Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Kuliah 03 Buku Teks

PENGENALAN Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Beberapa pengertian tentang buku teks: UNESCO A textbook is a book which an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil-book-teacher situation. Cambridge International Dictionary of English A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject. Altbach (1987) Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries. Gopinathan (1983) Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas dalam bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bahan bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa ini. Dent (1955) Buku teks ialah alat perniagaan yang penting dan sukar diganti dengan alat lain. ANATOMI BUKU TEKS Sesebuah buku secara umumnya mempunyai empat bahagian iaitu: a. Bahagian kulit buku b. Bahagian awalan c. Bahagian teks (kandungan) d. Bahagian akhiran

Kuliah 03 Buku Teks

Maklumat yang dipaparkan pada setiap bahagian buku berdasarkan spesifikasi buku teks mata pelajaran berkenaan. Bahagian Kulit Buku Kulit Buku Teks terdiri daripada 3 bahagian, iaitu kulit depan, kulit belakang dan tulang belakang. Setiap bahagian memaparkan maklumat seperti: Kulit Depan a. Bahagian luar kulit depan mengandungi: Judul Buku

Nama penulis/penyusun/penterjemah Logo penerbit

b. Bahagian dalam kulit depan mengandungi:

Rukun Negara

Kulit Belakang a. Bahagian luar kulit belakang mengandungi: Harga buku


Berkod Nombor ISBN (International Standard Book Number) Perkataan 'Tidak Boleh Dijual' untuk buku teks Simpanan Buku Teks

b. Bahagian dalam kulit belakang mengandungi:

Akad dan Cop SPBT

Tulang Belakang Logo KPM Judul buku


Logo penerbit Buku yang kurang 96 halaman tidak mempunyai maklumat pada tulang belakang buku

Bahagian Awalan Secara umumnya bahagian awalan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai halamanhalaman berikut: Halaman judul i. Judul buku 2

Kuliah 03 Buku Teks


ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Nama penulis/penyusun/penterjemah Nama editor Nama ilustrator Nama pereka bentuk Logo dan nama penerbit Tahun terbitan Perkataan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Menengah

Halaman hak cipta i. Cap nombor siri perakuan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia ii. Nombor ISBN (International Standard Book Number) iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Tahun terbitan pertama Simbol hak cipta Maklumat hak cipta Nama dan alamat penerbit yang lengkap Nama pengatur huruf Maklumat jenis dan saiz muka taip Nama dan alamat pencetak

Halaman penghargaan Mengandungi teks penghargaan kepada pemilik hak cipta bahan dalam buku atau pihak yang memberi sumbangan kepada penerbitan buku berkenaan. Halaman kandungan Mengandungi senarai kandungan buku berkenaan mengikut turutan dimulai bahagian awalan, kandungan, dan akhiran beserta rujukan halalan. Halaman kata penghantar Mengandungi teks Kata Penghantar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Halaman pendahuluan Mengandungi maklumat tentang tujuan penerbitan, latar belakang penerbitan dan penekanan penting dalam penggunaan buku berkenaan. 3

Kuliah 03 Buku Teks

Bahagian Teks (Kandungan) Bahagian bahan teks atau kandungan buku yang disusun mengikut bab, tajuk dan sub tajuk mengikut keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran berkenaan.

Bahagian Akhiran Secara umumnya bahagian akhiran mengandungi maklumat-maklumat untuk halaman-halaman berikut:

Lampiran terpilih Lampiran menyampaikan maklumat tambahan seperti carta, jawapan kepada soalan-soalan dan perkara-perkara lain yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Glosari Mengandungi senarai istilah beserta takrifnya yang disusun mengikut abjad. Senarai rujukan Senarai bahan rujukan termasuk bahan laman web yang digunakan dalam penerbitan buku dan disusun mengikut abjad. Indeks Perkataan baru yang dipelajari dalam buku berkenaan nombor halaman yang berkenaan.

Kuliah 03 Buku Teks

PROSES PENERBITAN BUKU TEKS Setiap buku teks telah melalui beberapa peringkat proses penerbitan dalam penghasilannya. Peringkat-peringkat dalam proses penerbitan buku teks dijelaskan seperti berikut:

Manuskrip Bahan bertulis yang telah disediakan oleh penulis. Manuskrip mengandungi perkara-perkara berikut: i. ii.

