Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

Soalan 1B

Soalan 1B Analisis pencapaian prestasi UPSR yang telah dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merosot. Ketua Panitia Bahasa Melayu bercadang untuk memeperbaiki prestasi mata pelajaran

tersebut dengan menjalankan satu proses penambahbaikan mutu pengajaran pembelajaran melalui Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Bagaimanakah kaedah Plan, Do, Check, Action (P.D.C.A) dalam KMK dapat membantu meningkatkan prestasi murid dalam situasi di atas?

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

Pengenalan KMK ialah Kumpulan Meningkat Mutu Kerja yang termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awan (PKPA) Bilangan 7/91, didefinisikan sebagai sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Tujuan Panduan ini adalah untuk membantu jabatan atau pejabat Kerajaan melaksanakan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di jabatan atau pejabat masing-masing. Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui: a. Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja; b. Semangat bekerja secara berkumpulan; c. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif; d. Penglibatan dan minat terhadap kerja; e. Dorongan kerja yang tinggi; dan f. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan atau pejabat dan negara.

Manakala falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan. Pengurusan secara kemanusiaan bermakna

pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Pengurusan secara penyertaan pula bermakna bahawa tiap-tiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada jabatan atau pejabat. KMK merupakan satu mekanisme di mana pekerjapekerja boleh menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan atau pejabat.

Di dalam melaksanakan KMK, terdapat beberapa syarat-syarat yang diperlukan untuk melaksanakanya. Syarat-syarat tersebut adalah: a. Pewujudan Struktur KMK

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

Struktur KMK yang sedang diamalkan sekarang mengandungi komponen-komponen yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu KMK iaitu Guru Besar, fasilitator iaitu Penolong Kanan Kurikulum, ketua kumpulan iaitu ketua panitia Bahasa Melayu dan ahli-ahli KMK yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu.

b. Latihan Yang Berkesan Latihan memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan program KMK. Ahli-ahli KMK perlu dilengkapkan dengan kemahiran dan teknikteknik untuk melaksanakan projek KMK. Mereka perlu memahami peranan masingmasing dalam menjayakan aktiviti-aktiviti KMK

c. Sistem Pengiktirafan Yang Berkesan. Untuk menggalakkan penyertaan pekerja dalam KMK dan seterusnya mengekalkan KMK yang sedia ada, pihak pengurusan harus memberi pengiktirafan kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya membawa penambahbaikan ataupun memperkenalkan inovasi.

Kaedah P.D.C.A Dalam KMK Pendekatan yang digunakan oleh KMK dalam membantu meningkatkan prestasi ialah mengikut kaedah Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan Tindakan (Plan, Do, Check, Action - P.D.C.A). Di peringkat perancangan, ahli-ahli KMK adalah dikehendaki mengenalpasti dan memilih masalah yang perlu diselesaikan. Bagi tiap-tiap masalah yang telah dikenalpasti untuk diselesaikan, satu jadual pelaksanaan perlu disediakan untuk memastikan agar masalah ini diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Peringkat ini memerlukan tiga aktiviti untuk dilaksanakan iaitu Mengenalpasti Masalah, Pemilihan Masalah dan Penyediaan Jadual Pelaksanaan Masalah. Langkah-langkah yang terlibat dalam penyediaan jadual pelaksanaan tersebut ialah: i. ii. Mengenalpasti segala aktiviti yang perlu dilaksanakan; Menganggarkan tempoh masa bagi setiap aktiviti iaitu tarikh permulaan dan persiapan;

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

iii.

Mengenalpasti peringkat-peringkat penting bagi pencapaian aktiviti dengan menentukan tarikh aktiviti itu perlu disemak dan diawasi;

iv.

Mencatatkan pencapaian sebenar berbanding dengan apa yang dirancang bagi setiap aktiviti.

Pada peringkat perlaksanaan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah penganalisisan masalah, di mana ahli-ahli KMK perlu menganalisisnya dari segi punca yang

membawa kepada masalah tersebut. Penganalisisan punca-punca boleh dibuat dengan menggunakan teknik analisis sebab dan akibat dan data-data yang telah dikutip. Seterusnya, cadangan penyelesaian adalah untuk mendapatkan alternatifalternatif cadangan pembetulan. Ahli-ahli KMK perlu memilih cadangan terbaik dan ini dilakukan melalui undian atau analisis terperinci. Setelah itu, ahli-ahli KMK mempersembahkan perakuan-perakuan atau keputusan yang telah dibuat kepada pihak pengurusan dengan cara yang berkesan, meyakinkan dan teratur. Kemudian pihak pengurusan memberi pertimbangan dan membuat keputusan mengenainya. Sekiranya keputusan tidak dapat diberi dengan segera, pihak pengurusan hendaklah memberi jangka masa bagi membuat keputusan tersebut. Akhirnya, setelah keputusan diterima, perlaksanaan projek oleh ahli-ahli KMK mengikut cadangan penyelesaian yang telah dipersetujui.

Di peringkat penyemakan, aktiviti yang terlibat ialah penilaian. Ahli-ahli KMK perlu mengadakan penilaian ke atas pelaksanaan cadangan-cadangan penyelesaian. Ini akan menentukan samada objektif projek tercapai atau tidak. Penilaian ini boleh dijalankan melalui pungutan data dan analisis data dalam tempoh uji cuba. Setelah penilaian dibuat, ahli-ahli KMK boleh memutuskan samada cadangan-cadangan penyelesaian boleh terus dilaksanakan ataupun tidak.

