Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

PENGURUSAN BILIK SAINS

PENGURUSAN BILIK SAINS


KONSEP BILIK SAINS
Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana P&P

Sains Sekolah Rendah dijalankan.


Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdP Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa.

Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang sesuai, kabinet,

punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan


peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pembelajaran dan Pengajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kegunaan Bilik Sains


Bilik Sains merupakan satu daripada tempat PdP Sains. Aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Pendekatan ini bagi membolehkan P&P berpusatkan murid dapat direalisasikan dan konsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan. Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan bahan untuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

Keselamatan: Alatan: Pertolongan Cemas, Pemadam Api, Peraturan Keselamatan

Sumber Manusia: Penyelaras, Pembantu makmal

Aspek utama pengurusan makmal sains

Fizikal: Stor, Bilik, Perabot,Sumber elektik, gas, dan air, Pengedaran udara, Pencahayaan, Projektor

Media pengajaran : Spesimen, CD, Internet, Buku rujukan, Carta, Model, Alatan dan bahan Sains

Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan Radas Sains


Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan dan penyimpanan

yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan


dari terjadinya perkara ini.

Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan Radas Sains


Bahan kaca
Alat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan alat dan bahan pencuci yang sesuai. Alat kaca tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu tinggi dan tidak dicampuraduk dengan peralatan berat terutamanya daripada logam. Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang kecil di hadapan.

Bahan Kimia
Di peringkat sekolah rendah, tidak ada bahan kimia yang berbahaya dibekalkan untuk kegunaan guru dan murid. Walaubagaimanapun, dalam aktiviti PdP ada. Dicadangkan penggunaan bahan kimia yang

digunakan di rumah seperti cuka, gula, garam dan


sabun. Bahan-bahan ini pada prinsipnya tidak berbahaya atau membawa kesan buruk.

Bahan Kimia
cuka yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah

sejenis asid lemah. Jika sekiranya cuka termasuk


ke dalam mata, basuhkan segera dengan air bersih.

Bahan Kimia
Sekiranya formalin digunakan untuk mengawet haiwan, sila berhati-hati ia berbahaya jika terminum ( ia boleh mengeraskan protein ). Jika wapnya termasuk ke dalam mata dan hidung, ia mengakibatkan rasa pedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari terminum, terhidu dan termasuk ke dalam mata. Bahan ini hendaklah disimpan di dalam botol yang sesuai (botol kaca gelap dan tebal ) dan dilabelkan.

Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan Radas Sains

PEMBAHARUAN (IMPROVISATION)
Kenapa perlu pembaharuan (improvisation)? Biasanya kita perlu berusaha untuk membuat sendiri radas dan bahan sains kita sendiri berdasarkan: Kekurangan peralatan untuk jalankan eksperimen Peralatan sains sangat mahal di pasaran Peralatan sains sangat kompleks untuk guru dan murid Peralatan yang ada tidak sesuai untuk aktiviti yang ingin dijalankan Guru perlu hasilkan alatan yang dapat merangsang pemahaman konsep yang sukar. Guru tidak cukup peruntukan untuk membeli peralatan Menyediakan bahan bantu mengajar

Contoh-contoh aktiviti pembaharuan:


Jika tiada bikar- potong botol air mineral Jika tiada rak tabung uji- tebuk bekas telur untuk menegakkan tabung uji Tungku kaki tiga daripada tin yang dipotong mengikut bentuk tungku kaki tiga Corong turas menggunakan botol air mineral yang dipotong dan diterbalikkan. Kanta daripada mentol Piring petri daripada botol air mineral

LATIHAN KENDIRI

1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bagi


sesebuah makmal sains? 2. Apakah aspek fizikal yang menjadi keperluan bagi sesebuah bilik/makmal sains? 3. Senarai contoh alatan dan bahan bantu mengajar yang patut terdapat dalam sesebuah makmal sains. 4. Bincangkan aspek keselamatan yang wajar dipertimbang oleh

seseorang guru Sains


5. Bagaimana anda mengendalikan situasi murid yang terkena bahan kimia berasid?

You might also like