Teks yang lengkap, mantap dan sempurna. Cadangan bahan grafik yang telah disusun secara berurutan serta lengkap, mantap, sempurna dan menepati spesifikasi buku. Brif bahan grafik yang lengkap, mantap dan jelas. Plot bahan grafik, mantap dan jelas. Keselarasan dari segi bentuk, format, tajuk utama, tajuk kecil dan sub tajuk, penggunaan ikon, flag post, anekdot, penyendal dan bahan tambahan.

iii. iv. v.

Kuliah 03 Buku Teks


Pruf Muka Surat Bahan yang telah diatur huruf dan direka letak serta dipersembahkan bersama bahan grafik seperti halaman sebenar buku. i. Teks yang diatur huruf lengkap, mantap dan sempurna. ii. Bahan yang telah disusun dengan reka bentuk yang lengkap, mantap dan sempurna serta menepati spesifikasi buku. iii. iv. v. Bahan grafik dalam hitam putih yang lengkap, mantap dan jelas. Gambar foto yang lengkap, mantap dan jelas. Keseluruhan dari segi bentuk dan format, tajuk utama, tajuk kecil dan sub tajuk, penggunaan ikon, flag post, penyendal dan bahan tambahan (jika ada).

Naskhah Sedia Kamera Naskhah Sedia Kamera (NSK) ialah pruf muka surat yang telah diatur huruf dan dipersembahkan dalam reka bentuk dan teka letak halaman yang lengkap serta sedia untuk difilem. Ciri-ciri NSK adalah seperti berikut: i. Teks yang lengkap, mantap dan sempurna. ii. Bahan grafik (hitam putih dan berwarna) yang jelas, tepat dan berkualiti. iii. iv. v. vi. Gambar foto (hitam putih dan berwarna) yang jelas, tepat dan berkualiti. Bahan teks dan grafik telah disusun dengan reka bentuk dan reka letak halaman yang sempurna serta menepati spesifikasi. Tidak mengandungi sebarang kesilapan dari aspek kandungan dan teknikal penerbitan. Naskhah Sedia Kamera perlu mempunyai crop mark.

Filem Filem adalah proses pemisahan warna yang dilakukan sebelum cetakan pruf warna dibuat. Penerbit bertanggungjawab menentukan aspek berikut: i. Kedudukan kuras dan halaman berwarna dan hitam putih. ii. Filem yang berkualiti dan tidak terdapat sebarang kecacatan atas permukaan filem. iii. iv. v. Tiada teks atau bahan grafik yang tertinggal. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap. Kualiti cetakan filem dan kemasan menepati spesifikasi.

Nota: Mesin cetak yang menggunakan teknologi computer-to-plate atau computer-to-print tidak melalui proses penyediaan filem.

Kuliah 03 Buku Teks

Pruf Warna Pruf Warna merupakan hasil (output) daripada filem yang telah dipisahkan warna. Ia merupakan peringkat akhir sebelum percetakan dibuat. Sebarang pembetulan pada peringkat ini perlu dielakkan. Kaedah penyediaan pruf warna berdasarkan perkara berikut: i. Menggunakan kertas simili/wordfree 70gsm untuk buku teks dan Art Card 320gsm untuk kulit buku. ii. Pruf warna yang disediakan secara camera-to-plate (CTP), cetakan hendaklah menggunakan machine proof. iii. iv. v. Pruf warna disediakan dalam bentuk empat warna bagi kulit buku dan empat warna atau dua warna bagi halaman yang berkaitan. Pruf warna perlu mengandungi crop mark. Pruf warna perlulah mencapai kualiti percetakan yang baik dan elakkan kelemahan seperti tidak jelas, kabur, kotor dan teks pecah.

Naskhah Contoh Naskhah Contoh (NC) ialah bahan terbitan yang telah dicetak menjadi buku sebenar. Penerbit perlu memperoleh kelulusan naskhah contoh sebelum mencetak naskhah edar yang akan dibekalkan ke sekolah-sekolah. Perkara berikut perlu diambilkira iaitu: i. Disediakan seperti naskhah sedia kamera dan pruf warna yang diluluskan. ii. Kemasan repang. iii. iv. v. vi. vii. Registration warna betul dan tepat. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh. Jenis dan kualiti kertas menepati spesifikasi dan mempunyai keseragaman warna asas bagi keseluruhan buku. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap. Kualiti cetakan kulit dan kemasan menepati spesifikasi.

Cetakan dan Penjilidan Proses penjilidan dilakukan apabila semua kuras halaman buku selesai dicetak. Perkara yang perlu dipatuhi ketika proses penjilidan iaitu: i. Susunan kertas betul (Gathering). ii. Jenis jilidan yang digunakan (jilid perekat, jahit benang, perfect binding, pin dan lock binding). iii. iv. Kekemasan jilidan (Trimming. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh.

