HBLS1203 - Topik 8

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Topik

Rancangan Perniagaan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Mendefinisikan Rancangan Perniagaan; Membincangkan kepentingan Rancangan Perniagaan; Membincangkan tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan yang berkualiti; dan Mengenal pasti peranan Rancangan Perniagaan terhadap syarikat, pelabur, rakan niaga dan mereka yang berkepentingan dalam syarikat.

PENGENALAN
Dalam era perniagaan yang semakin mencabar ini, organisasi perniagaan berhadapan dengan pelbagai persaingan dan cabaran dalam persekitaran ekonomi global. Usahawan perlu mempunyai daya saing yang tinggi dan hebat untuk bertahan dalam mengembangkan perniagaan yang diceburinya. Dunia perniagaan pada masa kini telah menjadikan Rancangan Perniagaan itu sebagai satu keperluan dalam menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Keupayaan usahawan menyediakan Rancangan Perniagaan yang baik dan berkesan nmencerminkan kebolehan perniagaannya dalam usaha teroka. Usahawan perlu menjelaskan secara terperinci semua aspek yang perlu diberi penekanan dalam perniagaan iaitu pemasaran, pembangunan dan penyelidikan perniagaan, pengurusan sumber manusia, risiko kritikal yang bakal dihadapi, faktor kewangan dan teknik pengeluaran. Penjelasan dalam bentuk dokumen ini perlu disediakan untuk memastikan perniagaan mereka kekal lama dalam pasaran bagi memudahkan mereka mendapatkan rakan kongsi, pelabur dan sebagainya.

TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

119

8.1

DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN

Perancangan dalam sesebuah perniaagaan adalah penting. Sebuah Rancangan Perniagaan yang baik akan mencerminkan perniaagaan tersebut. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Perniagaan serta kepentingannya.

8.1.1

Definisi
Perniagaan merupakan dokumen mengenai perjalanan dengan terperinci. Ia menerangkan status semasa pasaran dimasuki, jangkaan keuntungan hasil daripada perniagaan dijalankan dan bagaimana keuntungan berkenaan akan

Rancangan perniagaan yang bakal yang akan diperoleh.

Rancangan Perniagaan bertujuan memperkenalkan dan menjelaskan peluang perniagaan serta bagaimana peluang tersebut boleh dimanfaatkan oleh pihak pengurusan dan ahli organisasi. Menurut Hisrich, Peters dan Shepherd (2010), Rancangan Perniagaan merupakan dokumen bertulis yang menerangkan semua elemen dalaman dan luaran serta strategi memulakan sesuatu perniagaan. Ia menerangkan status semasa pasaran yang bakal dimasuki, jangkaan keuntungan hasil daripada perniagaan. Menurut Barringer dan Duane (2008), Rancangan Perniagaan penting disebabkan dua perkara. Pertama, ia merupakan dokumen dalaman mengenai peluang perniagaan yang hendak diceburi. Ia penting kerana usahawan perlu berusaha menyebarkan maklumat mengenai perniagaannya kepada pihak-pihak yang berkepentingan seperti pelabur, pelanggan dan juga rakan niaga. Perkara kedua adalah kerana Rancangan Perniagaan dapat dijadikan sebagai panduan syarikat dalam menentukan hala tuju organisasi pada masa hadapan.

8.1.2

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Di sini, kita akan membincangkan kepentingan Rancangan Perniagaan kepada usahawan seperti di bawah. (a) Membangunkan Wawasan Perniagaan Rancangan Perniagaan membolehkan usahawan mengetahui arah tuju perniagaan bagi membolehkan syarikat kekal dalam industri bagi lima atau sepuluh tahun akan datang.

