Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN Pembelajaran aktif merupakan proses di mana murid melibatkan diri dalam aktiviti seperti membaca, menulis, berbincang,

menyelesaikan masalah yang menggalakkan analisis, sintesis dan penilaian kandungan kelas. Pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, dan menggunakan kaedah kes dan simulasi adalah beberapa pendekatan yang menggalakkan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti perbincangan dalam kelas, berkongsi ilmu secara berpasangan, latihan penulisan pendek, refleksi video, permainan, dan sebagainya. Kumpulan kami telah memilih untuk menjalankan sesi soal jawab, refleksi video, temu bual, dan aktiviti perbincangan berkumpulan. Fiona Ng Tze San telah merakamkan satu sesi pengajaran di sekolah semasa menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Yok Bin di Kelas 3H. Kaedah yang dia gunakan dalam aktiviti pembelajaran aktif ialah kaedah soal jawab yang berpusatkan murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya, murid-murid agak aktif untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Selain itu, Fiona juga membimbing dan sering bertanya soalan untuk merangsang murid-murid untuk menjawab soalan. Mereka begitu aktif sehingga berebut-rebut hendak menjawab soalan. Lee Kongdi bertanggungjawab untuk membuat tayangan video mengenai kitar semula. Tujuan dia menggunakan video ini adalah untuk menanamkan semangat cinta akan alam sekitar dalam jiwa kanak-kanak. Untuk memenuhi tema kumpulan kami, murid-murid diminta menulis refleksi pendek selepas menonton video tersebut. Lee Kongdi memberi rangsangan dan mengemukakan beberapa soalan supaya dapat memberi murid idea untuk menulis refleksi. Soalan-soalan yang dikemukakan telah memberi ruang kepada murid menulis refleksi berdasarkan perasaan dan pendapat peribadi mereka. Thng Jia Ling telah menjalani temu bual dengan guru yang mahir dalam pembelajaran aktif di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pina Hwa (2). Nama guru yang telah ditemu bual ialah Pn. Tan Jern Suh. Melalui temu bual, pembelajaran aktif pada pandangan guru tersebut merupakan proses pembelajaran yang melibatkan murid dalam kegiatan dalam kelas. Beliau telah memberikan tiga aktiviti

pembelajaran aktif, iaitu aktiviti berkumpulan, belajar di luar bilik darjah, dan pertandingan. Pada pendapat Pn. Tan, kebaikan pembelajaran aktif adalah murid dapat belajar dengan lebih menarik dan mempunyai ingatan yang lebih mendalam tentang isi yang diajar. Cabaran yang dihadapi oleh guru ini adalah pengurusan disiplin kelas kerana murid akan membuat bising kerana terlalu seronok. Cara beliau menghadapi cabaran tersebut adalah menetapkan peraturan sebelum bermulanya aktiviti supaya mereka berdisiplin dan tidak mengganggu kelas lain. Menurut beliau, masa yang diperuntukkan dalam jadual waktu adalah mencukupi dan tidak akan menjejaskan pembelajaran aktif. Oleh hal yang demikian, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran aktif boleh digunakan. Beliau juga memberi nasihat kepada bakal-bakal guru untuk berusaha menarik minat murid dengan pelbagai alternatif dan cara pengajaran supaya murid berasa seronok semasa belajar. Thng Jia Ling juga telah merakamkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pembelajaran aktif yang dilakukan oleh guru tersebut. Guru telah membawa beberapa jus minuman dan makanan untuk dirasa oleh murid dan mengajar mereka membezakan rasa manis, pahit, masam, dan masin. Sebelum memulakan aktiviti, guru meminta murid memberitahu guru empat rasa yang berlainan. Murid yang keluar untuk merasa perlu menutup mata dan memberitahu rasa makanan atau minuman itu sama ada manis, pahit, masam atau masin. Apabila murid menjawab dengan betul, guru akan menggalakkan semua murid di kelas untuk memberi tepukan sebagai tanda pujian kepada mereka. Murid-murid di dalam kelas kelihatan sangat seronok semasa aktiviti pembelajaran aktif dilaksanakan dan berebut-rebut menawarkan diri dalam penglibatan aktiviti tersebut. Apabila guru mendapati ada di antara murid yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, guru akan menegur sebaik sahaja tingkah laku itu dilakukan supaya murid berhenti melakukannya. Disiplin murid adalah terkawal semasa pembelajaran aktif dijalankan. Wong Chi Yin telah mengadakan aktiviti perbincangan secara berkumpulan yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik. Dia telah membahagikan muridmurid kepada empat kumpulan selepas dia mengajar tentang topik yang akan digunakan dalam aktiviti perbincangan tersebut. Dalam proses menjalankan aktiviti perbincangan secara berkumpulan, segala respon atau maklum balas daripada murid-murid kelas tersebut telah dicatatkan.

Sebagai kesimpulannya, kumpulan kami telah melakukan aktiviti secara teliti dan memenuhi kehendak soalan yang bertemakan pembelajaran aktif. Segala maklumat yang dicatat dan dikumpul akan diletakkan di bahagian lampiran.

You might also like