Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

STPM Penggal 2

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A. (M)

Penentuan Harga

Elemen dalam pertimbangan penentuan harga sesebuah syarikat ialah kos-kos perniagaan, situasi pasaran dan asas ekonomi. Walau bagaimanapun, penentuan harga akan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kos, persaingan, pelanggan, undang-undang, dasar kerajaan, keadaan ekonomi dan sebagainya. Dalam sukatan STPM, peratusan tokokan tidak diuji. 1) Penentuan harga pesanan khas berasaskan kos penuh/ serapan Full Cost plus pricing method (Penentuan harga berasaskan kos penuh/ Serapan) Kaedah ini lazim dikenali sebagai kaedah tradisional. Dalam kaedah ini, harga ditentukan dengan jumlah kos terlibat ditokok dengan peratusan mark-up untuk bahagian untung. Contoh: Kos penuh pesanan khas ialah RM10 000. Perniagaan inginkan 20% keuntungan. Maka, Harga pesanan khas ialah RM10 000 + (RM10 000 X 20%) = RM12 000 (Kaedah Mark-up) Dalam kaedah ini, perniagaan akan menentukan sama ada kos penuhnya melibatkan kos pengeluaran sahaja atau termasuk sebahagian kos pemasaran, pentadbiran dan pengedaran. Calon perlu mengkaji soalan yang diberikan. Kaedah ini juga dikatakan sesuai untuk perkhidmatan kontrak atau pesanan kerja di mana perniagaan akan menentukan sebut harga tender kepada sesuatu kerja. Peratusan mark-up ini sentiasa berubah mengikut keadaan pasaran dan permintaan pelanggan. Biasanya, perniagaan akan mempertimbangkan faktorfaktor lain sebelum menentukan sebut harga tetapi kaedah ini dapat membantu pengurusan mengira harga yang diingini selepas mempertimbangkan keuntungan yang diharapkan. Masalah-masalah yang terlibat: a) Harga perlu sentiasa bolehubah berdasarkan situasi ekonomi dan pasaran. Penentuan harga tidak seharusnya ditentukan secara mutlak berdasarkan kaedah kos penuh ditokok dengan mark-up keuntungan. Kadangkala, perniagaan juga terpaksa menentukan harga yang lebih rendah daripada kaedah kos penuh untuk mendapat kerja atau kontrak. Kaedah ini dikatakan tidak bolehubah (flexible) kerana penentuan harga ini merangkumi semua kos yang terlibat termasuk kos tetap. Dalam penentuan harga, perniagaan akan mempertimbangkan faktor caruman

b)

STPM Penggal 2

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A. (M)

kerana setiap caruman yang diterima dapat menampung sebahagian kos tetap perniagaan itu. c) Dalam situasi perniagaan yang mempunyai pelbagai produk pengeluaran, kos overhed tetap adalah berasaskan kepada ketepatan kaedah perumpukan kos tersebut. Maka, kaedah ini dikatakan mempunyai kelemahan jika perumpukan kos overhed tetap tidak tepat.

Soalan 1: GL sedang menentukan harga dua produk pengeluaran, Lili dan Titi. Kedua-dua produk ini dikeluarkan oleh Jabatan Pengeluaran yang sama. Jam buruh langsung yang dibelanjawankan ialah 30,000 jam. Belanjawan kos tetap ialah RM30,000 dan Jabatan ini akan beroperasi pada tahap kapasiti penuh. Kos berubah seunit produk adalah seperti berikut: LILI Bahan mentah Buruh Overhed berubah (2 jam) RM4.00 RM6.00 (3 jam) TITI RM4.00 RM9.00

(1 jam mesin) RM2.00 RM12.00

(1 jam mesin) RM2.00 RM13.00

Jumlah

Permintaan yang dijangka ialah LILI 7,500 dan TITI 5,000 unit Hitungkan 1. Harga jualan produk di atas dengan mark-up 20% atas kos penuh, jika asas penyerapan kos overhed berkenaan digunakan oleh pihak pengurusan. (a) (b) 2. jam buruh langsung jam mesin

Bincangkan keputusan di bahagian 1 (a) dan 1 (b).

Soalan 2: Kos penuh syarikat A ialah RM4.75 dan harga ditentukan 70% mark-up. Pesaing syarikat A menjual produk yang sama pada harga RM7.99. Berapakah peratusan perubahan harga atas produk harus dilakukan untuk bersaing pada RM7.99?

STPM Penggal 2

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A. (M)

Soalan 3: MM memerlukan pulangan atas pelaburan sebanyak 30%. Pelaburan sebanyak RM800,000 atas produk B dilakukan, dan ini akan memberikan jualan sebanyak 50,000 unit. Jika kos penuh produk B ialah RM100 seunit, Berapakah harga jualan produk B.

Pendekatan Marginal Kaedah ini menegaskan kepada tokokan margin keuntungan atas kos berubah. Kos marginal ini dirujuk kepada kos pengeluaran yang berubah dan jumlah kos yang berubah (berdasarkan kepada soalan). Contoh: Jika sebuah perniagaan membelanjawankan 10 000 unit produk A setahun. Kos berubah seunit RM3.00 dan kos tetap dibelanjawankan RM60 000 setahun. Polisi penentuan harga perniagaan ini ialah tokok 33 1/3 % atas kos pengeluaran penuh. Berapakah harga produk A dalam kaedah penentuan harga berasaskan kaedah serapan penuh? Polisi penentuan harga perniagaan ialah menokokkan margin keuntungan 250% atas kos berubah pengeluaran, Berapakah pula harga yang ditentukan?

Kebaikan penggunaan kaedah marginal dalam penentuan harga. (a) (b) mudah digunakan dan difahami mark-up boleh diubah digunakan kerana kaedah ini berasaskan kos marginal

Kelemahan (a) (b) perhatian atas permintaan tidak diambilkira kaedah ini tidak mempertimbangkan kos overhed tetap yang mungkin secara keseluruhan mengakibatkan perniagaan mengalami kerugian pada akhir tempoh.

STPM Penggal 2

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A. (M)

Soalan 1: Kos produk berubah pengeluaran seperti berikut:

Bahan mentah Buruh Overhed berubah

RM5.00 RM3.00 RM7.00

Kos tetap ialah RM10,000 sebulan. Belanjawan jualan 400unit. Berapakah margin keuntungan yang harus ditokok kepada kos marginal supaya syarikat berada dalam situasi tidak rugi.

Soalan 2: a) Kos seunit RM50. Harga jualan ditentukan dengan margin keuntungan 15%. Berapakah harga jualan seunit? Produk Z dijual pada harga RM750 seunit. Polisi harga syarikat ialah mark-up 10%. Berapakah kos seunit pengeluaran produk Z.

b)

Soalan 3: CTF menggunakan kaedah mark-up 15% atas kos serapan dalam penentuan harga produk XX. Kos tidak langsung ialah 20% atas kos langsung. Apakah mark-up yang harus ditentukan atas kos langsung untuk memperoleh harga jualan produk XX?

You might also like