120 TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(b)

Menentukan Bagaimana Perniagaan Akan Diurus Rancangan Perniagaan akan menyediakan ruang yang akan membolehkan usahawan melihat penstrukturan syarikat. Mereka boleh melihat dengan jelas siapa perlu melakukan apa dengan siapa, bila dan bagaimana hendak melakukannya. Meningkatkan Peluang Untuk Berjaya Rancangan Perniagaan yang komprehensif membolehkan usahawan melihat kekuatan dan kelemahan yang dimiliki mereka untuk membolehkan mereka bersaing dalam perniagaan. Mengenal Pasti Pesaing-Pesaing Utama Rancangan Perniagaan akan membolehkan usahawan mengenal pasti pesaing sedia ada dan bakal muncul. Mereka dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan pesaing dalam industri yang mereka sertai. Mengenal Pasti Halangan Yang Boleh Menjejaskan Perniagaan Usahawan akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang boleh melambatkan atau menggagalkannya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan dapat bersedia lebih awal untuk menghadapi segala halangan menerusi Rancangan Perniagaan. Penilaian Kendiri Ke Atas Perniagaan Yang Akan Diceburi Rancangan Perniagaan membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang dijalankan. Usahawan dapat mengetahui kedudukan semasa perniagaannya sama ada berjaya mendapat keuntungan atau sebaliknya. Hasil penilaian semasa perniagaan membolehkan usahawan mengatur strategi bagi memastikan perniagaannya selari dengan perancangan. Meningkatkan Keyakinan Konstituen Rancangan Perniagaan membolehkan pelbagai pihak berkepentingan mengetahui kekuatan syarikat dari aspek kewangan, sumber tenaga dan daya maju (viability) untuk jangka pendek mahupun jangka panjang. Maklumat ini penting bagi membolehkan pelabur meningkatkan pelaburannya atau tidak, institusi kewangan meluluskan pinjaman atau sebaliknya, sama ada pembekal ingin meningkatkan nilai kredit pembelian bahan atau peralatan atau sebaliknya, dan membolehkan masyarakat terus memberikan sokongan atau sebaliknya.

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

8.1.3

Maklumat Utama Rancangan Perniagaan

Mari kita bincangkan mengenai maklumat utama dalam menyediakan Rancangan Perniagaan. Maklumat berikut perlu dijelaskan secara terperinci iaitu:

TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

121

(a)

Produk atau Perkhidmatan Yang Dikeluarkan Usahawan perlu nyatakan jenis produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikatnya. Bagaimana produk akan dikeluarkan dan jumlah yang akan dikeluarkan. Usahawan perlu menyatakan keluasan kawasan yang diliputinya dengan membuat ramalan ke atas peratusan pasaran yang akan dimasukinya. Pelanggan Usahawan perlu menyatakan siapakah pelanggan utama dan bukan utama terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Adakah mereka terdiri daripada peruncit, pemborong, pembeli industri atau pembeli kerajaan? Usahawan perlu membuat ramalan peratusan keseluruhan jualan produk yang akan dikeluarkan. Pesaing Usahawan perlu menyatakan siapakah pesaing-pesaing yang akan dihadapi dengan menyatakan kekuatan mereka. Adakah produk yang dikeluarkan oleh pesaing mempunyai ciri-ciri persamaan yang akan memberi saingan langsung dengan produk yang bakal dikeluarkan? Sebaliknya, adakah produk yang dikeluarkan adalah barang pengganti, penggenap atau lainlain yang akan memberi saingan yang tidak langsung? Cara Pengeluaran Pada bahagian ini, usahawan perlu nyatakan teknik pengeluaran sama ada secara manual, berteknologi rendah atau berteknologi tinggi. Seterusnya adakah produk yang akan dikeluarkan merupakan produk siap atau separa siap yang akan dikeluarkan secara besar-besaran, berperingkat, bermusim atau berkala. Strategi Pemasaran Strategi pemasaran perlu menyatakan dengan jelas sama ada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu akan dijual sendiri atau melantik ejen untuk memasarkan produk atau perkhidmatan berkenaan atau menggunakan pemasaran bertingkat. Strategi turut mempromosikan produk dan perlu dinyatakan cara mempromosikannya sama ada menerusi iklan dan sebagainya. Dalam strategi pemasaran ini, usahawan perlu menyatakan strategi perletakan harga sama ada mengikut harga produk yang sedia ada dalam pasaran, atau lebih rendah bagi tujuan penembusan pasaran atau memimpin harga pasaran dengan pertambahan ciri-ciri unik terhadap produk. Aspek Pengurusan Usahawan perlu menyatakan kekuatan tenaga kerja dari segi bilangan pekerja, kemahiran dan kelulusan yang dimiliki, jawatan yang wujud dalam syarikat. Perbelanjaan seperti gaji, bonus, elaun dan bayaran lebih