Kuliah 03 Buku Teks

Naskhah Edar Naskhah Edar (NE) ialah bahan terbitan yang telah dicetak dan sedia untuk diedarkan. Jumlah cetakan dibuat mengikut pesanan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara-perkara yang perlu diambilkira: i. Disediakan seperti naskhah contoh yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. ii. Kemasan repang. iii. iv. v. vi. Registration warna betul dan tepat. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh. Jenis dan kualiti kertas menepati spesifikasi dan mempunyai keseragaman warna asas bagi keseluruhan buku. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap.

BAHAN GRAFIK BUKU TEKS Bahan Grafik Bahan grafik merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada semua jenis unsur visual yang menyokong teks untuk menjadikan sesuatu mesej bercetak lebih jelas dan menarik. i. ii. Bahan grafik boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum, iaitu: Grafik Seni Merujuk ilustrasi, gambar foto dan lukisan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan kesan emosi melalui imej dan bukannya menerusi kata-kata. Reka Bentuk Susunan rekaan yang merangkumi keseluruhan buku, berdasarkan susunan unsur asas dalam rekaan seperti prinsip rekaan, struktur rekaan, warna, bleed, akas (reverse) bagi menjadikan sesuatu rekaan bahan terbitan itu menarik. Grafik Maklumat Merujuk carta, jadual, peta, dan rajah yang digunakan untuk menyalurkan maklumat secara visual.

iii.

Ciri-ciri bahan grafik yang baik Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat: a. membawai makna yang tersurat dan tersirat b. meringkaskan maklumat c. menyampaikan maklumat dengan tepat

Kuliah 03 Buku Teks


Mempunyai nilai seni - penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna, bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.

Bahan Grafik dalam Buku Teks Bahan grafik yang digunakan dalam penerbitan buku teks perlu sesuai dan memenuhi kehendak mata pelajaran. Pemilihan bahan grafik perlu tepat dengan tujuan penggunaannya dan bersesuaian dengan kehendak mata pelajaran. Bahan grafik banyak digunakan dalam penulisan buku teks mata pelajaran teknikal dan saintifik, kerana penggunaannya membantu penyampaian kandungan lebih jelas, tepat dan mudah difahami pelajar. Bahan grafik dalam buku teks tidak hanya digunakan untuk hiasan semata-mata atau sebagai memenuhi ruang kosong sahaja.

Bahan grafik dalam penerbitan buku teks perlu berfungsi seperti berikut: Menyampaikan kandungan teks (konsep/fakta) Membantu memahami teks Mengukuhkan pemahaman teks Melengkapkan teks Memberi maklumat tambahan Memudahkan pelajar mengingati konsep/fakta penting Merangsang pemikiran pelajar dalam pembelajaran Memberi nilai estetika

Jenis Bahan Grafik Pemilihan pelbagai jenis bahan grafik dalam sesebuah buku teks berdasarkan kepada keperluan tajuk dan keperluan golongan sasar. Antara jenis bahan grafik yang boleh digunakan adalah seperti berikut: Lukisan teknikal Lukisan berkomputer Lukisan saintifik Gambar foto Rajah Graf Peta Jadual Carta Kombinasi gambar foto dan lukisan 9

Kuliah 03 Buku Teks


Kartun Karikatur

Teknik Persembahan Bahan Grafik Bahan grafik yang dipilih bagi sesebuah buku teks boleh dipersembahkan dalam pelbagai cara agar bahan grafik berkenaan berfungsi menyampaikan maksud dengan tepat, membantu persembahan kandungan supaya lebih mudah difahami oleh pengguna serta menarik. Antara teknik persembahan bahan grafik yang boleh digunakan adalah seperti berikut: Double-spread persembahan melangkau dua halaman Superimpose persembahan teks yang dicetak atas bahan grafik Bleed persembahan bahan grafik yang melepasi garis repang Gambar foto bergabung dengan lukisan sebenar

