Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

EMPAT / 2013

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

770616125524001 770616125524 017 8130277 SYAKIRA77@0UM.EDU.MY

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN LABUAN


1

ISI KANDUNGAN Isi kandungan 1.0 Refleksi Kendiri 1.1 Pengenalan 1.2 Abstrak Idea Utama 1.3 Implikasi 1.4 Kekuatan dan Kelemahan 2.0 Pembelajaran Berasaskan Masalah 2.1 Pengenalan 2.2 Pernyataan Masalah 2.3 Hipotesis 2.4 Kajian 2.5 Keputusan 3.0 Kesimpulan 4.0 Rujukan 4-5 56 67 78 8 -9 9 10 Muka Surat 1 1 1 2 3

1.0 REFLEKSI KENDIRI

1.1 PENGENALAN Kajian ini membincangkan tentang reka bentuk pengajaran yang digunakan untuk mengajar tentang kebersihan, kuman dan penggunaan antibiotik yang sesuai. Ianya telah digunapakai ke atas sekumpulan murid yang berusia 13 hingga 15 tahun. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan satu pendekatan pedagogi yang amat sesuai untuk membina kefahaman murid-murid terhadap sesuatu topik. Pendekatan pedagogi yang digunakan lazimnya mengaplikasikan permainan komersial seperti Neverwinter Nights dan Guitar Hero melalui talian.

1.2 ABSTRAK IDEA UTAMA Antara idea-idea yang telah dikemukakan dalam kajian ini ialah tentang penggunaan permainan komersial sebagai bahan bantu belajar di kalangan murid-murid. Ianya ternyata telah membuahkan hasil apabila murid-murid mampu belajar sendiri dengan sedikit bimbingan daripada guru. Melalui kaedah ini, guru hanya berperanan sebagai pemudahcara sahaja, manakala murid-murid yang akan terlibat secara aktif. Mereka akan membina kefahaman mereka sendiri terhadap topik yang dibincangkan. Guru hanya berperanan dalam mengemukakan masalah yang akan cuba diselesaikan oleh murid-murid itu sendiri. Selain itu, ia juga akan menjadikan seseorang murid itu menjadi lebih proaktif kerana mereka yang akan cuba untuk menyelesaikan setiap masalah yang telah dikemukakan oleh guru. Lazimnya, murid-murid akan lebih faham jika mereka mencari sendiri atau meneroka sendiri pengalaman untuk mempelajari sesuatu topik berbanding dengan hanya menerima sahaja input daripada guru. Walaubagaimanapun, permainan komersial ini tidak begitu menarik minat murid-murid yang tidak boleh membaca kerana ianya adalah bersifat naratif. Kebanyakan murid-murid malas untuk membaca teks dan mereka hanya berminat untuk bermain sahaja. Penggunaan perisian e-Bug Detectives ini dalam pendekatan pembelajaran berasaskan masalah mungkin sesuai untuk pelajar yang pintar tetapi kurang sesuai untuk pelajar yang lemah. Ini kerana, bagi murid yang pintar mereka boleh belajar sendiri tanpa memerlukan bimbingan yang banyak daripada guru, akan tetapi bagi pelajar yang tidak celik huruf, ianya adalah amat sukat bagi mereka untuk meneroka pengalaman yang baru atau bermakna dengan bahan bantu tersebut.

