Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SENARAIKAN DAN HURAIKAN SETIAP RUANG YANG ADA PADA PRASEKOLAH.

Ruang prasekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang dalam bangunan dan ruang luar bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi bilik darjah, penyediaan makanan (dapur) dan bilik air (tandas), ruang bilik sakit atau rehat, ruang circle time, sudut multimedia dan bilik aktiviti. Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Manakala ruang bilik darjah merupakan ruang utama dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di sini. Suasana bilik darjah yang tidak kondusif akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Sebuah bilik darjah yang kondusif mestilah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti air, api dan elektrik dan peralatan-peralatan seperti bangku, meja dan sebagainya. Ruangan Circle Time menjadi ruangan wajib bagi setiap bilik darjah prasekolah kerana ruangan ini akan menempatkan murid-murid pada waktu pagi. Pada setiap pagi murid-murid akan berkumpul untuk menjalankan rutin dan sesi perbualan pagi. ruangan ini juga sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Ruangan ini lebih menarik sekiranya diletakkan permaidani dan tikar getah. Ruang sakit atau rehat diwujudkan bagi meletakkan murid yang sakit sehingga murid berkenaan dijemput pulang oleh penjaganya. Ruang ini selalunya terdapat berdekatan dengan ruang pembelajaran agar guru dapat sentiasa melihat murid yang sakit tersebut. Ruang ini tidak terlalu padat dengan perabot mahupun hiasan. Penyediaan Makanan (Dapur) di prasekolah merupakan kawasan larangan bagi murid-murid. Kawasan ini merupakan kawasan larangan kerana kemalangan boleh berlaku melalui kemudahan api seperti dapur gas dan alat seperti pisau. Dapur diletakkan di bahagian belakang bilik darjah agar murid prasekolah tidak ke kawasan dapur dan menganggu kerja pembantu guru prasekolah menjalankan tugas kerana ruang penyediaan makanan hanya bertujuan untuk guru atau pembantu pengurusan murid menyediakan makanan.

Sudut multi-media perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang

disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Bilik aktiviti juga merupakan ruang untuk murid menjalankan aktiviti yang memerlukan kawasan yang lapang dan luas. Ruang aktiviti bertujuan untuk murid menjalankan aktiviti yang melibatkan pergerakan terutamanya seperti menari atau membuat aktiviti fizikal. Ruang yang lapang tanpa perabot memudahkan murid untuk bergerak dan menjalankan aktiviti dengan lancar.

TERANGKAN FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM MENYUSUN ATUR PERABOT PERALATAN.

Antara faktor keselamatan yang perlu diambil dalam menyusun atur perabot adalah penggunaan ruang. Penyusunan perabot perlulah dirancang terlebih dahulu agar tidak terlalu padat seterusnya menghalang laluan murid. Sebagai contoh, dalam bilik darjah prasekolah, kerusi dan meja perlulah disusun dengan teratur agar murid mudah untuk bergerak ke hadapan atau ke tempat lain. Kedudukan meja dan kerusi antara murid dan murid yang lain juga perlu dititikberatkan. Pastikan tiada halangan seperti kerusi guru atau rak buku dengan laluan murid. Selain itu, guru harus memastikan saiz dan ketinggian meja serta kerusi sesuai dengan ketinggian murid. Saiz meja yang kecil sesuai dengan saiz murid perlu dilihat agar murid selesa ketika berada di tempat duduk mereka di dalam kelas. Jika meja terlalu tinggi, ia boleh membahayakan murid kerana mereka perlu meninggikan badan semasa sesi pengajran dan pembelajaran terutama ketika melakukan aktiviti menulis, melukis dan mewarna. Perabot yang mempunyai permukaan atau sudut yang tajam perlu dialas dengan kain atau plastik untuk mengelakkan murid terkena kawasan tajam tersebut. Contohnya, rak fail murid perlu dialas dengan kain alas dan diletakkan pada sudut tepi agar tidak mengganggu laluan murid di dalam bilik darjah seterusnya tidak membahayakan mereka. Di samping itu, susun atur perabot perlulah mengikut kesesuaian tempatnya. Sebagai contoh, perabot seperti rak, almari dan meja komputer perlu diletakkan

mengikut tempat yang telah dirancang dalam pelan lantai dalam bangunan prasekolah. Hal ini bertujuan agar perabot tersebut disusun dalam keadaan yang betul dan tidak mengganggu atau menarik perhatian murid. Contohnya, jika sudut multimedia diletakkan dalam bilik pembelajaran, dikhuatiri murid akan bermain-main dengan meja tersebut seperti bermain sorok-sorok di bawah atau belakang meja. Situasi ini sangat membahayakan murid.

