Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Andaikan bahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana pulang ke kampung setelah menerima berita kematian nenek

kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu beliau tentang perkara tersebut . Kampung Burung Baru, 23000 Dungun, Terengganu. ___________________________________________________________________ Guru kelas, Tahun 6 Bestari, Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, 23000, Dungun, Terengganu. 20 MAC 2010 Cikgu, Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang ke kampung ayah di Besut,Terengganu kerana menziarahi arwah nenek yang meninggal dunia dua hari yang lalu. 2. Jenazah nenek saya telah selamat dikebumikan pada sebelah petang pada hari beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah sepanjang tiga hari tersebut.Saya berjanji akan menyalin kembali semua kerja sekolah yang diberi oleh guru daripada rakan-rakan. 3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan sijil kematian nenek saya untuk perhatian dan makluman cikgu. Saya berharap cikgu dapat memaafkan saya.

Sekian ,terima kasih.

Yang benar,

( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR )

Surat Pesanan Buku


Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut. Contoh Jawapan : Kampung Kemudi, 23000, Dungun, Terengganu. _______________________________________________________________ Pengurus Pemasaran, Penerbitan Sasmurni Sdn. Bhd., 23 & 24, Jalan Murai, 80400, Johor Bahru. 10 MAC 2010. Tuan, Memesan Buku Merujuk kepada perkara di atas, saya Mohd Aikal Bin Asri telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan. 2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut : Bil. 1. 2. 3. Judul Buku Misteri Rumah Api Misteri Patung Bernyawa Rahsia Kotak Hitam Kuantiti 1 1 2 Jumlah Harga Seunit RM 3.00 RM 4.00 RM 4.00 RM 11.00

3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 007 yang bernilai RM 11.00. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, ( MOHD AIKAL BIN ASRI )

You might also like