1.3 IMPLIKASI Justeru, hasil kajian ini telah menyedarkan saya bahawa ianya tidaklah begitu sesuai digunapakai ke atas semua murid. Ianya mungkin boleh digunakan untuk kelas yang pintar tetapi amat tidak sesuai digunakan untuk kelas LINUS (tidak celik huruf). Kekangan atau cabaran bagi guru yang mengajar di kelas seperti ini ialah mereka harus mencari satu bahan bantu yang boleh menarik minat murid itu untuk belajar dan boleh memperolehi manfaat daripadanya. Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan bahawa bahan bantu ini amat sesuai digunakan di sekolah rendah juga terutamanya di kalangan murid-murid yang cerdik pandai dan celik komputer. Bagi murid-murid ini, guru boleh mengaplikasikan manfaat kajian ini dengan memperkenalkan murid-murid kepada permainan yang interaktif dan mengemukakan permasalahan yang dirasakan sesuai kepada murid-murid. Guru hanya perlu bertindak sebagai fasilatator sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Satu lagi impak yang mendalam terhadap kajian ini ialah, penggunaan lima langkah dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) amat membantu dalam menghasilkan satu Rancangan Pengajaran yang dirasakan mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Langkahlangkah yang dicadangkan secara tidak langsung telah membantu sedkit sebanyak dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian saya kerana ianya merupakan satu langkah atau strategi yang dirasakan amat bersesuaian untuk dilaksanakan di sekolah. Pembelajaran berpusatkan murid yang digunapakai dalam PBL telah sedikit sebanyak juga memberi impak yang positif dalam diri murid-murid untuk lebih proaktif dan berdaya saing. Sikap ingin mencuba juga dapat dilihat dalam diri murid-murid melalui penggunaan kaedah ini. Selain itu, timbul minat untuk lebih kreatif lagi di dalam diri apabila merasakan bahawa pendekatan pembelajaran yang berunsurkan permainan interaktif adalah lebih menarik minat murid-murid. Justeru, sebagai seorang pendidik, kreatif dan inovatif itu adalah amat penting dalam memastikan satu sesi pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid. Dengan kata lain, guru harus bijak dalam menentukan permainan yang boleh diaplikasikan atau digunapakai dalam sesuatu sesi pembelajaran.

1.4 KEKUATAN DAN KELEMAHAN Antara kekuatan dalam kajian ini ialah penglibatan murid yang lebih aktif dan keseronokan belajar yang timbul dalam diri murid-murid. Melalui permainan komersial yang digunakan, murid-murid akan membina pengalaman mereka sendiri dalam membentuk kefahaman mereka terhadap sesuatu topik. Lazimnya,pembelajaran yang diperolehi akan lebih bermakna kerana ianya diperolehi melalui peringkat-peringkat tertentu. Guru juga tidak perlu melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Mereka hanya bertindak sebagai pemudahcara. Melalui kaedah ini, guru-guru boleh menggunakan permainan komersial yang ada dalam talian dengan cara mengakses ke laman web yang berkenaan. Guru hanya perlu membawa murid ke makmal komputer untuk mengakses laman web permainan komersial yang ada. Selain daripada kekuatan yang terdapat dalam kajian ini, ada juga kelemahan yang tidak boleh dinafikan melalui kajian ini. Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah perisian yang dikemukakan untuk PBL ini amat sukar untuk diperolehi. Permainan komersial yang dikemukakan dalam kajian ini adalah lebih bersifat naratif dan penuh dengan teks. Ianya tidak sesuai kepada murid-murid yang lemah dari segi pembacaan. PBL boleh menjadikan murid lebih mandiri ataupun boleh belajar dengan sendiri dan lebih bersikap proaktif. Namun, kajian menunjukkan bahawa murid-murid sering bertanya kepada guru apa yang perlu mereka lakukan seterusnya. Sikap ini menunjukkan bahawa murid-murid lebih bergantung kepada guru dalam mencapai sesuatu hasil pembelajaran. Kajian masih lagi diteruskan untuk mengkaji keberkesanan kaedah ini untuk mencapai sesuatu objektif dalam subjek yang diajar.

2.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL).

2.1

PENGENALAN

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan yang berkhasiat seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum serta kandungan fiber yang cukup. Makanan yang membina tenaga dan dapat menghindarkan diri kita daripada penyakit adalah makanan yang seimbang.

