Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Refleksi AJK Keselamatan Projek Keceriaan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pada 8 Julai 2013 bersamaan dengan hari

Isnin, unit PISMP Bahasa Melayu Semester 6 telah melaksanakan satu Projek Keceriaan PSK. Projek ini dirancang bagi memenuhi kehendak subjek PSK3104 iaitu merancang satu projek PSK untuk dilaksanakan. Ahli jawatankuasa keselamatan bagi Projek Keceriaan PSK ini di anggotai seramai dua orang iaitu Andy Reo Sibidol dan juga Zaionell Zaium. Bidang tugas yang diberikan kepada AJK keselamatan projek ini adalah bagi memastikan keselamatan anak pokok serta mengawal disiplin pelatih sepanjang projek berlangsung. Antara kekuatan yang dapat dilihat sepanjang perancangan dan juga pelaksanaan projek ini ialah keselamatan anak pokok yang terjamin. Anak pokok limau yang menjadi aset utama dalam projek keceriaan ini dijaga dengan rapi agar tidak rosak sebelum projek berlangsung. Selain itu, kami juga berjaya memastikan bahawa kesemua peserta projek berada di kawasan projek sebelum projek dijalankan. Hal ini menjimatkan banyak masa dan melancarkan perjalanan projek keceriaan PSK ini. Seterusnya, AJK keselamatan juga dapat memastikan kawasan projek bebas daripada benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada peserta dan juga anak pokok. Pemantauan awal telah dilakukan terhadap kawasan projek oleh AJK keselamatan sehari sebelum projek berlangsung bagi memastikan kawasan tersebut bebas daripada bahaya yang boleh menjejaskan kelancaran projek tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan AJK keselamatan yang dapat diperhatikan termasuklah tempat penyimpanan anak pokok, kawalan disiplin peserta projek serta kekurangan dari segi bilangan anggota AJK keselamatan. Sebelum projek dilaksanakan, kami telah menyimpan anak pokok dalam stor bilik kuliah. Perkara ini menyebabkan anak-anak pokok tersebut tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Seterusnya, terdapat peserta projek yang mengganggu anak pokok dengan memindahkan dan mengangkat anak pokok tanpa kebenaran. Hal ini menyebabkan beberapa anak pokok mengalami keguguran daun justeru akan mengganggu tumbesarannya kelak. Semasa projek berlangsung pula, AJK yang lain menjalankan tugas masing-masing di kawasan yang berlainan. Perkara ini mendatangkan kesukaran kepada AJK keselamatan untuk memantau kesemua pergerakan serta keselamatan AJK yang lain.

Cadangan bagi menyelesaikan masalah dan kelemahan yang diperhatikan sepanjang projek ini berlangsung adalah menyimpan anak pokok di tempat yang sesuai selain daripada stor. Anak pokok limau tersebut sebaik-baiknya disimpan di nursery kampus agar ia mendapat penjagaan sementara sebelum projek sebenar berlangsung. Selain itu, kami juga perlu memberikan nasihat atau teguran secara lisan ataupun bertulis tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan terhadap anak pokok limau itu. Hal ini bagi mengelakkan pelatih daripada mengganggu anak pokok limau tersebut. Seterusnya, pihak penganjur perlu menambahkan bilangan AJK keselamatan agar kesemua pergerakan dan keselamatan AJK yang lain dapat dipantau walau di manapun mereka menjalankan tugas mereka. Perkara ini sangat baik untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Akhir sekali, kami sangat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing dan juga pengerusi projek kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk memegang tugas sebagai AJK keselamatan bagi Projek Keceriaan PSK ini. Kami berharap pada masa akan datang, projek sebegini dapat diteruskan agar kami dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kami.

Gambar 1: AJK Keselamatan berkerjasama dengan AJK Sambutan untuk menjemput VVIP.

Gambar 2: Ketibaan perasmi projek - Datuk Mary Theresa Kinajil ke tapak projek disambut oleh AJK keselamatan.

Gambar 3: Pensyarah-pensyarah memindahkan anak pokok daripada beg semaian ke pasu besar dibantu oleh para AJK projek.

Gambar 4: Anak pokok yang telah dipindahkan daripada beg semaian ke pasu besar.

Gambar 5: Pensyarah-pensyarah yang hadir menjamu hidangan yang disediakan oleh penganjur.

Gambar 6: Para AJK menjamu selera di tapak projek.

Gambar 7: Ahli Jawatankuasa Projek Keceriaan PSK bersama pensyarah pembimbing.

Gambar 8: Anak pokok limau yang telah berbuah memerlukan penjagaan rapi daripada AJK yang terlibat.

You might also like