Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI IKHTIAR HIDUP DAN PENGEMBARAAN Sewaktu perkhemahan unit beruniform yang telah berlangsung pada 17 September

sehingga 20 September 2013 yang lalu, pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sewaktu menjalani program pekhemahan tersebut. Pada 19 September 2013, unit beruniform pengakap seramai 32 orang telah menjalankan aktiviti ikhtiar hidup dan pengembaraan. Sebelum menjalankan aktiviti tersebut, kami telah diberikan sedikit sebanyak taklimat berkaitan dengan aktiviti pengembaraan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Shuhaimi dan Encik Sulizie. Kami telah diterangkan mengenai jalan yang akan dilalui sewaktu aktiviti pengembaraan nanti serta beberapa komponen yang perlu kami perhatikan dan selidiki sewaktu dalam proses pengembaraan nanti seperti pola penempatan bagi kawasan Merang, aktiviti sosioekonomi, serta tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan penempatan tersebut. Pada tepat pukul 9.00 pagi, kami telah bersiap sedia dengan memakai baju uniform pengakap yang lengkap untuk menjalankan aktiviti pengembaraan. Kami juga membawa kertas dan pen untuk mencatatkan komponen seperti pola penempatan,kegiatan sosioekonomi serta tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan pengembaraan kami nanti. Di samping itu, kami juga membawa sedikit bekalan minuman untuk menghilangkan rasa dahaga sewaktu dalam perjalanan nanti. Namun beberapa orang daripada ahli pengakap membawa payung dan tuala untuk melindungi diri mereka daripada terik cahaya matahari. Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan segelintir sikap ahli kami. Walaubagaimanapun, aktiviti pengembaraan diteruskan juga walaupun terdapat beberapa kelompok ahli yang kurang memberikan kerjasama. Kami telah diarahkan oleh Encik Sulizie untuk bergerak mengikut kumpulan sekawan iaitu biru,merah dan hijau.Pada mulanya, kami telah bergerak mengikut kumpulan sekawan yang dibahagikan, namun setelah beberapa minit, kami mula berpecah mengikut haluan masing-masing. Di sini, saya berasa amat kesal atas kesilapan kami yang tidak bekerjasama dan bergerak dalam kumpulan seperti mana yang dikehendaki oleh pensyarah pembimbing kami. Kemudian, meneruskan perjalanan walaupun tidak berjalan dalam kumpulan sekawan. Semasa dalam perjalanan, saya memerhati beberapa buah rumah yang dibina secara berderet di tepi jalan. Penempatan banyak dibina di sebelah kanan jalan kerana tanah pada sebelah kanan jalan amat sesuai untuk dijadikan tapak untuk penempatan berbanding sebelah kiri yang mempunyai kawasan tanah pasir yang tidak sesuai untuk pembinaan rumah. Hal ini menunjukkan pola penempatan bagi kawasan Merang adalah berselerak di mana, setiap rumah yang dibina tidak tersusun dengan rapi seperti kawasan penempatan perumahan. Setiap rumah dibina berselerakan mengikut tanah milik masing-masing. Di samping itu, saya dapati bahawa rumah yang dibina adalah berbentuk rumah tradisional Melayu di mana terdapat kekisi dan ukiran Melayu tradisional yang terdapat pada jendela dan tiang rumah. Setelah itu, saya melihat terdapat beberapa jenis tumbuhan seperti pokok kelapa, pokok ru dan paya bakau yang terdapat di kawasan penempatan tersebut. Di sebelah kiri kanan terdapat banyak tanaman seperti pokok kelapa dan pokok ru.Hal ini kerana faktor kawasan tanah pasir yang menyebabkan

pertumbuhan pokok-pokok tersebut subur . Selain pokok kelapa dan ru, terdapat juga banyak paya bakau di sekitar kawasan perumahan.Hal ini kerana faktor kawasan persisiran pantai yang menggalakkan perkembangan kawasan paya bakau. Seterusnya, sewaktu pengembaraan, saya lihat banyak aktiviti pelancongan dijalankan seperti pembinaan tempat penginapan pelancong seperti Merang Inn dan chalet. Selain itu juga terdapat

You might also like