Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Bab 5 - Sumber Kewangan

BAB 5 SUMBER KEWANGAN


Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan wang kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi mata-mata pelajaran Sains Teras dan Elektif (Kimia, Fizik, Biologi, Sains Tambahan), sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) Untuk Sekolah, KP. 1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16 Oktober 2002.

5.1

Pemberian Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant, PCG) Pemberian PCG adalah merupakan bantuan kewangan di bawah peruntukan belanja mengurus Kementerian Pelajaran kepada setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (KPM, 2005). Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah, PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran (sila rujuk Lampiran 5.1A untuk Pengkelasan Bantuan Persekolahan). Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 menyatakan bahawa tuntutan atau pemberian PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan bilangan murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya dan borang tuntutan hendaklah diserahkan oleh pihak sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya (sila rujuk Lampiran 5.1B untuk garis panduan pengurusan Bantuan Persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia). Walau bagaimanapun, sekolah boleh membuat tuntutan penyelarasan sekiranya mengalami perubahan bilangan murid. Sekolah yang mengalami pertambahan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan boleh memohon peruntukan tambahan sekali sahaja kepada bahagian kewangan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Tuntutan tambahan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sebelum atau pada 30 Ogos tahun semasa dan permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan diberi pertimbangan (Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004). Sekolah yang mengalami kekurangan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan dikehendaki mengembalikan peruntukan lebihan PCG kepada JPN sebelum atau pada 30 Ogos tahun semasa.

5.2

Kadar Bantuan PCG Bagi Sekolah Sumber kewangan bagi belanja mengurus bilik sains dan makmal sains boleh diperolehi daripada PCG bagi Mata pelajaran Teras (MP Teras). PCG ini hendaklah digunakan untuk membeli peralatan dan bahan sains bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kadar PCG bagi mata Pelajaran Teras adalah seperti tersenarai dalam Jadual 5.1, 5.2, 5.3 dan 5.4.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS51

Bab 5 - Sumber Kewangan

Jadual 5.1:

Kadar Bantuan PCG Mata pelajaran Teras (MP Teras) Bagi Sekolah Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2006, bertarikh 31 Julai 2006. KADAR PCG SETAHUN
101- 150 murid RM 2,100 + RM16.00 seorang murid melebihi 100 orang 151 - 500 murid RM 2,900 + RM8.00 seorang murid melebihi 150 orang 501 1000 murid RM5,700 + RM10.00 seorang murid melebihi 500 orang 1001 murid dan ke atas RM 10, 700 + RM9.00 seorang murid melebihi 1000 orang

JENIS BANTUAN PCG MP TERAS

Jadual 5.2:

Kadar Bantuan PCG Mata pelajaran Teras Bagi Sekolah Rendah Kurang Murid Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2006, bertarikh 31 Julai 2006. KADAR PCG SETAHUN

JENIS BANTUAN PCG MP TERAS

20 murid RM 1,400

21 - 50 murid RM 1,600

51 100 murid RM1,600 + RM10.00 seorang murid melebihi 50 orang

Jadual 5.3:

Kadar Bantuan PCG MP Teras dan MP Elektif Bagi Sekolah Menengah Harian/ Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Sukan Mengikut Pindaan Pertama Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004.
KADAR PCG SETAHUN

JENIS BANTUAN

100 murid dan ke bawah

101 - 500 murid RM2,500 + RM23.00 seorang murid melebihi 100 orang RM4,000 + RM38.00 seorang murid melebihi 100 orang

501 1000 murid RM11,700 + RM21.00 seorang murid melebihi 500 orang RM19,200 + RM36.00 seorang melebihi 500 orang

1001 murid dan ke atas RM22,200 + RM19.00 seorang murid melebihi 1000 orang RM37,200 + RM34.00 seorang murid melebihi 1000 orang

PCG MP TERAS SEKOLAH MENENGAH RENDAH (T1 T3)

RM2,500

SAINS TERAS PCG MP SEKOLAH MENENGAH ATAS (T4 T5) ELEKTIF

RM4,000

Fizik

: RM14.00 seorang murid setahun

Kimia : RM14.00 seorang murid setahun Biologi : RM14.00 seorang murid setahun Sains Tambahan: RM14.00 seorang murid setahun

52PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 5 - Sumber Kewangan

KADAR PCG SETAHUN JENIS BANTUAN 100 murid dan ke bawah Fizik PCG MP SEKOLAH MENENGAH ATAS (T6) Kimia Biologi 101 - 500 murid 501 1000 murid 1001 murid dan ke atas

