patani.

14
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Teori lain ada menyebut Wayang Kulit Siam berasal dari Patani, bekas negeri kesultanan Melayu di selatan Thailand. Wayang Kulit Siam dikatakan telah berkembang dari Pattani ke Kelantan ketika zaman dimana Kelantan masih berada dibawah pengaruh Kesultanan Pattani. Selain itu, bentuk dan corak pakaian pada patung Seri Rama dikatakan ditiru daripada pakaian asal Raja-raja Melayu Patani pada zaman silam.Namun begitu, para pengkaji mendapati bahawa kesenian Wayang Kulit Siam bukan berasal dari Pattani, tetapi dari Kelantan. Kesenian ini dipercayai telah berkembang ke Pattani ketika zaman dimana Kelantan berada di bawah pengaruh Kesultanan Pattani. Dipercayai semua penggiat kesenian Wayang Kulit Siam yang hidup pada zaman tersebut telah mereka bentuk dan corak pakaian pada patung Seri Rama menyerupai pakaian asal Raja-raja Melayu Pattani pada zaman silam. Pada hari ini, Wayang Kulit Siam hanya boleh ditemui di negeri asalnya iaitu Kelantan dan juga di Terengganu. Persembahan Wayang Kulit Siam dianggap sebagai salah satu seni kebudayaan yang terpenting di negeri Kelantan. Di negeri Kedah pula, Wayang Kulit Sri Asun begitu terkenal tetapi telah dimodenkan watak-wataknya mengikut perkembangan semasa. Selain itu, kesenian ini juga boleh ditonton di beberapa buah universiti seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), dimana Wayang Kulit Siam telah diajar secara teori dan praktikal kepada para pelajar yang mengambil bidang tertentu. 5.0 Objek budaya Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi + daya ; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

15
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Objek Budaya Melayu adalah merangkumi adat resam,kesenian, pakaian, peralatan, sastera, permainan, perubatan, seni bina, seni halus dan senjata tradisional 5.1 Seni bina melayu

Rajah 5 Seni bina rumah Melayu-Patani Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain di alam melayu atau dari luar alam melayu. Pembinaan rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian mutu kesenian orangorang Melayu dahulu. Pembinaan rumah-rumah mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini mereka tonjolkan pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan, kehidupan dan juga benda. Rumah orang-orang Melayu-Patani di Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang. Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka. Mereka begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa. 5.2 Tarian Asyik

16
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Rajah 6: Persembahan Tarian Asyik Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Pattani. Asyik bererti kekasih , bersesuaian dengan gerak geri yang bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian Asyik telah menarik minat masyarakat seluruhnya. Pakaiannya adalah serupa dengan Mak Yong iaitu berbaju pendek ,kain sarong dan satu kain panjang digantung ada bahu dan dilepaskan hingga ke pinggang. Pada bahagian pinggang, penari memakai pending (sejenis tali pinggang) dan Puteri Asyik pula dimestikan memakai caggar di sanggulnya.

5.3 Adat Resam Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam. Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu Adat resam kelahiran Adat resam perkahwinan Adat resam kematian

Perkahwinan merupakan satu peristiwa yang penting dalam kehidupan seseorang insan. Sejak zaman dahulu lagi, perkara ini telah diambil berat oleh masyarakat Melayu. Hasilnya kita diwarisi dengan berbagai-bagai peraturan dan adat istiadat yang pelbagai rupa. Peraturan dan adat resam ini pula amat rumit dan memakan belanja.

17
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Adat-adat ini termasuklah merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Dari segi persediaan pula terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi, berkhatam Al-Quran dan berinai. Kemuncak adat resam perkahwinan ini ialah persandingan. Merisik

Apa yang dikatakan merisik itu ialah mengambil tahu latar belakang keluarga sebelah si dara terutama mengenai perangai serta gerak geri si dara itu seperti adakah si dara itu pandai uruskan rumahtangga, masak-memasak, baik kelakuannya serta rupa wajahnya dan lain-lain lagi. Wakil-wakil yang dihantar biasanya mempunyai ikatan persaudaraan keluarga sebelah pihak lelaki. Menengok sulit: Selepas mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang si dara dan keluarga itu, orang tengah akan berjanji untuk melihat si dara itu sendiri. Apabila dipersetujui, orang tengah tadi akan pergi ke rumah si dara untuk memberitahu hajatnya yang sebenar. Buka cakap: Buka cakap dibuat setelah tengok-menengok selesai. Ibu bapa si teruna akan menyampai hajatnya untuk meminang si dara tersebut. Semasa datang, mereka membawa tepak sirih "Cik Puan" sebagai tanda hendak buka cakap. Selepas persetujuan diterima sambil berbual, sirih dimakan oleh kedua-dua pihak. Biasanya

18
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

pihak si dara memohon penangguhan sepurnama untuk memberitahu saudara mara atas pinangan ini.