Gambar di atas menunjukkan piramid makanan. Makanan ini terdiri daripada tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, makanan yang menjauhkan penyakit dan makanan yang membina sel-sel dan tisu tubuh. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa wanita di Jepun mempunyai jangka hayat hidup yang lama kerana tabiat pemakanan mereka yang baik. Menu mereka lazimnya kaya dengan protein dan rendah lemak tepu. Saintis Jepun juga mendapati, perokok yang

mengamalkan diet memakan ikan mentah kurang risiko untuk menghidap penyakit kanser. Dr Daphne Miller yang beribu pejabat di San Francisco, Amerika Syarikat telah merakamkan pengalamannya mengenai pemakanan di Afrika dalam bukunya yang bertajuk The Jungle Effect . Kajiannya di Cameroon, Afrika mendapati diet pemakanan masyarkat Negara itu yang kaya dengan serat serta melalui proses penapaian dan mengandungi lemak
6

sihat, sangat perlu untuk mencegah penyakit barah. Ini secara tidak langsung menjelaskan kadar barah usus yang rendah di Negara tersebut. Bukti-bukti kajian ini jelas menunjukkan bahawa pemakanan seimbang itu amat penting dalam diet seharian kita. Matlamat dalam kajian ini adalah untuk memastikan kefahaman murid tentang pengambilan yang diet yang seimbang dalam menu pemakanan seharian mereka. Guru akan membimbing murid untuk mengenalpasti kumpulan-kumpulan makanan yang diperlukan untuk tubuh badan dan meminta mereka untuk menyenaraikan makanan yang ada dalam setiap kumpulan makanan tersebut.

2.2 PERNYATAAN MASALAH Masalah yang ingin dikemukakan ialah kurangnya pengambilan makanan berkhasiat di dalam diet seharian kanak-kanak. Justeru, permasalahan yang ditimbulkan pada peringkat ini ialah tentang pengambilan makanan yang seimbang di kalangan murid-murid. Dalam situasi ini, murid-murid akan berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan makanan-makanan yang berkhasiat di dalam tiga kumpulan makanan yang utama. Pengetahuan sedia ada tentang kumpulan-kumpulanan makanan, sumber zat makanan tertentu dan fungsi zat makanan dalam badan amat diperlukan dalam melaksanakan kerja kumpulan ini. Guru juga harus menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kritis bagi memastikan maklumat-maklumat yang mereka perolehi adalah bersesuaian. Soalan-soalan seperti Apa maksud zat makanan?. Apakah fungsi zat makanan? harus sering diajukan kepada murid-murid bagi mencetus kemahiran proses sains mereka untuk mengenal pasti jenis-jenis zat makanan dan makanan yang berkhasiat. . Proses mengenal pasti masalah ini amat diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Matlamat bagi peringkat ini ialah mencari punca masalah tersebut. Menurut Kirby, Gary R dan Jeffery.R (2002) sesuatu masalah itu tidak akan dapat diselesaikan sehinggalah puncanya dapat ditemui. Murid-murid boleh mengesahkan maklumat yang diperolehi dengan merujuk kepada guru ataupun berbincang dengan rakan-rakan kumpulan. Pada peringkat ini juga, guru boleh meminta murid untuk melukis piramid makanan dan mengunting gambar-gambar makanan daripada majalah untuk ditampal pada piramid makanan mengikut urutan yang betul. Kumpulan yang berjaya menampal gambar makanan yang betul pada setiap peringkat akan dikira sebagai pemenang
7

Selain daripada menampal gambar, guru juga boleh mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar-gambar makanan, dan minta mereka untuk mewarnakan makanan yang berkhasiat. Kaedah ini sesuai digunakan untuk murid-murid Tahun 1 atau murid-murid LINUS. Ini kerana, kebanyakan murid-murid pada tahap ini belum boleh membaca dan menulis dengan baik. Maka, penggunaan gambar untuk mengenal pasti makanan yang berkhasiat adalah amat sesuai sekali.