: RM 30.00 seorang murid setahun : RM 30.00 seorang murid setahun : RM 30.00 seorang murid setahun

Jadual 5.4:

Kadar Bantuan PCG MP Teras dan MP Elektif Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional Mengikut Pindaan Pertama Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004. KADAR PCG SETAHUN

JENIS BANTUAN

100 murid dan ke bawah

101 - 500 murid RM 4, 000 + RM 38.00 seorang murid melebihi 100 orang

501 1000 murid RM 19, 200 + RM 36.00 seorang murid melebihi 500 orang

1001 murid dan ke atas RM 37, 200 + RM12.00 seorang murid melebihi 1000 orang

SAINS TERAS PCG MP SEKOLAH MENENGAH ATAS (T4 T5) ELEKTIF

RM 4, 000

Fizik Kimia Biologi

: RM 80.00 seorang murid setahun : RM 80.00 seorang murid setahun : RM 80.00 seorang murid setahun

Mengikut Tambahan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2002, pengiraan PCG bagi mata pelajaran Sains Teras adalah bergantung kepada enrolmen murid di sesebuah sekolah. 60% daripada jumlah PCG Teras adalah diperuntukkan untuk mata Pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Jumlah sebenar untuk Sains Teras adalah 40% daripada 60% tersebut. Ringkasan pengiraan PCG bagi mata pelajaran Sains Teras di sekolah menengah dan rendah adalah seperti di bawah: PCG Sains Teras = 40% x [60% x Jumlah PCG Mata Pelajaran Teras]

Bagi sekolah yang mempunyai murid yang mengambil mata pelajaran Sains Elektif atau tingkatan enam, pengiraan PCG adalah mengikut bilangan murid yang mengambil mata pelajaran tersebut. Maka, jumlah keseluruhan PCG bagi mata pelajaran Sains adalah bersamaan dengan jumlah PCG Sains Teras, Sains Elektif (jika ada) dan Sains tingkatan enam (jika ada).

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS53

Bab 5 - Sumber Kewangan

PCG Sains = PCG Sains Teras + PCG Sains Elektif + PCG Sains Ting.6 (jika ada) (jika ada)

Pihak sekolah boleh juga menambah sumber kewangan bagi membeli peralatan dan bahan Sains dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai. 5.3 Pengiraan PCG Sains

Berikut adalah contoh-contoh pengiraan PCG Sains bagi Sekolah Rendah Harian Biasa/ Sekolah Rendah Sukan, Sekolah Menengah Harian Biasa/ Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan dan, Sekolah Menengah Teknik & Vokasional. Walau bagaimanapun, contoh-contoh ini boleh dimanipulasi mengikut enrolmen murid dan mata pelajaran yang diambil. Contoh 1: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Rendah Harian Biasa/ Sekolah Rendah Sukan.

SK Taman Rasah Jaya mempunyai bilangan murid seramai 700 orang. Tuntutan PCG bagi Mata Pelajaran Teras adalah seperti berikut: Asas Pengiraan PCG
500 murid pertama 200 murid berikutnya x RM10.00 = RM5,700.00 = RM2,000.00

Jumlah PCG MP Teras


RM7,700.00

Jumlah Tuntutan PCG Sains

= 40% x [60% x RM 7,700.00] = RM 1,848.00

Contoh 2:

Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Menengah Harian Biasa/Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan.

SMK Dato Undang Musa Al-Haj, mempunyai 452 orang murid menengah rendah, 279 orang murid menengah atas dan 70 orang pelajar tingkatan 6. 79 orang murid menengah atas adalah terdiri daripada pelajar aliran sains tulen yang mengambil mata pelajaran Kimia, Fizik dan Biologi. 50 orang pelajar tingkatan 6 adalah dari aliran sains yang mengambil mata pelajaran Kimia dan Fizik. a. PCG untuk Mata Pelajaran Teras Jenis PCG Menengah Rendah Asas Pengiraan PCG
100 murid pertama 352 murid berikutnya, 352 x RM23.00 = RM2,500.00 = RM8,096.00

