Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Refleksi Pada hari Jumaat bersamaan 26 April 2013, sebahagian dari kelas PISMP Januari 2013 iaitu kelas

BI (SK) 1,2,3,4 dan BC (SK) , serta PK (MP) 2 telah di jemput menyertai program mata wang anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bank Negara Malaysia Cawangan Kuching. Program ini telah dijalankan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce dan disampaikan oleh penceramah dan pekerja dari Bank Negara Malaysia cawangan Kuching. Antara penceramah yang terlibat dalam program tersebut ialah Puan Nor Hatta yang merupakan pegawai dari Bank Negara Malaysia, Puan Margaret selaku pegawai dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Encik Lotfi Ismail iaitu pagawai dari LINK dan Pejabat Wilayah. Program ini telah dibahagikan kepada tiga sesi iaitu, ciri-ciri keselamatan mata wang Malaysia , insurans dan skim cepat kaya dan yang terakhir ialah pengurusan kewangan dari AKPK yang merupakan jabatan yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat kepada orang awam yang memerlukan khidmat nasihat untuk menguruskan kewangan.khidmat ini adalah percuma kepada semua rakyat Malaysia. Pelbagai ilmu baru telah saya perolehi hasil ceramah hampir 3 jam itu.

1. ( Puan Hatta sedang menerangkan isi kandungan ceramah beliau ) Melalui sesi ceramah yang pertama oleh Puan Hatta, saya telah mengetahui tentang tempoh sesebuah Negara perlu menukar mata wang mereka iaitu setiap 15 tahun sekali dan jumlah bilangan Malaysia menukar duit syiling dan duit kertasnya. Saya juga didedahkan tentang ciri ciri keselamatan yang terdapat di dalam mata wang Negara kita seperti dakwat timbul dan sebagainya. Saya telah mencuba sendiri alat untuk mengesan wang palsu dan ia juga boleh digunakan pada kad pengenalan Malaysia.

2. ( Alat yang digunakan untuk mengenal pasti wang palsu.) Pada sesi kedua, kami telah diterangkan oleh Encik Lotfi Bin Ismail dari Jabatan LINK Bank Negara yang banyak menerima aduan dan membantu rakyat yang terlibat dengan skim cepat kaya. Mereka juga berkhidmat menerangkan fungsi-fungsi setiap pakej atau skim yang dijalankan oleh bank bank yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Dia telah menerangkan dengan terperinci apa yang perlu dilakukan jika kita terjumpa wang palsu dan perkara-perkara berkaitan dengan skim cepat kaya yang haram di sisi undang-undang.

3. (Encik Lotfi dari Jabatan LINK Bank Negara Malaysia.) Sesi ketiga diteruskan oleh puan Margaret dari jabatan AKPK. Ia telah ditubuhkan dari tahun 2006 menyedari ramai belia malaysia di bawah usia 30 tahun diisytiharkan muflis. Muflis dikeluarkan setelah seseorang itu gagal membayar balik hutang kredit sekurang kurangnya 30 ribu ringgit. Beliau juga telah menerangkan secara ringkas cara cara pengurusan wang yang umum dan sangat membantu dan berharap jika sesiapa yang ingin mengikuti lebih lanjut sesi ceramah pengurusan ceramah bolehlah ke jabatan AKPK kerana perkhidmatan ini disediakan secara percuma. Kesimpulannya, program ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada saya. Ilmu pengetahuan baharu yang dipelajari akan dapat saya praktikkan dengan penuh manfaat pada masa hadapan khususnya apabila telah bergelar seorang guru kelak.

You might also like