Pantang Larang Kaum Murut Dan Melanau

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PANTANG LARANG KAUM MURUT DAN MELANAU

PENGENALAN KAUM MURUT


Suku bangsa yang tertua di Sabah. Terdapat di kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan.

PATANG LARANG SEMASA KELAHIRAN


Selepas bayi lahir,nama tidak akan diberi serta merta untuk elakkan perkara buruk menimpa

Nama diberi berdasarkan nama alam semula jadi atau disebabkan sesuatu peristiwa

PATANG LARANG SEMASA PERKAHWINAN


Jika cuaca mendung,keberangkatan ke rumah pengantin lelaki ditangguh sehingga cerah (Pengantin yang terkena air hujan pada perkahwinan akan mudah dapat penyakit) Jika ada kematian pada hari perkahwinan, keberangkatan ditangguhkan sehingga hari esok (jika diteruskan, salah seorang dari pasangan itu akan mati)

PATANG LARANG SEMASA PERKAHWINAN


Sewaktu kedua pengantin turun tangga dan tinggalkan rumah, mereka dilarang menoleh ke belakang (dipercayai salah seorang keluarga pihak perempuan akan dikahwini oleh keluarga pengantin lelaki). Jika melalui jalan sungai, pengantin mesti diangkat.(jika terkena air, dipercayai anak sulung pasangan itu akan mati)

PANTANG LARANG SEMASA KEMATIAN


Jika ada kematian, keluarga si mati akan memukul gong (sesiapa dengar bunyi pukulan gong dengan serta merta perlu berhenti dari buat pekerjaan (berburu, menangkap ikan). Bagi balu si mati, dia tidak boleh keluar rumah kecuali sebab tertentu dan dia perlu potong pendek rambutnya.

PANTANG LARANG KAUM MELANAU

Kaum Melanau ialah masyarakat yang terdapat di Sarawak

PANTANG LARANG BAGI WANITA HAMIL


Tidak boleh makan buah/ ulam yang berbau kuat (badan akan jadi busuk) Tidak boleh makan pucuk paku (susu badan jadi masam)

Haiwan buruan yang dibunuh dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil (anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan)

Wanita hamil tidak boleh ditakut-takutkan (anak dalam kandungan akan cacat / gugur)

PANTANG LARANG SEMASA KELAHIRAN


Dilarang memuji bayi yang baru dilahirkan sebaliknya lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya

Suami tidak boleh mengecat (anak dalam kandungan akan diiringi minyak) Suami tidak boleh potong kayu yang bertindan/ makan ikan pari (bibir anak akan sumbing)

Kalau ada kematian, suami tidak boleh tengok (anak dalam kandungan akan dapat penyakit) Suami tidak boleh potong akar temalet (anak akan meninggal dunia tanpa sebab)

Pantang larang bagi suami kepada isteri hamil

You might also like