Contoh Jenis Bahan Grafik

Lukisan

Kartun

10

Kuliah 03 Buku Teks

Lakaran

Carta, Peta dan Graf

Lukisan Saintifik

Lukisan Saintifik

Gambar Foto

11

Kuliah 03 Buku Teks

Lukisan Teknikal

Lukisan Teknikal

Teknik Persembahan Bahan Grafik

Double-spread

12

Kuliah 03 Buku Teks

Keratan rentas dan berfokus

Superimpose dan bleed

Kualiti Bahan Grafik Bahan grafik berperanan untuk memudahkan penyampaian kandungan bahan penulisan. Oleh itu, bahan grafik yang digunakan dalam buku teks mestilah mengambilkira perkara-perkara berikut: Menepati fakta yang disampaikan Konsep bahan grafik yang betul Sesuai dan bertepatan dengan teks Logik Terkini dan relevan Jelas dan lengkap Mempunyai saiz perkadaran yang betul Mempunyai perspektif yang betul Menggunakan gambar foto yang bermutu tinggi (tidak kabur)

Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Pemilihan Bahan Grafik Kesemua bahan grafik yang digunakan di dalam buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia perlu bebas daripada segala unsur sensitif, negatif dan subversif.

REKABENTUK BUKU TEKS 13

Kuliah 03 Buku Teks


Reka Bentuk Reka bentuk adalah pelan tersusun yang merangkumi konsep rekaan sesebuah buku. Reka bentuk merupakan rekaan yang memaparkan teks atau bahan grafik atau bahan lain pada halaman buku. Format persembahan pada keseluruhan buku hendaklah terancang, berfungsi, jelas, ramah pengguna serta mudah. Setiap ruang mestilah digunakan secara optimum, di samping mengambil kira ruang membolehkan pembaca merehatkan mata ( eye rest). Reka bentuk yang baik dapat memandu mata pembaca, membaca mengikut urutan dalam sesuatu terbitan dan membezakan bahan-bahan utama dan bahan-bahan sekunder. Reka bentuk merupakan faktor penting yang dapat membezakan sesuatu terbitan dengan terbitan lain. Reka bentuk juga boleh menjadi identiti sesebuah penerbit ( house style). Aspek Penting Dalam Reka Bentuk Buku Teks Reka bentuk buku teks mengambil kira prinsip asas rekaan atau seni reka dalam reka bentuk yang lazim iaitu perseimbangan, perkadaran, turutan, kesatuan, mudah dan kontra. Walau bagaimanapun dalam mereka bentuk buku teks, aspek keperluan pedagogi mata pelajaran dan kesesuaian dengan kumpulan sasar buku berkenaan perlu diberi perhatian agar reka bentuk yang dipilih bersesuaian. Di samping itu reka bentuk buku perlulah tekal pada keseluruhan buku agar dapat membantu pemahaman pengguna terhadap isi kandungan buku berkenaan. Reka bentuk pakej buku teks sekolah rendah perlu mengambil kira jenis buku dan tahap umur murid. Lazimnya reka bentuk buku teks sekolah rendah lebih mudah dan tidak terlalu padat dengan teks. Manakala reka bentuk pakej buku teks sekolah menengah lebih kompleks dengan memuatkan lebih banyak teks dan maklumat tambahan.

HAK CIPTA BUKU TEKS Pengenalan Hak cipta adalah hak ekslusif yang diberi kepada pemilik bahan berhak cipta bagi tempoh tertentu (Seksyen 13 (1). Akta Hak Cipta 1987). Hak Cipta juga adalah sebahagian harta intelek dan mempunyai nilai yang ditentukan oleh pasaran. Harta intelek adalah seperti lain-lain harta, dimana ia boleh dijual, dibeli, disimpan diedar, disalin dan digunakan dalam berbagai-bagai cara dan bentuk yang boleh memberi faedah kepada pemiliknya. Justeru, harta intelek perlu diberi perlindungan daripada dieksplotasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya, dengan tujuan mengaut keuntungan, tanpa memberi ganjaran yang sewajarnya kepada pemiliknya. Di Malaysia hak cipta diberi perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987 (AHC). Karya-karya yang layak mendapat hak cipta 1. Karya-karya asal yang layak mendapat hak cipta: (Seksyen 7(1) AHC)

a. karya sastera; b. karya muzik; c. karya seni; 14

Kuliah 03 Buku Teks


d. filem; e. rakaman bunyi; f. karya senibina; dan

g. siaran. Semua karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti atau nilai kesusasteraan atau kesenian, serta tujuan karya itu dihasilkan. 2. Karya terbitan yang berikut adalah layak dilindungi oleh Akta ini.

a. terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya sastera, muzik atau seni b. koleksi karya-karya sastera, muzik dan seni oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya, menjadikannya suatu hasil ciptaan intelek.

