Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BIODATA

Nama No. KP Kelas Alamat Rumah

: Nor Ashifa Binti Md Nozmi : 900423-02-5052 : PISMP PK(BM)/PJ : No 39, Kampung Hilir Tandop, Mukim Kubang Rotan, 06250 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Alamat Kolej

: 4005, Taman Siswa 2, Bandar Baru Darulaman, 06000 Jitra, Kedah

No. Telefon Hobi Prinsip Hidup

: 019-4706185 : Membaca novel. : Jangan sesekali cepat berputus asa.

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG)

Khidmat Masyarakat (Gotong-Royong Perdana)

PISMP semester 3 telah menjalankan Bina Insan Guru (BIG) khidmat masyarakat pada semester ini dengan melakukan aktiviti gotong-royong perdana pada 23 Februari 2011 bersamaan hari Rabu di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Aktiviti ini melibatkan semua warga IPG Kampus Darulaman yang telah dikelolakan oleh semua pelajar PISMP semester 3 ambilan Januari 2010. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan semua pelajar dikehendaki berhimpun di hadapan bangunan pentadbiran untuk menerima ucapan oleh Pengarah serta sedikit taklimat sebelum menjalankan gotong-royong. Pembahagian tugasan telah

dilakukan semasa taklimat berlangsung. Bagi kelas PISMP semester 3 PK(BM/PJ) atau dikenali sebagai PK2 telah ditugaskan untuk membersih dan mengendalikan gotong-royong di kawasan Kafe Kantan, kawasan parking sebelah Kafe Kantan dan kawasan sekitar bangunan pentadbiran bersama-sama pelajar daripada beberapa kelas PISMP Semester 5.

Setelah selesai taklimat, semua pelajar telah bergerak ke kawasan yang telah ditugaskan untuk dibersihkan. Kami juga telah bergerak ke kawasan yang dinyatakan dan turut mengambil alatan di stor sebelum menjalankan gotong-royong. Kami telah membersihkan kawasan sekitar Kafe Kantan, kawasan parking dan kawasan sekitar bangunan pentadbiran dengan menyapu segala daun-daun kering yang bertaburan dan dihimpunkan di satu kawasan sebelum dimasukkan ke dalam lori setelah penuh. Kami juga turut membuang ranting-ranting besar yang membahayakan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Terdapat juga pelajar yang turut membuang segala sampah sarap dari dalam longkang walaupun baunya yang tidak menyenangkan untuk memastikan aliran air yang digunakan dari Kafe Kantan mengalir dengan lancar dan tidak tersumbat.

Pada pukul 10.30 pagi, kami telah berhenti berehat sebentar sebelum menyambung kembali gotong-royong tersebut. Kami berehat di Kafe Lawang sambil minum air untuk menghilangkan kepenatan. Sejam kemudian, kami telah menyambung kembali tugasan kami tetapi disebabkan kawasan yang dibersihkan tersebut telah bersih dan tidak lagi terdapat kerja yang perlu dilakukan, kami telah dibenarkan untuk pulang lebih awal sedikit untuk berehat dan solat Zohor. Sebelum pulang kami telah bergerak menuju ke Kem Sri Banai untuk menjamu selera.

Pada pukul 2.00 petang, hanya pelajar dari PISMP semester 3 saja dikehendaki hadir kembali untuk meneruskan BIG tersebut mengikut waktu yang telah ditetapkan. Setibanya kami pada waktu tersebut, kami telah berkumpul di hadapan masjid An-Nur sebelum diberikan tugasan. Selepas sedikit taklimat, kami telah bergerak ke hadapan pintu pagar IPG Kampus Darulaman untuk membantu menghias dan mencantikkan kawasan hadapan pintu pagar tersebut. Terdapat pelajar yang dikehendaki untuk memindahkan batu kecil ke kawasan tersebut. Terdapat pula pelajar yang membantu meratakan batu yang telah di pindahkan tersebut supaya kelihatan kemas. Pintu pagar utama dan pagar di sekitarnya juga turut dicat kembali oleh sekumpulan pelajar agar kelihatan lebih cantik.

Selepas sejam melakukan tugasan, kami berehat sebentar sambil menunggu batu-batu besar dihantar. Namun, batu-batu tersebut tidak juga dihantar sehingga pukul 4.00 petang. Disebabkan masa yang diperuntukkan untuk kami sudah mencukupi bagi Bina Insan Guru (BIG) khidmat masyarakat pada semester ini, kami telah dibenarkan pulang pada pukul 4.00 petang oleh pensyarah yang terlibat selepas waktu tersebut.

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat mengikuti program khidmat masyarakat Bina Insan Guru (BIG) yang dijalankan mengikut beberapa peringkat di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman pada 23 Februari 2011 yang lalu. Pelbagai cabaran, dugaan dan pengalaman yang telah saya perolehi ketika mengikuti program khidmat masyarakat ini. Walaubagaimana sukarnya menjalani aktiviti ini, namun segala manfaat dan faedah telah saya perolehi sepanjang berada dalam menjalani aktiviti khidmat masyarakat tersebut. Program BIG ini merupakan sebuah program yang diwajibkan kepada semua pelajar ambilan Januari 2010 tidak mengira kaum dan agama. Ketika menjalani program BIG ini, saya mendapati terdapat banyak kelebihan dan kekurangan yang dapat dilihat. Antara kebaikan tersebut ialah program ini dapat memberikan saya pengetahuan baru dalam kerjaya saya sebagai seorang guru. Selain itu, saya juga turut memperoleh pengalaman serta kemahiran yang berguna pada masa kini dan juga pada masa akan datang. Segala aktiviti yang dijalankan juga telah dapat membantu membina jati diri saya sebagai seorang guru secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri yang mantap dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tambahan pula, ikatan persahabatan dan persaudaraan dapat dikukuhkan lagi antara saya dengan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan daripada kelas lain. Namun, di sebalik kekuatan atau kebaikan mesti akan terdapat kelemahan dalam sesebuah program tersebut. Antara kelemahannya ialah terdapat individu yang mengambil peluang melepaskan tanggungjawab ketika melakukan gotongroyong atau lebih dikenali juga sebagai individu yang goyang kaki melihat orang lain melakukan pekerjaan. Selain itu, masa yang diperuntukkan terlalu lama untuk membersihkan sesuatu kawasan. Misalnya, tugasan yang dilakukan oleh kami di sekitar kawasan Kafe Kantan adalah tugasan yang mudah dan tidak banyak tugasan yang perlu dilakukan. Di atas faktor kelemahan program inilah, beberapa penambahbaikan dapat dilakukan. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan

memastikan setiap ahli melakukan tugas masing-masing agar tidak terdapat individu
6

yang mengambil kesempatan atas peluang yang ada serta kerjasama juga dapat dijalinkan dengan lebih baik lagi pada masa-masa akan datang. Selain itu, sediakan penjadualan aktiviti yang teratur dan tersusun agar sesuatu aktiviti dijalankan tidak akan mengalami sebarang masalah dan menepati masa. Kesimpulannya, saya berharap pengalaman, kebaikan, kelemahan serta dugaan yang ditempuhi oleh saya sepanjang mengikuti program BIG ini akan menjadi satu kenangan serta pengetahuan yang baru kepada saya supaya saya dapat mempraktikkannya dan diaplikasikan dalam melahirkan pendidik yang berkualiti sepanjang kerjaya saya sebagai seorang guru setelah saya menamatkan pengajian di sini. InsyaAllah.

You might also like