Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?

page=49

Theory of Constraints
Theory of Constraints (TOC) Untuk Pendidikan Theory of Constraints (TOC) merupakan satu cara pemikiran yang sistematik yang membekalkan perkakas pemikiran berlandaskan common sense. Perkakas pemikiran ini membekalkan manusia alatan untuk berfikir secara kreatif dan mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang kualitatif. Matlamat: Meningkatkan kemahiran pemikiran dan berkomunikasi Meningkatkan cara pembelajaran murid-murid dan proses memperolehi maklumat Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan The Cloud/Awan The Branch/Dahan The Tree/Pokok Terdapat tiga kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah

The Cloud/Awan Untuk menyelesaikan konflik supaya mencapai matlamat yang sama.

The Branch/Dahan Untuk menganalisa kesan dan akibat dalam sesuatu situasi.

The Tree/Pokok Untuk membina satu rancangan atau pelan tindakan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Ini bererti tidak ada lagi isu: No more me against you and you against me because of the problem; But you and me against the problem Ini yang mewujudkan landasan kepada situasi... menang-menang. Pelbagai aspek lain berkait terus dengan TOC untuk pendidikan: Penyelesaian konflik Pendekatan secara holistik Kerja berpasukan Mewujudkan pelajar yang berdikari Proses perkembangan/kemajuan yang berterusan Pemikiran yang membawa perubahan

Pembelajaran Theory of Constraint Theory of Constraint Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa yang hendak dicapai. Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan ini, faktor constraint hendaklah diuruskan terlebih dahulu.

Sejenis alat untuk menyelesaikan masalah, yang dinamakan sebagai proses berfikir TOC(TOC Thinking Process) boleh digunakan untuk menjawab tiga soalan yang penting di dalam sesuatu proses perkembangan berterusan secara logic dan sistematik. TIga soalah tersebut ialah: Apa yang perlu diubah? Kepada apa hendak diubah? Bagaimana untuk menjalankan perubahan tersebut?

TOC mengganggap sesuatu sistem itu sebagai satu rantaian. Untuk meningkatkan kekuatan rantaian, sambungan yang paling lemah perlulah dikenalpasti dan usaha-usaha untuk menguatkannya harusalah dijalankan. Terdapat lima langkah untuk menguatkan rantaian: Analisa proses suapaya tugas yang menghalang produktiviti sesuatu sistem boleh dikenalpasti. Contoh-contoh halangan sistem adalah seperti masa pemprosesan yang lama atau pembahagian kerja kepada terlalu ramai orang Keputusan mesti dibuat dlam bagaiman untuk memodifikasi tugas supaya kerja boleh dilakukan dengan lebih efisien dan efektif Pengurusan mengarahkan semua usaha untuk meningkatkan prestasi tugas yang terhalang. Kapasiti tambahan digunakan untuk meningkatkan output keseluruhan tugas, contohnya membeli mesin kedua atau mengimpelmentasi penggunaan teknologi maklumat yang terkini. Menetapkan proses peningkatan secara berterusan. Kesan proses ini mungkin akan mengakibatkan tugas lain menjadi faktor constraint.

http://blogallimalai.blogspot.com/2012/11/nota-ulangkaji-topik-5elm3102.html Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint


Pengenalan Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. Apakah TOC? TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Kelebihan TOC Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya; mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. menyelesaikan masalah dengan berkesan. membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama. berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu; kemahiran berfikir secara kritis kemahiran berfikir secara kreatif kemahiran generik Aplikasi TOC dalam pendidikan Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi; kandungan kurikulum. pengajaran dan pembelajaran konsep. membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran. perancangan strategik untuk mencapai matlamat. Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut; sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan). kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian). Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

Teknik dalam TOC Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu; Teknik Awan ( The Cloud ) Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch ) Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving ) Teknik Awan ( The Cloud ) Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak. Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch) Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet. Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving) Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Kesimpulan Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi dengan baik .

You might also like