Tujuan Hak Cipta Hak cipta ialah hak eksklusif yang diberi oleh undang-undang kepada pemilik karya untuk mengawal penggunaan karyanya bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada digunakan tanpa kebenaran pemiliknya untuk apa jua cara pun. Pemilik Hak Cipta Hak cipta terletak pada hak mula-mulanya pada pencipta. Hak cipta adalah harta alih yang boleh dipindah milik melalui penyerahhakkan, pemberi wasiat atau dengan kuasa undang-undang dan boleh dijual beli.

Jangka Masa Perlindungan Hak Cipta 1. Karya sastera, muzik, atau seni (selain daripada fotografi) wujud semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya. Jika lebih daripada seorang pemilik, hak cipta wujud semasa hayat pencipta terakhir dan 50 tahun selepas kematiannya. Jika bahan tersebut belum pernah diterbitkan sepanjang hayat penciptanya, dan kemudian beliau meninggal dunia, maka hak cipta akan wujud sehingga 50 tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun karya itu diterbitkan. Jika karya diterbitkan tanpa nama atau menggunakan nama samaran maka hak cipta akan wujud selama 50 tahun bermula dengan tahun mula-mula diterbitkan.

2.

Hak cipta karya kerajaan, pertubuhan kerajaan dan badan antarabangsa wujud sehingga 50 tahun bermula daripada tahun kalendar berikutan dengan tahun karya itu mula diterbitkan.

15

Kuliah 03 Buku Teks


3. Hak cipta mengenai sesuatu edisi diterbitkan, rakaman bunyi, fotografi, filem dan siaran akan wujud sehingga 50 tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang ia mula diterbitkan atau disiarkan.

Perlakuan-perlakuan yang Melanggar Hak Cipta Perbuatan-perbuatan berikut yang dilakukan oleh bukan pemilik hak cipta, tanpa persetujuan atau lesen pemilik hak cipta adalah dianggap suatu pelanggaran hak cipta: 1. Mengeluar semula dalam bentuk menayang, mempamer, melakukan, dan mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian karya itu dalam bentuk asli atau terbitan. 2. Mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan atau untuk mendapat keuntungan. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Membuat, untuk jualan, atau sewa apa-apa salinan langgaran. Menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedahkan atau menawarkan jualan salinan langgaran. Mengedarkan salinan langgaran. Memiliki, melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestik apa-apa salinan langgaran. Dengan cara dagangan, mempamerkan kepada umum apa-apa salinan langgaran. Mengimport, melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestik sebarang salinan langgaran. Membuat atau memiliki sebarang perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran.

10. Menyebabkan karya tersebut dimainkan di khalayak ramai. Buku Teks sekolah rendah dan sekolah menengah Semua buku teks yang diterbit untuk kegunaan di sekolah terbahagi kepada dua jenis: 1. Buku Teks hak cipta dipegang oleh Kerajaan Terdapat buku teks untuk beberapa mata pelajaran, kerajaan, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, memegang hak cipta pada setiap buku tersebut. Walau bagaimanapun urusan kawalan dan sebarang tindakan berhubung kawalan dan pengurusan hak ciptanya diserah kepada Penerbit atau kontraktor, dengan persetujuan kerajaan. Segala pendapatan yang diterima berkaitan dengan perlesenan hak cipta adalah milik bersama, kerajaan dan penerbit. 2. Buku Teks hak cipta dipegang oleh Kontraktor atau Penerbit. Hak cipta pada setiap edisi buku yang diterbitkan terletak pada kontraktor atau penerbit berkenaan. Kawalan dan tindakan berkaitan kawalan dan hak pengurusan hak cipta terletak kepada penerbit sepenuhnya. Segala pendapatan yang diterima berkaitan dengan perlesenan hak cipta adalah milik penerbit.

16

Kuliah 03 Buku Teks


Laman web berkaitan 1. Perbadanan Harta Intelek Malaysia: www.myipo.gov.my 2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan: www.kpdnkk.gov.my

HARGA BUKU TEKS Salah satu fungsi Bahagian Buku Teks adalah mengawal harga buku teks yang diterbitkan untuk kegunaan murid di sekolah. Bagi melaksana tujuan tersebut, terdapat satu unit khas yang fungsi utamanya menguruskan hal berkaitan harga buku teks. Kawalan harga buku teks dibuat dengan mengambil kira tahap kemampuan ibu bapa murid serta peruntukan kewangan kerajaan. Kos terlibat dalam Harga Buku Teks Secara umumnya harga sesebuah buku teks merangkumi tiga kategori kos iaitu: i. Kos permulaan Kos penyediaan di peringkat awal penerbitan seperti bayaran fotostat, bayaran terjemahan, bengkel. ii. Kos pracetak Kos pembinaan manuskrip hingga ke peringkat filem. iii. Kos percetakan Kos mencetak buku, termasuk kos penjilidan dan kemasan kulit.

