Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SIDDHARTA GAUTAMA BUDDHA

LATAR BELAKANG

Dilahirkan sekitar abad kedua sebelum Masihi. (563SM483SM). Nama sebenar ialah Siddharta Gautama dan merupakan seorang putera raja di sebuah negeri kecil di utara India. Sewaktu zaman kecil, Siddharta hanya banyak menghabiskan masa di dalam tembok istana. Beliau telah dikahwinkan dengan seorang gadis pilihan ayahandanya sewaktu berusia 16 tahun. Sewaktu berusia 29 tahun, Siddharta mengambil keputusan meninggalkan istana dengan sehelai sepinggang, tanpa membawa apa-apa, demi mencari kebenaran hakiki setelah beliau menyaksikan penderitaan rakyatnya yang jauh beza kehidupannya di dalam istana. Siddharta melakukan pertapaan di bawah sebatang pokok yang dikenali pokok Bodhi yang telah menjadikan dirinya berada dalam kedudukan yang paling tinggi menurut penganut Buddha iaitu tahap nirwana (bahagia, gembira dan ketenangan abadi melepaskan diri daripada segala ikatan duniawi). Hal yang demikian, Siddharta digelar Buddha yang bermaksud yang mendapat petunjuk.

SUMBANGAN 1. Merupakan pengasas agama Buddha. 2. Menurut Buddha, manusia perlu melalui kesusahan dan kesengsaraan dalam memahami hakikat kehidupan yang sebenar. 3. Buddha selalu mengingatkan rakyatnya supaya tidak menyembahnya sebaliknya hanya mengikuti ajaran yang dibawanya. ( Mohd Ridhuan, 2009; 8) 4. Pengajaran Buddha berasaskan Empat Kebenaran yang Mulia. 5. Berasaskan kepada 4 ajaran itu tadi, Buddha mahukan pengikutnya menjalani kehidupan dengan penuh kebenaran dan kerukunan (sathya) 6. Bagi mendapatkan kebenaran, penganut Buddha perlu melalui Jalan Lapan Lapis (Noble Eight Fold Path). 7. Berpandukan kepada 8 kebenaran tadi, akan lahir perlakuan yang betul (right-conduct) atau Dharma.

8. Buddha juga menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengikutnya yang dikenali sebagai The Five Precepts : Jangan membunuh hidupan bernyawa Jangan mencuri Jangan berzina Jangan berdusta atau menuturkan perkara yang tidak baik Jangan minum arak, mengambil dadah atau perbuatan yang boleh merosakkan minda dan perlakuan. 9. Buddha bukan sahaja mengajak pengikut-pengikutnya mengamalkan ajaran yang dibawa, tetapi mereka perlu berpegang kepada tiga teras kepercayaan utama dalam menuju matlamat kehidupan sebenar iaitu Nirwana.

Setelah Buddha meninggal dunia, ajaran ini berkembang dengan perlahan-lahan. Namun pada abad ke 3 SM, seorang Maharaja India iaitu Asoka, memeluk agama Buddha dan mengembangkan ajaran Buddha sehingga ke Asia Tenggara. Kitab suci agama Buddha ialah Tipitaka yang ditulis dalam bahasa Pali iaitu bahasa yang digunakan oleh Siddharta dan rakyat jelata suku Magadha.

EMPAT KEBENARAN YANG MULIA

Kehidupan penuh dengan kepahitan

Kepahitan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu Untuk mengatasi kepahitan hidup, mesti mengatasi nafsu

Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah cara Jalan Lapan Lapis

JALAN LAPAN LAPIS (NOBLE EIGHT FOLD PATH)

Kepercayaan dan pengetahuan yang baik Keinginan yang baik

Bebas daripada kepercayaan yang karut. Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas (ditthi)

Perlu mengambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.

Pengucapan yang baik

Tidak boleh melakukan gosip, menipu dan mengenakan seseorang.

Kelakuan yang baik


Makna kehidupan yang baik

Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan keterlaluan dalam minuman arak dan pelakuan seks

Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan yang lain.

Usaha yang baik

Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin. Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan.

Pemikiran yang baik

Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.

Pertapaan yang baik

Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa.

You might also like