Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Definisi Business is the distribution and exchange of all the surplus goods produced in the fields, seas, forests

and factories of the earth so that they reach the final consumer in the right place and at the right price Menurut Vincent A. Gabriel (1995) menyatakan bahawa Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Manakala mengikut Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa dan Abdullah Munsi Bin Abdul Rahim (1999) pula Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan . Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka perniagaan dapat ditakrifkan sebagai:Suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang berbentuk barang fizikal atau perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Usaha pemindahan dan pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan alat pertukaran yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir. Pertukaran sedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini.

Kebimbangan terhadap kegagalan di kalangan usahawan Malaysia turun dengan ketara sejak empat tahun lalu kepada hanya 36 peratus pada tahun lalu daripada 65 peratus pada 2009. Mengikut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, tahap daya saing perniagaan di Malaysia semakin baik, kadar kejayaan perniagaan baru untuk bertahan lebih daripada 42 bulan juga meningkat kepada tujuh peratus tahun lalu berbanding hanya 4.2 peratus pada 2009, lebih tinggi berbanding beberapa

di negara maju seperti United Kingdom (6%) dan Jerman (5%).(Berita Harian, 18 Januari 2013) Pernyataan diatas diperkukuhkan lagi dengan kaji selidik Grant Thornton International Business Report (IBR) di mana telah membabitkan 3,200 peneraju perniagaan di 44 negara, iaitu pemilik perniagaan di Malaysia yakin terhadap ekonomi negara, sekali gus meletakkan kembali kedudukan Malaysia pada kadar 12 peratus berbanding -4 peratus tahun lalu. Menurut Rakan Kongsi Pengurusan SJ Grant Thornton iaitu Datuk NK Jasani IBR akan turut mendapati sebanyak 52 peratus perniagaan di Malaysia dijangka akan meraih pendapatan lebih tinggi pada tahun 2013.

Kejayaan dan perkembangan negara Malaysia dalam sektor perniagaan telah dipengaruhi beberapa faktor dalaman dan luaran.

You might also like