Etnik Bisaya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 1.

0 PENGENALAN Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam di dalam masyarakat majmuk. Ting Chew Peh(1997) menyatakan J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa, rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza seperti Jawa,Minang,Bugis dan juga Bisaya. Etnik Bisaya juga merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan masyarakat lain namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Bisaya ini. Seperti etnik lain, etnik Bisaya juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Tradisi Bisaya serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada masyarakat Borneo. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional dengan kaum-kaum yang lain. Menurut Wikipedia(2012) Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya diSabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam
Page 1

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN oleh suku kaum Dusun, Murut dan Rungus. Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Visaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Pada masa kini kebanyakkan Etnik Bisaya boleh ditemui di Beaufort, Kuala Penyu, Menumbok, Sipitang dan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, majoritinya berkampung di Beaufort dengan jumlah masyarakatnya melebihi 50,000 orang.

2.0

ASAL-USUL ORANG BISAYA Etnik Bisaya adalah salah satu etnik pribumi di Kepulauan Borneo. Etnik

Bisaya biasanya tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias di Sabah dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Mengikut banci penduduk yang telah dibuat pada tahun 1991 yang lalu, jumlah penduduk Bisaya di seluruh Negeri Sabah ialah seramai 30,000 orang. Suku kaum ini dikatakan mempunyai kaitan dengan suku kaum Visaya di Filipina. Walau bagaimanapun menurut kajian, suku kaum ini hanya terdapat di Borneo sahaja. Visaya yang terdapat di Filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan Bisaya di Borneo. Berdasarkan kajian bahasa dan budaya, etnik Bisaya ini berasal daripada kelompok etnik Dusun yang merupakan penduduk terawal di Sabah. Bagaimanakah wujudnya perkataan Bisaya? Asal usul perkataan Bisaya tidak dapat dipastikan dengan jelas. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai teori yang menyatakan tentang kewujudan perkataan ini. Menurut Kahti Galis(1990) menyatakan Dr. Otley Beyer dan Chester berpendapat bahawa perkataan Bisaya berasal daripada perkataan Sri Vijaya yang merupakan salah satu empayar yang hebat pada ketika itu. Teori yang dikemukan oleh Carrol pula menyatakan Bisaya berasal dari perkataan bisaya yang mana dalam bahasa sulu dan Mindanao membawa makna hamba.
Page 2

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Sonza (1957) seperti dinyatakan oleh Kahti Galis(1990) dalam bukunya pula menyatakan legenda asal usul perkataan Bisaya berasal daripada perkataan bisaiyah. Menurutnya, perkataan ini diucapkan oleh Sultan Brunei yang pada ketika itu mengunjungi tempat tinggal orang Bisaya. Baginda merasakan bahawa tempat itu sungguh cantik lalu timbullah perkataan itu. Pertalian antara etnik Bisaya dan Kesultanan Brunei dikatakan rapat pada zaman lampau. Sultan Brunei yang pertama adalah seorang yang berbangsa Bisaya iaitu Awang Alak Betatar. Awang Alak Betatar ini kemudiannya memeluk agama Islam lalu bergelar Sultan Muhammad Shah. Kebanyakan daripada kaum Bisaya bekerja sebagai petani, penternak dan nelayan. Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan. Namun kini,faktor sosioekonomi yang lebih baik, menyebabkan ada di antara mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan, berniaga, dan bergiat dalam kegiatan ekonomi yang lebih komersial. Pada masa lampau, etnik Bisaya mengamalkan kepercayaan animisme. Akan tetapi apabila Islam datang ke kepulauan Borneo, etnik ini mula menerima agama Islam. Bisaya dikatakan di antara etnik yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Mereka menerima pengaruh agama Islam daripada Kesultanan Brunei yang menguasai kawasan persisiran pantai barat Sabah ketika itu. Rentetan daripada penerimaan agama Islam dalam masyarakat Bisaya, budaya etnik ini sedikit sebanyak yang dipengaruhi oleh agama Islam terutamanya dalam adat istiadat perkahwinan. Namun begitu, masyarakat Bisaya di negeri Sabah berbeza dengan masyarakat Bisaya yang menetap di daerah Limbang, Sarawak. Ini kerana kaum Bisaya di Sabah beragama Islam manakala kaum Bisaya di Sarawak pula sebaliknya.