Tindakan merupakan peringkat terakhir dalam kaedah P.D.C.A. Aktiviti yang terlibat ialah penyeragaman tindakan-tindakan pembetulan. Hasil daripada penilaian yang dijalankan, ahli-ahli KMK dapat mengenal pasti penambahbaikan yang diperolehi daripada tindakan pembetulan. Sekiranya penambahbaikan diperolehi, ahli-ahli boleh menyeragamkan tindakan-tindakan tersebut dan menjadikannya sebagai prosedur. Satu taklimat mengenai prosedur baru harus diberi kepada anggotaanggota yang terlibat. Ahli-ahli KMK boleh mengesan sekiranya ada, mengenai

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

kemungkinan punca masalah akan berulang semula atau masalah sampingan lain yang mungkin timbul.

Rumusan Kesimpulannya, faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan KMK ialah sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. Ini termasuklah kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan program ini, sistem latihan yang berkesan, sokongan dari semua peringkat, pewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK. KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang dimana ia dimulakan secara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat dikekalkan secara berpanjangan. Sesungguhnya, tanggungjawab ahli-ahli KMK itu amat penting dalam meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran dan segala keputusan yang dibuatnya akan memberi kesan

kepada masa depan sekolah. Pengurusan cekap dan perancangan strategik perlu untuk memastikan kecemerlangan pelajar sentiasa konsisten dan berada pada tahap paling optimum.

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

Bibliografi

Kerajaan Malaysia. (2000) . Perkhidmatan Awam di Malaysia Menuju Alaf Baru. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia. (1991). Jabatan Percetakan Negara. Malaysia Kita.

Undang-undang Malaysia: Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 19912005. (2005). Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.

Kerajaan Malaysia. (2000) . Perkhidmatan Awam di Malaysia Menuju Alaf Baru. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Malaysia Kita, Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. (2007). International Law Book Services, Selangor.

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

Soalan 2B

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan murni antara kaum di negara ini disamping berupaya merapatkan jurang pemikiran, budaya dan sosial dalam kalangan pelajar. Program ini adalah salah satu strategi dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara kita?

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

Pendahuluan Menjelang kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak dan aspirasi negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak, 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Selaras dengan perubahan demi perubahan yang dijalankan dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan diperingkat sekolah rendah. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Berdasarkan objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan , dapat dilihat bahawa pemimpin negara berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia di bawah satu bumbung. Falsafah Pendidikan Negara juga turut menekankan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat. Beberapa strategi telah digubal untuk membantu mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum di negara kita. Antaranya ialah:

1) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu

menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:
Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

(Akta Pendidikan, 1996) Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah. Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, di mana bahasa pengantar semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah Bahasa Inggeris.

2) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996):
Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, matapelajaran bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.

3) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua Sistem pendidikan di Malaysia merangkumi beberapa peringkat pendidikan termasuk pendidikan pra-sekolah dan rendah, pendidikan sekolah menengah dan

10

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

pendidikan tinggi. Pelajar-pelajar di bawah sistem pendidikan kebangsaan dikehendaki menduduki peperiksaan-peperiksaan awam Malaysia. Sistem ini adalah di bawah bidang pentadbiran Lembaga Peperiksaan Malaysia yang

bertanggungjawab merancang dan menjadualkan peperiksaan-peperiksaan ini. Pendidikan sekolah rendah merupakan peringkat pendidikan formal yang

memberikan asas pembelajaran kepada kanak-kanak. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan satu kurikulum seragam untuk memastikan subjeksubjek teras diberikan penekanan yang sewajarnya. Pendidikan sekolah rendah bermula dari usia tujuh tahun dan mangambil masa selama enam tahun. Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, prestasi kecerdasan para pelajar diukur melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada peringkat menengah, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menduduki dua peperiksaan kebangsaan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pada Tingkatan Tiga, pelajar dikehendaki menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada Tingkatan Lima, kemajuan pelajar akan diukur dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas tamat Tingkatan Lima, pelajar boleh memilih sama ada untuk meneruskan persekolahan mereka ke Tingkatan Enam atau menyambung pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi. Jika mereka memilih untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Seterusnya pendidikan tinggi mempersiapkan para pelajar bagi pengkhususan dalam bidang kerjaya atau profesion pilihan mereka. Dengan bertambahnya bilangan institusi-institusi

pengajian tinggi di Malaysia, para pelajar mempunyai banyak pilihan dan boleh memilih mengikut aspirasi kerjaya masing-masing.

4) Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang dapat memupuk disiplin seperti pasukan pasukan Kadet Tentera, Kadet Polis, Pengakap, Puteri Islam dan lain-lain lagi Bagi memupuk disiplin di kalangan pelajar Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menambah baik pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ini dilakukan dengan meningkatkan aktiviti pasukan pakaian seragam seperti pasukanpasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. Selain itu,

11

Tugasan Kumpulan : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2009

aktiviti ko-kurikulum juga diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); dan aktiviti ko-kurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). (Akta Pendidikan 1996) Kesimpulan Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. Semenjak merdeka lagi Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang jelas untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang bersatu padu, mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang makmur dan maju. Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam proses mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain di dunia telah menyusun strategi dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan semua cita-cita tersebut. Strategi dan perancangan ini disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan memakmurkan negara secara keseluruhan.

You might also like