Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

1. PERATURAN AM

1.1

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang PERSEKUTUAN BADMINTON ANTARABANGSA (BWF). Semua acara badminton akan menggunakan sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System (3X21) mengikut Peraturan BWF.

1.2

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

1.3

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN atau KARNIVAL SUKAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang PERSEKUTUAN BADMINTON

ANTARABANGSA (BWF). 1.4 Semua keputusan yang di buat oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM adalah muktamad.

2.

PENYERTAAN

2.1

Penyertaan hanyalah terbuka kepada semua Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja .
1

2.2

Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang pengesahan penyertaan kepada Jawatankuasa Pengelola MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA (MSPM) melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan dan disahkan oleh Pegawai Sukan.

2.3

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan empat (4) pemain lelaki dan empat (4) pemain wanita kerana acara yang dipertandingkan adalah acara beregu individu yang terdiri daripada:-

LELAKI 1 ORANG 4 ORANG 5 ORANG

PEREMPUAN 1 ORANG 4 ORANG 5 ORANG

PENGURUS PESERTA JUMLAH

2.4

Syarat-Syarat Penyertaan: 2.4.1 Seseorang pemain (lelaki/wanita) hanya boleh bermain dalam satu (1) regu sahaja. 2.4.2 Setiap Politeknik boleh mendaftarkan dua (2) pasangan

(maksimum) untuk acara beregu lelaki dan dua (2) pasangan (maksimum) untuk acara beregu wanita.

3.

KELAYAKAN

3.1

Hanya

kakitangan

Politeknik

yang

sedang

yang

masih

dalam layak

perkhidmatan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi mendaftar.

PENDAFTARAN PESERTA

4.1

Setiap pasukan politeknik dibenarkan mendaftarkan bilangan pemain/atlet seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan Badminton MSPM.
2

4.2

Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan kad pengenalan dan satu (1) salinan kad pekerja bagi setiap pemain/atlet bersama dengan Borang Pendaftaran Pemain/atlet (Lampiran 1) dan

Borang Lepas Tanggung (Lampiran 2) . 4.3 Pendaftaran pegawai dan pemain/atlet dalam borang pendaftaran kejohanan hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pengarah atau Pegawai Sukan dengan cop rasmi. 4.4 Pemain/atlet gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran hanya boleh diterima sehingga atau pada Taklimat Pengurus Pasukan. 4.5 Hanya pemain/atlet yang didaftarkan sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.

5.

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

5.1

Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum perlawanan pertama dijalankan.

5.2

Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain/atlet bersama dengan kad staff yang asal untuk disahkan. Pertukaran peserta yang telah didaftarkan selepas taklimat pengurus pasukan tidak dibenarkan.

5.3

Senarai pemain/atlet yang disahkan oleh Pengerusi Teknik &Pertandingan Badminton semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.

SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara sistem `kalah mati (knock-out system) individu bagi setiap acara yang dipertandingkan.

7.

PENGADIL-PENGADIL/ PEGAWAI TEKNIKAL

7.1

MSPM akan melantik Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan Badminton manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh politeknik yang menganjurkan kejohanan sukan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain, borang senarai susunan pemain, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, bulu tangkis, dan minuman.

7.2

Sekiranya perlawanan tersebut tidak dapat dijalankan atau diteruskan oleh sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, permainan tersebut akan di nilai mengikut undang-undang yang telah di tetapkan oleh BWF.

7.3

Jawatankuasa Pengelola akan melantik empat (4) orang penjaga garisan pertandingan untuk satu gelanggang.

8.

PENANGGUHAN PERLAWANAN

8.1

Pengadil boleh mengisytiharkan penangguhan mana-mana perlawanan atas sebab-sebab kegelapan dan keadaan gelanggang.

8.2

Mata

kiraan

akan

dikekalkan

dan

disambung

semula

sekiranya

penangguhan dibuat tidak melebihi 24 jam. 8.3 Jika penangguhan dibuat melebihi 24 jam, maka mata kiraan terdahulu terbatal dan perlawanan akan dimulakan semula.

9.

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya pasangan regu individu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh regu tersebut akan dibatalkan dan tidak akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya.

10.

BANTAHAN

Bantahan bertulis boleh dikemukan menggunakan Borang Bantahan (Lampiran 2) dan perlu ditandatangani oleh pengurus pasukan. Bantahan perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya dalam tempoh 30minit selepas tamat perlawanan berserta bayaran RM 200.00. Wang pertaruhan akan dikembalikan jika bantahan tersebut diterima. Segala keputusan juri rayuan adalah muktamad.

11.

JURI RAYUAN

Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang berkecuali. 11.1 Ahli Juri Rayuan ( minimum) terdiri daripada: 11.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSPM atau wakilnya sebagai Pengerusi. 11.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM atau wakilnya 11.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Badminton MSPM 11.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali

12.

LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN/KARNIVAL

12.1

Lembaga ini terdiri daripada: 12.1.1 Pengerusi Pengerusi. 12.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha. 12.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Badminton MSPM. 12.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang berkecuali.
5

Jawatankuasa

Disiplin

atau

wakilnya

sebagai

12.2

Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk: Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut: 12.2.1 memberi amaran atau 12.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau 12.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau 12.2.4 menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada

keseluruhan kejohanan/karnival.

13.

PEMATUHAN PERATURAN

Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian berkaitan maka Peraturan Am Kejohanan Sukan atau Karnival Sukan MSPM terkini sahaja akan digunapakai.

14.

KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barangbarang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi mengelak kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.

15.

KELEWATAN

15.1

Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.

15.2

Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap member kemenangan percuma kepada pihak lawannya.

16.

PAKAIAN

16.1

Setiap pemain/atlet yang mengambil bahagian dalam karnival sukan atau kejohanan sukan MSPM mestilah berpakaian sukan yang sesuai dan kemas.

16.2

Peraturan pakaian yang ditetapkan seperti termaktub dalam undangundang permainan hendaklah dipatuhi.

16.4

Pemain/atlet

yang

terlibat

dengan

upacara

penyampaian

hadiah

diwajibkan memakai tracksuit dan berkasut sukan. 16.5 Pengurus dan jurulatih pasukan juga diwajibkan berpakaian kemas (baju T atau kemeja berkolar) dan berkasut semasa bersama pemain sewaktu perlawanan berlangsung. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali semasa berada di dalam situasi pertandingan.

17.

PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN PERTANDINGAN.

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola

kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh :AJK Unit Teknikal dan Pertandingan Badminton MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA

You might also like