Prinsip Penetapan Harga Buku Teks Prinsip yang digunakan dalam penetapan harga buku teks adalah seperti yang berikut: i. Melibatkan semua kos yang terlibat dalam penerbitan buku. ii. Menggunakan kadar kos komponen dalam penerbitan dan percetakan yang telah dipersetujui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Menggunakan formula penetapan harga buku yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menepati spesifikasi buku berkenaan. Mengambil kira konsep serta komponen pakej buku tersebut. Mengambil kira proses kerja yang terlibat dalam penerbitan buku. Mengambil kira bilangan naskhah buku yang akan dicetak. Melibatkan Nilai Faktor Tokokan yang ditetapkan, mengikut kaedah perolehan. Mengambil kira aspek pengurusan, hak cipta, pengedaran dan keuntungan.

17

Kuliah 03 Buku Teks

Penetapan Harga Buku Teks Pengiraan cadangan harga suatu judul buku teks hanya dapat dibuat setelah semua maklumat dan data berikut diperoleh: i. ii. iii. iv. spesifikasi umum buku teks; anggaran bahan grafik; jumlah anggaran pesanan atau cetakan; dan kos-kos yang berkaitan dalam formula pengiraan harga buku teks, seperti harga kertas, harga dakwat, filem, dan kos cetak serta jilidan. Cadangan harga buku teks dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harga Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa bermesyuarat untuk membuat pengesahan cadangan harga ini. Pada masa yang sama, Penerbit yang terlibat mengira dan mencadangankan harga buku teks kepada Bahagian Buku Teks, berdasar kepada spesifikasi buku. Cadanga harga penerbit digunakan sebagai asas dalam mesyuarat runding harga diantara penerbit dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu harga yang sesuai dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak ditetapkan untuk dijadikan sebagai Harga Buku Teks sebenar, dan harga tersebut dicetak dikulit belakang semua buku teks terlibat.

18

Kuliah 03 Buku Teks

PENGENALAN Penerbitan CD-ROM buku teks adalah selaras dengan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2003. Penerbitan CD-ROM buku teks juga adalah untuk menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, buku teks baru diterbitkan bersama CD-ROM buku teks secara pakej. CD-ROM buku teks terbahagi kepada dua jenis iaitu CD-ROM Murid atau MyCD untuk kegunaan murid dan CD- ROM Guru untuk kegunaan guru-guru. Pada tahun 2003, buku teks khususnya buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah diterbitkan secara pakej bersama MyCD dan CD-ROM Guru. Lima salinan MyCD dan lima salinan CD-ROM Guru dibekalkan kepada setiap sekolah melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di seluruh negara. Pada tahun 2004 dan 2005, peluasan pakej buku teks bersama MyCD dan CD-ROM Guru diperkenalkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan) dan Bahasa Inggeris (Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan). MyCD dibekalkan kepada setiap murid yang layak mendapat pinjaman buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) atau murid yang membeli buku teks di pasaran terbuka. Lima salinan CD-ROM guru dibekalkan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Pada tahun 2006 hingga 2008, bilangan MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) terhad kepada 20 salinan setiap sekolah. Walau bagaimanapun murid boleh membeli MyCD ini di pasaran terbuka secara berasingan dengan buku teks. CD-ROM Guru pula tidak dibekalkan lagi. Penyediaan MyCD untuk empat mata pelajaran teras KBSM berakhir pada tahun 2007 (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) manakala MyCD untuk empat mata pelajaran teras KBSR pula mencapai kohortnya pada tahun 2008 (Tahun 1 hingga Tahun 6). Keperluan Penerbitan CD-ROM Buku Teks

Penerbitan CD-ROM buku teks adalah selaras dengan keperluan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). CD-ROM ini dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan seterusnya menjadikan kandungan buku teks lebih bermakna. Konsep yang khusus dan abstrak dalam buku teks dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui elemen multimedia dalam CD-ROM. Ciri authentics multimedia ini membantu pemahaman murid dengan lebih berkesan. Penghasilan CDROM Buku teks adalah selari dengan arahan Kabinet bahawa proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Ini juga selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membestarikan semua sekolah secara berperingkat-peringkat. Usaha kerajaan membudayakan ICT dalam kehidupan masyarakat adalah sebahagian besar bermula di sekolah. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran utama di sekolah adalah buku teks. Kehadiran CDROM Buku teks menggalakkan integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. 19

