Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Garis Panduan Pengurusan Kokurikulum

Sunday, 23 May 2010 17:36 Written by Admin SMK Batu Kawa

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. Aktiviti pada hari Isnin, Selasa,Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu Bagi aktiviti yang bukan program khas sekolah , tidak boleh dijalankan pada hari lain kecuali mendapat kebenaran khas daripada pihak pengurusan sekolah. 2. Jurulatih untuk Kelab, Persatuan , Kelab Sukan & Permainan dan Pasukan Badan Beruniform Khidmat jurulatih dan fasilitator ( jika diperlukan ) mesti mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. 3. Peserta Luar & Penyertaan Luar Mana-mana Persatuan, Kelab dan Pasukan Badan Beruniform tidak dibenarkan mengundang peserta-peserta dari sekolah lain atau menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah lain melainkan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. 4. Perancangan aktiviti 4.1 Semua perancangan aktiviti besar mesti dibuat beberapa minggu lebih awal. 4.2 Jika perkhemahan yang dijadualkan di luar sekolah dibatalkan, aktiviti tersebut tidak boleh diadakan pula di sekolah melainkan dengan persetujuan pihak pentadbir. 4.3 Guru Penasihat mestilah bersama-sama dengan murid dalam membuat perancangan dan menjalankan sebarang aktiviti . 4.4 Kegagalan mematuhi arahan yang telah ditetapkan akan menyebabkan Kelab / Persatuan / Pasukan Badan Beruniform tersebut diambil tindakan . 5. Prosedur membuat permohonan untuk aktiviti-aktiviti besar seperti lawatan 5.1 Untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan, protokol yang perlu diikuti adalah seperti berikut; 5.2 Surat kebenaran untuk mengadakan aktiviti di luar jadual biasa ( jika ada ) hendaklah ditandatangani oleh Penolong Kanan Kokurikulum dan ditunjukkan kepada guru yang bertugas pada hari tersebut. 5.3 Semua aktiviti termasuk aktiviti bermalam hanya dibenarkan dengan kebenaran Pengetua dan kawalan guru. 5.4 Keadaan sekolah mestilah bersih selepas aktiviti selesai.

6. Buku Laporan Aktiviti Mingguan Buku ini adalah hak sekolah, hanya boleh disimpan oleh Guru Penasihat dan diletakkan di pejabat. Murid tidak dibenarkan membawa balik buku ini untuk membuat laporan. Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat supaya senang dirujuk sekiranya perlu. 7. Surat kebenaran ibu bapa 7.1 Sebarang aktiviti-aktiviti lawatan, perkhemahan serta yang melibatkan aktiviti di luar sekolah mestilah dimaklumkan secara bertulis kepada ibu bapa / penjaga . Surat dari pihak sekolah kepada ibu bapa / penjaga perlu diisi dalam satu salinan dan dihantar kepada ibu bapa / penjaga .

7.2 Keratan / slip kebenaran ibu bapa hendaklah diisi dalam satu salinan untuk aktiviti-aktiviti ini . 7.3 Pastikan keratan / slip kebenaran ini dikutip sebelum pelajar dibawa keluar / aktiviti dijalankan . 8. Peraturan Berpakaian Murid hanya dibenarkan memakai pakaian berikut untuk aktiviti kokurikulum; (i) Pakaian sekolah ( untuk aktiviti persatuan / kelab berbentuk indoor) ( ii) T-shirt rumah sukan sekolah // t-shirt putih ( aktiviti sukan / permainan ) (iii) Seluar track-bottom sekolah berwarna hitam atau biru gelap (iv) Kasut sekolah / kasut sukan 1. Pakaian seragam pasukan badan beruniform ( penuh / separuh ) wajib pada setiap hari Rabu