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

122 TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

masa juga perlu dinyatakan. Usahawan perlu menyediakan carta syarikat untuk perhatian dan maklumat pihak-pihak berkepentingan. (g) Aspek Kewangan Usahawan boleh membuat ramalan unjuran jualan dan menyediakan belanjawan mengenai pendapatan, perbelanjaan, untung-rugi dan kedudukan aliran tunai syarikat dari semasa ke semasa.

SEMAK KENDIRI 8.1


1. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Perniagaan? Huraikan empat kepentingan Rancangan Perniagaan. Terdapat empat jenis promosi. Pada pendapat anda, promosi jenis manakah yang boleh mendatangkan untung dengan cepat? Berikan alasan anda.

3.

8.2

SASARAN PEMBACA RANCANGAN PERNIAGAAN

Pada kebiasaannya, Rancangan Perniagaan akan dikemukakan kepada pihakpihak tertentu untuk tindakan selanjutnya. Sasaran pembaca sebuah Rancangan Perniagaan terdiri daripada golongan berikut: (a) Usahawan Usahawan dapat memahami perniagaannya dengan lebih jelas apabila terdapatnya Rancangan Perniagaan. Mereka boleh menilai sama ada terdapat pasaran ataupun tidak untuk produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan. Ini dapat membantu mereka membuat keputusan perniagaan dengan lebih baik. Pelabur Pelabur perlu mengetahui prestasi dan latar belakang sesebuah perniagaan sebelum membuat keputusan untuk melabur kepada perniagaan itu. Dengan meneliti Rancangan Perniagaan, seseorang pelabur dapat memahami prestasi dan daya maju perniagaan itu melalui analisis pulangan pelaburan. Institusi Kewangan Institusi kewangan merupakan salah satu sumber pembiayaan kewangan utama bagi kebanyakan perniagaan. Usahawan perlu membuktikan perniagaannya berdaya maju dan mampu membuat pembayaran balik ke atas pinjaman kewangan. Rancangan perniagaan amat diperlukan sebagai instrumen penilaian oleh pihak institusi kewangan.

(b)

(c)

TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

123

(d)

Pembekal Terdapat juga perniagaan yang memerlukan kemudahan pembekalan secara kredit. Kemudahan kredit ini hanya akan diperoleh apabila pihak pembekal yakin bahawa perniagaan ini mampu membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Pelanggan (Pengeluar Tender) Pengeluar tender perlu diyakinkan bahawa pemohon mampu melaksanakan projek yang ditenderkan. Maka Rancangan Perniagaan perlu disediakan bagi meyakinkan pihak pelanggan ini. Kakitangan/ Pekerja Terdapat perniagaan kecil yang beroperasi dengan sumber kewangan yang terhad dan bermasalah untuk mengambil kakitangan yang berpengalaman dan berkemahiran. Bakal pekerja perlukan maklumat mengenai kemajuan dan prestasi sesebuah perniagaan sebelum menyertai organisasi tersebut. Maka Rancangan Perniagaan dapat memberi gambaran kepada bakal pekerja mengenai latar belakang perniagaan itu.

(e)

(f)

AKTIVITI 8.1
Anda dikehendaki melayari Internet. Dapatkan contoh-contoh Rancangan Perniagaan dan cuba buat perbandingan cara persembahan Rancangan Perniagaan itu. Bincangkan.