3.0

ASPEK BUDAYA KAUM BISAYA Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah,

yang terbentuk dari perkataan buddhi (budi atau akal) dan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi serta akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan
Page 3

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Kaum Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebanyakan suku kaum Bisaya di Sabah adalah beragama Islam. Mereka kebanyakannya memeluk agama Islam sejak dahulu lagi dan biasanya adalah petani yang tinggal di hilir Sungai Padas dan Sungai Klias. Dalam konteks kebudayaan, Bisaya sebenarnya cukup kaya dengan nilai dan khazanah seni budaya. Mungkin kerana mereka bukan sekadar dikenali dengan kehebatan dalam bertempur tetapi terkenal dengan sifat ketimuran sejati. Ia jelas dilihat kerana hampir setiap lokasi kampung penduduk Bisaya di Beaufort, akan ada satu jenis kebudayaan yang dimainkan secara aktif sama ada oleh orang tua atau generasi muda dengan nafas dan irama baru. Mereka ada banyak lagu rakyat yang masih dinyanyikan sebahagian orang Bisaya seperti badaup yang dianggap paling popular menjadi irama dalam pes ta menuai padi serta ketika mendodoi anak. Ia dinyanyikan wanita dan kini, masih ada kumpulan badaup bergerak aktif dalam masyarakat itu. Persembahan badaup dan kulintangan, iaitu alat muzik yang digunakan ketika bagandang membabitkan beberapa jenis alat muzik seperti gong dan caklempong. Di Beaufort, ada beberapa kumpulan bergerak aktif seperti di Suasa yang membabitkan dua kumpulan iaitu kanak-kanak dan wanita. Di sini, kami dihiburkan irama bagandang baru yang menerima suntikan melodi lagu moden oleh kumpulan kanak-kanak. Selain muzik, Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisi. Ia biasanya aktif dihidupkan kembali setiap kali tiba musim hari keramaian seperti ketika menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun. Permainan seperti pulas
Page 4

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN jari (mitompulas), gusti kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) menonjolkan imej kekuatan masyarakat itu sejak dulu.

3.1.

Upacara Perkahwinan Kebiasaannya dalam upacara perkhawinan, pihak pengantin diwajibkan memberi

hantaran perkahwinan. Bagi penganut Islam kaum Bisaya, upacara perkahwinan mereka telah dipengaruhi oleh ugama Islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka. Bisaya juga tidak banyak bezanya dengan orang Melayu dalam menentukan jumlah hantaran. Jika dulu, hantaran kahwin tidak sampai RM1,000 tetapi kini sesiapa yang mahu berkahwin dengan gadis Bisaya perlu menyediakan paling kurang pun RM6,000 dan ada yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Wang hantaran biasanya perlu diserahkan semuanya sebulan sebelum majlis perkahwinan. Ketika bertunang, cukup dengan menyarung cincin dan bertukar dulang hantaran. Pelamin juga tidak ada dalam adat Bisaya kerana dulu pengantin hanya bersanding di atas kotak kayu yang dihias cantik. Jika sekali pandang, konsep perkahwinan dalam masyarakat ini agak ringkas dan tidak banyak berbeza dengan orang Melayu, mungkin kerana mereka juga beragama Islam. Paling unik dalam adat perkahwinan mereka ialah penggunaan gulungan rokok daun yang perlu diselit di mulut pasangan pengantin sepanjang tempoh bersanding dan kini, masih ada yang mengamalkan adat itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir cantik. Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi sesuatu ikatan perkahwinan dengan meletakkan syarat sekiranya berlaku perceraian yang berpunca daripada pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda. Namun jika lelaki yang meminta perceraian, wang hantaran dianggap hangus. Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik sedangkan kakaknya belum berkahwin) dalam masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap serius kerana sehingga hari ini, sekiranya berlaku sebegitu, pihak lelaki perlu membayar denda seperti sepersalinan pakaian kepada kakak pengantin perempuan. Namun, kini
Page 5

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN nilai denda itu digantikan dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar RM100 untuk seorang kakak. Gotong-royong dilakukan sepenuhnya dalam perkahwinan Bisaya. Lebih unik, beberapa hari sebelum kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah bakal pengantin perempuan untuk membantu kerja persiapan. Sekiranya tidak hadir, denda akan dikenakan seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis perkahwinan. Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat Bisaya ialah tetamu tidak boleh makan selagi pengantin lelaki belum sampai. Majlis jamuan biasanya bermula selepas majlis persandingan dan dilakukan secara berhidang. 3.2. Ilmu Kebatinan Bisaya Difahamkan ada 40 jenis kepakaran dalam masyarakat itu yang berbahaya dan boleh menyebabkan sesiapa saja hidup tidak selesa jika terkena buatannya. ilmu menghilangkan kemaluan seseorang, itulah antara yang paling digeruni ada pada dimiliki orang Bisaya. Ia adalah ilmu yang sudah lama ada dalam masyarakat itu dan difahamkan sehingga kini masih ramai yang mahir mengamalkannya. Kehebatan orang Bisaya dalam ilmu kebatinan sudah terbukti ketika perang Padas Damit. Ketika itu mereka boleh mencipta tebuan yang hanya akan men yerang orang bukan Islam. Ia menjadi senjata sakti mereka menentang musuh. Kehebatan ilmu dalaman yang digelar Gayong Dalam sebenarnya bukan sekadar bertujuan untuk melepaskan kemarahan tetapi ada ketikanya sekadar digunakan sebagai bahan permainan dan uji menguji. Seorang yang hebat akan sengaja mengirim tuju kepada seorang lagi untuk menguji kehebatannya. Ia akan berbalas-balas sehingga kedua-duanya puas. Jika sesama mereka memang tak ada kesan teruk tetapi jika terkena orang yang tak tahu membela diri, sakitnya boleh membawa maut. Malah, ada juga ilmu yang kerap digunakan untuk mengganggu sesuatu majlis perkahwinan. Seseorang yang tak puas hati atas apa saja sebab akan menghantar

