Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012

TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN (2 Jam Kuliah).

HASIL PEMBELAJARAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. menjelaskan konsep Reka Bentuk Pengajaran menjelaskan kegunaan Reka Bentuk Pengajaran menjelaskan peranan dan kepentingan Reka benruk Pengajaran menjelaskan teknologi pengajaran frasa pertama dan frasa kedua menjelaskan Model Addie menjelaskan Model Assure

2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

RP(Reka Bentuk Pengajaran) ini telah wujud lebih 40 tahun yang lalu dan pada mulanya ia digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer dan pengajaran melalui televisyen. Pada masa ini, terdapat lebih 40 model RP. Apakah itu RP? Menurut Dick dan Reiser (1989), RP ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey (1986) pula mendefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Pada pendapatnya, RP itu mencakupi seluruh proses pengajaran, iaitu merekabentuk, membina, meliputi dan menguruskan pembelajaran. Seels & Richey(1994), pula berpendapat RP ialah Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning. Justeru, walaupun terdapat banyak model RP, tetapi keseluruhannya mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu: (i) menentukan keperluan pelajar, (ii) menentukan matlamat dan objektif; (iii) membina prosedur penilaian; (iv) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian; (v) mencuba/melaksana sistem pengajaran; dan (vi) menilai keseluruhan sistem. Namun, adalah salah untuk melihat RP sebagai bertujuan untuk merancang satu satu pelajaran sahaja. Aktiviti Perbicangan dan Refleksi Apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model reka bentuk pengajaran? Terdapat RP yang berskala besar dan kecil. Gustafon (1991) telah membahagikan model-model 1

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012 itu kepada tiga tumpuan iaitu: 1. model berorientasikan bilik darjah; 2. model berorientasikan produk; dan 3. model berorientasikan sistem. Model RP berorientasikan bilik darjah merupakan model RP berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Contoh model RP jenis ini ialah model ASSURE dan Dick dan Reiser (1987). Menurut Yusuf Hashim (1998), model RP yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran yang tersedia masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri. Model yang berorientasikan produk dan sistem pula melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh. Contoh model berorientasikan produk adalah seperti Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan contoh model berorientasikan sistem ialah Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow(1998). Aktiviti Perbincangan dan Refleksi Bandingkan konsep reka bentuk pengajaran berdasarkan Dick dan Reiser (1989) Apapkah enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran pada hari ini? 2.2 KEGUNAAN REKA BENTUK PENGAJARAN. Cuba anda fikirkan apakah tujuan mereka bentuk pengajaran? Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama RP adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancer dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak kelam-kabut.

2.3 PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012

MEGUBAHKAN PERINGKAT MEMBUAT KEPUTUSAN

PERANAN REKABENTUK PENGAJARAN


MENGUBAH SISTEM PENDEKATAN PENGAJARAN

MENGUBAH PENGALAMAN PEMBELAJARAN

2.4 Model Rekabentuk Pengajaran Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media. Berikut adalah perbandingan langkah-langkah dalam kedua-dua model tersebut. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu: AAnalyse learner (Analisis pelajar) SState objective (Nyatakan objektif) Model ADDIE mengandungi 5 langkah iaitu: A Analyse (Analisis) D Design (Reka bentuk)

SSelect method, media, and materials (Pilih D Develop (Bina) kaedah, media dan bahan) UUtilise media and materials (Gunakan media dan bahan) RRequire learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar) EEvaluate and revise (Nilai dan semak) 3 I Implement (Laksana) E Evaluate (Nilai)

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012

2.5 MODEL ADDIE Terdapat lima langkah umum dalam merekabentuk sesuatu pengajaran : Analisis (Analyse) Rekabentuk (Design) Pembangunan (Develop) Pelaksanaan (Implement) Penilaian (Evaluation)

a) Analisis Pembangunan konsep, penyataan tujuan, kenalpasti pengguna sasaran, perbincangan pemerhatian dan pembacaan.

b) Rekabentuk Pembangunan spesifikasi perkakasan, perisian untuk mendapat maklumat terperinci , system penyebaran, elemen yang dimasukkan. contohnya audio dan video. Kebolehfungsian : rekabentuk antara muka, susunan objek dan elemen navigasi yang digunakan hendaklah boleh membantu pengguna akhir dalam berinteraksi dan mengemudi aplikasi yang dihasilkan. c) Pembangunan Proses pembangunan antara muka : penyediaan papan cerita, dan skrin paparan Proses pembangunan isi kandungan : Melibatkan proses pengumpulan, perterjemahan, pengubahsuaian elemen yan digunakan. d) Pelaksanaan Proses pengujian sebelum diaplikasikan kepada umum bagi memastikan tiada pepijat dan kesilapan. Pengujian dipelbagaikan dalam platform berlaian untuk memastikan aplikasi boleh digunakpakai. e) Penilaian Penilain dalaman oleh staf staf terlatih. Dalam proses ini pengujian terdiri kepada 4

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012 o o Pengujian Alpha Pengujian dilakukan sebelum 100% siapnya aplikasi Pengujian Beta Pengujian dilakukan apabila aplikasi disiapkan sepenuhnya. Lazimnya dinilai oleh pengguna yang sebenarnya.