8.3

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan setiap Rancangan Perniagaan mencapai matlamatnya. Setiap usahawan perlu mengetahui maklumat yang perlu ada dalam penyediaan Rancangan Perniagaan yang lengkap seperti struktur, kandungan dan gaya penulisan menepati format. Kemahiran dalam penulisan adalah penting bagi memastikan mesej dan maklumat yang ada dapat disampaikan kepada sasaran pembaca secara berkesan. Beberapa soalan berikut perlu dijawab oleh usahawan sebelum menyediakan Rancangan Perniagaan: (a) (b) (c) (d) Apakah bentuk perniagaan yang hendak dijalankan? Bagaimana produk atau perniagaan berbeza dengan produk lain? Siapakah sasaran pasaran? Apakah bentuk pasaran yang boleh diceburi?

124 TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(e)

Bagaimana kita dapat merancang projek atau aktiviti dengan lebih berkesan?

8.3.1

Perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Menyediakan Rancangan Perniagaan

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh usahawan iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Perancangan hendaklah seringkas mungkin; Susun dan kumpulkan maklumat dengan teratur, terperinci berdasarkan keutamaan; Perancangan perlu memenuhi keperluan masa depan; Elakkan membesar-besarkan isu yang remeh-temeh; Beri tumpuan kepada kesulitan kritikal yang bakal dihadapi; Jangan terlalu banyak andaian atau kemungkinan; Kenal pasti sasaran pasaran; Pastikan penulisan untuk Rancangan Perniagaan dalam bentuk orang ketiga dengan menggunakan perkataan kami, bukan saya; dan Mampu menarik minat pembaca dengan penggunaan bahasa yang mudah, format yang sistematik dan gaya persembahan yang menarik.

8.3.2

Format Rancangan Perniagaan

Terdapat beberapa format yang sering digunakan dalam menyediakan Rancangan Perniagaan seperti berikut: (a) Surat Iringan (Cover Letter) Usahawan perlu sertakan satu surat iringan apabila menyerahkan Rancangan Perniagaan kepada pihak tertentu. Surat iringan ini menerangkan tujuan Rancangan Perniagaan disediakan dan kepada siapa ia ditujukan. Surat ini disudahi dengan menyatakan kesanggupan pengusaha memberi maklumat tambahan sekiranya perlu. Tajuk Muka Surat Hadapan Ini merupakan helaian pertama dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. Antara maklumat yang perlu ada ialah: (i) (ii) Tajuk Rancangan Perniagaan; Nama dan alamat perniagaan;

(b)

(iii) Nama penulis Rancangan Perniagaan; dan

TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

125

(iv) Tarikh disediakan. (c) Muka Surat Isi Kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. Senarai isi kandungan memudahkan pembaca membuat rujukan muka surat bagi tajuk tertentu. Ringkasan Eksekutif Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting dalam perniagaan kerana ia menjadi rujukan awal pembaca. Mengikut Vesper (1993), dianggarkan hanya 10% daripada Rancangan Perniagaan dibaca secara menyeluruh, manakala 90% lagi ditolak selepas membaca ringkasan eksekutif. Maka ringkasan eksekutif ini perlu menonjolkan beberapa perkara penting yang terkandung dalam Rancangan Perniagaan seperti barangan yang ditawarkan, potensi pasaran, pengurusan, kos projek dan jangkaan keuntungan yang boleh diperolehi. Badan Utama Rancangan Perniagaan Ini merupakan bahagian yang paling penting kerana ia banyak mengandungi maklumat mengenai aspek-aspek perniagaan yang akan dijalankan. Aspek-aspek perniagaan yang ditekankan termasuklah Rancangan Pentadbiran, Rancangan Pemasaran, Rancangan Operasi dan Rancangan Kewangan. Lampiran Bahagian ini mengandungi dokumen sokongan kenyataan atau maklumat pada badan utama seperti: (i) (ii) Sebut harga pembekal; Surat akuan belian daripada pelanggan

(d)

(e)

(f)

(iii) Surat perjanjian; (iv) Surat rujukan; (v) Data hasil kajian; dan (vi) Pelan tapak.

