Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Analisis Aplikasi Model Rekabentuk Pengajaran (Model ASSURE)

Langkah-langkah dalam Model ASSURE Analisis Aplikasi Model ASSURE

A (Analyse Learners) -Analisis Pelajar-

# Keperluan murid perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Keperluan murid dapat dikenalpasti berdasarkan ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan/ pengalaman sedia ada dan gaya belajar.

# Terdapat murid yang tidak mahir membaca, oleh sebab itu keputusan telah diambil untuk menggunakan banyak gambar ketika langkah-langkah PdP. Gambar, grafik dan video digunakan untuk membantu pemahaman murid. Bahan-bahan PdP ini digunakan ketika tayangan slaid powerpoint, penerangan oleh guru menggunakan model kitar hidup rama-rama dan aktiviti suai padan gambar kitar hidup rama-rama.

# Sebelum sumber dan kaedah pembelajaran yang sesuai dipilih, pengetahuan sedia ada murid perlu dikenalpasti. Oleh itu, satu teka-teki diberi kepada murid. Teka-teki ini diberi untuk mengenalpasti samada murid telah biasa melihat rama-rama ataupun tidak. Teka-teki ini berbunyi:

Saya haiwan bernama R, Tapi bukan Aziz Satar, Kepak saya berwarna warni, Tahukah anda siapakah saya?

Analisis Model ASSURE EDU 3105, Noor Farzaana bt. Nazilah, PPG Sains Feb 2012, IPGK Teknik, Bandar Enstek, Nilai.

# Gaya pembelajaran murid didapati lebih berfokus kepada model Multiple Intelligence Gardner (Teori

Kecerdasan Pelbagai). Oleh itu, PdP perlu dirancang agar memenuhi setiap keperluan murid yang berbeza (Teori Kecerdasan Pelbagai, 2010). Aktiviti suai padan gambar telah dipilih untuk murid yang cenderung kepada aktiviti kinestetik.

S (State Objectives) -Nyatakan Objektif/ Hasil Pembelajaran-

# Objektif menentukan apa yang guru perlu ajar dan apa yang murid perlu belajar.

# Sebelum aktiviti PdP dirancang, objektif yang perlu dicapai mestilah dikenalpasti. Objektif ini mestilah spesifik. Oleh itu, objektif bagi PdP ini telah ditetapkan iaitu pada akhir PdP, murid dapat menyusun semua peringkat dalam kitar hidup rama-rama pada kad bergambar dengan betul. # Objektif ini telah menentukan siapakah yang akan mencapai objektif? iaitu murid. Objektif ini juga dapat menentukan apa yang hendak dicapai? iaitu menyusun peringkat kitar hidup rama-rama. Melalui objektif yang telah ditetapkan juga, syarat bagaimana tingkah laku baru itu dapat diperhatikan juga telah ditentukan iaitu

menyusun semua peringkat hidup rama-rama pada kad bergambar.

# Objektif yang telah ditetapkan juga menetapkan darjah tahap pencapaian minimum perlakuan iaitu murid perlu mengenalpasti semua peringkat kitar hidup rama-rama.

Analisis Model ASSURE EDU 3105, Noor Farzaana bt. Nazilah, PPG Sains Feb 2012, IPGK Teknik, Bandar Enstek, Nilai.

# Objektif yang spesifik ini dapat membantu ketika membuat penilaian terhadap murid samada murid

mencapai objektif pencapaian pelajaran ataupun tidak.

S (Select Methods, Media and Materials) -Pilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber-

# Ketika merancang PdP, kaedah pengajaran perlu ditetapkan. Terdapat murid yang cenderung kepada kecerdasan kinestetik. Oleh itu, kaedah suai padan peringkat kitar hidup rama-rama telah dipilih sebagai kaedah PdP.

# Aktiviti teka-teki juga dipilih kerana terdapat majoriti murid yang amat meminati permainan teka-teki. Kaedah ini dapat membantu merangsang minat murid terhadap topik pelajaran pada langkah/ fasa orientasi. # Persembahan slaid powerpoint ketika langkah/ fasa pencetusan idea juga telah dipilih dengan mengambil kira minat murid terhadap audio, video dan grafik. Murid yang mempunyai kecerdasan visual-spatial amat berminat dengan tayangan slaid powerpoint.

# Bahan sumber bagi PdP mengandungi isi pelajaran bagi topik Kitar hidup haiwan. Isi pelajaran bagi topik ini telah disertakan dalam slaid powerpoint dalam bentuk teks. Bahan teks ini merupakan bahan sumber baharu yang telah direkabentuk oleh guru.

Analisis Model ASSURE EDU 3105, Noor Farzaana bt. Nazilah, PPG Sains Feb 2012, IPGK Teknik, Bandar Enstek, Nilai.

# Media dan bahan sumber yang dipilih hendaklah U (Utilize Media and Materials) -Gunakan Media dan Bahan Sumber# Sebelum media dan bahan sumber digunakan, bahan tersebut perlu dipastikan sesuai dengan objektif PdP dan kumpulan sasaran murid. digunakan ketika fasa/ langkah PdP.

# Media dan bahan sumber juga perlu dipastikan berada dalam keadaan elok dan baik sebelum digunakan bagi proses PdP.

Model

kitar

hidup

rama-rama

dilekat

dengan

menggunakan pita selofan. Oleh itu, guru akan bersedia dengan pita selofan lain sebagai pelan alternatif jika bahan yang digunakan dalam model tersebut tercabut.

# Projektor LCD diperlukan untuk untuk menayang tayangan slaid powerpoint. Oleh itu, sebagai pelan alternatif guru akan menggunakan komputer bimbit (laptop) sahaja jika projektor LCD rosak. Tayangan slaid powerpoint juga akan dijalankan kepada murid mengikut kumpulan jika projektor LCD rosak.

# Murid perlu disediakan dalam persekitaran yang sesuai untuk pengunaan media dan bahan sumber. Kedudukan murid telah disusun atur dalam keadaan meja

berkumpulan di dalam bilik darjah mereka. Oleh itu, setiap murid akan diminta oleh guru untuk memusingkan kedudukan kerusi mereka agar menghadap papan putih ketika fasa/ langkah pencetusan idea, penstrukturan idea dan aplikasi idea. Ini bagi menjamin keselesaan duduk murid.
Analisis Model ASSURE EDU 3105, Noor Farzaana bt. Nazilah, PPG Sains Feb 2012, IPGK Teknik, Bandar Enstek, Nilai.

R (Require Learner Participation) -Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran-

# Strategi berpusatkan murid merupakan salah satu elemen dalam teori konstruktivisme (Mohd Akbarul Amin Hussin). Strategi ini digunakan bagi proses PdP ini. Murid dilibatkan secara langsung ketika semua aktiviti

melibatkan bahan sumber dan media. Penglibatan tidak mengira kaum atau bangsa. Semua mendapat hak dan peluang yang sama (Ching, M., & Adnan Baharom, 2011). Penglibatan murid berlaku ketika fasa/ langkah orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan penutup.

# Semasa fasa/ langkah orientasi murid dilibatkan dalam aktiviti teka-teki. Ini bertujuan untuk menarik minat murid terhadap topik pelajaran dan memastikan kesediaan murid untuk belajar. Murid perlu bersedia setiap kali sebelum pelajaran dimulakan (Mook, S.S, 2012).

# Semasa fasa/ langkah pencetusan idea, murid terlibat dalam sesi penyoalan berkaitan isi kandungan pelajaran. Guru akan menyediakan ruang bagi murid bertanyakan soalan ketika peralihan setiap muka slaid tayangan powerpoint.

# Semasa fasa/ langkah penstrukturan semula idea, guru melibatkan murid ketika sesi penerangan isi pelajaran. Murid diminta menyatakan peringkat kitar hidup ramarama berdasarkan model kitar hidup rama-rama yang digunakan oleh guru.

# Murid juga dilibatkan ketika fasa/ langkah aplikasi idea. Murid diminta menyuai padankan gambar peringkat kitar
Analisis Model ASSURE EDU 3105, Noor Farzaana bt. Nazilah, PPG Sains Feb 2012, IPGK Teknik, Bandar Enstek, Nilai.

hidup rama-rama dan ayam. Gambar yang menarik digunakan untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang berkesan.

# Semasa fasa/ langkah penutup, murid dilibatkan sepenuhnya ketika nyanyian lagu kisah hidup rama rama. Ini dapat membantu ingatan murid tentang peringkat kitar hidup rama-rama apabila isi kandungan pelajaran tersebut diolah dalam lagu yang menarik minat mereka.

# Apabila murid dapat menjawab soalan yang diberi oleh guru, guru akan memberikan pujian dan galakan kepada mereka . Ini dapat membantu pembentukan pengalaman belajar yang menarik dan berjaya kepada murid (Siti Atiqah Md Fahme).

# E (Evaluate and Revise) -Nilai dan Semak Semula-

Penilaian

perlu

dibuat

bagi

pembelajaran

dan

pengajaran. Ketika pengajaran guru perlu membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid samada mereka memahami ataupun tidak isi kandungan pelajaran (Noriati A. Rashid, Boon P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan, 2012).

# Selain pemerhatian, penilaian terhadap pemahaman murid juga boleh dibuat ketika sesi soal jawab. Respons murid dapat diperhatikan ketika fasa/ langkah

penstrukturan semula idea iaitu ketika guru menerangkan isi pelajaran dengan menggunakan model kitar hidup rama-rama. Guru menerangkan isi pelajaran sambil menyoal murid berkaitan peringkat pada kitar hidup ramarama.
Analisis Model ASSURE EDU 3105, Noor Farzaana bt. Nazilah, PPG Sains Feb 2012, IPGK Teknik, Bandar Enstek, Nilai.

# Tahap pemahaman murid juga dapat dinilai melalui latihan yang dijawab oleh mereka ketika fasa/ langkah aplikasi idea. Ketika ini murid diberikan lembaran kerja. Murid diminta mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

# Jika guru mendapati murid tidak memahami isi pelajaran, maka guru perlu ketika mengambil ini guru bahasa tindakan boleh yang

penyelesaian.

Mungkin bahasa.

mempermudahkan

Mungkin

digunakan oleh guru adalah pada laras yang tinggi dan murid tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru.

# Guru juga boleh cuba membimbing murid yang bermasalah dengan memberikan bimbingan individu kepada murid. Bimbingan boleh dilaksanakan samada ketika di bilik darjah atau di luar bilik darjah.

# Penilaian pengajaran boleh dibuat oleh guru melalui refleksi. Guru boleh mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan aspek PdP. Senarai semak boleh dibuat bagi membantu sesi refleksi (Noriati A. Rashid, Boon P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan, 2012). Refleksi dapat membantu guru

mengelakkan kelemahan atau kekurangan yang sama pada PdP akan datang.

Analisis Model ASSURE EDU 3105, Noor Farzaana bt. Nazilah, PPG Sains Feb 2012, IPGK Teknik, Bandar Enstek, Nilai.

You might also like