2.6 Model ASSURE Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop RP yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar. Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Dalam modul ini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terbaru. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu: A Analyse learner (Analisis pelajar) S State objective (Nyatakan objektif) S Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) E Evaluate and revise (Nilai dan semak). a) A- Analyse learner (Analisis pelajar) Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri. Bagi ciri pelajar, tidak dinafikan sukar untuk menganalisis kesemua ciri pelajar yang ada, namun perkara penting mungkin dapat dilakukan, iaitu: (a) ciri-ciri umum; (b) kompetensi khusus peringkat masuk (specific entry competencies); dan (c) stail pembelajaran. (a) Ciri-ciri umum merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahui cirri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung. Melalui interaksi ini, dapat diketahui harapan, sikap dan latar belakang mereka. (b) Kompetensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak boleh diperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran pelajar. Misalnya, dengan mengandaikan pelajar telah memahami sistem matrik, maka guru terus mengajar cara menukar sistem British ke matrik. Andainya ada pelajar yang tidak memahami lagi sistem matrik, sudah pasti mereka gagal mengikuti pelajaran itu. Tegasnya, guru tidak harus mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang sama.

(c) Stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan 5

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012 bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media. Dunn dan Dunn (1992) telah membina satu instrument piawai mengukur stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Ia adalah antara instrument yang terbaik dan digunakan secara meluas di sekolah. Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrument ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar. b) S - State objective (Nyatakan objektif)

Harus diingati bahawa objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, Cuma ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Seperkara lagi, apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan. Ini bermakna, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. c) S- Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan

Terdapat 2 langkah dalam pemilihan di sini: (a) menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran; (b) memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan (c) memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. (a) Memilih kaedah. Adalah agak tidak munasabah untuk mengandaikan hanya satu kaedah digunakan dalam satu pengajaran kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza. Mungkin untuk membuka minat pelajar, set induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru. Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar. Justeru, pemilihan kaedah perlu berteraskan aspek ini. Dalam Unit 2, aspek kaedah akan dibincangkan dengan terperinci. b) Memilih media. Pemilihan media dilihat dari dua aspek. Pertama, memilih media yang telah tersedia dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya. Bagi pemilihan format atau bentuk media, huraian lanjut diberikan dalam Bab 4. Dalam bab yang sama juga konsep media akan diperincikan. Di sini, pemilihan media pengajaran yang tersedia akan diberikan tumpuan. Pemilihan ini berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu: (Tepat, Menarik, Aktif, Kualiti, Berkesan) : Keretapi Tanah Melayu Amat Berkesan. Sepadan dengan kurikulum; Maklumat tepat dan terkini; Bahasa yang jelas dan tepat; Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar; Menggalakkan penglibatan pelajar; 6

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012 Mempunyai teknikal kualiti yang baik; Terdapat bukti keberkesanannya; Bebas daripada bias; dan Mempunyai buku panduan yang lengkap.

Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan (Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan), agensi kerajaan, agensi swasta dan sebagainya. c) Mereka bentuk media. Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Terdapat 7 perkara yang perlu diambilkira: I. II. III. IV. V. VI. VII. objektif; pelajar; kos; kepakaran teknikal; peralatan; fasiliti; dan masa.

d) U- Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal kerana, walau secanggih atau secantik manapun media yang dihasilkan, jika ia gagal digunakan dengan baik, ia akan memberi kesan yang amat negative kepada pembelajaran. Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik: (i) pribiu bahan; (ii) sediakan bahan; (iii) sediakan persekitaran; (iv) sediakan pelajar; dan (v) sediakan pengalaman pembelajaran. e) Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)

Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul. f) Evaluate and revise (Nilai dan semak).

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun, keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Media juga perlu dinilai sebelum digunakan. Maka, penilaian diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke garis penamat 7

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012 daripada garis penamat itu sendiri. Penilaian melibatkan aspek: Menilai pencapaian pelajar; Pembelajaran yang dihasilkan; Menilai media dan kaedah; Kualiti media; Penggunaan guru; dan Penggunaan murid. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga: Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria; Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran; dan Sikap pelajar. Rujukan kriteria bermaksud penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan. (i) Menilai kaedah dan media. Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapat cirri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini seperti: Adakah media berkesan? Bolehkah ia dipertingkatkan? Adakah ia berguna? Adakah ia mencetuskan minat pelajar? Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Selain senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan garis panduan ketika menilai media, iaitu: Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar; Menyokong pemikiran tinggi (Soktratik); Memperkembangkan kemahiran berfikir; Menyampaikan kandungan secara mendalam; Meransang naluri ingin tahu pelajar; Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif, Membolehkan penerokaan isu secara mendalam; Menghubungkan bidang pelajaran; dan Meningkatkan nilai murni.

Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui: Perbincangan dengan kelas; Temubual dengan setiap individu; dan

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012 Pemerhatian. Semua penilaian yang disebutkan di atas melibatkan 2 peringkat, iaitu: Penilaian formatik; Penilaian sumatif.

Aktiviti Perbincangan dan Refeksi Anda adalah seorang guru satu matapelajaran di sebuah sekolah. Sebagai seorang guru anda memilih MODEL ASSURE untuk merancang dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. i. ii. Mengapakah anda memilih MODEL ASSURE berbanding MODEL ADDIE sebagai rekabentuk pengajaran anda? Terangkan bagaimana MODEL ASSURE ini diaplikasikan dalam proses P & P anda?

RUMUSAN Bab ini telah membincangkan tentang konsep reka bentuk pengajaran serta memperkenalkan model ASSURE sebagai sebuah model RP yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran di bilik darjah yang memerlukan penggunaan media. Beberapa aspek seperti penulisan objektif, kaedah dan penilaian diterangkan secara ringkas kerana unit yang seterusnya akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. RUJUKAN Opn University. (2007). HBEF 3102 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : UITEM Sdn. Bhd Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood: Colorado: Libraries Unlimited Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review, 8(1), 9-10. Galbraith, J. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin. Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th ed.). New York: Harper Collins. Reiser, R., & Dempsey, V. (2002) Trends and issues in instructional design and technology. Columbus, Ohio: Merril and Prentice Hall. Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle River, N. J.: Merril Prentice Hall. Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries Unlimited Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall. Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field, Washington DC; AECT Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti

You might also like