Download as doc
Download as doc
You are on page 1of 7

KURSUS INDUKSI UMUM BIL.

12/2009

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

13 - 25 JUN 2009

BAHAGIAN B (II)

(SOALAN 7)

KUMPULAN 8

KETUA KUMPULAN

WAN DONNIE KHALID FADILLAH BIN WAN ABDULLAH (780329-13-5825)

AHLI-AHLI KUMPULAN :

1) ZULKIPLI BIN SAWI (860731-13-5081)

2) SAMA JAMAL BIN MAT LAZIM (640614-02-5701)

3) HASMIN ZAKEIYAH BINTI AMIN (740425-04-5380)

4) NOORAZLINA BINTI IBRAHIM (791205-14-5574)

5) NOORASHIQIEN BINTI ISHAK ( )


BAHAGIAN B(II) (SOALAN 7)

Di bawah dasar penswastaan, kerajaan telah membenarkan penswastaan

ini dilaksanakan di dalam beberapa bentuk. Huraikan tiga (3) bentuk

penswastaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

PENGENALAN

Dasar penswastaan telah diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dan

merupakan satu pendekatan baru dalam dasar pembangunan negara. Dasar ini

menyokong dasar-dasar lain seperti dasar pensyarikatan Malaysia yang

menekankan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Pendekatan ini mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan

penglibatannya dalam ekonomi serta mengurangkan tahap dan skop

perbelanjaan awam dan pada masa yang sama membenarkan kuasa pasaran

menentukan aktiviti ekonomi.

Menurut Pekeliling Am Bil.2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana

Menteri, Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban

kewangan dan pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor

tertentu untuk diurus sendiri oleh pihak swasta. Ia juga bertujuan menggalakan

pertandingan dan meningkatkan kecekapan serta daya pengeluaran,

mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mengecilkan saiz sektor awam

dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat Dasar

Ekonomi Baru (DEB).


DEFINISI PENSWASTAAN

Penswastaan dapat didefinisikan sebagai proses pemindahan kepada

sektor swasta, aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan

tanggungjawab sektor awam. Definisi ini boleh digunakan bagi entiti yang

dimiliki oleh kerajaan dan juga projek baru yang pada kebiasaannya

dilaksanakan oleh sektor awam. Dalam melaksanakan pemindahan tersebut,

tiga komponen utama berhubung dengan organisasi terlibat iaitu ;

i) tanggungjawab pengurusan

ii) aset atau hak untuk mengguna aset, dan

iii) kakitangan

Walaubagaimanapun terdapat beberapa bentuk penswastaan yang tidak

melibatkan ketiga-tiga komponen tersebut. Antara tiga bentuk penswastaan

termasuklah penjualan, kontrak pengurusan dan ‘Bina Kendali Pindah’ atau BKP

(Build-Operate Transfer atau BOT) dan ‘Bina Kendali’ atau BK (Build-Operate

atau BO).

PENJUALAN

Salah satu bentuk penswastaan termasuklah penjualan. Bentuk

penswastaan melalui penjualan boleh digunakan ke atas aset atau ekuiti

kerajaan. Penjualan ekuiti adalah khusus bagi syarikat-syarikat kerajaan dan

melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen organisasi iaitu tanggungjawab

pengurusan, aset (berserta atau tanpa tanggungan) dan kakitangan.


Bentuk penswastaan ini boleh melibatkan penjualan sebahagian atau

keseluruhan ekuiti sesuatu syarikat. Penjualan ekuiti keseluruhan bermakna

pemindahan 100% penjualan ekuiti kerajaan dalam syarikat berkenaan,

manakala penjualan sebahagian bermakna pemindahan berkurang daripada

100%. Penjualan aset boleh melibatkan pemindahan samada ketiga-tiga

komponen organisasi tersebut atau sebahagian daripada komponennya.

