Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KUMPULAN 3 Soalan Objektif (portfolio, projek pementasan & projek bencana alam) 1.

Irfan suka mengganggu rakan-rakan dengan menyebut kata-kata kesat manakala Yana tidak suka berkongsi semasa aktiviti berkumpulan. Maklumat ini telah dikumpul oleh Cikgu Huda seminggu lalu bagi tujuan menyelesaikan masalah mereka.

Pada pendapat anda, apakah kaedah pentaksiran yang telah digunakan oleh Cikgu Huda untuk memungut data? A. Temubual B. Pemerhatian C. Hasil Kerja Murid D. Portfolio

2. Portfolio yang baik memerlukan ciri-ciri berikut kecuali A. merupakan satu sistem penilaian berterusan B. berkait secara langsung dengan objektif pengajaran C. merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh guru semata-mata D. berasaskan perlakuan murid yang menekankan pembelajaran bermakna

3. Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Berikut merupakan ciri-ciri portfolio kecuali? A. Dijalankan secara bersendirian. B. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif. C. Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik. D. Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti

4. Portfolio terbahagi kepada tiga iaitu portfolio kerja harian, portfolio hasil terbaik dan portfolio dokumentari. Apakah yang dimaksudkan dengan portfolio kerja harian? A. Dipilih dari hasil terbaik daripada portfolio.

B. Satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu. C. Soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas. D. Soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam portfolio.

You might also like