Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PENGENALAN Definisi Pendidikan Khas Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak

yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982) Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luarbiasa. (Gearhart dan Weishahn,1980)

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia Pendekatan Baru Difinisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan khas seperti berikut :-

kebolehan kognitif perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial penguasaan bahasa lisan / pertuturan pengusaan membaca kemahiran matematik kemahiran pertumbuhan asas manusia kemahiran berdikari kemahiran keusahawanan kebolehan penglihatan kebolehan pendengaran

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,nsemua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yangdirekabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yangberkeperluan khas . Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah(Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khasmenyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi olehseseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran stigmadiberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagaimalas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaandalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru. Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanakkanakberkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategor iseperti di bawah; KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS; KURANG UPAYA PENDENGARAN KURANG UPAYA PENGLIHATAN KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL) KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN KURANG UPAYA PEMBELAJARAN GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU PINTAR CERDAS A. DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut: 1. kebolehan kognitif 2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial

3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan 4. penguasaan membaca 5. kemahiran perkembangan (developmental skills) 6. kemahiran matematik

i. CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran: a. Ciri-ciri fizikal Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b. Ciri-ciri intelek Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

c. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanakkanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka. ii. RASIONAL Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi

pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

iii. MATLAMAT Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahirankemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

iv.OBJEKTIF Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka: 1. Menguasai kemahiran komunikasi 2. Menguasai kemahiran bergaul 3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling 4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri 5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif 7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni 10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek

v.SASARAN a. Murid-murid terencat akal ringan yang: Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Tiada kecacatan fizikal yang teruk

Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia Autisme Bermasalah komunikasi Sukakan rutin Berada di dunia sendiri Ekolalia Cederakan diri sendiri Kompulsif tanpa tahu kesan Tidak suka bergaul Tidak ada tentangan mata Kerencatan bahasa Masalah kefahaman Tidak suka disentuh Bermasalah interaksi social Pergerakan berulang-ulang Palsi Serebrum Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan Masalah pergerakan

Masalah postur Kekejangan Pergerakan tidak terkawal Masalah imbangan badan Masalah komunikasi Masalah motor halus/kasar Masalah tulisan Masalah perkembangan motor halus/kasar Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Kecelaruan suara Masalah artikulasi Masalah kelancaran Sindrome Down Gangguan Penumpuan ADHD Lambat menyiapkan tugasan Mudah terganggu Masalah kosentrasi Masalah mengurus tugasan Cepat lupa Impulsif

Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu Memerlukan pengawasan yang lebih Masalah menunggu giliran Hiper Aktif Tidak boleh duduk diam Impulsif Tumpuan perhatian singkat Suka ganggu orang lain Bermasalah Pembelajaran Pintar cerdas dan Berbakat Keupayaan umum yang istimewa Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

MASALAH PEMBELAJARAN a. LEMBAM ( SLOW LEARNER ) Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan Walaubagaimana pun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas diperingkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan pemasalahan mereka dapat dikesan Menurut Messe(2001),keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah

dalam memberi perhatian,mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian,sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan B. DESLEKSIA Perkataan desleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu dys yang bermaksud kesukaran dan lexia yang bermaksud perkataan. Maka ini memberi maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Disleksia di definasikan ketidakupayaanmemperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis danmengeja(Sanders dan Myers.1996). Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitudisleksia visual melibatkan deria penglihatan,disleksia melibatkan pendengaran dandisleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran. Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan.pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di manamereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan Semasa membaca pula, mereka sering berpura-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah; Keliru kedudukan perkataan Pembalikan perkataan Keliru b.inggeris dengan b.melayu Penambahan huruf Kependekan perkataan Pembalikan huruf dalam perkataan

PINTAR CERDAS Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi didalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dantelah menguasai pengajaran guru. Menurut Ross(1993),definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenalpasti semasa pra sekolah,sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanakyang sebaya dengan mereka,sama pengalaman dan persekitaran. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek,seni dan mempunyai kepimpinanyang luar biasa Perkembangan kanak-kanak

cerdas pintar ini menunjukkan cirri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanakkanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat.Kanak-kanak ini boleh merancang,memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.Dari segi emosi,mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitive

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK DISLEKSIA

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; a)Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m nc e p q h n b d Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv b)Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanakkank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti; Batu tuba Gula - lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut; pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut; Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem cat - cat c)Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas

kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. d)Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut; 35-89-6 i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya. b)Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. c)Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi d)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa f)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni h)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik i)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri j)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

