Jurnal 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-1 : Pertama : 15 19 Julai 2013 : Minggu pertama di SK Yaacob Latiff (1)

Pada hari 15 Julai 2013 merupakan hari pertama saya di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff (1). Saya telah melaporkan diri saya kepada Encik Haji Ghazali Bin Katun, SK Yaacob Latiff (1). Saya Nurul Hidayah binti Mohd Nor dan rakan saya Nurulfatin Amira binti Abdul Halim memperkenalkan diri kami dengan memberikan surat pengenalan diri kepada beliau. Beliau amat berbesar hati menerima kami sebagai warga sekolah selama dua bulan. Selain daripada itu, kami juga telah diperkenalkan diri kepada sebagai guru praktikum semasa perhimpunan mingguan. Selepas perhimpunan kami, mendengar sedikit taklimat di bilik guru kemudian mendengar sedikit taklimat daripada Guru Penolong Kanan iaitu Puan Hajah Jamalia Binti Masri. Beliau telah memberikan kami jadual untuk sepanjang praktikum untuk fasa II ini. Kemudian beliau juga memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; Latar belakang murid dan masyarakat setempat; Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah; Pengelolaan berkaitan. aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang

Pada hari kedua, saya dan rakan saya telah berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Puan Roziah binti Kamaruddin. Beliau merupakan ketua panita bagi subjek Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Semasa berjumpa dengan beliau, beliau ada menerangkan tentang kelas dan keadaan kelas di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif(1) . Kemudian saya dan rakan saya juga telah berjumpa dengan Encik Ahmad Khalid Mespan sebagai guru pembimbing Pendidikan

Jasmani. Saya mendapat 4 masa Kajian Tempatan, 2 masa Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 2 masa Pendidikan Jasmani Pada hari ketiga, pensyarah pembimbing major Puan Fuziah binti Abdul

Manaf telah datang untuk lawatan sosial. Beliau telah berjumpa dengan guru besar untuk meminta kebenaran untuk saya dan rakan saya menjalankan sesi praktikum untuk fasa II. Puan fuziah binti Abdul Manaf juga ada berjumpa dengan Puan Roziah binti Kamaruddin untuk memberikan sedikit taklimat tentang praktikum kali ini. Pada hari keempat, saya telah menggantikan kelas Puan Roziah Binti kamaruddin, Kajian Tempatan Tahun 6 Marikh. Saya perlu menggantikan kelas beliau kerana guru-guru mempunyai mesyuarat tergembak. Saya berasa amat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya masuk kelas dalam Sekolah Kebangsaan Yaacob Latiff (1). Kemudian saya dan rakan saya bekerjasama menyiapkan fail. Segala butiran sekolah dan maklumat kami kumpul dari semasa ke semasa. Pada hari kelima dan menyerahkan Rancangan Semester kepada guru pembimbing untuk disemak. Pada hari kelima saya dan rakan praktikum berbincang dengan gurun pembimbing mengenai projek yang akan dijalankan. Seterusnya kami berjumpa Guru Besar untuk dan permohonan kami diterima. Setelah itu, saya membuat rancangan harian bagi minggu berikutnya dan juga bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan pada minggu hadapan. Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like