9. Logo / Lambang Persatuan / Kelab / Kelab Sukan & Permainan Setiap persatuan digalakkan memperkenalkan logo tetap mereka yang mempunyai identiti sekolah dan diluluskan oleh pihak sekolah. 10. Latihan permainan Latihan permainan tidak boleh diadakan semasa kelas sedang diadakan melainkan mendapat kebenaran Tuan Pengetua sekolah. 11. Pengiktirafan wakil sekolah 11.1 Pelajar yang mewakili sekolah tidak boleh mempunyai rekod salahlaku atau ketidakhadiran yang tidak memuaskan . 11.2 Pelajar yang mempunyai rekod salahlaku ( atau ketidakhadiran yang tidak memuaskan) sebelum pertandingan diadakan, tidak akan dipilih sebagai wakil sekolah . 12. Tuntutan Nilai tuntutan berubah dari tahun ke tahun mengikut bajet semasa. 13. Kehadiran Guru Penasihat Guru Penasihat diminta menandatangani kehadiran mereka untuk setiap aktiviti Kokurikulum di Buku Kehadiran Guru Penasihat Kokurikulum yang ada di pejabat. 14. Pertandingan MSSM Kuching/ Luar Musim 14.1 Surat Kebenaran ibu bapa hendaklah diperoleh daripada pihak sekolah dan dilengkapkan serta ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga. Guru Penasihat hendaklah memastikan perkara ini dilaksanakan supaya tidak akan timbul sebarang kesulitan selepas aktiviti dijalankan. 14.2 Murid yang TIDAK mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dilarang mengambil bahagian. 14.2 Setiap pertandingan yang disertai hendaklah diuruskan dan disertai oleh Guru Pengiring selaku Pengurus Pasukan. 14.3 Guru Pengiring adalah bertanggungjawab kepada pelajar sebelum,semasa dan selepas pertandingan. Guru Pengiring hendaklah memastikan semua pelajar balik sebelum Guru Pengiring beredar.

15. Bayaran Tahunan Sebarang bayaran yang dikenakan adalah tertakluk kepada kelulusan anggota / ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan unit kokurikulum berkenaan . Nilai ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah. 16. Wang Persatuan / Kelab/ Pasukan Badan Beruniform / Kelab Sukan & Permainan dan Rumah Sukan 16.1 Semua wang persatuan / kelab / badan beruniform / kelab sukan & permainan / rumah sukan mesti dipegang oleh Guru Penasihat 16.2 Semua akaun kewangan hendaklah dikemas kini pada setiap hujung tahun dan lebihan wang hendaklah diserahkan kepada Penolong KananKokurikulum. 17. Stok barang persatuan / kelab / kelab sukan & permainan / rumah sukan Semua barangan yang dipunyai oleh unit-unit kokurikulum yang berkenaan mesti direkodkan stoknya serta dinyatakan tempat simpanannya . 18. Peringatan Semua perkara di atas hendaklah dijelaskan kepada AJK dan ahli Kelab / Persatuan / Badan Beruniform / Kelab Sukan & Permainan / Rumah Sukan pada mesyuarat pertama. Objektif / Matlamat & Senarai Tugas Bidang Kokurikulum

Objektif / Matlamat
1. Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam kelas dan peluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu. 2. Pembentukan sahsiah & konsep kendiri serta peningkatan disiplin di kalangan pelajar. 3. Peningkatan tahap kesihatan, kesejahteraan diri , kecergasan fizikal, penyemaian nilai murni & pembentukan insan berakhlak. 4. Penggunaan masa lapang yang berfaedah & bermakna serta pemupukan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara. 5. Pemupukan interaksi & integrasi kaum, minat serta kecenderungan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. 6. Integrasi sosial yang bermakna dan mengeratkan hubungan dengan peningkatan kerjasama antara sekolah , ibu bapa dan masyarakat. 7. Memperkembang dan meningkatkan kemahiran-kemahiran asas sesuatu permainan, persatuan akademik / kelab, rumah sukan dan badan beruniform. 8. Menyediakan peluang penggunaan masa lapang secara berfaedah serta mengelak jenayah remaja. 9. Pencapaian cemerlang dalam bidang sukan ke peringkat zon, negeri dan kebangsaan . 10. 10.Melahirkan pemimpin pelajar sebagai pelapis kepimpinan masa depan. Jawatankuasa Induk Kokurikulum 1. 2. 3. 4. 5. 6. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah : rancangan jangka panjang / jangka pendek Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon / negeri / kebangsaan. 7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah dan lain-lain kegiatan kokurikulum sekolah. 9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 10. Membuat anggaran perbelanjaan / peruntukan kewangan yang akan digunakan. 11. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