2.3 HIPOTESIS Setelah melaui peringkat mengenal pasti masalah , murid-murid akan dibimbing untuk memahami makanan yang seimbang dan berkhasiat. Pada peringkat ini juga, guru perlu bijak untuk menekankan betapa pentingnya pengambilan makan yang seimbang dalam diet seharian mereka. Lazimnya, murid-murid yang lebih pintar mereka lebih mudah menyelesaikan masalah dengan menggunakan teks atau arahan. Lembaran kerja yang berbentuk silang kata atau meminta mereka untuk menyenaraikan makanan-makanan yang berkhasiat mengikut tiga kumpulan utama adalah amat sesuai untuk pemahamana yang lebih baik. Impak positif yang dapat diperolehi melalui kaedah ini ialah murid-murid lebih mudah faham dan akan mengingati makanan-makanan yang terdapat pada tiga kumpulan utama tadi. Pada peringkat ini, murid-murid akan belajar secara bebas dan bertanggungjawab untuk membuat pilihan. Apabila murid-murid ini digalakkan untuk memilih sendiri jawapan yang mereka rasakan tepat, ini secara tidak langsung telah meningkatkan keyakinan diri mereka dan penglibatan diri mereka secara aktif dalam proses pembelajaran. Apabila bercerita tentang penglibatan murid secara aktif, tahap kebolehan murid juga harus diambilkira. Bagi murid-murid yang lambat, penggunaaan kaedah PBL boleh digunapakai tetapi perlu diimprovisasikan agar murid-murid merasa seronok untuk belajar dan terlibat secara proaktif dalam pembelajaran. Penggunaan gambar yang sesuai dan mudah amat perlu untuk situasi seperti ini. Guru juga harus bijak dalam memberikan arahan agar matlamat guru untuk memastikan murid terlibat dalam menyelesaikan masalah secara aktif dapat dicapai. Seterusnya, dalam memastikan kefahaman murid dalam sesuatu topik itu, peranan guru adalah amat penting. Guru seharusnya membimbing murid semasa mereka sedang meneroka dunia pembelajaran yang baru dengan memberikan input-input yang boleh membantu mereka untuk mencapai objektif pembelajaran. Jika murid-murid terkial-kial semasa cuba mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dikemukakan oleh guru, guru haruslah bijak untuk
8

menyuntik maklumat agar murid-murid mampu meraih objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Barrows & Tamblyn (1980) menyatakan bahawa PBL merupakan satu kaedah pembelajaran di mana murid-murid diberikan masalah, dan kemudiannya diikuti dengan proses yang sistematik dan persoalan yang melibatkan murid-murid secara aktif. Justeru, dalam pembelajaran, guru haruslah membiasakan murid-murid dengan kaedah pembelajaran PBL agar mereka lebih berkeyakinan dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam erti kata lain, murid-murid perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah pada peringkat ini. Mereka perlu memilih penyelesaian yang tepat dan mempunyai alasan yang kukuh kerana memilih pnyelesaian tersebut. Dalam konteks memilih kumpulan makanan yang seimbang, murid-murid harus meyakinkan guru dan rakan-rakan bahawa makanan yang telah mereka pilih tersebut adalah berkhasiat. Pemilihan makanan seimbang ini adalah berdasarkan kepada proses yang telah dipilih melalui pelbagai kaedah yang telah dicuba.Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ialah brainstorming. De Janasz et al (2002), juga menyatakan bahawa kaedah ini mengundang lebih banyak idea kerana setiap ahli dalam kumpulan akan berkongsi idea terhadap sesuatu perkara tanpa mengkritik. Ianya bertujuan untuk menggalakkan sumbangan idea yang kreatif di kalangan ahli dalam kumpulan. Justeru, dalam proses menyenaraikan makanan yang berkhasiat murid-murid telah berkongsi idea yang bernas dan kreatif untuk mencapai kata sepakat sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan tersebut sebagai makanan yang berkhasiat.

2.4 KAJIAN Pada peringkat ini, setiap maklumat yang diperolehi akan dimurnikan dan dibentangkan. Melalui laporan kumpulan ini, guru akan memantau setiap gerak kerja murid agar mereka sentiasa berada di landasan yang betul. Hasil pembelajaran yang diperolehi akan dinilai oleh guru secara penilaian berkumpulan. Laporan yang dibuat oleh ahli dalam kumpulan hendaklah mengandungi cara bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut, pengalaman mereka semasa

melaksanakan pembelajaran dan proses yang digunapakai semasa mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki iaitu menyenaraikan makanan-makanan yang berkhasiat mengikut tiga kumpulan utama makanan. Dalam peringkat ini juga, murid akan memberi respon terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan guru. Seterusnya
9