8.3.3
(a)

Badan Utama Rancangan Perniagaan

Badan utama Rancangan Perniagaan mengandungi maklumat berikut: Pengenalan Bahagian ini merupakan pembukaan kepada keseluruhan Rancangan Perniagaan. Semua maklumat yang akan dibincangkan perlu ada sokongan fakta-fakta yang realistik dan kukuh. Antaranya ialah: (i) Nama perniagaan;

126 TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(ii)

Jenis perniagaan yang dijalankan;

(iii) Latar belakang industri perniagaan yang diceburi; (iv) Lokasi perniagaan; (v) Tarikh perniagaan dijalankan; (vi) Faktor pemilihan jenis perniagaan yang diceburi; dan (vii) Potensi daya maju perniagaan pada masa hadapan. (b) Tujuan Usahawan perlu nyatakan dengan jelas tujuan Rancangan Perniagaan ini. Sila rujuk pada contoh di bawah. Sekiranya Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada CIMB Bank sebanyak RM50,000 bagi membiayai keperluan modal pusingan, tujuan penyediaannya boleh dinyatakan seperti berikut: Rancangan Perniagaan ini disediakan oleh Syarikat Adibah Sdn. Bhd. bagi memohon pembiayaan kewangan sebanyak RM50,000 daripada CIMB Bank untuk kegunaan modal pusingan perniagaan. (c) Latar Belakang Perniagaan Semua maklumat yang diberikan hendaklah betul dan tepat. Maklumat penting yang perlu ada dalam bahagian ini ialah: (i) (ii) Nama perniagaan; Alamat perniagaan;

(iii) Alamat surat-menyurat (jika berlainan); (iv) Nombor telefon; (v) Bentuk perniagaan; (vi) Kegiatan utama; (vii) Tarikh memulakan atau hendak memulakan perniagaan; (viii) Tarikh pendaftaran perniagaan; (ix) (x) (xi) Nombor pendaftaran perniagaan; Nama bank; dan Nombor akaun bank.

TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

127

(d)

Latar Belakang Pemilik atau Rakan Kongsi Maklumat pemilik dan rakan kongsi yang perlu dinyatakan ialah: (i) (ii) Nama penuh; Nombor kad pengenalan diri;

(iii) Alamat tetap; (iv) Alamat surat-menyurat; (v) Nombor telefon; (vi) Tarikh lahir; (vii) Umur; (viii) Taraf perkahwinan; (ix) (x) (xi) Kelayakan akademik; Kursus yang pernah dihadiri; Kemahiran;

(xii) Pengalaman; (xiii) Pekerjaan sekarang; dan (xiv) Perniagaan lain yang pernah diceburi. (e) Lokasi Tapak Projek Maklumat mengenai lokasi tapak projek yang perlu disertakan ialah: (i) (ii) Kedudukan fizikal projek (sama ada lokasi projek berdekatan dengan jalan raya serta premis-premis lain); Bangunan (jenis, struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan); dan

(iii) Kemudahan asas (air, elektrik dan telefon). (f) Rancangan Pentadbiran Maklumat yang perlu disertakan mengenai aspek-aspek pentadbiran sesebuah organisasi perniagaan ialah: (i) (ii) Pengenalan organisasi; Carta organisasi;

(iii) Jadual jawatan dan bilangan tenaga pekerja; (iv) Jadual huraian tugas; (v) Jadual imbuhan balas jasa; (vi) Senarai keperluan pejabat; dan

128 TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(vii) Perbelanjaan pentadbiran. (g) Rancangan Pemasaran Kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada keupayaan perniagaan menawarkan produk yang diperlukan oleh sasaran pengguna. Maka rancangan pemasaran berkait rapat dengan perancangan operasi, pentadbiran dan kewangan. Antara maklumat yang diperlukan ialah: (i) (ii) Penerangan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan; Pasaran sasaran;