Kuliah 03 Buku Teks

Meluaskan keupayaan buku teks daripada hanya mengandungi teks dan grafik statik sahaja kepada bahan multimedia tambahan seperti animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan sebagainya yang menarik, mesra pengguna dan akses kendiri. CD-ROM Murid atau MyCD MyCD ialah CD-ROM multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. MyCD berfungsi membantu murid memaham dan mengukuhkan kandungan pelajaran yang di sampaikan melalui buku teks. MyCD tidak menggantikan buku teks bercetak yang dibekalkan kepada murid atau bahan alternatif kepada buku teks. MyCD bukannya satu perisian kursus (courseware) tetapi merupakan perisian sumber (resource). Oleh itu, murid perlu merujuk ikon MyCD dalam buku teks sebelum mengakses MyCD. MyCD diterbitkan sebagai salah satu komponen Pakej Buku Teks dan dibekalkan oleh penerbit-penerbit buku teks kepada setiap sekolah melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). MyCD mengandungi objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan interaktif, galeri multimedia, e-ujian, e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan / capaian internet. Ciri istimewa MyCD adalah data dan rekod murid boleh disimpan dalam cakera keras komputer atau disket murid. Rekod ini juga boleh dihantar melalui kemudahan e-mel kepada rakan dan guru. Aktiviti interaktif yang disediakan dalam MyCD meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti murid dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan murid latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks. Galeri mutimedia merupakan koleksi bahan multimedia yang sesuai yang dapat menyokong dan menambah nilai bahan dalam buku teks terutama berkaitan konsep khusus dan abstrak untuk membantu pemahaman murid dengan lebih berkesan. Bahan multimedia tersebut terdiri daripada audio, video, animasi dan simulasi yang menarik. E-ujian adalah satu alat pentaksiran elektronik interaktif yang sebenar dan bertujuan untuk mengukur pencapaian murid secara sumatif tetapi berperingkat. Terdapat papan skor keseluruhan keputusan ujian dan semua maklumatnya boleh disimpan di dalam cakera keras komputer atau disket murid. Soalan dalam e-ujian dikemukakan secara rawak tetapi ada pemeringkatan mengikut aras. Murid tidak akan diberi sebarang maklum balas pada jawapan yang betul atau salah kecuali markah ujian dalam peratus, gred atau komen, tarikh ujian dan masa yang diambil untuk menyelesaikan ujian tersebut. E-glosari atau e-kamus bergambar adalah kamus interaktif yang mengandungi istilah dan frasa yang disusun mengikut abjad. E-glosari disediakan dengan audio untuk cara sebutan yang betul dan huraian berkaitan istilah yang berkenaan manakala e-kamus bergambar disediakan dengan gambar foto, ilustrasi atau animasi. E-jurnal adalah sebuah buku catatan elektronik untuk murid merekodkan refleksi, aktiviti atau tugasan. Maklumat yang dicatat dalam e-jurnal boleh disimpan ke dalam disket murid atau pada cakera keras komputer. Maklumat ini juga boleh dihantar kepada rakan atau guru melalui kemudahan e-mel. Tautan/Capaian internet mengandungi laman web yang berkaitan tajuk mata pelajaran dalam buku teks. Dengan adanya capaian internet ini, murid boleh berkomunikasi, berkongsi, mengumpul dan mendapatkan maklumat tambahan menerusi internet. Selain URL laman web, capaian internet juga mengandungi huraian ringkas laman web yang berkaitan. 20

