Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Perkaitan Aktiviti Yang Dirancang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aktiviti penting dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada sejauh mana perancangan dan pelaksanaan aktiviti oleh seseorang guru . Guru merupakan teras utama dalam proses ini walaupun adakalanya proses tersebut boleh juga berlaku tanpa guru. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelelek maka peranan seorang guru adalah sangat penting. Mengambil kira kepentingan tersebut, saya bersama rakan saya telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setelah memahami matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam konteks tersebut, aktiviti-aktiviti yang kami rancang adalah sasaran kepada kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Antara perkaitan yang terhasil adalah seperti berikut: 1. Aktiviti Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan. 2. Aktiviti Pemulihan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

3. Pengayaan Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekana kepada murid-murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai pembelajran lebih awal atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan diberikan tugasan atau aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakn secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. 4. Pendekatan Berpusatkan Murid Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa. 5. Pendekatan Tematik Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut: Kekeluargaan Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan menghormati setiap ahli keluarga.

Kemasyarakatan Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan

pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat - menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab. Kesihatan dan Kebersihan Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat. Keselamatan Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar mengutamakan keselamatan. Perpaduan Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi

negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara. Sains, Teknologi dan Inovasi Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insane yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawab alam sekitar dan teknologi hijau. Pertanian dan Penternakan dalam menjaga

Tema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan.

Aplikasi Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni Dan EMK Dalam Pengajaran & Pembelajaran Dan Jangkaan Terhadap Pembangunan Modal Insan. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia saya, yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Bahasa Malaysia, pembangunan modal insan boleh dicapai. Tugasan ini memperlihatkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang kepada guru-guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik yang harus berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu atau Dokumen Standard Kurikulum (Standard kandungan dan standard pembelajaran) dalam setiap pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kemahiran guru menyampaikan ilmu. Guru perlu mempunyai corak interaksi yang menarik dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat besar terhadap pengubahan tingkah laku murid-murid atau pelajar-pelajar. Perubahan tingkah laku adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat mengawal keperluan murid-murid. Rentetan daripada itu, pengajaran yang efektig dapat dihasilkan dan membawa kepada pencapaian matlamat pembelajaran. Guru harus membuat penilaian terhadap pengajaran yang dilakukannya bagi mengenal pasti kelemahannya supaya dapat membuat penambahbaikan dalam p & p seterusnya.

Rakyat Malaysia telah didedahkan dengan cabaran Wawasan yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020 (Mahathir 1991). Oleh itu,perubahan yang berlaku pada abad inilah yang menjadi cabaran kepada pendidikan Bahasa Melayu masa kini. Guru-guru mestilah sentiasa kreatif dan inovatif supaya dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara berkesan, menarik dan menyeronokkan (didik hibur).

12.0 LAMPIRAN : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


MATA PELAJARAN TAHUN HARI TARIKH MASA BILANGAN MURID TEMA TAJUK : : : : : : : : Bahasa Melayu 4Selasih Rabu 01 September 2013 8.40 9.40 pagi (60 minit) 24 orang (L : 8 orang ; P : 16) Keluarga Bahagia Sayangilah Keluarga Kita(Membina Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk)

Hasil Pembelajaran Fokus Utama :2.1 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami Aras 3 i. Menceritakan cerita yang didengar atau ditonton dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul ii. Mengisahkan sesuatu perkara yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul. Fokus Sampingan :5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca Aras 1 i. Aras 2 ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 Memahami perkataan, frasa dan ayat

i.

Menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat untuk membina teks berkaitan sesuatu tajuk

Objektif Eksplisit

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : i. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada lima peranan dan tanggungjawab bagi setiap ahli dalam keluarga ii. Membina sekurang-kurangnyatigadaripada lima ayat tunggal dan tiga daripada lima ayat majmuk secara lisan yang berkaitan dengan Keluarga Bahagia. iii. Sekurang-kurangnya 60 % daripada murid boleh membaca dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan menarik. iv. Menyatakan tiga daripada lima aktiviti bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan dalam sesebuah keluarga. Pengisian Kurikulum (i) Sistem Bahasa a) b) (ii) Kosa kata : tegas, bapa, ibu, bahagia, kasih sayang Ayat tunggal dan ayat majmuk Tatabahasa :

Kemahiran Bernilai Tambah a) Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, Intrapersonal, Interpersonal, Naturalis, Emosi, Linguistik,

Muzik b) c) (iii) Strategi Pengajaran Kemahiran Generik : : Koperatif dan Kolaboratif, Pemerhatian, Metakognitif Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penekanan Konsep 5P a) b) Penggabungjalinan Kemahiran Penyerapan : Membaca dan menulis, mendengar dan bertutur. : Nilai : menghayati, bertolak ansur, bekerjasama, menghargai, kasih sayang, hormat menghormati Ilmu : Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan, Pendidikan Muzik c) Pemulihan d) Pengayaan : : Tentukan sama ada ayat di bawah merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk. Pilih seorang idola daripada ahli keluarga kamu. Kemudian, bina lima ayat majmuk bagi menerangkan sebab kamu memilihnya sebagai idola. e) Penilaian : Aktiviti bacaan, aktiviti perbincangan berkumpulan.

Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (BSPP) a) Bahan Elektronik / Bahan Bercetak / Bahan Autentik : dan Multimedia Potret keluarga, komputer riba, LCD, lirik lagu skrip dialog, kad Imbasan, rakaman video,

bahan maujud ( kain batik, kopiah, replika misai, cermin mata ) b) c) d) Kad Tugasan Templat Pelajar Borang Penilaian Aktiviti P&P : : : Kad arahan kerja kumpulan Lembaran kerja Borang penilaian bacaan, borang penilaian hasil perbincangan kumpulan. Pengetahuan Perlu Ada : Murid-murid mengaitkan pengalaman kendiri ketika bersama dengan ahli keluarga.

PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN ( PPP) BAHASA MELAYU Masa / Langkah Induksi Set 8.40-8.45 pg. ( 5 minit ) Potret Isi Pelajaran Pengenalan tajuk Tema : Keluarga Bahagia Aktiviti Pengajaran& Pembelajaran Catatan

1. Guru menunjukkan tiga buah potret Kemahiran Generik keluarga bahagia (Melayu, Cina, India ) kepada murid-murid. 2. Murid guru. 3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perkara yang dilihat berdasarkan tiga buah potret yang telah ditunjukkan. 4. Murid memberikan pendapat dan Kemahiran Bernilai Tambah : pandangan mengenai potret yang i. Kontekstual Mengaplikasi melihat ketiga-tiga buah ii. potret yang telah ditunjukkan oleh i. Kemahiran Belajar menganalisis maklumat, mentafsir maklumat Kemahiran Berfikir gambaran mental, memproses maklumat, meneliti bahagian dan keseluruhan

( Keluarga Melayu )

telah ditunjukkan. 5. Guru memberikan maklum balas terhadap pendapat dan pandangan murid. ii.

Teori kecerdasan pelbagai intrapersonal, interpersonal, linguistik, visual

( Keluarga India ) Nilai : kasih sayang, tolongmenolong, yakin, bersatu padu konsep 1 Malaysia

Penutup Para guru menjalankan tugas berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Banyak tugas guru yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini. Guru memainkan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Maka semestinya guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajar dengan lebih berkesan sekali.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan. Peranan guru boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang menjadi pegangan para guru di Malaysia. Antara cabang-cabang berkenaan ialah metafizik, epistemology, aksiologi, dan juga logik. Semua cabang ini mempunyai pengertian masing-masing dan haruslah difahami oleh setiap guru di Malaysia demi mnejayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KSSR (yang akan menggantikan KBSR) agar anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua bidang yang diceburinya nanti. Dengan penerapan unsure-unsur Falsafah Pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan sejaya-jayanya. Maka, hasrat untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi, dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

RUJUKAN : Atan Long. 1976.Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim:Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2004. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:Kayazano Enterprise Falsafah Pendidikan danKurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2004. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan

You might also like