Page 6

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ilmu yang membuatkan ada orang dalam majlis menjadi gila. Jika ada sesiapa yang memegang orang itu, dia juga akan menjadi gila. Ada pula yang mengkhianati majlis perkahwinan dengan membuatkan nasi atau lauk pauk jamuan kenduri kahwin tidak masak. Ia selalunya disebabkan rasa tak puas hati atau mungkin juga sekadar mencuba dan main-main. Paling menakutkan tentulah apabila tiba-tiba menyedari yang anu hilang atau terasa ada di dahi. Dikatakan, jika terkena buatan itu, ada yang tidak tahu untuk menceritakan kepada sesiapa. Ubat yang paling popular adalah menggunakan kurakura kerana sifat penyakit itu sama seperti tabiat haiwan itu yang menyorokkan kepala ketika takut. 3.3. Kepercayaan Kaum Bisaya Kehebatan orang Bisaya mungkin ada kaitan amalan mereka suatu ketika dulu yang begitu percaya kepada sesuatu yang pelik termasuk konon ada berita buruk yang disampaikan oleh burung juriak setiap kali ia berbunyi. Difahamkan, kejadian buruk pasti akan berlaku jika burung itu berbunyi. Namun, kini kepercayaan sebegitu sudah semakin terhakis dan tidak pula ada kejadian buruk berlaku meskipun berpuluh kali burung itu berbunyi. Ia mungkin disebabkan pegangan agama yang kuat dalam kalangan mereka selain pencerapan gaya pemikiran moden akibat perubahan zaman. Kepercayaan terhadap pantang larang ketika mengandung dan kehidupan seharian juga sudah semakin ditinggalkan meskipun dulu merekalah antara masyarakat paling kuat berpegang dengan pantang larang sehinggakan suami tidak boleh berulang alik keluar masuk rumah jika isteri mengandung kerana khuatir anak dalam kandungan susah untuk dilahirkan.

Page 7

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 3.4. Menguruskan Jenazah Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi kaum Bisaya. Mereka masih mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai. Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali kubur dan sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40 oang jemaah maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan sampul berisi wang untuk diberikan kepada jemaah yang datang. Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah.

3.5.

Makanan Tradisioanal Bisaya Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. Seperti juga orang Bisaya,

mereka juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering dimasak untuk majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Ada pelbagai jenis kuih dalam masyarakat Bisaya dengan yang paling popular ialah kuih Kelupis dan Ambuyat. Kelupis adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan dibungkus menggunakan daun irik iaitu sejenis daun yang berbentuk leper dan panjang .

Page 8

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Ambuyat merupakan makanan tradisional kaum Bisaya di Sabah dan di Brunei. Ambuyat berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam. Ambuyat menjadi hidangan wajib ketika kenduri perkahwinan dan ketika hari keramaian bagi penduduk Bisaya. Ada ketikanya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengah hari bagi menggantikan nasi. Bagi kanak-kanak kaum Bisaya, mereka turut menyukai ambuyat dan membesar dengan makanan tradisional nenek moyang mereka itu. Ia biasanya dibuat ketika menuai padi dan sebarang majlis gotong-royang kerana dapat menambahkan keseronakan dan kemeriahannya.

3.6.

Pakaian Tradisional Dari segi berpakaian, memang orang Bisaya ada pakaian tradisinya dan

kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya pun ringkas dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori. Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum lelaki Bisaya adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan dalam acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan kain sarung. Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti warna hitam.

3.7.