Meminang

Satu rombongan atau kumpulan yang kecil datang meminang dengan membawa tepak sirih serta sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan antara kedua-dua pihak. Apabila pinangan telah diterima barulah perjanjian belanja tangga (mas kahwin) ditetapkan. Kedua pihak akan bermuafakat menetapkan hari yang baik untuk mengadakan majlis keramaian ini. Biasanya hantaran bersama-sama mas kahwin juga ditetapkan (angka yang baik ialah lima bekas dan balasan daripada si dara ialah sembilan bekas)

Berkhatam Al-Quran

19
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Tujuan asal mengadakan majlis ini untuk bersyukur kerana tamatnya pengajian AlQuran seseorang pengantin perempuan sebelum bergelar isteri.. Majlis berkhatam AlQuran selain merupakan satu adat yang bercorak agama, ia diadakan bertujuan untuk mengingati jasa seorang murid kepada gurunya. Hadiah bunga telur biasanya diberikan kepada guru tersebut Akad nikah

Akad nikah merupakan satu perkara yang wajib dalam Islam. Akad nikah dilakukan oleh Imam,Kadi atau Jurunikah.

Bersanding

20
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Adat bersanding dijalankan pada sebelah lewat malam. Selalunya ianya diadakan pada jam 3 atau 4 pagi. Pasangan pengantin akan disandingkan di atas pelamin yang berupa singgahsana dan digelar sebagai raja sehari. 5.4 Permainan Rakyat

Rajah 7:Caplong- sejenis permainan kanak-kanak Salah satu mainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak ialah caplong. Caplong diperbuat daripada buluh padi. (buluh kecil) berpelurukan buah cenerai atau kertas surat khabar (yang direndam dalam air). Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam semua kebudayaan sebagai salah satu riadah.Di samping itu permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat. Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk

21
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak. Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain. Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main caplong, tuju tin dan juga jengket. 5.5 Kepercayaan Antara kepercayaan orang Melayu yang masih terkenal sehingga kini ialah: Dilarang menumpahkan nasi pada waktumalam kerana Semangat padi akan lari dari rumah Keluar rumah perlu mulai dengan kakikanan supaya dapat dielakkan dari bencana Biawak melintas di hadapan semasa dalam perjalanan dipercayai akan berlakunya sial di rumah Minum air kelapa di dalam tempurung untuk mengelakkan dibenci orang Tidak boleh makan nasi di kuali nanti muka lebam ketika bersanding Ibu hamil tidak boleh duduk di hadapan pintu nanti susah untuk melahirkan anak Kanak tidak boleh keluar senja nanti syaitan akan menganggunya Kanak dilarang bermain cermin muka nanti akan mati lemas Tidak boleh duduk di atas bantal nanti mendapat bisul di punggung

Namun begitu, dalam arus pemodenan ini, kepercayaan ini hanyalah dianggap sebagai nasihat orang tua-tua kepada generasi muda.

5.6 Perubatan

22
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Rajah 8: Ubat-ubatan tradisional (herba) Orang Melayu mengamalkan perubatan tradisional. Jenis perubatan yang digunapakai adalah dari tumbuh-tumbuhan seperti daun sirih,serai wangi, kunyit,mengkudu, halia, daun tutup bumi dan lain-lain. Selain dari itu, terdapat juga perubatan tradisional yang menggunakan perkhidmatan bomoh yang melibatkan perbomohan.Penggunaan ubatubatan tradisional dan jampi serapah masih lagi diguna pakai hingga ke hari ini.Dalam jampi, kebiasaan seruan ke atas khadam(makhlus halus) dilakukan untuk membantu pesakit. Selain itu, perubatan secara islam iaitu dengan menggunakan ayat-ayat Quran juga semakin meluas digunakan pada masa ini. 5.7 Pakaian

Rajah 9: Baju Kedah dipakai bersama kain batik.