perbincangan akan diteruskan dalam kumpulan masing-masing. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Nor Ratna Masrom (2006) dalam kajian beliau yang bertajuk Problem Solving Skills in ICT and Multimedia Application mendapati bahawa tanpa kemahiran dan pengetahuan dalam penyelesaian masalah, murid-murid tidak akan mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan cekap dan baik. Dalam konteks pembelajaran di dalam kelas, iaitu mencari atau menyenaraikan makanan yang berkhasiat, guru boleh memantau hasil kerja murid secara individu atau berkumpulan. Untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru boleh mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk memastikan bahawa mereka telah betul-betul faham terhadap topik yang telah dibincangkan. Bagi murid-murid yang telah berjaya

menyenaraikan makanan yang berkhasiat atau menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diberikan, guru akan memasukkan lembaran kerja tersebut ke dalam rekod penilaian murid sebagai evidens untuk tujuan penilaian band. Seperti yang kita tahu bahawa KSSR tidak begitu mementingkan peperiksaan tetapi lebih menilai murid itu secara menyeluruh dan holistik. Maka, kaedah PBL ini amat sesuai sekali digunakan sebagai salah satu alat untuk menilai murid mengikut band. Bagi murid-murid yang masih lagi merangkak dan hanya tahu makanan yang berkhasiat itu sahaja, band 1 dan band 2 boleh diberikan, namun bagi muridmurid yang boleh menyatakan makanan yang berkhasiat serta faham fungsi makanan tersebut maka band 3 dan bad 4 boleh diberikan kepada murid-murid tersebut.

2.5 KEPUTUSAN Dalam kaedah PBL yang telah digunakan dalam sesi pembelajaran pendidikan kesihatan untuk murid-murid Tahun 1 ini, guru telah mengemukakan masalah iaitu menyenaraikan makanan yang berkhasiat mengikut tiga kumpulan utama. Oleh kerana, murid-murid yang diajar ini adalah murid-murid yang belum boleh membaca dengan lancar, maka guru harus bijak dalam mengimprovisasi bahan bagi memudahkan murid untuk menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan. Guru juga perlu bijak menyuntik maklumat kepada murid agar mereka tidak tersasar daripada landasan. Justeru, dalam konteks ini, hasil pembelajaran telah berjaya dicapai kerana semua murid berjaya mengenalpasti makanan berkhasiat, namun tidak semua murid berjaya menyenaraikan nama-nama makanan berkhasiat kerana mereka belum lancar membaca dan masih lagi dalam proses untuk belajar menulis dan membaca. Untuk mengatasi masalah ini, guru telah mengambil langkah dengan meminta murid menggunting gambar makanan yang berkhasiat dan meminta mereka
10

menampalnya pada tiga kumpulan makanan. Dengan inovasi daripada guru ini, maka muridmurid telah berjaya menampal gambar makanan yang berkhasiat dengan sedikit suntikan idea daripada guru sebagai pemudahcara.

3.0 KESIMPULAN Kaedah PBL banyak menekankan dan memfokuskan kepada cara murid-murid menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan dan mendidik murid-murid agar menjadi bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Ringkasnya, kaedah PBL boleh dijadikan sebagai salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara berkomunikasi dengan betul serta berkemahiran dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat. Walaupun kaedah ini pada awalnya ditolak oleh masyarakat dunia,namun apabila ianya telah dibuktikan berjaya oleh Professor Howard Barrow di Universiti McMaster di Kanada pada tahun 1960-an, ia terus menjadi salah satu kaedah yang paling terkenal sehingga kini. Malah, kini Professor Barrow telah menjadi role model kepada PBL manakala Universiti McMaster menjadi perintis kepada PBL.

11

4.0 RUJUKAN Ainon Mohd.(2003). Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS Publication Sdn.Bhd. OUM.(2007).HBHE1203:Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2011).Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2010). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. USM.(2008). Set Panduan Pelajar, Pembelajaran Berasaskan Masalah. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

12

You might also like