Sosio Ekonomi Bisaya Dalam etnik Bisaya kebudayaan mereka amat unik kerana berbeza dari

etnik yang lain. Salah satu budaya etnik Bisaya ialah dari aspek sosio ekonomi tradisional yang mana mereka mempunyai kemahiran di atas muka bumi Borneo Sabah dan Sarawak ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia,

menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan
Page 9

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan. Pertanian menjadi kemahiran utama dan penyumbang terbesar dalam menggerakkan ekonomi masyarakat Bisaya terutama di sekitar Beaufort, ditambah dengan keadaan serta struktur geografi yang sesuai membolehkan pelbagai aktiviti bertani dapat dijalankan. Sepanjang perjalanan merentasi lokasi perkampungan di sekitar Beaufort menyerlahkan industri itu, boleh dikatakan kiri dan kanan jalan dipenuhi tumbuhan menghijau berselang seli dengan sebuah rumah besar (banglo). Ada tanaman kelapa sawit dan hamparan sawah padi menghiasi pemandangan. Selain padi dan kelapa sawit, perusahaan sagu paling penting dalam masyarakat itu kerana sagu menjadi makanan utama mereka, termasuk untuk makan tengah hari, malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia lebih penting daripada nasi. Kebergantungan terhadap sagu sebagai makanan rutin membolehkan industri pembuatan sagu terus berkembang pesat dengan perubahan terhadap kaedah memproses daripada cara tradisional kepada penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan lebih banyak sagu untuk memenuhi permintaan bukan sekadar di Beaufort, malah di seluruh Sabah. Di sini jelas membuktikan sosio ekonomi suku kaum ini yang mana mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pertanian dan memburu.

4.0.

PENUTUP Sebenarnya banyak lagi budaya masyarakat Bisaya yang dibawa dari

Kepulauan Borneo tetapi semakin tidak diamalkan. Adalah sesuatu yang dianggap mustahil untuk melihat beberapa budaya lama, malah tidak ramai juga yang mampu berkongsi cerita tentang adat budaya masyarakat Bisaya dewasa ini. Tambahan pula, masyarakat Bisaya ini semakin terhakis.

Begitu juga dengan adat budaya dan pantang larang, mungkin ada yang sama seperti etnik yang lain. Anak cucu orang Bisaya zaman sekarang kurang tahu
Page 10

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN berbahasa Bisaya .Sekiranya warisan ini tidak dipelihara, kemungkinan bahasa ini akan lenyap terus dan tinggal sejarah sahaja. Begitu juga dengan generasi Bisaya kini, mereka kurang faham dengan bahasa Bisaya. Namun begitu, jika pihak pertubuhan, contohnya Pertubuhan Bisaya Malaysia atau lain-lain pertubuhan memainkan peranan yang penting, mungkin dapat terus memelihara segala adat resam , kebudayaan dan bahasa etnik Bisaya ini.

Melalui pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Bisaya sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada identiti dan cara hidupnya yang tersendiri. Proses asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Kesimpulannya, etnik Bisaya juga merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga identitinya.

Dewasa ini masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajar bukan Melayu. Hal ini membuktikan bahawa kewujudan etnik lain dalam masyarakat majmuk telah diterima ramai dengan masing-masing mula untuk mengetahui budaya etnik lain dan memahami dengan mendalam supaya tidak timbul salah faham. Paling pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelansungan hubungan yang wujud di antara setiap etnik supaya suasana yang harmonis dapat dapat dikekalkan untuk selamanya. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima bahawa hubungan etnik yang harmonis terutama di kalangan masyarakat merupakan kunci kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Ternyata tidak cukup untuk kita hanya menerima fakta-fakta ini tanpa bertindak tetapi kita perlu menyusun tindakan susulan iaitu dengan memahami budaya etnik atau suku kaum lain yang terdapat dalam masyarakat majmuk di negara kita ini.

Page 11

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 5.0 BIBLIOGRAFI


Selamat Jati; Sejarah Sosio Ekonomi Bisaya (Tesis 1990). Dr. Shafiq Sarawak Museum Journal (1989); Bisaya Ethnography: A Brief Bisaya Report" Antarano Peranio; The Structure of Bisaya Society. Bewsher; Kumpulan tulisan Bewsher (Tuan Busa kajun Bisaya) Prof. Vernon L.Poritt; Bapa Guru Bisaya. Harrisson; Kaitan Bisaya Sarawak, Brunei dan Sabah; Some origins and attitudes of Brunei Tutong-Belait-Dusun, North Boreneo Dusun, and Sarawak Bisayan (1958). Asmah Hj, Omar (1983), Araneta and Bernard (1960), Hussain Jamil & Newman(187); Bisaya language R.E. Stubbs (1968); Kegemilangan Bisaya. St. John (1862) Volume 2; Tulisan yang awal tentang kampung-kampung Bisaya.

Page 12

You might also like