Jumlah PCG M/P Teras


RM10,596.00

54PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 5 - Sumber Kewangan

Menengah Atas

100 murid pertama 100 murid berikutnya, 100 x RM 38.00

= RM 4,000.00 = RM 3,800.00

RM 7,800.00 RM 18,396.00

Jumlah b. PCG untuk Sains Teras = 40% x [60% x RM 18,396.00] = RM 4,415.04

c. PCG untuk Sains Elektif Jenis PCG


Kimia Fizik Biologi

Asas Pengiraan PCG


79 murid X RM 14.00 79 murid X RM 14.00 79 murid X RM 14.00

Jumlah PCG
RM 1,106.00 RM 1,106.00 RM 1,106.00 RM 3,318.00

Jumlah d. PCG untuk Tingkatan 6 Jenis PCG


Kimia Fizik Biologi

Asas Pengiraan PCG


50 murid X RM 30.00 50 murid X RM 30.00 -

Jumlah PCG
RM 1,500.00 RM 1,500.00 RM 3,000.00

Jumlah

e. Jumlah Tuntutan PCG Sains = RM4,415.04 + RM3,318.00 + RM 3,000 = RM 10,733.04

Contoh 3: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Menengah Teknik & Vokasional SMT Kuala Klawang mempunyai 650 orang murid di mana 300 orang murid adalah aliran teknik yang mengambil mata pelajaran Kimia dan Fizik manakala 350 orang adalah murid aliran vokasional yang mengambil mata pelajaran Sains Teras. a. PCG untuk Mata Pelajaran Teras Jenis PCG Aliran Vokasional Asas Pengiraan PCG
100 murid pertama 250 murid berikutnya, 250 x RM38.00 = RM4,000.00 = RM9,500.00

Jumlah PCG
RM13,500.00

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS55

Bab 5 - Sumber Kewangan

b. PCG untuk Sains Teras

= 40% x [60% x RM 13,500.00] = RM 3,240.00

c. PCG untuk Sains Elektif: Jenis PCG


Kimia Fizik Biologi

Asas Pengiraan PCG


300 murid X RM 80.00 300 murid X RM 80.00 -

Jumlah PCG
RM 24,000.00 RM 24,000.00 RM 48,000.00

Jumlah d. Jumlah Tuntutan PCG Sains

= RM3,240.00 + RM48,000.00 = RM 51,240.00

5.4

Perbelanjaan Yang Dibenarkan Menggunakan Bantuan PCG Anggaran perbelanjaan untuk pembelian peralatan dan bahan Sains hendaklah disediakan pada bulan Oktober setiap tahun. Ini memberi masa yang cukup untuk membuat pertimbangan awal ke atas anggaran ini dengan mengurangkan atau menambahkan jenis dan bilangan peralatan dan bahan Sains yang hendak dibeli. Anggaran perbelanjaan ini hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengetua dan Guru Besar. Ketua Bidang Sains dan Matematik perlu mengetahui jumlah PCG Sains yang diperolehi bagi tahun berkenaan termasuk baki pada tahun lepas supaya agihan perbelanjaan dapat dirancang. Pengagihan ini hendaklah berdasarkan keutamaan berikut: a. Membeli peralatan dan bahan Sains untuk penilaian amali. b. Mengganti peralatan dan bahan Sains yang rosak, pecah atau hilang. c. Menambah bilangan peralatan dan bahan Sains. d. Membeli peralatan baru termasuk bahan bantu mengajar. e. Memperbaiki dan menyelenggara peralatan. Selain itu, PCG juga boleh digunakan untuk perbelanjaan berikut: a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas Braille) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. c. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lainlain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.

56PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 5 - Sumber Kewangan

d. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberikan pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. e. Perolehan harta modal (Sila Rujuk Bab 6).

5.5

Penutup

Pemberian bantuan PCG haruslah diurus dan diguna secara berhemah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Keutamaan pengunaan adalah untuk proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Keperluan bilik dan makmal Sains yang lengkap dan mencukupi serta keadaan yang selamat akan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

5.6

Cadangan Pemberian Bantuan PCG bagi mata pelajaran elektif antara Sekolah Menengah Harian Biasa/ Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan dan Sekolah Menengah Teknik & Vokasional haruslah selaras. PCG bagi mata pelajaran elektif (Kimia, Fizik dan Biologi) bagi sekolah harian biasa adalah jauh lebih rendah (RM14.00 bagi setiap murid) berbanding Sekolah Teknik & Vokasional (RM80.00 bagi setiap murid). Pemberian Bantuan PCG mata pelajaran Teras bagi Sekolah Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan perlu ditambah memandangkan PCG sedia ada terlalu sedikit untuk dibahagikan kepada setiap mata pelajaran. Ini menyebabkan sekolah tidak mempunyai wang yang cukup untuk melengkapkan bilik sains dengan peralatan yang diperlukan untuk P&P berkesan.

5.7

Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Kumpulan Wang Sekolah. Tatacara Pengurusan Kewangan dan

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS57

You might also like