Minit Meeting 21.9.13

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT PERTUBUHAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM (PASAMJ) 2013-JAWATANKUASA PENAJA BIL 2 Tahun

2013 Tarikh : 21 September 2013 Masa : 4 - 7petang Tempat : Dewan, Pantai Indah Seaview Resort, Sungai Sembilang, Jeram
Kehadiran:

1. Mohd Zairee Mindar 2. Md Zaini Md Ladzim 3. Harizam Mohd Noor 4. Idriasari Mohd Idris 5. Suharnita Hussin 6. Rufaihah Yaacob 7. Aznilia Mohammad Suardi 8. Azmil Amat Sehab 9. Misri Bohari 10. Muhamad Shamsi Abdul Latip 11. Anuar Abdul Aziz
Tidak hadir bersebab:

1. Norazurah Selamat 2. Azira Pauruz Mohammad Puzi 3. Muhammad Huzaifah Redzuan


Turut Hadir : 1. Faisal Johari 2. Suhana Yusak 3. Laili Mat Ali 4. Maizatul Akma Abd Samad 5. Hafizal Hashim 6. Mazlan Khairuddin 7. Nur Najkha Mohd Dawam 8. Sapie Senin 9. Saifullah Mustafa 10. Sarimah Nordin 11. Mohd Yunus Yusof 12. Zakiah Hanim Abdullah 13. Mohd Norayim Mahpol 14. Raof 15. Nor Akma Zulkarnain 16. Mohd Fadzrul Bakri 17. Jefri Manan 18. Mohd Zulkifli (Zul Rus) 19. Khairul Nizam Sulaiman 20. Khairi 21. Mohd Zulfahmi

AGENDA 1.

PERKARA PENDAHULUAN & KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

TINDAKAN

Mohd Zairee Mindar selaku Pengerusi Penaja Persatuan Alumni Makluman Sekolah Agama Menengah Jeram (PASAMJ) memulakan dengan membaca surah Al Fatihah sebelum menzahirkan penghargaan dan mengalukan kedatangan AJK dan semua bekas pelajar yang sudi meluangkan masa pada hari tersebut. Beliau juga menyatakan perasaan yang terharu dengan sokongan yang diberikan semua bekas bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Jeram (SAMJ) tanpa mengira tahun kelahiran. Pengerusi menceritakan perjalanan penubuhan PASAMJ bermula dari guru guru yang telah kembali kerahmatullah seperti Ustaz Shuib dan Ustazah Murni. Seterusnya, Pengerusi menerangkan ahli Jawatankuasa telah dilantik di mesyuarat sebelum ini dan telah dipersetujui oleh semua yang hadir. Sila rujuk minit mesyuarat bilangan 1 tahun 2013. Senarai ahli jawatankuasa penaja yang telah dilantik adalah seperti berikut Pengerusi Mohd Zairee Mindar Naib Pengerusi Mohd Zaini Mohd Ladzim Setiausaha Harizam Mohd Noor Idriasari Mohd Idris Suharnita Hussin Bendahari Rufaihah Yaacob Muhammad Huzaifah Redzuan Azira Pauruz Mohammad Puzi Ahli Jawatan Kuasa Aznilia Mohammad Suardi Azmil Amat Sehab Misri Bohari Muhamad Shamsi Abdul Latip Anuar Abdul Aziz Norazurah Selamat Saifullah Mustafa Untuk makluman En Saifullah Mustafa dilantik samasa mesyuarat berlangsung Pengerusi juga menekankan bahawa ahli jawatankuasa penaja hanya sah selama 3 bulan dan mesyuarat agung (AGM) perlu diadakan secepat mungkin selepas persatuan berjaya didaftarkan.

AGENDA 2.

PERKARA PENGENALAN PASAMJ

TINDAKAN

Pengenalan dan penerangan mengenai kertas kerja penubuhan Makluman PASAMJ dihuraikan oleh Harizam Mohd Noor.

