Komposisi Eksport Dan Import

You might also like

Download as doc or pdf
Download as doc or pdf
You are on page 1of 1

Eksport ialah barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dan dijual ke luar negara .

Eksport
Malaysia ialah petroleum . Import ialah barangan yang dibeli oleh sesebuah negara dari luar nagara .
Contoh import bagi Malaysia ialah buah-buahan Mediterranean.
Urus niaga eksport dan import barangan nampak ialah urus niaga yang melibatkan barang nyata
sahaja. Contoh eksportbarangnampak ialah barang nyata yang dikeluarkan di dalam negara dan dijual ke
luarnegara seperti barang elektronik dan tekstil .
Eksport dan import barangan tidak nampak ialah urusniaga yang melibatkan barang tidak nyata,
iaitu perkhimatan . Eksport barang tidak nampak ialah perkhimatan atau kepakaran rakyat tempatan yang
digunakan oleh negara luar.
Rakan dagang bagi sesebuah negara ialah negara-negara yang menjalankan urus niaga
perdagangan eksport dan import dengan negara tersebut .
(a.) Komoditi utama
Eksport komoditi utama ialah barang yang dikeluarkan oleh sektor utama , iaitu barang
pertanian dan perlombongan . Contoh eksport komoditi utama negara ialah getah , kelapa sawit ,
petroleum , gas asli cecair dan kayu gergaji .
( b.)
Barang perkilangan
Barang perkilangan ialah barang siap dan separuh siap yang dihasilkan oleh sektor
perkilangan . Eksport barang perkilangan negara terdiri daripada barangan elektrikdan elektronik
, tekstil , paakaian , dan kasut serta barang berasakan getah .

( a.) Barang penggunaan


Import barang penggunaan ialah barang akhiryang diimport untuk untuk tujuan penggunaan
terus oleh pengguna. Import ini terdiri daripada importbarabaantahan lama seperti pakaian , jam
tangan dan barang tidak tahan lama seperti buah-buahan dan sayur-sayuran .

( b. ) Barangan perantaraan
Barang perantaraan merupakan bahan mentah yang diimport untuk digunakan dalam proses
pengeluaran seterusnya , iaitu untuk kegunaan sektor pertanian , pembuatan dan penbinaan .

( c. ) Barang pelaburan (modal)


Barang pelaburan merupakan barang modal yang diimport untuk digunakan dalam proses
pengeluaran barang. Contohnya , mesin pemasangan kereta yang diimport untuk digunakan
dalam proses pengeluaran kereta tempatan.

( d.) Barang import untuk dieksport semula


Barang import untuk dieksport semula merupakan barang yang diimport untuk tujuan diproses
dan akan dieksport semula dalam bentuk barang siap atau separuh siap.Contohnya, Malaysia
mengimport bahan kimia untuk mengeluarkan produk petrokimia untuk tujuan eksport.

You might also like