FORMAT PENYEDIAAN KERTAS KERJA BAGI PENUBUHAN PRASEKOLAH.

Kertas kerja perlu untuk menubuhkan prasekolah. Format yang perlu diikuti untuk menubuhkan prasekolah merangkumi berapa aspek. Antaranya latar belakang, rasional, nama, visi dan misi, objektif, lokasi, pelan lantai, kurikulum dan program pembelajaran, aspek pemakanan, aspek kebersihan dan keselamatan, kos penubuhan, staf dan penutup. Dalam aspek latar belakang, individu tersebut perlu menyatakan keperluan pendidikan pra dalam negara Malaysia, kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak, Pendidikan Asas (seimbang & harmoni) dan persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal. Contoh penyataan latar belakang dapat dilihat dalam kertas kerja penubuhan prasekolah deena iaitu Pendidik an di prasekolah merupakan lanjutan serta perincian daripada pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukan anak-anak yang mana asasnya telahpun disemai oleh ibu bapa di rumah. Oleh kerana itu penubuhan Prasekolah Deena merupakan suatu khidmat kepada masyarakat untuk menambahkan ruang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Aspek rasional pula menyatakan mengapa peru menubuhkan prasekolah dan apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan. Contohnya Rasional penubuhan prasekolah Deena antaranya adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Selain adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah ini untuk membina sebuah prasekolah yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan. Prasekolah Deena juga berhasrat untuk menjadi prasekolah rintis yang memberi pendedahan kepada kanakkanak tentang budaya usahawan. Nama, visi dan misi prasekolah perlu dinyatakan dengan memberi nama prasekolah yang bermakna, visi iaitu matlamat jangka panjang serta misi iaitu pernyataan yang lebih terinci dalam menjayakan visi. Contohnya, nama prasekolah yang dipilih ialah Prasekolah Deena. Nama Deena dipilih adalah disebabkan

maknanya iaitu agama dalam bahasa Arab dan hampir dengan sebutan dinar yang membawa maksud wang. Ini bertepatan dengan konsep keusahawanan Islamik prasekolah yang ingin kami bina. Misi Prasekolah adalah untuk menghasilkan usahawan Islam kecil yang berketrampilan dan seimbang.Visi Prasekolah adalah memberikan kanak-kanak pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas disamping penerapan konsep Islam dalam diri kanak-kanak yang kreatif dan inovatif. Objektif penubuhan pula menyatakan pecahan-pecahan jangkaan atau harapan bagi menjelaskan tujuan penubuhan prasekolah. Contohnya, objektif-objektif yang hendak dicapai adalah untuk membentuk perkembangan mental dan intelektual kanakkanak, membentuk perkembangan sosial dan perhubungan, melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira serta memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui pengalaman langsung. Lokasi pula memberikan alamat penuh premis . pelan lantai iaitu draf lukisan menunjukkan skala betul dan tepat menggunakan perisian computer. Bahagian dalaman prasekolah perlulah tampak dengan jelas pembahagian kawasan pengajaran dan pembelajaran, meja kanak-kanak, sudut pengajaran dan pembelajaran, dapur, tandas dan kemudahan lain. Bahagian luar pula tampak dengan jelas sudut permainan, sudut pasir dan air dan lain-lain. Aspek kurikulum dan program pembelajaran mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, KSPK), menyediakan kurikulum tambahan, jadual pembelajaran, penggunaan buku-buku khas dan alat bantu belajar yang digunakan. Boleh juga dinyatakan jika ada program tambahan seperti majlis hari jadi, hari terbuka, majlis konvokesyen dan sebagainya. Aspek pemakanan iaitu menyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan serta bagaimana bentuk penyediaan makanan. Menu makanan harian dan seminggu juga perlu disertakan. Di samping itu, boleh menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan. Aspek kebersihan dan keselamatan pula menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah, langkah-langkah

kebersihan seperti panduan cuci tangan dan menggosok gigi. Langkah-langkah keselamatan seperti memastikan kawasan persekitaran tiada benda tajam atau licin serta pengawasan dari kawasan jalan raya turut dinyatakan. Kos penubuhan prasekolah seperti kos bangunan, kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat bantu mengajar), kos taman permainan dan sebagainya. Dalam kertas kerja tersebut, turut dinyatakan berapa orang staf yang dilantik beserta nama dan maklumat pribadi seperti kelulusan pendidikan staf. Carta organisasi staf perlu dilampirkan untuk rujukan. Akhir sekali, aspek penutup iaitu menyatakan harapan agar kertas kerja diluluskan dan harapan sokongan daripada pihak yang dipohon.

You might also like