3.

FASAL PERLEMBAGAAN PENUBUHAN PASAMJ 3.1 Fasal 1 Nama Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Alumni Makluman Sekolah Agama Menengah Jeram yang mana selepas ini disebut PASAMJ. Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.2 Fasal 2 Tempat Urusan Urusan surat menyurat diputuskan beralamat di kediaman Makluman Suharnita Hussin : No. 18, Greenwood Homes, Jalan Melor 1/3, Sungai Buloh Country Resort, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.3 Fasal 3 Matlamat 1. Memupuk persaudaraan di antara sesama bekas pelajar Makluman Sekolah Agama Menengah Jeram (SAMJ). 2. Menjalankan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, ekonomi, kebajikan, ibadah, kebudayaan, pendidikan dan rekreasi untuk ahli-ahli persatuan. 3. Membina hubungan kerjasama dengan guru-guru dan kakitangan SAMJ. 4. Meneroka ruang kerjasama di antara sesama bekas murid SAMJ untuk meningkatkan pencapaian diri dan keluarga serta masyarakat setempat dalam bidang pendidikan, kualiti hidup dan kerjaya. Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.4 Fasal 4 Keahlian I. Keahlian terbuka kepada bekas pelajar SAMJ yang Makluman berumur 18 tahun ke atas, beragama Islam tanpa mengira lokasi kediaman, keturunan dan Jantina. II. Ahli terdiri daripada Ahli Bersekutu, Ahli Kehormat dan Ahli Seumur hidup. Pencadang : Harizam Mohd Noor Keputusan : Usul disokong penuh majority

AGENDA

PERKARA 3.5 Fasal 5 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli I.

TINDAKAN

II.

III.

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Makluman Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. Tempoh bayaran yuran hendaklah dijelaskan tidak melebihi 2 tahun sahaja sebelum hilang hak keahlian jika tiada bayaran dibuat selepas itu. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

Pencadang : Harizam Mohd Noor Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.6 Fasal 6 Sumber Kewangan Makluman Sumber dana Alumni seperti berikut : Bayaran Masuk : RM30 Yuran tahunan : RM40 Yuran Seumur Hidup : RM200 Sapie Senin mencadangkan khairat RM10 Insuran berkelompok diadakan. Bagi tujuan Insuran berkelompok, maklumat lebih lanjut diperlukan sebelum keputusan dibuat. Pencadang : Md Zaini Md Ladzim Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.7 Fasal 7 Mesyuarat Agung Mesyuarat Agung diusulkan 2 tahun sekali manakala tempoh notis 30 hari sebelum mesyuarat diadakan. Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majority Makluman

Tindakan : 1. Idriasari 2. M. Shakor

AGENDA

PERKARA 3.8 Fasal 8 Jawatankuasa Pemilihan Jawatankuasa setiap 2 tahun dan kekerapan mesyuarat Jawatankuasa setiap 3 bulan sekali. Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majoriti

TINDAKAN

Makluman

3.9 Fasal 9 Kewajipan-Kewajipan Pegawai Seperti yang telah disediakan oleh ROS. Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majoriti Makluman

AGENDA

PERKARA 3.10Fasal 10 Kewangan I. Struktur kewangan PASAMJ diusulkan seperti berikut: Jumlah wang dalam tangan yang dibenarkan RM1,000 Kuasa Perbelanjaan Mesyuarat Agung - RM3,000 Pencadang : Md Zaini Md Lazim Keputusan : Usul disokong penuh majoriti III. IV. V. Tahun Kewangan bermula : Januari Bilangan audit : 2 orang Tempoh lantikan audit : setiap 2 tahun Pencadang : Harizam Mohd Noor Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.11Fasal 11 Juru Audit Seperti yang telah disediakan oleh ROS Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama boleh dilantik semula. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. Pencadang : Harizam Mohd Noor Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.12Fasal 12 Pentadbir Harta Seperti yang telah disediakan oleh ROS Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melaui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

TINDAKAN

Makluman

II.