Penjualan aset boleh melibatkan aset yang dimiliki oleh apa jua organisasi

kerajaan samada syarikat atau lain-lain entiti. Antara contoh syarikat yang

terlibat dengan dasar penswastaan bagi bentuk penjualan termasuklah Pos

Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad

(TM).

KONTRAK PENGURUSAN

Kaedah ini melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta

untuk mengurus sesuatu entiti kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan.

Kaedah ini meliputi pemindahan tanggungjawab pengurusan kepada sektor

swasta dan mungkin juga melibatkan pemindahan kakitangan tetapi tidak

melibatkan pemindahan hak milik aset. Di antara syarikat yang terlibat dengan

kontrak pengurusan termasuklah Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan

Malaysia Airlines Systems (MAS).

Pemilikan Bumiputera juga telah meningkat menerusi program

penswastaan entiti kerajaan yang diswastakan secara MBO bernilai RM 119 juta.

Menerusi kaedah ini, bilangan usahawan Bumiputera yang terlibat dengan dalam
projek penswastaan juga meningkat selaras dengan program mewujudkan

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

‘BINA KENDALI PINDAH’ ATAU BKP (BUILD-OPERATE TRANSFER ATAU

BOT) DAN ‘BINA KENDALI ATAU BK (BUILD-OPERATE ATAU BO)

Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi penswastaan projek-projek baru

yang setara tradisinya dimajukan oleh sektor awam, termasuk projek infrastruktur

dan kemudahan awam seperti jalan dan bekalan air. Kaedah BKP melibatkan

pembinaan sesuatu kemudahan awam oleh pihak swasta dengan

pembiayaannya sendiri dan akan mengendalikannya bagi tempoh yang

dinamakan tempoh konsesi. Kemudahan-kemudahan ini akan diserahkan balik

kepada kerajaan di akhir tempoh konsesi tersebut.

Dalam tempoh konsesi tersebut, sektor swasta dibenarkan mengutip caj

terus daripada pengguna kemudahan berkenaan atau secara tidak langsung

daripada pihak perantaraan, biasanya institusi kerajaan. Kaedah BK adalah

hampir sama dengan kaedah BKP, kecuali kaedah BK tidak melibatkan

penyerahan balik kemudahan berkenaan kepada kerajaan. Kedua-dua kaedah

ini biasanya melibatkan pemberian lesen dan/atau konsesi. Contoh yang jelas

dapat dilihat kaedah BK dan BKP termasuklah Konsesi Lebuh Raya Utara

Selatan (PLUS) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).


KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sejak dasar pelaksanaan dasar ini, beberapa

projek penswastaan telah menunjukkan prestasi yang baik dan

memberangsangkan.

Beberapa projek telah menunjukkan peningkatan dalam kecekapan,

mendorong perkembangan sektor korporat dan membuka peluang yang lebih

bagi meningkatkan pertumbuhan melalui daya usaha sektor swasta,

meningkatkan penyertaan di sektor swasta dan tidak kurang pentingnya dasar ini

berjaya mengurangkan beban pentadbiran kerajaan, khasnya dari segi

kakitangan dan juga tanggungan kewangan, pencapaian ini menambahkan lagi

keyakinan kerajaan untuk memperluaskan dasar penswastaan di negara ini.

Namun begitu, dalam pelaksanaan dasar ini, kerajaan telah mengambil

pendekatan yang penuh berhati-hati supaya kepentingan pekerja dan pengguna

di agensi yang terlibat dalam penswastaan dilindungi. Ini adalah sangat penting

bagi merealisasikan objektif dasar penswastaan dalam usaha untuk

mengurangkan beban kewangan kerajaan, meninggikan kecekapan dan

penghasilan kerja serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi.


RUJUKAN

Institut Tadbir Awam Negara (INTAN). (1994). Dasar-Dasar Pembangunan

Malaysia.

http://members.tripod.com/ris20202/_disc9/0000003e.htm

http://www.scribd.com/doc/8024307/3000-dasar-awam-2005

You might also like