Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA A) Laporan Barnes 1950 Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes.

Laporan Barnes penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957. Tujuannya adalah untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Laporan Barnes merupakan satu percubaan menuju ke arah perpaduan negara apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan berbagai kaum. Laporan ini menegaskan sistem sekolah vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum iaitu sekolah nasional atau sekolah kebangsaan. Antara cadangan dalam Laporan Barnes ialah: I. II. Pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak di sekolah kebangsaan. Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan pada peringkat sekolah rendah. Sebagai ganti hanya satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. III. Sekolah kebangsaan menggunakan satu bahasa sahaja sebagai bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu atau Inggeris. IV. Sekolah kebangsaan ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa Pelajaran Tempatan. V. Untuk sekolah menengah, hanya satu bahasa pengantar Inggeris sahaja yang akan wujud. Laporan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepentingan bahasa Inggeris disamping mengekalkan bahasa Melayu. Namun begitu, laporan ini telah ditentang hebat oleh orang bukan Melayu terutamanya oleh orang Cina kerana mereka khuatir sekolah Cina akan hilang.

B)

Laporan Fenn Wu 1951 Selain daripada Laporan Barnes yang memberi tumpuan kepada sekolah-

sekolah Melayu, terdapat pula Laporan Fenn-Wu yang berfokuskan kepada sekolahsekolah Cina. Laporan Barnes telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina dan India. Laporan Fenn-Wu 1952 ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Laporan ini diketuai oleh Dr. Fenn, dari Setiausaha Kerja Bersekutu Negara Cina, serta Dr. Wu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tugas utama jawatankuasa Fenn-Wu adalah mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah: I. II. Mempertahankan kewujudan sekolah Cina Mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka. III. IV. V. Matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan. Membina maktab perguruan Cina. Menambah bantuan kewangan. Laporan ini menentang sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah yang akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya. Ia menyokong supaya sistem persekolah majmuk dikekalkan dan menekankan keperluan untuk memberi pengiktirafan kepada bahasa Cina selain bahasa Melayu dan Inggeris. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara. Melalui laporan ini juga mengkaji dan menyediakan buku-buku teks yang mengandungi unsur

Malayan yang menggambarkan kecintaan kepada Tanah Melayu untuk digunakan di sekolah-sekolah berkenaan dan perlu membezakan dengan buku-buku teks yang ditulis dalam bahasa Cina. Selepas Laporan Fenn-Wu 1952 dikemukakan, ia mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Orang-orang Melayu telah menolak laporan Fenn-Wu kerana mereka rasa syor-syor dalam laporan tersebut tidak menguntungkan mereka. Tetapi, reaksi yang diterima ini telah membawa kepada satu pengkajian lain. Sebuah jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan telah ditubuhkan untuk mengkaji laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan ini terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Dalam jawatankuasa ini, mereka telah ditugaskan mencari jalan tengah, bagaimana kerajaan dapat melaksanakan perakuan daripada Laporan Barnes dan Fenn-Wu. Ada dalam kalangan mereka berpendapat bahawa murid-murid dari sekolah rendah akan diajar Bahasa Melayu dan Inggeris tetapi anak-anak Cina dan India akan diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Kuo Yu dan Tamil. Malahnya, bahasa pengantar di sekolah-sekolah pula hendaklah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tindakan diambil oleh Ordinan Pelajaran 1951 yang ditubuhkan bagi mengkaji semula dan membuat perubahan- perubahan kepada Laporan Barnes dan Fenn Wu. Antara cadangan ordinan ini adalah: I. Tanah Melayu mempunyai dua jenis sistem sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris. II. Bahasa Cina dan tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah. III. Bahasa Melayu daiajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris daiajar di sekolah Melayu.

IV.

Sekolah venakular Tamil dan Cina tidak diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan kebangsaan. Pada akhirnya tiada keputusan rasmi yang dapat dikeluarkan oleh pihak

kerajaan mengenai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kedua-dua jawatankuasa tersebut. Oleh itu suatu jawatankuasa telah ditubuhkan dimana ahlinya termasuk pemimpin MCA keputusan rasmi yang dapat dikeluarkan oleh pihak kerajaan daripada Laporan Barnes dan Penyata Fenn-Wu. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi menilai dan memberi cadangan. Cadangan dari jawatankuasa ini adalah: I. Pendidikan Inggeris dan pendidikan Melayu perlu diajar untuk tempoh enam tahun pertama pendidikan di sekolah rendah. II. Dua jenis sekolah kebangsaan ditubuhkan, iaitu yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja, samada Inggeris atau Melayu. III. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil masih dibenarkan beroperasi dengan syarat penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu terus digunakan sebagai mata pelajaran di samping subjek yang lain. Syarat-syarat ini kemudiannya dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan itu menetapkan Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan, dengan bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa ketiga tetapi tidak merupakan sebahagian sistem persekolahan kebangsaan. Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan biaya, kekurangan guru terlatih dan juga kekurangan bantahan masyarakat Cina dan Tamil. Namun begitu, kerajaan sekali lagi membentuk Jawatan Kuasa Khas telah dilantik untuk menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952 melalui tiga objektif, iaitu: I. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu

akan secara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan. II. III. Menghadkan kadar kemasukan murid ke Sekolah Kebangsaan Inggeris Penubuhan pendidikan menengah vokasional. Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada dasar pendidikan yang boleh memberikan kepuasan kepada semua pihak. Manakala kaum Cina telah terus menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu tinggal. Sebagai kesimpulannya, daripada maklumat-maklumat yang didapati, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan orang Cina bersedia untuk menerima Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, tetepi mereka masih ingin mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai identiti budaya mereka.

C)

Laporan Razak 1956

Rajah 4 : Tun Abdul Razak

Laporan Razak merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya. Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
5

Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes yang digemari oleh orang Melayu dan Laporan Fenn-Wu yang digemari oleh orang Cina dan India. Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama dalam pengajaran, ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah. Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan adalah: 1. Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai sukatan yang sama. 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. 4. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
6

9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanankan usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Ini merupakan sejarah Malaya, di mana perancangan pendidikan dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat Malaya serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan pendidikan Malaya. Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.

D)

Laporan Rahman Talib (1960)

Rajah 5 : Abdul Rahman Talib Pada tahun 1960, Jawatankuasa Rahman Talib ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Laporan ini adalah kesinambungan daripada Laporan Razak bagi mengkaji dan menyemak semula kedudukan mata pelajaran agama Islam, mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dan memperluaskan peluang mendapat pendidikan. Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan

Banyak perubahan dan pindaan telah dibuat daripada Laporan Razak. Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat daripada Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: I. II. Pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak. Semua sekolah rendah bantuan kerajaan akan berubah menjadi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). III. IV. V. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. Murid akan dinaikkan darjah secara automatik. Semua peperiksaan am di sekolah menengah akan menggunakan satu bahasa rasmi sahaja iaitu Bahasa Melayu. VI. Pelajaran agama Islam hendaklah disediakan di semua sekolah bantuan penuh yang mempunyai murid Islam tidak kurang daripada 15 orang. VII. penubuhan sekolah pertukangan dan sekolah menengah teknik.

Cadangan yang terkandung dalam Lapran Rahman Talib menunjukkan keazaman kerajaan membentuk satu sistem pendidikan bersifat kebangsaan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Selepas daripada Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Laporan Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Pendidikan 1961.

E)

Akta Pelajaran (1961)

Akta Pelajaran 1961 memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan sehingga sekarang. Dasar tersebut diasaskan kepada peruntukan utama
8

dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dan telah melahirkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat pada hari ini. Asas utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut adalah pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada: I. II. III. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah. Pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid. Akta ini menitikberatkan penghasilan tenaga kerja yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Sejak kemerdekaan 1957, pelbagai usaha telah dibuat ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula dengan tujuan untuk mengukuhkan pelaksanaannya serta perjuangan bahasa kebangsaan ke arah memupuk perpaduan kaum. Tujuan utama Sistem Pendidikan Kebangsaan menekankan perkara-perkara tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk identiti kebangsaan yang menyumbang ke arah perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Walaupun dari segi dokumen Akta Pelajaran 1961 merupakan satu risalah perundangan pendidikan yang komprehensif, namun akta tersebut perlu disemak semula. Setelah tempoh pelaksanaannya melebihi 35 tahun, akta tersebut telah menampakkan kekurangan dan didapati banyak lompong khususnya untuk menangani pelbagai perubahan serta cabaran baru dalam sistem pendidikan negara. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan mendapati akta tersebut memerlukan semakan, pemansuhan dan peruntukan-peruntukan baru selaras dengan keperluan dan cabaran pendidikan semasa.

