Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TANGGAM TANGGAM TEMU Tanggam temu paling mudah dan senang untuk dibuat dan digunakan untuk membina

a tetingkat rak atau kotak

Membina dan mencantum bahagian kayu menggunakan tanggam temu : 1. Ukur dan tandakan bahan dengan ukuran yang dikehendaki

2. Potong bahan dengan gergaji putting

3. Uji kepersegian dan kerataan hujung bahan dengan sesiku L

4. Sapukan glu di bahan, cantum dan pakukan

5. Uji semula kepersegian tanggam temu dengan menggunakan sesiku L

PENGENALAN

Bahan bantuu mengajar adalah bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Pada masa kini kita dapat hampir kesemua guru menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang bersesuaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidak lagi seperti dulu yang hanya menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang biasa digunakan ialah komputer dan LCD. Namun begitu, tidak semua tajuk sesuai menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Tambahan pula, mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang melibatkan amali. Oleh itu, bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud lebih sesuai untuk digunakan. Selain itu, kuantiti yang terhad kepada setiap sekolah boleh menimbulkan masalah kepada guru untuk menggunakannya LCD sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

OBJEKTIF

Dalam menghasilkan bahan bantu mengajar ini, terdapat beberapa objektif yang dijadikan panduan. Antaranya ialah :

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar melakukan kerja-kerja pertukangan. 2. Penghasilan produk baru melalui rekabentuk ini dapat menjana minda menghasilkan produk yang berguna serta boleh diaplikasikannya. 3. Penghasilan produk baru juga memerlukan pelajar melakukan kajian yang terperinci seperti mencari dan meneroka maklumat dan seterusnya.menggalakkan pelajar berusaha sedaya upaya menghasilkan produk yang terbaik. 4. Projek yang dihasilkan akan menyumbang dan memberi manfaat dan kebaikan kepada banyak pihak. 5. Memberi pengalaman dan juga pengetahuan yang berguna kepada pelajar dalam kemahiran pertukangan dan juga seni lukis. 6. Dapat mengembangkan bakat dan idea yang sedia ada dalam diri pelajar untuk hasilkan sesuatu yang berguna dan berfaedah.

MATLAMAT

Matlamat projek yang saya cuba siapkan ini adalah untuk memberi suatu konsep baru kepada guru untuk menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar dalam tajuk kit model. Rekabentuk bahan bantu mengajar yang lebih moden sesuai dengan peredaran masa. Ini juga akan menggambarkan pelajar kini perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan memerlukan perubahan dari semasa ke semasa. Dengan ini juga, kita dapat mencungkil bakat-bakat baru bagi terus menerokai dunia rekacipta ini, dengan mengemukakan idea-idea yang baru dan bagus untuk dijadikan tambahan, kebaikan kepada sesuatu bahan bantu mengajar diubahsuai mahupun ciptaan terbaru. Bahan bantu mengajar ini juga membolehkan guru-guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup boleh menggunakannya kerana bahan yang digunakan mudah didapati dan juga harga yang berpatutan. yang ingin

NILAI

Adalah cara dan peranan suatu reka bentuk itu membuat kerja. Satu hasil reka bentuk dianggap bejaya jika ia dapat berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Namun begitu timbul persoalan adakah produk atau sistem yang direka bentuk mempunyai satu fungsi tunggal sahaja atau satu set fungsi pelbagai. Fungsi utama produk itu juga mestilah jelas.

PERSEKITARAN Keadaan persekitaran banyak mempengaruhi keselesaan pelajar. Oleh itu, saya mereka bahan bantu mengajar yang

sesuai untuk digunakan di dalam bilik Kemahiran Hidup mahupun di dalam bilik darjah.

EKONOMI Satu produk yang direka bentuk harus mempunyai nilai ekonomi. Kos produk yang direka bentuk bergantung kepada jenis

bahan yang digunakan. Saya menggunakan bahan yang mudah didapati dan kos yang digunakan adalah berpatutan.

ERGONOMIK Ergonomik adalah kajian saintifik tentang perhubungan antara manusia dengan persekitaran kehidupannya. Ergonomik

berkait rapat dengan keselesaan manusia dan kemudahan penggunaan satu alat, barang atau bahan. Suatu produk yang direka bentuk perlu mengambil kira faktor ergonomik daripada aspek-aspek: 1. Saiz Saiz bahan bantu mengajar yang saya reka adalah sederhana iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Bahan bantu mengajar yang saya hasilkan mudah untuk dilihat kerana warnanya bahagian luarnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang. Pada bahagian dalam pula, terdapat beberapa warna yang dapat menarik minat murid untuk melihatnya. 3. Sentuh Bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh saya tidak mendatangkan bahaya kepada pelajar dan guru kerana permukaannya tidak kasar. 2. Penglihatan

ESTETIKA Merupakan nilai keindahan suatu barangan pada pandangan manusia. Nilai estetika suatu produk terletak pada rupa,

bentuk dan sifat-sifat fizikal lain. Manusia secara semulajadinya meminati dan menggemari sesuatu yang indah dan cantik. Unsur-unsur estetika yang boleh diterapkan dalam reka bentuk termasuklah: 1. Warna - Saya menggunakan pelbagai jenis warna kerana warnanya menarik dan sesuai untuk menarik minat pelajar. 2. Bentuk - Saya memilih reka bentuk ini kerana kerja-kerja memproses bahan bantu mengajar tersebut agak mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk menyiapkannya KESELAMATAN Aspek keselamatan tidak boleh diabaikan sama sekali dalam mereka bentuk suatu produk. Produk yang direka bentuk mestilah selamat untuk semua peringkat umur manusia. Produk yang saya hasilkan adalah selamat digunakan dan tahan lama.

KEMASAN AKHIR

Kertas pasir Kertas pasir sering digunakan dalam proses awal untuk kemasan. Kertas pasir juga digunakan untuk melicinkan permukaan bahan projek. Cara penggunaan kertas pasir mestilah dengan cara yang betul. Jika tidak, ia akan merosakkan ira kayu.

PENYATAAN MASALAH

KAYU Terdapat pelbagai masalah yang timbul semasa projek dijalankan. Antara masalah-masalah yang timbul adalah kayu yang kurang sesuai. Kebanyakan kayu kurang tahan lama dan adakalanya mudah pecah apabila dipaku. Setelah meneliti serta mendapat nasihat daripada rakan rakan saya telah bertukar daripada kayu kepada papan lapis kerana ia lebih ringan dan mudah untuk dipaku serta mudah untuk dikerjakan

PENYAMBUNGAN Selain daripada menggunakan tanggam saya juga menggunakan paku serta gam untuk membentuk sambungan. Dimana dalam proses memaku ukuran serta kedudukan bahagian produk hendaklah tepat supaya kecacatan pada sambungan serta produk dapat dielak

KEMASAN

Dalam proses kemasan proses untuk mengelaskan serta melicinkan permukaan pada produk memakan masa yang lama dan proses ini terpaksa dilakukan secara manual. Masa yang lama diperlukan menyebabkan masa untuk melakukan kerja lain terpaksa dipinda.

You might also like