Kuliah 03 Buku Teks


Pembangunan MyCD mengambil kira ciri-ciri kepenggunaannya iaitu mesra pengguna seperti autojalan (autorun) dan mudah digunakan oleh murid dengan pengetahuan yang asas tentang penggunaan komputer. Perisian sokongan yang diperlukan untuk MyCD berfungsi seperti Quicktime, Acrobat Reader, Java Run-Time dan sebagainya disediakan di dalam MyCD dan pemasangannya (installation) adalah secara automatik. Oleh kerana MyCD merupakan bahan sokongan kepada buku teks maka penggunaan MyCD ini berkait rapat dengan penggunaan buku teks. IKON MyCD yang terpapar pada halaman tertentu dalam BUKU TEKS memberi petunjuk bahawa tajuk / unit dalam buku teks tersebut dijelaskan lagi secara interaktif dalam MyCD. Bahan dalam MyCD boleh di akses dengan menggunakan menu, kemudahan carian pantas (search) atau peta laman (site map). Menu adalah cara utama kerana kandungan MyCD disusun berasaskan menu. Kemudahan carian pantas pula memerlukan murid menaip halaman muka surat buku teks yang memaparkan ikon MyCD. Penggunaan MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal komputer sekolah. MyCD sesuai digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajarannya di sekolah terutama sekolah yang telah dilengkapi prasarana makmal komputer. Pihak sekolah disarankan agar meletakkan semua MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dalam makmal komputer supaya murid boleh mengakses MyCD setelah pengetahuan / kemahiran berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah dipelajarinya. CD-ROM Guru CD-ROM Guru adalah CD-ROM multimedia interaktif yang berfungsi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. CD-ROM Guru dibekalkan mulai tahun 2003 dan berakhir pada tahun 2005. Mata pelajaran yang terlibat adalah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Lima salinan CD-ROM Guru dibekalkan kepada setiap sekolah di seluruh negara. CD-ROM Guru mengandungi bahan-bahan seperti yang berikut:

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dalam bentuk PDF (portable document format) yang boleh disalin atau dicetak oleh guru. Jawapan bagi semua soalan-soalan latihan dalam buku teks. Cadangan aktiviti tambahan dan lanjutan atau aktiviti alternatif seperti pemulihan dan pengayaan. Bank soalan yang dapat mengumpul dan menjana soalan-soalan untuk kegunaan ujian dan penilaian. Bahan-bahan pengajaran multimedia khusus untuk kegunaan guru di dalam kelas sewaktu mengajar seperti aktiviti interaktif tambahan, tutorial dan persembahan power point. Capaian internet untuk rujukan guru mendapatkan maklumat tambahan berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks. Rekod prestasi dan pencapaian murid. E-jurnal bagi kegunaan guru.

SPESIFIKASI KOMPUTER UNTUK AKSES MyCD

21

Kuliah 03 Buku Teks


Maklumat berkaitan spesifikasi minimum sistem komputer yang sesuai digunakan bagi mengakses MyCD disediakan pada label CD-ROM. MyCD yang digunakan mulai tahun 2003 hingga 2005 hanya boleh beroperasi pada satu platform sahaja iaitu sistem operasi Windows. MyCD yang dibekalkan mulai tahun 2006 hingga 2008 boleh beroperasi pada pelbagai platform iaitu sistem operasi Windows, Macintosh dan Linux Redhat.

MyCD boleh beroperasi dengan sistem komputer yang mempunyai spesifikasi minimum yang berikut: a. Sistem Operasi Windows / PC : Windows 98 / 98 SE

Pentium III 800 MHz 64 Mb RAM 1 Hard Disk Drive dengan ruang memori bebas 1 GB 1 CD Drive 48X, 1.44 Mb Floppy Drive Multimedia enabled bersama speaker dan mikrofon

b. Sistem Operasi Macintosh :


Macintosh OS X versi 10.2 128 Mb RAM 1 Hard Disk Drive, Multimedia enabled (Speaker dan mikrofon) 1 CD Drive dan internet application

c. Sistem Operasi Terbuka (Open Source) :


Linux Redhat 9.0 dan Linux Mandrake 9.0 128 Mb RAM 1 Hard Disk Drive, Multimedia enabled (Speaker dan mikrofon) 1.44 Mb floppy drive

d. Browser Internet :

Windows/PC : Menggunakan Internet Explorer 5.0 Macintosh : Menggunakan Safari 1.0 Linux Redhat : Menggunakan Mozilla 1.1

PINDAAN SYARAT KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 22

Kuliah 03 Buku Teks


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007 "Kerajaan Malaysia telah bersetuju melalui Rang Undang-undang Perbekalan (2008) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, supaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperluaskan kepada SEMUA MURID WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di SEMUA SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008." BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS) Pengenalan Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh. Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang. Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :

Rak buku Meja dan kerusi Kipas Alat Pemadam Api Kawalan haiwan/serangga perosak Kabinet/almari fail Papan kenyataan Kaunter Peti Kecemasan

KELAB SPBT Pengenalan Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu. 23

Kuliah 03 Buku Teks


Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURANPERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. Objektif Objektif Kelab SPBT adalah : 1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh. 2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid. 3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT. 4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab- kelab lain di sekolah. 5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.

Keahlian Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat. Aktiviti Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah. Ceramah penjagaan buku teks Pertandingan melukis kulit buku teks Pertandingan melukis poster Melukis mural Kuiz

24

You might also like