Professional Documents
Culture Documents
Statistik Asas
Statistik Asas
Statistik Asas
Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik digunakan untuk membuat analisis dan kesimpulan. Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun dengan teratur. Untuk memudahkan kita merujuk kepada data ini, ia seharusnya direkodkan secara teratur dan sistematik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Susunan Menurun: Data-data disusun daripada yang terendah kepada yang tertinggi. Contohnya: 90, 90, 90, 90, 86, 78, 70, 70, 70, 57, 56, 56, 46, 40
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Taburan Kekerapan
Bilangan pelajar yang
Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam sesuatu taburan. Maka kekerapan untuk skor 90% ialah 4 (kekerapan tertinggi) manakala kekerapan untuk 56% ialah 2 (kekerapan terendah).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Jika mempunyai bilangan skor yang banyak, adalah berguna untuk dibina taburan kekerapan secara berkumpul serta graf taburan. Skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor yang ada dalam setiap sela digundalkan. Tanda-tanda gundal ini dikira untuk memperoleh kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas. Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor berikut disusun dalam taburan kekerapan dengan julat kelas sebanyak 5. 33 22 14 32 27 31 17 12 16 34 24 20 22 29 6 48 22 27 33 16 13 45 26 19 30 14 36 18 27 37 40 23 27 27 44 25 21 24 31 20 9 12 11 3 22 19 29 28 28 37 26 15 24 23 25
Poligon Kekerapan
Poligon Kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap sela kelas ke ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan. Kemudian, sambungkan kesemua titik-titik dengan garis lurus. Titik awalan dan akhir harus berada pada paksi-X.
Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data sebelumnya. Berdasarkan jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang memperoleh skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor tertentu. Contohnya, bilangan pelajar yang memperoleh skor antara 15 19 skor atau kurang daripadanya ialah 16.
Pengiraan Min
Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai, skor Z dan skor T. Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor. Contohnya, min untuk skor-skor 70, 85 dan 100 dalam satu ujian ialah: 70+85+100 = 85 3 Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:
Contoh: Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang pelajar adalah: 35, 42, 55, 67, 75, 88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan menggunakan formula di atas.
Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guru-guru untuk mengira nilai purata skor yang diperoleh oleh pelajar-pelajar Nordin dalam ujian buatan guru. Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pengiraan Min untuk Data Terkumpul Pengiraan min untuk data terkumpul lebih kompleks. Contohnya;
Median
Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Sebagai contoh, median untuk skor ujian ejaan (40,56,35,70,94) dan ujian penulisan (55,62,96,45,76,80) adalah berikut:
Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu taburan. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Walaupun min taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan Nordin memusat. Tahir, IPG Kampus Ipoh
Mod
Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun. Mod ( Mo ) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod atau tidak mempunyai mod langsung. Mari kita perhatikan skor-skor ujian Matematik berikut: Contoh 1: 76, 55, 34, 80, 60, 95, 70 Taburan skor ini tidak mempunyai mod 86, 70, 59, 70, 75, 68, 70 Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod) sahaja. Nilainya ialah 70. 76, 62, 54, 68, 62, 54, 88, 71 Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah 62 dan 54.
Contoh 2:
Contoh 3:
Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh, dalam penghasilan baju-T, pengetahuan tentang mod akan membantu pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh dikehendaki.
Sisihan Piawai
Selain daripada mengetahui tentang ukuran kecenderungan memusat, kita perlu juga mengetahui berapa jauh skor-skor itu tersebar, iaitu sisihan piawai. Terdapat dua kaedah mengira Sisihan Piawai iaitu: 1. Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul 2. Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul
Contoh 2 : Mengira sisihan piawai untuk satu set skor yang tidak terkumpul.
Contoh: Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian sains. Cuba kirakan sisihan piawai.
Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kira sisihan piawai skor-skor berikut dan tafsirkan nilai sisihan piawai yang diperoleh bagi skor-skor berikut: 4, 7, 9, 3, 2
Sisihan piawai ialah 6.8, di mana ia kurang daripada 10. Nilai kecil menunjukkan bahawa kebanyakan skor adalah berhampiran dengan min 5. Ini bermaksud bahawa taburan bercorak homogen Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh dan skor-skor tidak tersebar luas.
Skor Piawai
Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa sisihan piawai skor tersebut berada di atas atau di bawah min taburan. Dan ia biasanya diwakili dengan skor-z atau skor-t. Skor-z dikira dengan menggunakan rumus berikut:
Z=
(X X )
Contoh: Skor untuk 5 orang pelajar dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skorz dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai 10 markah.
Pentafsiran Skor-z
Sebagai contoh, Abdullah mempunyai skor sebanyak 55 dalam ujian Matematik; skor purata kumpulan normal ialah 60 dan sisihan piawai 15. Maka skor piawai Abdullah ialah:
55 60 1 z= = - atau - 0.33 15 3
Ini bermaksud skor Abdullah adalah satu pertiga sisihan piawai daripada min. Tanda negatif menunjukkan bahawa ia adalah satu pertiga sisihan piawai di bawah min. Bagi contoh kedua, katakan Abdullah mempunyai skor sebanyak 75 dalam satu ujian Sains; purata skor untuk kumpulan normal ialah 65 dan sisihan piawai ialah 10. Maka skor piawai Abdullah ialah:
75 65 z= =1 10
Ini bermakna Abdullah adalah satu sisihan piawai daripada min. Tanda positif menunjukkan bahawa ia adalah satu sisihan piawai di atas min.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pentafsiran Skor-t Skor-t lebih biasa digunakan berbanding dengan skor-z untuk pelaporan keputusan ujian kerana ia menghasilkan integer positif. Ia juga lebih kerap digunakan untuk melapor prestasi ujian seseorang sebagai skor-t 33 berbanding dengan pelaporan prestasi yang sama dalam skor-z sebagai 1.7. Sebenarnya, kedua-dua skor ini adalah sama. Memandangkan skor-t sentiasa mempunyai min 50 dan sisihan piawai 10, maka, skor-t boleh ditafsir secara langsung.
Latihan
1. Cari mod untuk data berikut: 54, 76, 69, 54, 74, 88, 74, 65, 74 2. Skor yang diperoleh oleh 12 orang pelajar dalam ujian Sains yang ditadbir oleh guru adalah seperti berikut: 35, 23, 55, 35, 65, 67, 55, 35, 98, 88, 92, and 72 Kira min, median dan mod bagi skor-skor di atas. 3. Berikut adalah skor-skor untuk 6 orang pelajar dalam ujian Sains: 8, 10, 7, 12, 6, 11 Cari skor-z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai skor 7. 4.
Jadual di atas menunjukkan keputusan Ali dan Fatimah dalam ujian-ujian Matematik dan Sains. - Kira skor-z dan skor-t untuk Ali dan Fatimah dalam Matematik dan Sains - Dengan menggunakan skor-z dan skor-t, bandingkan prestasi Ali dan Fatimah dalam Matematik dan Sains
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh