Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3101

REFLEKSI TUGASAN

Alhamdulillah dengan ini saya telah selesai menyiapkan tugasan kerja khusus bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (BMM 3101) . Dalam tugasan kerja khusus BMM 3101 kali ini, terdapat tiga tugasan yang perlu disiapkan iaitu tugasan 1 (esei), tugasan 2 (penyediaan RPH), dan tugasan 3 (penulisan refleksi). Kesemua tugasan ini dibuat secara individu. Melalui tugasan ini saya telah belajar pelbagai perkara. Antaranya, saya telah belajar tentang strategi pengajaran dan pembelajaran, mengaplikasikan pengisian kurikulum dalam aktiviti pengajaran hahasa Melayu sekolah rendah dan bagaimana mengaplikasikan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah serta bagaimana untuk merangka sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bahasa Melayu yang baik berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selain itu , saya juga telah belajar tentang huraian sukatan pelajaran

sekolah.Mengikut bacaan saya, Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran pula merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Setelah semua maklumat dicari dan dikumpul,maka bermulah proses menaip maklumat-maklumat tersebut. Bagi tugasan yang pertama, saya dikehendaki menghuraikan tentang teori-teori pembelajaran iaitu pembelajaran koperatif, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran konstruktivisme. 1

PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3101

Setelah selesai tugasan pertama, saya meneruskan pula dengan tugasan yang kedua iaitu penulisan RPH. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki merancang satu aktiviti pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah menggunakan kepelbagaian kaedah dan teknik berkaitan pembelajaran koperatif. Antara kekuatan yang telah saya kenal pasti iaitu saya telah memperbaiki cara saya menulis RPH untuk pengajaran bahasa Melayu yang betul untuk diaplikasikan kepada murid-murid sekolah rendah . Saya juga telah belajar bagaimana untuk merangka sebuah pengajaran yang berkesan untuk murid-murid saya dan seterusnya dapat menjana idea dan kemahiran mereka. Penyediaan rancangan harian amat penting bagi guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adaah untuk menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar. Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan. Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu. Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini telah membantu saya menjadi seorang guru PJ yang mampu merangka RPH yang baik dan lengkap dan juga mempersiapkan fizikal , mental dan spiritual saya untuk menerima dan bertindak dengan sewajarnya apa-apa kemungkinan yang berlaku disepanjang P&P saya kelak. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.

You might also like