Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CERITA KAMI.. CERITA KITA..

INTOWESEE

CERITA KAMI.. CERITA KITA.. INTOWESEE

PENGENALAN Pasukan nasyid SMK Hamid Khan telah ditubuhkan sejak daripada tahun 1983, pada ketika itu pasukan nasyid ini hanya dianggotai oleh para pelajar daripada asrama lelaki (Aspura). Bermula dengan hanya mendapat saguhati di setiap pertandingan yang disertai, kini pasukan nasyid SMK Hamid Khan yang lebih dikenali dengan nama INTOWESEE mampu untuk mendabik dada kerana telah berada pada tahap kejayaan yang tersendiri. Tahun demi tahun pasukan nasyid ini telah mula meningkat naik bukan saja daripada aspek kejayaan dalam pertandingan yang di sertai malah turut berjaya melahirkan ramai penasyid yang berjaya dalam bidang akademik. Momentum kejayaan ini menjadi lebih manis apabila ramai bekas penasyid juga merupakan bekas pelajar SMK Hamid Khan pulang menabur bakti untuk memastikan alunan nasyid sentiasa berkumandang di SMK Hamid Khan. Selain daripada aspek berdakwah melalui lagu, pasukan nasyid ini turut menekankan aspek kerohanian, ukhwah, akademik dan sahsiah dalam kalangan ahli. Kini usia pasukan nasyid ini telah menjangkau 30 tahun, seiring dengan kematangan usianya pasukan nasyid ini terus kekal sebagai satu satunya pasukan nasyid daripada kawasan Tapah yang memonopoli takhta Johan bagi peringkat Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah dan bersilih ganti dengan pasukan nasyid SMKA Slim River pada setiap tahun untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. Kejayaan paling besar adalah muncul tempat ke 3 di Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri pada tahun 2004. Semboyan perjuangan itu, kini diteruskan oleh legasi penasyid muda yang berjiwa besar untuk memastikan dakwah terus berkembang melalui alunan nasyid. Usai menjadikan pertandingan yang di anjurkan oleh pihak Kementerian sebagai pencetus kilauan sejarah, muktahir kini nama gah INTOWESEE semakin meniti di bibir masyarakat setempat dengan terzahirnya satu lagi lorongan peluang kejayaan. INTOWESEE kini telah mula mengorak langkah jauh kehadapan dengan jemputan persembahan di majlis majlis perkahwinan, makan malam, rasmi kerajaan dan NGO. Inilah hasil kejayaan penzahiran ikhlas dalam perjuangan.

TULANG BELAKANG INTOWESEE : 1. Ustaz Anuar Bin Mohd Bahari (Penasihat) 2. Mohd Faizal Bin Amir (Pengurus) 3. Mohd Safwan Bin Zuber (Jurulatih)

CERITA KAMI.. CERITA KITA.. INTOWESEE

KOLEKSI KEJAYAAN

1. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2001 2. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2002 3. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2003 4. Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2004 5. Ketiga Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak KPM 2004 6. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2005 7. Ketiga Pertandingan Nasyid AADK Peringkat Daerah Batang Padang 2005 8. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2006 9. Naib Johan Pertandingan Nasyid AADK Peringkat Daerah Batang Padang 2006 10. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2007 11. Ketiga Pertandingan Nasyid AADK Peringkat Daerah Batang Padang 2007 12. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2008 13. Ketiga Pertandingan Nasyid AADK Peringkat Daerah Batang Padang 2008 14. Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2009 15. Saguhati Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak KPM 2009 16. Johan Pertandingan Nasyid AADK Peringkat Daerah Batang Padang 2009 17. Saguhati Pertandingan Nasyid AADK Peringkat Daerah Batang Padang 2009 18. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2011 19. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2012 20. Saguhati Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin Peringkat Negeri Perak 2012 21. Saguhati Pertandingan Nasyid Jabatan Kebudayaan Negeri Perak 2012 22. Keempat Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Batang Padang KPM 2013 23. Keempat Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin Peringkat Negeri Perak 2013

You might also like