F)

Laporan Khir Johari (1967)


9

Tahun-tahun diantara 1960 hingga 1980 merupakan era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Laporan Khir Johari 1967 ini bertujuan untuk mencapai matlamat membina sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri. Oleh itu Laporan Khir Johari yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah sama ada di semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum diwujutkan untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi mempunyai kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan. Seterusnya, ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi. G) Laporan Murad (1973) Laporan Murad dibentangkan pada tahun 1973 diketuai oleh Encik Murad bin Mohd Noor ketika beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran di Kementerian Pelajaran. Fenomena keciciran yang wujud sejak dari awal penubuhan sistem pendidikan Malaysia menjadi semakin serius sekitar tahun 1960-an telah membawa kepada pembentangan laporan ini. Laporan ini adalah hasil daripada kajian beliau dalam Operasi Sedar yang dilancarkan bagi mengatasi masalah keciciran pelajar di luar bandar kerana kemiskinan tegar pada tahun 1969. Jawatankuasa bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jawatankuasa Polisi dan Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Polisi dianggotai seramai 10 orang ahli dan diketuai oleh Encik Murad bin Mohd Noor manakala Jawatan kuasa Teknikal pula dianggotai seramai 14 orang ahli dan diketuai oleh Encik Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Selain itu. Profesor Dr. Alan B. Wilson dari Universiti California juga turut membantu, jawatankuasa laporan ini. Tujuan laporan ini adalah untuk mengkaji punca-punca masalah keciciran dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki perkhidmatan sistem persekolahan di samping membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Laporan keciciran ini merupakan sebuah laporan
10

yang lengkap dan komprehensif kerana dilengkapi dengan hipotesis, statistik sebagai bukti dan menyatakan perkaitan setiap faktor dengan faktor yang lain dalam mempengaruhi masalah keciciran ini. Selain itu, kajian mengenai keciciran ini dilaksanakan di semua negeri yang melibatkan semua jenis kawasan tempat tinggal iaitu bandaraya, kota-kota besar, pekan dan luar bandar, para pelajar pula terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa. Dalam laporan ini, faktor masalah keciciran dan cadangan bagi mengatasi masalah keciciran tersebut dikemukakan. Laporan ini mengemukakan tujuh faktor yang menyebabkan keciciran dan enam cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Faktorfaktor yang dikenalpasti menyebabkan masalah keciciran ini meliputi aspek ekonomi, budaya, psikologi, sosial dan pendidikan. Faktor pertama adalah taraf sosio-ekonomi yang meliputi tiga aspek iaitu taraf pekerjaan ibu bapa, taraf kelulusan ibu bapa dan barangan yang dimiliki di rumah. Laporan ini menyimpulkan bahawa anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah sering tercicir dalam pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Taraf kelulusan ibu bapa yang rendah menyebabkan taraf ekonomi dan juga kurang kesedaran mereka mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak. Manakala kajian terhadap barangan yang dimiliki di rumah seperti televisyen, radio dan mesin basuh dapat memberikan gambaran jelas mengenai taraf ekonomi sesebuah keluarga tersebut. Faktor seterusnya adalah keberuntungan seseorang iaitu kelebihan yang dimiliki oleh seseorang berbanding orang lain dari segi pendidikan, pendapatan mahupun kelulusan. Faktor ini merangkumi dua aspek iaitu bahan bacaan di rumah dan taraf makanan serta pemakanan. Bahan bacaan yang disediakan oleh ibu bapa untuk anakanak turut mempengaruhi masalah keciciran ini iaitu anak-anak yang tidak didedahkan kepada aktiviti pembacaan akan menjadi hilang minat untuk meneruskan persekolahan mereka. Selain itu, taraf makanan dan pemakanan turut dititikberatkan oleh Laporan Murad dalam mengenal pasti masalah keciciran ini. Laporan Murad membuat kesimpulan bahawa semakin tinggi tahap kelulusan pendidikan seseorang maka semakin tinggi peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