Sejarah China pada abad Dinasti Liang ada menyebut bahawa penduduk Langkasuka tidak suka berambut panjang. Kepala mereka dicukur licin dan mereka memakai pakaian yang ditenun daripada kapas dan berbaju tanpa lengan. Kaum wanita pula

23
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

memakai kain kapas dan perhiasan pertama yang berbentuk seperti cincin bergantungan di seluruh badan. Pakaian sering dikaitkan dengan fesyen, walau bagaimanapun pakaian tradisional sesuatu bangsa bukan fesyen. Oleh itu, ia tidak berubah dan di dalamnya terkandung intisari seni budaya dan peradaban bangsa itu. Ia boleh berkekalan sehingga menjadi klasik dengan mengabadikan segala keindahannya atau pakaian tersebut disayangi, dihargai dan dipelihara. Di Kedah, pakaian tradisional yang terkenal ialah Baju Kedah. Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Pakaian ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai keparas punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak hiasan. 5.8 Makanan Tradisional

Rajah 10: Makanan tradisi : pulut gaul kelapa


Kuih-muih Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri, begitu pelbagai dari segi rupa, bentuk, rasa, warna dan juga baunya. Kuih-muih yang manis menggunakan gula, manisan daripada nipah, kelapa, tebu ataupun madu, manakala yang pedas pula menggunakan rempah-rempah.

24
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Di kalangan masyarakat Melayu Patani di Kedah hari ini, kuih-muih dan cucur mempunyai persamaan dengan masyarakat setempat. Ini mungkin kerana pengaruh persekitaran dan juga kebiasaan mereka dengan makanan tradisional Kedah. Namun begitu makanan tradisi Melayu Pattani yang pasti belum dilupakan ialah pulut gaul nyiog iaitu pulut yang digaul dengan kelapa dimakan bersama ikan masin yang digoreng.

6.0 Kesimpulan Konsep tamadun atau peradaban sesuatu bangsa itu mencakupi erti perkembangan yang tinggi dan luas yang melibatkan bidang-bidang bahasa dan sesusasteraan, falsafah, politik, kenegaraan dan empayar. Tradisi Melayu yang kita warisi di alam Melayu mempunyai semua sifat-sifat ini, mempunyai struktur sosial yang lengkap atau total society daripada raja-rajanya membawa kepada rakyat jelata, asas kepada kedaulatan atau sovereignty yang diiktiraf sebagai satu bangsa yang beradab. Melayu bukan sekadar satu puak atau satu kaum di bumi sendiri tetapi diiktiraf sebagai satu bangsa yang menjadi masyarakat penentu yang mencorak warnakan perkembangan sejarahnya menjadi masyarakat definitive yang menjadi rujukan kepada masyarakatmasyarakat asing lain yang hadir di bumi Melayu. Secara amnya contoh-contoh kata, ayat, bahan sastera, objek budaya yang telah diterangkan di atas telah menunjukkan hubungan kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Kita dapat melihat pengaruh bahan satera, dan objek budaya di dalam kebudayaan melayu Malaysia pada hari hari ini. Sebagai rakyat Malaysia, yang berketurunan Melayu, adalah wajar kita memelihara budaya bangsa kita sendiri dan mengembangkannya kepada generasi muda agar ianya dapat dijadikan identiti kaum Melayu itu sendiri. Rujukan Teeuw & D. K. Wyatt. Hikayat Patani: The Story of Patani. Bibliotheca Indonesica, 5. The Hague: Martinus Nijhoff, 1970. Ahmad Fathy al-Fatani. 1994.Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka

25
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

BML3113 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Darussalam Abdul Halim Nasir, Hashim Haji Wan The(Wan), 1997.Warisan Seni Bina Melayu.Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Asmah Hj Omar.(1977) ,Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka H.M Sidin,1964.Asal Usul Adat Resam Melayu.Kuala Lumpur:Pustaka Antara. Rahim Syam,Norhale.1988.Mendekati Kebudayaan Melayu.Kuala Lumpur:Fajar Bakti. Syed Almi bin Alhady.1965.Adat resam MelayuAdat istiAdat. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran. http://arriesfamily.blogspot.com/2009/02/uniknya-bahasa-daerah-padang-terap-part.html Suhaimi bin Ahmad : Uniknya Bahasa Padang Terap Diakses pada 14 Nov 2012 : 2.00am

26
D20111049600 ROZIAH BT HAMID UPSI 05 (A121PJJ)

You might also like