B. MASALAH KOMUNIKASI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS Definisi Komunikasi ialah satu proses di mana informasi dipindahkan di antara dua atau lebih individu. Komunikasi melibatkan mana-mana tingkah laku perlakuan sama ada disengaja atau tidak disengaja dan mempunyai maksud terhadap seseorang mengenai emosi atau fisiologi seseorang (Dunst, Lowe & Bartholomew 1990). Komunikasi melibatkan dua hala iaitu orang yang memberi isyarat dan orang yang mentafsir isyarat. Komunikasi mempunyai dua bentuk iaitu, lisan dan bukan lisan. Terdapat empat elemen dalam proses komunikasi iaitu penutur mesej, penerima mesej, hasrat bersama untuk komunikasi dan kaedah untuk berkomunikasi. Komunikasi boleh dilakukan dalam tiga bentuk iaitu auditori dengan menggunakan alat artikulasi seperti lidah, bibir, gusi, lelangit dan sebagainya. Kemudian, boleh ditayangkan melalui visual grafik iaitu menggunakan gambar-gambar ataupun video. Yang ketiga melaluivisual gestural iaitu menggunakan pergerakan badan dan muka ataupun bahasa badan. Manakala, bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk berkomunikasi berbahasa atau pengeluaran perkataan. Menurut Heward, W.I & Orlansky, M.D (1980), Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala, menurut Bloom & Lahey (1978) Bahasa ialah pengetahuan menggunakan simbol untuk menggerakkan idea dan pendapat. Penggunaan bahasa membolehkan kita menggenalkan sesuatu objek, peristiwa atau peristiwa tanpa (reproducing) penghasilan semula. Bagi ahli linguistik pula, definisi bahasa haruslah ditinjau dari sudut struktur dan fungsinya. Bloch dan Trager misalnya mentakrifkan bahasa sebagai satu system lambang pertuturan yang arbitrari digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama. Dengan definisi ini jelaslah bahawa bahasa itu adalah pertuturan. Ini bersesuaian dengan pendapat Fries yang mengatakan bahawa

85% daripada bahasa digunakan adalah pertuturan. Bahasa tulisan adalah bahasa juga, tetapi dianggap sebagai secondary language. Di dalam pertuturan terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu pertuturan merangkumi aspek-aspek perkataan, rangkai kata, ayat, bunyi, intonasi, hentian, tekanan, nada dan sebagainya yang tidak tergambar secara jelas melalui tulisan. Dengan demikian, kajian bahasa menjadikan pertuturan sebagai data utama di samping juga bahan bertulis

KANAK -KANAK AUTISTIK DEFINISI


Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi. Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanakkanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma Autism Spectrum Disorder).

i .Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does Television Cause Autism? menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme. Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan

ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan. Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk Pencegahan Autis Pada Anak, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi. Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:

Autistic disorder (juga dikenali sebagai Klasik Autisme) Sindrom Asperger (juga dikenali sebagai Atypical Autism) Pervasive Developmental Disorder (tiada spesifikasi tertentu)

*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.) Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran. Tanda-tanda bagi Autisme. Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme: 1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau. 2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. 3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih

merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri saya. Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

ii. CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME Komunikasi dan Bahasa Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut. Kognitif Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.

Interaksi Sosial Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

Ganguan Emosi Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif. Perangai dan Sikap Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.

Kesan Sentuhan Fizikal Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut. iii. IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau

perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan. Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya? dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi. Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah. Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut. Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

C. APAKAH TINGKAHLAKU BERMASALAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ? Definisi Masalah Tingkahlaku Robert H Woody. The School and the Behavioral Problem Child Semua tingkahlaku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanakkanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan dengan oranglain

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

i. Disruptif (mengganggu)Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

ii. Pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri. iii. Agresif

Tingkah laku agresif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya. iv. Distruktif Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. v. Kebimbangan Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .

vi. Pengasingan diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. vii. Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan. viii. Enggan ke sekolah

RUJUKAN http://www.scribd.com/doc/44294265/Definisi-Dan-Konsep-Pendidikan-Khas http://mfz69.tripod.com/PK01.htm


http://ruhanaa115497.blogspot.com/2010/02/definisi-kanak-kanak-bermasalah.html http://yushazwani.blogspot.com/2010/08/apakah-tingkah-laku-bermasalah-kanak.html http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/masalah-bahasa-dan-komunikasi-kanak.html

http://faqihufiddin.blogspot.com/2009/02/kanak-kanak-autisme-ciri-ciri-dan.html

You might also like