(iii) Saiz pasaran; (iv) Persaingan; (v) Syer pasaran; (vi) Ramalan jualan; (vii) Strategi pemasaran; dan (viii) Perbelanjaan pemasaran. (h) Rancangan Operasi Perancangan yang dibuat pada bahagian Rancangan Pemasaran mempunyai implikasi pada bahagian Rancangan Operasi. Antara maklumat yang diperlukan ialah: (i) (ii) Carta aliran proses; Unit pengeluaran/Jam operasi;

(iii) Keperluan bahan; (iv) Tenaga pekerja; (v) Mesin dan peralatan; (vi) Susun atur ruang operasi; (vii) Lokasi; (viii) Operasi tak langsung; dan (ix) (i) Perbelanjaan operasi. Rancangan Kewangan Bahagian ini penting kerana ia mengumpulkan semua maklumat kewangan yang terkandung dalam bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi. Maklumat ini perlu untuk: (i) Menyediakan kos perlaksanaan projek bagi memenuhi jumlah keseluruhan kos projek.

TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

129

(ii)

Merancang untuk mendapatkan sumber kewangan pembiayaan perlaksanaan projek.

(iii) Meramal dan mengetahui kedudukan ketunaian perniagaan dengan menyediakan Penyata Aliran Wang Tunai. (iv) Meramalkan dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan dengan menyediakan Penyata Untung Rugi. (v) Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan dengan menyediakan Penyata Kunci Kira-kira.

Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini ialah: (i) (ii) Kos pelaksanaan projek; Sumber pembiayaan projek;

(iii) Jadual susut nilai aset tetap; (iv) Jadual bayaran balik pinjaman (jika berkenaan); (v) Jadual bayaran ansuran sewa beli (jika berkenaan); (vi) Penyata Aliran Wang Tunai; (vii) Penyata Untung Rugi; dan (viii) Penyata Kunci Kira-kira. (j) Rumusan Setelah menyediakan semua bahagian di atas, usahawan perlu membuat rumusan ke atas keseluruhan perancangan yang dibuat dalam Rancangan Perniagaan.

8.3.4

Punca Rancangan Perniagaan Gagal

Mengapa usahawan sentiasa merungut dan menyatakan Rancangan Perniagaan mereka selalu ditolak oleh pihak institusi kewangan atau pelabur? Tahukah anda apa puncanya? Mari kita bincangkan. Berikut adalah antara punca kegagalan tersebut. (a) (b) (c) (d) Matlamat yang hendak dicapai tidak munasabah. Matlamat yang diberi kurang jelas, kabur dan tidak dapat diukur. Usahawan tidak menunjukkan komitmen yang tinggi kepada Rancangan Perniagaan yang telah disediakan. Usahawan tiada pengalaman dalam penyediaan Rancangan Perniagaan yang baik.

130 TOPIK 8 RANCANGAN PERNIAGAAN

(e) (f) (g)

Usahawan terlalu ambil mudah ancaman dan kelemahan perniagaan. Rancangan Perniagaan yang disediakan tidak memenuhi kehendak pengguna. Rancangan Kewangan yang disediakan kadangkala tidak logik dan tidak munasabah.

AKTIVITI 8.2
1. 2. 3. Mengapa Rancangan Kewangan penting dalam sesebuah Rancangan Perniagaan? Bincangkan. Jelaskan kepentingan analisa pemasaran dalam Rancangan Perniagaan yang baik dan berkesan. penyediaan penyediaan

Mengapakah usahawan selalu gagal apabila memohon pinjaman daripada institusi kewangan? Berikan pendapat anda.

Setiap usahawan perlu mengakui hakikat betapa perlunya Rancangan Perniagaan dalam menjalankan perniagaan. Ini adalah kerana dokumen ini akan menerangkan aspek perniagaan yang bakal diceburi dan menjelaskan bentuk aktiviti yang ingin dijalankan. Kejayaan usahawan mendapat keyakinan daripada merupakan kejayaan awal dalam memulakan perniagaan. pelbagai pihak

Rancangan kewangan Rancangan operasi Rancangan pemasaran

Rancangan perniagaan Rancangan pentadbiran

You might also like