Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CARA MEMBUAT JERUK

CARA MEMBUAT JERUK BUAH-BUAHAN Jeruk Buah Mempelam 1. 50 kg Buah mempelam muda belum bersabut bijinya - bersihkan, Tak perlu dibelah dan buang kulitnya). 2. Masukkan ke dalam takungan merendam, dan tuang air bersih setakat buah-buah mempelam itu terendam di bawah 1 inci dari paras air. Masukkan 9 kg Garam dan 720g Calcium chloride; kacau hingga larut. [Isi dengan air ke dalam bekas plastik dan diikat kuat, untuk diletakkan di atas buah-buah mempelam supaya buah-buah mempelam itu tertekan dan tenggelam; tidak terapung-apung] 3. Tutup takungan dengan plastik yang diikat kuat supaya buah terperam selama 2 - 5 minggu. Jika kepekatan air garam berkurangan semasa proses pemeraman, tambah lagi garam sebanyak 900g Garam, kacau hingga larut. [Uji buah: Buah akan bertukar warna. Ambil sebiji buah mempelam dan dibelah, jika ada kelihatan warna jalur putih asal, ini bermakna proses pemeraman belum selesai; teruskan pemeraman sehingga warna bahagian dalam buah tiada lagi berwarna putih asal.] 4. Belah buah mempelam dan masukkan ke dalam takungan yang bersih dan tuangkan Air Suam sehingga semua buah terendam, dan masukkan sekali lagi: (a) 720g Calcium Chloride, dan dikacau hingga larut dn biarkan selama 3 jam. (b) Apabila air suam sejuk, masukkan pula 156 ml Cuka (kepekatan 10%) dan kacau sebati. 4. Sediakan arutan Air Gula, menggunakan 8 kg gula (kepekatan 50%), masak sehingga mendidih dan: (a) Masuklan sekali lagi 720g Calcium Chloride dan kacau hingga larut. Sejukkan Larutan Gula ini. (b) Masukkan 175 ml Cuka (kepekatan 10%) atau secukup rasa, rasanya yang dikehendaki; dan kacau sebati. (c) Masukkan 4 g Sodium Benzoate dan kacau sebati (sebagai bahan awet [preservatif]). 5. Susun buah mempelam dalam botol yang bersih* dan taungkan Larutan Air Gula (adunan No. 4) menutupi buah-buah mempelam; dan tutup botol kuat-kuat. Jeruk Buah Betik: 1. 50 kg buah betik matang yang belum masak 2. 9 kg g Garam 3. 8 kg Gula 4. 175 ml Cuka 5. 256g Alum (Tawas) Cara Memproses: 1. Buah petik dikupas, potonng mengikut kehendak sendiri 2. Basuh dan ditoskan, dan dicelur dengan air panas 50 - 60 C selama 1 minit dan ditos. 3. Rendam (peram) buah betik dalam takungan menggunakan Air Garam (kepekatan 12 - 15%) [Isi dengan air ke dalam bekas plastik dan diikat kuat, untuk diletakkan di atas buah-buah betik supaya buah-buah betik itu tertekan dan tenggelam; tidak terapung-apung]. 4. Peram selama 2 minggu atau sehingga tisu betik menjadi berkilat atau jernih. 5. Kerluarkan jeruk betik dan ditos, kemudian dan sediakan Air Larutan Alum (Tawas) dengan membancuh 156 g dengan Air Bersih itu dan rendam selama semalaman.

6. Sediakan Alir Gula (8 kg Gula) - masak hinngga mendidih [kepekatan 40%], dan masukkan: (a) 175 ml Cuka (b) 256g Alum (Tawas) dan kacau sebati, dan sejukkan ke suhu 70 C. 7. Susun jeruk betik dalam botol yang bersih* dan taungkan Larutan Air Gula (adunan No.6) menutupi betik; dan tutup botol kuat-kuat. 8. Panaskan botol-botol yang telah diisi dengan jeruk betik itu dalam air menidih selama 5 minit. Jeruk Buah Kedondong (Sama dengan cara memproses Jeruk Buah Betik, tetapi kulitnya hendaklah dikupas terlebih dahulu).

You might also like