11

Faktor lain yang membawa kepada wujudnya masalah keciciran ini ialah faktor perbezaan komuniti. Kajian bahagian ini melibatkan pelajar pelbagai bangsa iaitu pelajar Melayu, Cina dan India. Selain mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan masalah keciciran, Laporan Murad turut membincangkan mengenai cadangan-cadangan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah keciciran ini. Antara cadangannay adalah: I. Mewujudkan pengecualian membayar yuran bagi pelajar-pelajar tertentu yang telah dikenal pasti. II. Pemberian biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak terutamanya pelajar yang mempunyai ibu bapa yang kurang berkemampuan dan bilangan tanggungan yang ramai. III. Mewujudkan sekolah berasrama untuk menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal di kawansan pedalaman dan jauh dari sekolah. IV. rancangan khas seperti skim pinjaman buku teks Rancangan Makanan Tambahan (RMT) V. Wujudkan rancangan kesihatan sekolah iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan (memberi perkhidmatan kesihatan secara percuma ) VI. Membentuk suatu sistem sekolah yang disatukan iaitu sekolah kecil dan terpencil disatukan membentuk satu sekolah yang memberi kemudahan pelajaran yang lebih baik di samping dapat mengurangkan kos pentadbiran pendidikan. Laporan Murad mempunyai kepentingan-kepentingannya yang tersendiri iaitu melalui laporan ini punca-punca masalah keciciran dapat dikenal pasti dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Laporan ini juga menyebabkan lebih banyak sekolah dibina di kawasan luar bandar dengan dilengkapi pelbagai kemudahan dan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka. Kajian daripada Laporan Murad ini disifatkan sebagai pembuka mata pelbagai pihak kerana berdasarkan kepada laporan ini punca serta langkah menangani masalah keciciran pelajar terutama di luar bandar dapat dikenal pasti. Malah, hasil daripada laporan ini telah membawa kepada
12

pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks mulai tahun 1975 serta projek Amalan Makanan dan Pemakanan pada tahun 1976, pemberian biasiswa atau dermasiswa dan juga Rancangan Sekolah Bercantum.

H)

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum

balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukun Negara pada tahun 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988. Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 juga, telah menetapkan secara tersurat dan tersirat penentuan wajah dan jenis warganegara Malaysia yang perlu dibentuk melalui sistem pendidikan di Malaysia. Terdapat beberapa ciri Laporan Kabinet 1979. Misalnya:
13

I. II.

Penegasan kepada pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.

III. IV. V. VI.

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan. Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan

pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan.

I)

Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolahsekolah 1982 Laporan ini mempertingkatkan kualiti insfrastruktur dan kurikulum dalam sistem

pendidikan formal negara ini terus dijalankan. Dua buah Jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah (1982). Ini jelas dalam kenyataan Laporan Jawatankuasa Kabinet. Jawatankuasa ini mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan memastikan bahawa sistem pelajaran dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan, beberapa strategi telah digubalkan. Antaranya:
14

I. II. III. IV. V. VI. VII.

Menjadikan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Mewujdkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dikawasan luar bandar.

VIII.

Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Baru Sekolah Menengah ( KBSM ) pada tahun 1989. Matlamat utama KBSM adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.

IX.

Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.

J)

Akta Pendidikan (1996) Akta Pendidikan 1996 atau juga dikenali sebagai Akta 550 merupakan suatu akta

untuk mengadakan peruntukan undang-undang bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini diwujudkan untuk menggantikan Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan untuk generasi akan datang sejajar dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang berkualiti serta bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 adalah satu akta baru, tetapi ia ada kesinambungan kepada dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini masih berpaksikan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956
15

yang menjadi asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini. Justeru itu, Akta Pendidikan 1996 telah mengekalkan banyak peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang didapati masih relevan. Dalam memasuki era kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi kesan kepada perkembangan negara, kerajaan telah mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 untuk merealisasikan cita-cita negara. Antaranya ialah: I. II. Penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan kebangsaan meliputi peringkat pendidikan prasekolah hingga ke pendidikan tinggi. III. Bahasa kebangsaan atau Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa pengantar. IV. Menteri Pendidikan boleh menubuhkan pendidikan teknik di mana-mana institusi pendidikan termasuklah pendidikan tinggi. V. Penubuhan Maktab Perguruan adalah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.
VI.

Di sekolah yang mempunyai lebih daripada lima orang pelajar Islam maka adalah wajib guru agama disediakan. Tujuan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperluaskan skop serta

mengemaskinikan perundangan pendidikan yang sedia ada. Akta ini telah mengambil kira aspirasi, kehendak dan kepentingan semua kaum di Malaysia. Akta ini juga telah memperkenalkan banyak peruntukan perundangan untuk memenuhi hasrat Wawasan 2020 serta menangani cabaran pada abad ke-21. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan landasan dalam pembentukan Akta Pendidikan 1996 setelah mengambil kira saprasi dan pandangan semua pihak. Konsep sistem pendidikan kebangsan telah dimantapkan melalui akta ini iaitu meliputi semua peringkat persekolahan dan semua kategori sekolah di Malaysia.

16

You might also like