Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 4

INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG BismillahAlhamdulillah..

Emas sarat tampak memikat, Hiasi dulang berisi gelang, Kual iti hebat prestasi ditingkat, Insan cemerlang negara gemilang. Cetusan barakah b uat peneraju acara, Saf kehakiman intelektual berkarisma, Sidang hadirin warga d ewan berwibawa.. Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma... Hari ini, pertandin gan ini bukanlah pertandingan akademi piala fantasia, maka saya bukanlah Mawi at aupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk Insan Cemerlang, Negara Gemilang. Sidang pend idik yang dikasihi sekalian, Frasa insan cemerlang menurut Dato Nordin Kardi, Na ib Canselor UUM ialah insan yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan seiring perkembangan zaman. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, f rasa negara gemilang ialah negara yang dipimpin oleh pemimpin berwibawa serta ma mpu mencapai keseimbangan dalam segala aspek termasuk politik, ekonomi mahupun s osial. Sidang penonton yang penuh santun, Bicara saya yang pertama ialah insan be rintegiti negara dijulang. integriti membawa maksud nilai kejujuran dan keperibad ian yang luhur menjadikan negara dipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masayarakat yang memahami nilai-

nilai kemanusiaan yang harus menjadi amalan bagi mementuk insan cemerlang. Sebag ai warganegara Malaysia, saya sangat berbangga kerana rakyat negara ini sudah me mpunyai nilai integriti yang baik. Buktinya, apabila seorang pegawai TLDM iaitu Bakhri Shah Abdullah dari Kt Sultan Idris (1) Pengkalan Lumut yang dilaporkan ol eh akhbar Berita Harian pada 15 Jun 2009 telah menerima Pedang Kehormat Kesatuan Britannia dan beliau merupakan orang bukan British pertama menerima anugerah it u. Selain beliau, nilai integiti ini juga telah menjadikan rakyat kita antara us ahawan berjaya. Ku Azhar Ku Abd Razak merupakan bekas tentera dan kini beliau an tara usahawan berjaya negara dengan kejayaan membuka syarikat perusahaan feri te rbesar Malaysia iaitu JMV Tradetech. Kejayaan syarikat beliau juga telah memperk enalkan destinasi menarik Malaysia seperti Langkawi di peringkat global. Ini tel ah menunjukkan kepada kita bahawa insan berintegriti menjulang negara di peringk at antarabangsa. Sidang hadirin warga dewan budiman, Bicara saya yang kedua, ins an bersatu negara maju. Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamak an yang telah digagaskan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan b eberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysi a. Jika dahulu, timbulnya cakap-cakap belakang, Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya, tetapi kini perbezaan mentaliti berdasarkan etnik nyata di hapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, 1 Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama-sama berganding bahu menggembleng tenaga dalam membantu memastikan asp irasi negara iaitu wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari ra kyat dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Inilah yang kita inginkan, i nsan bersatu, masyarakat berpadu negara kita Malaysia pasti akan maju. Bicara saya yang ketiga Insan kreatif dan inovatif meningkatkan produktiviti. Saba n tahun kita melihat betapa besarnya peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan ter hadap institusi pendidikan dalam usaha untuk memantapkan lagi medan pendidikan n egara seterusnya berjaya melahirkan modal insan yang bakal menerajui negara. Hal ini kerana, dalam dunia yang penuh cabaran ini, seseorang individu perlu mengol ah

sesuatu yang baru dan segar berdasarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain yang ingin dibentuk dalam modal insan hari ini. Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, pe lajar PHD dalam bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumka n nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005 . Insan yang kreatif dan inovatif inilah yang akan memacu kepesatan negara Malay sia agar berjaya mengharungi arus globalisasi yang melanda seharusnya berdiri sa ma tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain. Bicara saya yang ke empat. Insan berilmu meningkatkan kualiti insani. Hakikat dan lumrah kehidupan, ma syarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi diberi keutamaan dan penghormata n. Sejarah pembinaan tamadun dunia telah membuktikan bahawa keagungan sesebuah t amadun dapat diukur melalui tahap keintelektualan dan nilai integriti masyarakat tamadun tersebut. Alkhawarizmi, tokoh yang cukup ulung dalam bidang matematik. Hasil kajian beliau telah menjadi asas kepada teori trigonometri. Tokoh barat, P rofessor Hitti sangat menyanjung beliau dan menganggap tokoh Islam itu antara sa intis ulung dunia. Selain itu juga, saya bawakan contoh-contoh pelajar Cemerlang SPM kita, Nuramalina Che Bakri, Nadiah Amirah Jamil, Azali Azlan dan adik Nik N ur Madihah yang merangkul kejayaan cemerlang dalam SPM membuktikan insan berilmu meningkatakan kualiti diri yang unggul sekaligus mampu memberi sumbangan besar kepada negara ke arah kegemilangan. Tuntasnya, insan cemerlang adalah insan yang memiliki nilai dan sikap yang maju dan ke hadapan dalam membina dan mencanai ne gara ke arah kegemilangan yang sejagat. INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG SALAM IN TEGRITI Sekian w.b.t. MUHAMMAD SOLEHUDDIN B HJ ABDUL RONI IPGM KAMPUS DARULAMAN TEKS PIDATO IPGM KEBANGSAAN PIALA DATIN ASARIAH MIOR SHAHARUDDIN TIM. KETUA PENG ARAH PELAJARAN MALAYSIA 28-30 JULAI 2009

You might also like