Tugas Setiausaha Sukan & Penolong Setiausaha Sukan ( Penyelaras Sukan / Permainan ) 1. 2. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSS Sarawak / MSSM. 3. Membantu Pengetua/PK Kokurikulum mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan. 4. Menetapkan dasar penempatan pelajar dalam rumah sukan. 5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. 6. Menyelaras penyertaan sekolah dalam akiviti luar sekolah 7. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan. 8. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan, gelanggang dan kemudahan sukan. 9. Menyediakan laporan lengkap semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran / rujukan / rekod. 10. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/PK Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. Tugas Penyelaras Persatuan / Kelab / Pasukan Badan Beruniform 1. 2. 3. 4. 5. Mengatur dan menyedia perjalanan persatuan akademik / kelab / badan beruniform. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. Menyelaraskan semua aktiviti. Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan diadakan setiap tahun pada tarikh yang telah ditetapkan. 6. Memastikan peraturan / perlembagaan direkod dan difailkan. 7. Menguruskan buku-buku kokurikulum. 8. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran / rujukan / rekod. 9. Mengumpulkan laporan tahunan untuk edaran / rujukan / rekod. 10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. Tugas Guru Persatuan / Kelab / Pasukan Badan Beruniform 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Membentuk AJK persatuan / kelab / badan beruniform . Memastikan aktiviti-aktiviti selaras dengan objektif sekolah. Memastikan adanya peraturan / perlembagaan. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam Perlembagaan. Merancang aktiviti tahunan bersama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan / kelab / badan beruniform. Membuat anggaran pendapatan / perbelanjaan. Mengurus kewangan dan hartabenda / peralatan persatuan / kelab / badan beruniform . Menentukan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan. Melaporkan kegiatan kepada Penolong Kanan Kokurikulum. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti / hari khas kokurikulum dan lainlain. Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil kepada JK.

Tugas Ketua Guru Rumah Sukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar) Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. Menjalankan mesyuarat agung & pemilihan AJK rumah sukan ; meliputi olahraga & permainan . Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil / pengawas dalam pertandingan peringkat sekolah. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / Penyelaras Rumah Sukan / Penyelaras Permainan / PK Kokurikulum . Memastikan laporan aktiviti rumah sukan untuk edaran / rujukan / rekod. Melaporkan pencapaian cemerlang pelajar untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

9) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa .

Tugas Ketua Guru Permainan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Menjalankan mesyuarat agung & membentuk jawatankuasa. Merancang aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual & takwim ko-kurikulum sekolah. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas . Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan yang disertai. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar. Menentukan peralatan dan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. Merancang aktiviti tahunan dengan S/U Sukan / Penyelaras Permainan . Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil tindakan untuk mempertingkatkannya. Melaporkan pencapaian cemerlang pemain / pasukan dalam zon / negeri / negara . Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Tugas Guru Rumah Sukan / Permainan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mengurus latihan rumah sukan / permainan pada hari yang ditetapkan. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan / permainan. Memilih dan melatih pasukan olahraga & permainan untuk Temasya Sukan Sekolah serta lainlain pertandingan . Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. Memastikan kedatangan pelajar direkodkan dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir. Mengawasi keselamatan pelajar semasa latihan. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar. Sentiasa berbincang dengan Ketua Guru Rumah Sukan / Ketua Guru Permainan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan / permainan .

You might also like