Makluman

Makluman

AGENDA

PERKARA Pencadang : Harizam Mohd Noor Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.13Fasal 13 Tafsiran Perlembagaan Seperti yang telah disediakan oleh ROS Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.14Fasal 14 Penasihat dan Penaung

TINDAKAN

Makluman

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang- Makluman orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu. Jika mendapat persetujuan bertulis, AJK Penaja akan melantik Pengetua SAMJ sebagai Penasihat dan Penaung Alumni. Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majoriti

3.15Fasal 15 Larangan Makluman Seperti yang telah disediakan oleh ROS Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

AGENDA

PERKARA TINDAKAN "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat. Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majoriti 3.16Fasal 16 Pindaan Perlembagaan Seperti yang telah disediakan oleh ROS Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majoriti . 3.17Fasal 17 Pembubaran Seperti yang telah disediakan oleh ROS Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela melalui persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung yang berkenaan. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. Makluman Makluman

AGENDA

PERKARA Pencadang : Mohd Zairee Mindar Keputusan : Usul disokong penuh majoriti

TINDAKAN

3.18 Fasal Bendera, Lambang Dan Lencana Logo yang dipersetujui mengikut majoriti seperti berikut :

Makluman

Penjelasan Logo adalah seperti berikut: 1. Hijau mengambil sempena warna kegemaran Nabi Muhammad SAW. 2. Putih mengambil sempena lambang kesucian didalam agama Islam. 3. Hitam mengambil sempena warna panji panji Islam. 4. Kuning mengambil sempena sebahagian besar warna bendera negeri Selangor dan SAMJ di negeri Selangor. 5. Nama persatuan mengelilingi logo sekolah dalam tulisan rumi, manakala nama sekolah dalam tulisan jawi melambangkan dua (2) aliran yang diajar di sekolah. 6. Nama persatuan diluar logo sekolah juga menzahirkan keahlian persatuan alumni dikhaskan untuk bekas pelajar. 7. Bersesuaian dengan logo sekolah, lima (5) segi atau bentuk pentagon melambangkan lima (5) rukun islam. Ilmu agama yang diajar menjadi asas kepada ilmu sains dan matematik seperti yang dizahirkan dalam bentuk tabung uji dan pembaris ukur ditengah pertembungan lima (5) garisan yang dizahirkan sebagai rukun Islam. 8. Iqra yang membawa maksud bacalah melambangkan keperibadian pihak sekolah mementing sumber ilmu berlandas Al Quran dan Hadith. 9. PASAMJ dibawah logo melambangkan persatuan antara bekas pelajar dan pelajar di SAMJ.

AGENDA 4.

PERKARA Kertas Kerja Penjelasan Perlembagaan Sila rujuk Lampiran Penjelasan Perlembagaan.

TINDAKAN

Makluman

5.

LAIN-LAIN PERKARA Baju Tshirt PASAMJ yang dipersetujui seperti berikut : Lelaki Hitam/Kelabu Perempuan Turqois/Kelabu Harga yang dipersetujui bagi Ahli Alumni ialah RM35. Aznilia mencadangkan harga dibuka untuk bukan Ahli Alumni ialah RM40. Keputusan : Usul disokong penuh majoriti Setiap RM5 dari hasil jualan sehelai Tshirt akan dimasukkan ke Tindakan: dalam tabung Alumni untuk tujuan dana kebajikan. 1. Rufaiha Bayaran Tshirt boleh dijelaskan melalui Bendahari Rufaiha 2. Harizam Yaacob. Keputusan : Usul disokong penuh majoriti Makluman

6.

PENUTUP Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ahli-ahli meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kertas kerja penubuhan Alumni PASAMJ. Pengerusi mengumumkan mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.45pm.

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

.. Harizam Md Noor Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penaja PASAMJ

Mohd Zairee Mindar Pengerusi Jawatankuasa Penaja PASAMJ

You might also like